Thursday, September 11, 2008

Roti Jala & Persiapan Raya

Balik kerja semalam (10/9/08), aku terus berdesup gi bazar ramadhan area rumah aku untuk beli juadah termasuk ambik roti jala yg dah aku tempah. hati girang, dah dapat makan roti jala kuah durian. mak datuk, parking penuh... terpaksalah aku parking jauh sket. takpe.

dari jauh aku tgk makcik roti jala tu dah kemas2 barang2 dia. biasalah kuih muih dia dlm 630pm dah licin. bila aku cakap je nak roti jala, dia cakap dah abis. dia pun kata dia baru teringat aku ada tempah. dia mintak maaf. apa aku nak buat, berlalu dengan muka hampa.

baru je 15 tapak berjalan dengan muka asam kecut dan muncung yg boleh diikat, suami makcik tu panggil dan berlari2 anak ke arah aku. dia hulur sebungkus roti jala dan berkata "sebenarnya roti jala ni nak makan sