esok (5/11/2010) adalah hari deepavali. aku kira sahabat2 kita yg berketurunan india tentu seronok berkumpul bersama keluarga sambil sembang2 dan minum2. yang berjoli dengan minuman keras tu, jangan joli sangat, kang lupa diri dan sedar2 dah masuk alam lain. jangan memandu masa mabuk.
bercakap pasal perayaan deepavali ni, aku cam biasa sambut. sambut dengan mengunjungi rumah kawan2 india. dari kecik lagi aku memang dah sebati dengan orang india. may be sebab ramai jiran india, kawan india, atau aku sendiri ada darah keturunan india. ehtahlah. tapi dari analisis salasilah keturunan aku yg dapat aku kaji, mmg kedua2 belah keturunan aku memang takde keturunan india, tapi mana tau dari zaman majapahit dulu ada kot.
secara peribadi aku tak kisahpun asal keturunan aku melayu ke india, atau jawa. sesekali aku selidik, ada keturunan dari palembang. ada jugak darah pakistan. ada darah tokseh golok pun ada gak. darah malbari jual roti aku yakin itu darah saiful nizam.
cerita pasal keturunan ni, aku ada cerita nak dikongsi. ini lebih kepada tanggapan atau apa pandangan orang pada aku.
heh, bab2 keindiaan ni memang banyak dalam diri aku. ye lah, company pertama aku kerja, memang company india. even company kecik, tapi ia banyak membantu mengajar aku jadi orang HR sekarang. thanks to mr ganesh and mr raja sekaran. makan makanan india seperti tosai, roti chennai, dan seangkatan dengannya, tu biasa, semua orang dalam malaysia makan.
aku cerita ni, cerita yang kali pertama aku luahkan. kisah ni berlaku beberapa tahun lepas. di singapura. masa tu aku dan keluarga bercuti di sentosa island, selepas menghadiri kahwin kawan karib aku si razman dan nori.
aku masih ingat, masa tu kami sekeluarga dah hari ketiga di sana. sebelum bertolak balik ke KL, kami berpusing2 area istana kampung gelam. masa tu wife dan anak2 lepak2 di beranda di kawasan itu, sementara aku menyaksikan bagaimana kawasan istana melayu yang gah suatu masa dulu, kini tinggal kenangan. tiba-tiba......
.... ada seorang pelancong india mendekati aku minta tolong ambil gambarnya. cam biasa, orang baik cam aku, tolong je lah! selepas itu terjadilah perbualan mesra. rupanya dia seorang penyelidik sosiology dari sebuah universiti di india. dia ada berikan businesscard dia, tapi aku dah letak mana akupun lupa. bergelar doktor.
dia bertanya aku berbangsa apa? of course aku cakap melayu. ye lah, kat malaysia: mamak, sakai, asli, jawa, melanau, semua digelar melayu. dah aku memang asal usul melayu, mestilah aku cakap melayu. tapi pensyarah india itu, senang2 aku namakan dia dr. rajinikhant, berkata bahawa ada iras tamil pada aku.
tok sah kata macam mana geramnya aku masa tu. ingat nak seligi je hidung dia yg tinggi itu. ade ke patut aku dikatakan india. tau2 je la, orang melayu ni sensitif. kalau bangsa aku ditukar ke bangsa india, abislah keistimewaan sebagai orang melayu.
tapi aku rasional, aku masih tersenyum (walau dalam hati membara). aku tanya kenapa dia beranggapan aku ada keturunan tamil nadu. dia cerita dari segi sejarah. sejarah kegemilangan melayu melaka. kedatangan pedagang india membawa rempah. kedatangan orang india sebagai pendakwah. sebagai kuli. sebagai askar. diceritakn teori perkahwinan dengan masyarakat setempat. dan wujudlah darah keturunan india.
teori seterusnya ialah faktor fizikal. susuk tubuh, raut muka, struktur hidung, jenis darah dan sebagainya. rata2 orang india katanya berdarah O+. hidung mancung dengan lubang hidung agak besar. kulit agak gelap (rata2nya hitam), dada bidang, berbulu dada, berjambang. katanya, dia dah mengkaji sampai ke seluruh dunia mengenai asimilasi orang india. orang india berasal dari india dah berevolusi (err... sesuai ke ayat aku ni) dan membentuk berbagai bangsa hasil perkahwinan campur. ala, yang biasa kita dengar ialah orang cina kahwin india, jadi CINDIA. singh kawin india = SINDIA. kalau melayu kawin india, dia akan jadi melayu sebab melayu dominan di malaysia. tapi kalau ikutkan, melayu kawin india = MEDIA (kuang, kuang, kuang.... macam media prima pulak).
terpengaruh dengan teori2 dr rajinikhant tu, ada gak aku gi check darah tinggi. opss... jenis darah. memang betul aku darah tu. tapi kalau ikut kata nabil raja lawak, darah 'O' ialah darah pemimpin. bermakna aku ada keturunan darah pemimpin kesatuan sekerja pemandu auto di madras barangkali. heh!... nak kata aku anak angkat, entahlah. kang kalau aku tanya, tak dapat harta pusaka pulak (ha.ha.ha..... tamaknya).
kesimpulannya ialah, apapun keturunan kita, kita semua manusia. asal dari Nabi Adam A.S. berasal dari tanah, dan kepada tanah kita kembali. tak kisahlah kita berdarah india, melayu, iban, dayak, cina dan sebagainya, esok memang kita boleh sama2 menyambut hari deepavali. aku saje kaitkan aku dengan berdarah india sebab esok aku nak sambut Deepavali. dah 2 open house yang mewajibkan aku kerumah mereka.
kepada semua sahabat berketurun India, aku ucapkan "DEEPAVALI NAN VARTICAL".
Thursday, November 4, 2010
Tuesday, November 2, 2010
Berbelanja di Kedai RM2.00? So What!
dalam berbelanja untuk diri dan keluarga, aku tak le memilih sangat. bundle, kedai tepi jalan, pasaraya, gedung berjenama, even kedai 2 hengget pun aku masuk. aku beli mana aku berkenan, dan aku berbelanja ikut kemampuan.
dah nama orang HR, rata2 memang pekerja akan kenal. yang tak kenal tu memang jenis apa aku tak tau la.... nak kata katak bawah tempurung tak mungkin. ini tahap katak dalam terowong kot.
bercakap pasal berbelanja ini ada orang kata kita kena berbelanja ikut taraf hidup kita. heh... mungkin betul. betul sebab kalau budget kecik, mana mampu nak membeli belah barangan mahal di gedung serba mahal. tapi dari pemerhatian aku, orang sengket cam aku memang cepat riak nak tunjuk membeli belah barangan mahal di gedung serba mahal. padahal kalau orang cam aku pakai rolex original sekalipun, orang akan anggap aku beli rolex pasar malam. sedangkan orang kaya, even pakai emas zhulian, orang akan anggap pakai emas habib jewel.
boss tempat aku kerja berasal dari keluarga terkaya di malaysia. ye lah, siapa tak kenal keluarga Tan Chong. keluarga cina ini menguasai Tan Chong motor (pengedar nissan di malaysia), apm, warisan tan chong dan seangkatan dengannya. beratus buah syarikat berada dibawah naungan keluarga besar mereka. bos aku sendiri, keluarganya dari keluarga dato' tan kim hor (pengasas bersama tan chong group) dan menguasai wawasan tkh holdings berhad. selamba badak air je pergi kerja dengan kenderaan pacuan 4 roda. langsung tak perlu pakai bodyguard. selamba je lepak makan dengan kami di warung mamak pekena kari kepala ikan selepas management meeting.
tu orang yang betul2 kaya. tapi orang sebangsa dengan aku? heh.... baru dapat tender buat jamban balai raya je, dah rasa tak setaraf dengan orang2 kampung biasa. cam lahanat je. dah macam biasa kaum kita cepat merasakan bahawa kita kena berbelanja mengikut kelas kita. cam aku kelas 3 anggur, kena berbelanja kedai 2 hengget je la...
aku ada satu cerita pasal berbelanja dan tanggapan.
di suatu tempat di kilang tempat aku kerja. tiba2 ada satu pekerja cuba memulakan perbualan dengan aku.
dia : err.. hari minggu lepas saya nampak en izman. nak tegur segan.
aku : OO.o.. ye ke? kat mana?
dia : kat pendamar.
aku : pendamar?
dia : aa... ah.
aku : dah nampak kenapa tak tegur. saya tak perasan kamu kot.
dia : ye... saya tengok en izman tengah pilih barang.
aku : pilih barang?
dia : aa...ah. barang plastik rasanya.
aku : kat mana tu?
dia : err.. malu pulak saya nak cakap
aku : kenapa malu pulak? saya kat rumah urut ke?
dia : bukan. kat kedai rm2.00.
aku : Oo... kedai rm2.00. saya cari plastik sampah kot. sambil tu tengok2 tukul, baldi.
dia : ye... saya perasan en izman, tengok2 barang kat situ.
aku : kamu kat kedai tu jugak ke?
dia : ye.
aku : kenapa tak tegur saya.
dia : saya nak tegur, tapi takut en izman malu pulak.
aku : malu? saya nak malu kenapa pulak?
dia : eer... en izman kan ada pangkat, nanti saya tegur, en izman rasa segan pulak.
aku : nak malu kenapa, saya bukan mencuri.
dia : err... maksud saya, situ barang dia murah. orang macam saya, kerja operator bulehlah beli kat situ. en izman patut beli barang kat tesco, jusco.....
aku : heh.... apalah kamu ni... saya pun orang macam kamu. saya nak beli kat mana, saya beli. kat pasar malam pun saya membeli, kat tepi jalanpun saya beli, bundle pun saya beli. saya beli barang ikut keperluan dan kemampuan saya, saya tak peduli orang cakap aku. setakat plastik sampah, buat apa nak beli yang mahal2.
dia : eeer... saya ingat kalau pangkat besar, kena beli tempat yang ada standard sikit.
aku : tu bukan saya. saya beli yang murah dan sesuai dengan poket saya. oklah, pergi makan cepat, nanti abis pulak masa rehat.
dia : baik en izman.
moral of the story :
1) berbelanjalah ikut kemampuan.
2) dah aku orang melayu, kalau aku kaya macam boss aku, confirm aku dah sambar ferrari kaler kuning sebiji, porche cayenne kaler hitam sebiji dan hummer sebiji.
3) tok sah riak dengan harta dunia, tak leh bawa ke akhirat. err... bawa masuk kubur boleh, wasiatkan tanam dalam liang lahat sekali dengan harta. he.he.he...

Thursday, October 28, 2010
Siapa Yang Kurang Adab?
heh... agak bersawang blog aku seminggu ni. biasalah, kerja sebagai kuli ni. kekadang bizi manjang. kekadang agak lega. sepanjang minggu lepas aku bizi ngan gaji dan budget 2011. gaji mmg kena siap cepat la sebab kang ada yg kereta kena bakar. tapi perancangan budget 2011 untuk department aku masih belum siap. deadline rabu depan, masih ada masa.
kalau takat buat budget lebih kurang memang senang, copy dan edit tahun lepas je. tapi terdapat banyak perubahan dari struktur organisasi dan lain2 faktor menyebabkan perlu ketelitian. lagi nak teliti sebab department aku ni dianggap department asyik perabiskan duit syarikat je. ye lah, kena bayar gaji, elaun, overtime, kos perubatan, insurans, keselamatan, asrama, pakaian seragam, training & development, dan segala mak nenek lagi. kadang2 kos menda tu nampak kecik je macam calendar, diari, kasut, derma, dan seangkatan dengannya, tapi bila dicampur2, heh.... puluh-puluh ribu hengget beb!
ok lupakan pasal kerja. terima kasih pada kawan2 yg bertanya kabar melalui telefon dan email mengenai aku yg sunyi dari berblog. even sms tu sekadar 'hidup lagi ke bro?". aku menganggap ianya suatu tanda kewujudan aku dihargai. terima kasih. macam aku bagitau, aku tak sakit, cuma kebizian. even kemudahan beronline ditangan, kecamukan melanda dan memalaskan aku. aku malas bukak mail, dan facebook.... lagilah aku malas. menda yg aku suka cuma beremail dan berblog.
banyak menda aku nak cerita, tapi hari ni aku cerita kisah ringkas je.
begini, semasa beratur hendak membayar sedikit barang keperluan dapur di sebuah pasar mini, tiba-tiba ada seorang perempuan memotong barisan dan mula menyusun barangannya untuk membayar. kalau dia potong belakang aku oklah, ini betul2 depan aku. ini telah menimbulkan marah.
lelaki : kak, kenapa potong barisan. orang lain semua beratur.
perempuan : eh.eh... orang nak cepat la. nak balik masak.
lelaki : semua orang nak cepat kak tapi kena la beratur. saya tak masakpun, nak balik cepat jugak.
perempuan : eh.eh... kurang adab la kamu ni, tegur orang lebih tua.
lelaki : saya tegur tu dah kira baik kak, dah beradap. akak tu yang tak de adab.
perempuan : (terkejut, dan terpaku)
lelaki : (orang cam aku memang suka kutuk orang sampai otak dia biol) saya tegur baik2, akak kata saya kurang adab. sebanarnya akak ni dah la kurang adab potong barisan. kalau emergencypun cakapla "minta maaf, nak cepat, bagilah akak bayar dulu. saya rasa semua orang tak kisah. ini, masuk semberono je, jangan kata mintak maaf, senyum pun tak. itu bukan saje kurang adab, kurang ajar pun ada.
perempuan : (masam mencuka, memasukkan kembali barang dalam raga dan beratur dibelakang sekali)
lelaki : (mengeluarkan barang untuk membayar dan berlalu tanpa rasa bersalah).
moral of the story?
1) siapa yg tiada adab dlm kisah ini? lelaki atau pompuan? kalau korang kata lelaki tu iaitu aku, aku akan blacklisted korang untuk masuk kerja kilang aku kerja (siapa hingin).
2) lelaki tersebut sepatutnya membenarkan perempuan tu membayar dahulu setelah mengutuk dan mengata perempuan itu sehingga dia menangis kehibaan didalam hati.
3) siapa tak suka masuk barisan (barisan nasional), dia buleh masuk pakatan (pakatan rakyat). woi samdul, apa kena mengena dengan kisah ni. err... sebab pilihanraya galas kot?

Tuesday, October 19, 2010
Hipokrit Juga Perlu
sebenarnya aku dah kena tag dek maksu (http://ceritakosong.blogspot.com)tapi masih belum ada idea nak membuatnya. sabar ye maksu.
aku pernah tulis entry pasal kerja mengenai 'kita sememangnya hipokrit' (http://izzi-income.blogspot.com/2010/09/kita-sememangnya-hipokrit.html). ye lah, dalam pekerjaan kita sering bermuka2. tak suka bos atau pekerjaan kita tapi saje tunjuk kita suka. pun begitu, aku tidak bermaksud meminta anda terlalu berterus terang. heh, orang HR ni pelikkan. bila hipokrit salah. berterus terangpun salah.
oklah, aku terima tu. ada masa kita kena hipokrit, ada masa kita berterus terang. dalam kerja aku, setiap hari akulah yang akan mengesahkan bahawa sesuatu cuti itu diterima atau tidak. pekerja apply cuti melalui ketua jabatan masing2, ketua jabatan akan membuat catatan sama ada mengesorkan (recommend) atau sebaliknya. kemudian akan diserah kepada jabatan sumber manusia (HR) untuk disahkan (verified). kalau ketua jabatan setuju, tapi HR tak setuju, keputusan dia ialah 'cuti tidak diluluskan' sebab GM akan ikut nasihat HR. even ketua jabatan (HOD) kata dia mmg setuju pekerjanya mendapat cuti sakit atau cuti tahunan berbayar (annual leave), terpulang kepada orang HR untuk menjadikannya sebagai 'unpaid leave' atau 'unpaid mc' mengikut keadaan dan budi bicara HR. dalam kebanyakkan kes, ramai pekerja yang tiada masalah akan menerima cuti tahunan berbayar even cuti tahunan semasa mereka sudah negative.
itu bukan topik cerita ini. apa yg aku nak cerita ialah semasa korang isi borang cuti tu, janganlah terlalu berterus terang. contoh? kalau korang nak bercuti sebab nak menghadiri temuduga di syarikat lain, jangan la tulis " Menghadiri temuduga di syarikat izzi networks resources di port klang". bos korang pun ada hati dan tali pusat juga. even korang tak disayangi, jangan pulak menjadi orang yang dibenci.
aku pernah panggil pekerja yang suka berterus terang ni.
HR : kenapa kamu tulis kamu pergi interview di syarikat kicap ah seng tu?
pekerja : Oo... memang saya pergi interview kat situ.
HR : betul2 pergi interview?
pekerja : yelah, tak kan saya nak tipu pulak. en. izman boleh call diorang tanya.
HR : saya percaya. tapi kenapa kamu tulis pergi interview? apa tujuan sebenar kamu?
pekerja : tujuan? saya nak cuti sebab nak pergi interview la.
HR : kamu tak faham soalan saya. saya tanya, kenapa perlu tulis kamu nak interview, apa kamu nak sampaikan kepada boss kamu dan syarikat?
pekerja : saya tak faham...
HR : kamu boleh tulis kamu nak cuti, dan boss kamu dan saya dengan senang hati boleh luluskan cuti kamu. tapi kenapa tulis nak pergi interview? apa yang kamu nak sampaikan kepada kami secara tersirat?
pekerja : eeem....
HR : tok sah temberang dengan saya, saya lagi bijak dari kamu. dan saya memang benci manusia menipu ni. cakap yang benar.
pekerja : ye lah en izman, saya kerja dah lama. gaji naik sikit je. orang lain yang malas, tapi kuat ampu boss dapat naik gaji lebih.
HR : abis tu, dengan cara tulis macam tu, kamu nak suruh boss kamu offer kamu lagi tinggi? kamu salah! ada masa, bila kamu tulis macam tu, kamu akan dilabel sebagai tidak setia dengan syarikat. kamu ingat saya heran kalau kamu berhenti. kamu juga kena sedar bahawa kami tak boleh sesuka hati menaikkan gaji pekerja, ada penilaian dan ada kekangannya. mungkin masa kamu belum sampai. kena sabar.
pekerja : ye la, sampai bila kena sabar?
HR : itulah namanya sabar. sabar tiada had waktu. kita kena percaya qada' dan qadar. kamu dah 3-4 kali tulis pergi interview, ada dapat kerja?
pekerja : tak.
HR : apa maksud itu. ambik masa renung diri kamu. kamu ingat kamu bagus, tapi belum cukup bagus lagi. ambik masa disini untuk perbaiki diri dan mutu kerja. kalau kamu betul2 bagus, kerja akan cari kamu. percayalah cakap saya.
pekerja : ye, saya faham.
HR : sekali lagi kamu tulis alasan nak interview, saya tak luluskan cuti kamu. faham!
pekerja : faham.
HR : dah, pergi buat kerja.

Monday, October 18, 2010
Sakit VS Bekam
pada 14/10/10 lalu tah macam mana, aku memanggung kesakitan yg amat sangat. masa tu tgh kerja, dlm 4pm kot. badan rasa semacam, kepala cam berpusing, tangan rasa macam kaku, rasa nak muntah dan paling teruk rasa nak tumbang. nak kata food poisoning, bukan. morning sickness mengandung, bukan. tapi sakitnya, memang teruk.
aku cuba berjalan2 sekitar kilang, kononnya suruh berpeluh dan rasa lega. lagi worst! bumi macam nak naik atas kepala aku je. tak tahan, aku ke klinik panel berhampiran. bancau! doktor rehat, doktor akan datang balik jam 620pm. since rumah dekat, aku balik rumah cari panadol actifast. aku telan 2 bijik. wife suruh aku pegi kemana2 klinik, tapi aku lebih selesa dengan doktor ragu (nama je ragu, tapi memang expert).
masa nak ke klinik, wife nak ikut, takut aku pengsan on the way la tu. aku masih ok, badan pun dah berpeluh lepas makan panadol. dapat rawatan awal sebab aku HR, err.... sebab aku dah buat appointment. doktor terkejut tengok tekanan darah aku yg sangat rendah. selalunya BP aku sangat ok even aku demam. aku suruh check takut2 aku kena sakit2 bahaya seperti stroke, jantung dan sebagainya. lama jugak doktor check, gejala2 penyakit2 merhabaya tersebut tidak dapat dikesan. doktor juga chek kandungan gula dalam darah, pun ok. doktor cuma suspek aku kepenatan atau gangguan tidur sebelumnya melemahkan sistem badan. emmm.. ada kebenarannya.
minggu sebelumnya aku tidur agak lewat (biasanyapun lwat, tapi kali ni sangat2 lewat). antara sebabnya aku berjaga sebab anak bongsu aku tumbuh gigi 4 batang serentak, dan selalu merengek berjaga malam. kalau wife dah penat, aku tolong tengok2kan anak. aku juga berhempas pulas menyempurnakan website aku yg sebelum ni ada sedikit masalah kerana kegagalan skrip 'java'. sekarang website aku www.izzibusinesscard.com dah complete dan online dengan ok. lagi 2 minggu dah nak start all out untuk pengiklanan. perniagaan online aku juga mmerlukan perhatian, dan seringkali memaksa aku mengurus pesanan lewat pagi. business kecil2 je berkaitan stamps dan coins (duit syiling). perniagaan kerepek isteri juga semakin bagus, tak cukup tangan melayannya. dan masa membuatnya juga kena malam2 dan hari cuti sahaja.
cukup pasal kemungkinan kenapa aku sakit. since badan lemah sangat, keluar je klinik aku ajak wife ke giant bukit tinggi klang. aku biasanya kena urut kaki 3 bulan sekali untuk kesegaran badan. aku terfikir nak urut kaki. aku dah biasa dengan urutan abang tu. masa mengurut kaki, bang tu tegur yg tekanan darah aku cukup rendah dan ada tekanan di bahagian kepala, aliran darah kurang baik katanya (aku dah tau sebab aku baru je keluar klinik). abang tu pujuk suruh aku cuba berbekam. BEKAM? eee... takut aku. bukan aku tak pernah tengok datuk aku berbekam masa di kampung dulu. dah la kena cukur rambut, kena toreh ngan pisau kat kepala lagi. aww.... tak rela nyah! (opss!)
abang tu yakinkan aku bahawa berbekam itu sunnah Rasullullah S.A.W. dan kini menggunakan teknik moden. mereka tak guna lagi tanduk kerbau dan pisau. mereka kini guna bekas tekanan plastik dan jarum yg telah dinyahkuman. aku ditunjukkan barang2 yg digunakan. dan aku cakap 'ok bang, saya cuba. 2 mangkuk dulu boleh?' abang tu cuma senyum dan cakap "terpulang man la...:.
lepas urut kaki, aku dibawa masuk bilik khas untuk berbekam. kena tanggal baju pulak tu. then kena baring telentang. eee... nasib baik tak suruh tanggal seluar dan spender, kalat tak lagi aku risau. orang lelaki jaman sekarang ni aku takut jugak sebenarnya, nampak segak, kacak, tegap dan sebagainya, tapi minat kat bontot lelaki jugak. bodoh la mereka ni. Allah dah jadikan lelaki berbasang dengan pompuan, mereka nak bontot jugak, ini species saki-baki kaum Nabi Luth yang terselamat di telan bumi la ni.
abang tu sapukan minyak kat belakang aku dan menggosok2 sambil cari titik2 yang hendak dibekam. dinasihatkan aku berbekam 22 atau 23 points, tapi aku kemudian bertukar fikiran nak cuba 7 points. 5 di badan dan 2 di kaki. rawatan bermula.... jeng...jeng... jeng..... laa... tak sakitpun. patut la dia kata budak2 pun boleh buat. dalam masa lebih kureng 30 minit rawatan selesai. since aku cakap aku tak mabuk darah (dan tak mabuk todi jugak)abang tu tunjukkan darah yang diperolehi dari bekam tadi. beserta nasihat.
Alhamdulillah, aku selamat menjalani rawatan bekam yg aku takuti itu. rasa pening2 sikit, may be sebab darah keluar dan memang aku pening dari petang tu lagi. malam tu sakit badan aku berkurangan dan aku boleh tidur dengan nyenyak.
nak kata aku dah 100% sembuh tak jugak, tapi sangat baik berbanding sebelumnya. aku ni nama je gi klinik, tapi ubat aku makan jika sakit teruk je. berbekam ni pun baik juga, kalau tak tak mungkin ia dibuat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Thursday, October 14, 2010
Pemberian Google
balik kerja tadi (13/10/2010) ada banyak surat diterima. surat2 hutang, surat hadiah percuma dan sebagainya. tapi aku lebih tertarik dengan satu surat yang terpampang besar logonya seperti berikut

denga rakus aku membuka sampul tersebut dan ........ voucher bernilai RM150 dari google untuk digunakan bagi tujuan mengiklankan diri aku kat internet. opss.... voucher tersebut boleh digunakan sebagai bayaran iklan google bagi capaian yang lebih baik. ye lah, kalau iklan berbayar, ia akan diletakkan di posisi paling atas untuk pilihan carian yang kita tentukan. jadi secara tak langsung, peluang mempromosi diri, blog, barangan dan sebagainya lebih besar.

since google bagi free kat aku sedangkan aku pun tak tau sebab dia bagi, aku dengan malu2 badan mengambilnya. rejeki beb! manalah tau dengan mengiklankan blog aku atau website aku nanti, lebih ramai orang akan kenal aku dan membaca catatan mengarut aku ni. ye... aku tau, aku bukan artis atau penulis blog hebat yang peminat mereka beribu riban. aku cuma penulis blog picisan yang menulis sekadar mengikut suka hati. blog aku, aku punya suka la... tak kuasa aku nak fikir apa yang apa pembaca diluar nak dan aku kena buat. pada aku, ini blog aku, bacalah apa yang aku coretkan kalau korang suka. kalau tak suka, tak mengapa. aku menulis bukan kerana nama, tapi kerana banyak masa terluang dan idea bertaburan. pakej b.band aku pulak beso, so gasak je lah sampai aku puas hati.
sape2 biasa dapat voucher google ni tau tak kenapa aku dapat? err... camana nak selalu dapat. boleh beli iklan google je ke, tak boleh beli coins ke, iphone ke.....

Tuesday, October 12, 2010
Kalau malas buleh jadi cikgu?
aku masih dalam mood bercerita tentang anak-anak. seperti ibubapa normal yang lain, aku nak anak2 aku semuanya berjaya. berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam agama,berjaya di dunia, dan berjaya di akhirat.
namun, dalam masa membesarkan dan mendidik anak2, macam2 kerenah mereka dapat dilihat. ada yang memang mengikut kata dan tidak banyak kerenah. ada yang dari kecik hingga besar memang jenis menyusahkan ibubapa. ada yang kecik perangai alim, besar perangai macam setan. ada kecik2 peangai macam abu lahab, tapi bila besar jadi ustaz. heh... susah nak ramal apa mereka nak jadi nanti. cara terbaik ialah sekadar memberi mereka secukupnya peluang untuk hidup, belajar dan berdikari.
aku ada kawan yang cukup menyampah dengan perangai anak sendiri. macam2 sumpah seranah dilemparkan kepada anaknya itu, even didepan kami sahabat2nya. ye, aku akui anaknya itu teramatlah nakal, tapi mereka masih budak. masih dalam proses pembelajaran.
anak2 aku juga kadang2 agak nakal. pernah masa disuruh belajar, mereka melawan. kalau ummi dia suruh la, ngan aku? melawan la kalau berani. err... aku bukan jenis dera anak, tapi mengajar anak. aku bukan ayah yang jahat, tapi agak garang. garang bertempat la.
ummi : luqman, jangan tengok kartun je. pergi baca buku.
luqman : asyik baca buku je. bosanlah.
ummi : abis tu malas baca buku, nak jadi apa besar nanti?
luqman : jadi cikgu la...
heh... malas baca buku buleh jadi cikgu? agak2 kalau anak aku rajin baca buku dia buleh jadi apa agaknya? entahlah, apa dalam fikiran anak2 yang sedang membesar bila disuruh membaca. biarlah, sutu hari mereka juga akan memiliki keluarga dan anak sendiri, mereka juga akan mengalami pengalaman serupa.
berkurangan dan orang cam kami cepat di
berbalik tentang cerita anak nakal ini, aku nak berkongsi suatu cerita benar.
begini kisahnya........
kawan aku, aku namakan dia mr mak. seorang manager berbangsa cina. dah tua dah. rambutpun dah putih semuanya. masih bekerja even dah melepasi usia pencen, bukan untuk gaji, tapi sekadar untuk menghabiskan masa tua.
biasanya bila time minum, dia akan joint group2 executive muda cam aku. biasalah, kebanyakkan kami dah berkahwin, biasalah... stok orang2 lelaki baik dah kurang sangat. kalau adapun dah jadi suami orang. err... apa ko nak cerita ni setan! opss...
biasalah ayah2 yang baik bila bersembang. kami bercerita tentang usaha kami mendidik anak2. ada yang dengan cara kasar, dan ada dengan cara langsung serah bulat2 pada cikgu. ada yang cakap anak terlalu baik dan ada cakap anak2 terlalu degil. mr. mak hanya senyum, biasalah orang tua. dah lebih awal makan gula dan garam dari kami. dan dah lebih awal kena kencing manis dan darah tinggi dari kami. heh!...
tiba2 mr mak menyampuk. dia bercerita kisah dia membesarkan anak2nya, dan tak terkecuali anak yang sangat nakal. beginilah cerita dia setalah aku alihbahasakan.
"saye punye anak sangat jahat (nakal?). dari kecik sudah pandai pukul orang. bile dia sekolah rendah, cikgu disiplin dan cikgu besar selalu mau jumpe sama saya. lagi cakap, saye punya anak selalu pukul kawan2 di sekolah. masa sekolah menengah, lagi jahat. campur kawan2 sama geng, pukul orang. selalu cikgu dan pengetua panggil sekolah suruh jaga saya punya anak.
pelajaran dia teruk, hari2 sekolah gaduh. dia pandai sukan memanah. dapat wakil sekolah dan negeri. masa selection, dapat... tapi dia sudah gaduh dia punya coach. kemudian lari dari kem sukan. susah la dia.
lepas spm, result kurang bagus. saya kasi dia masuk kolej. belajar engineering, 6 bulan belajar sudah cabut. tak minat. masuk dia lain kolej, ambik electrical, sama jugak. satu tahun setengah cabut. dia tak suka. saya suruh dia pilih sendiri apa dia mau jadi. dia ambik medical. saya ingat dia lagi mau cabut. dia terus studi dekat itu kolej, kemudian sambung pegi oversea, ambik medic jugak. sekarang jadi doktor. "
moral of the story :-
1) jangan sumpah seranah anak, bagi mereka peluang belajar mengikut minat mereka.
2) jangan marah anak even kita malu dimarahi guru disiplin dan pengetua akibat kenakalan anak2 (balik rumah baru libas anak dengan rotan. ha.ha.ha... opss!)
3) masa rehat minum pagi dan minum petang jangan rajin buat kerja, campur sikit dengan masyarakat.
4) kalau anak suka bergaduh disekolah, masukkan dia ke kelas silatke, taekwondoke. bia dia tak kalah bila bergaduh (ha.3x... apa punya nasihat da..)

Subscribe to:
Posts (Atom)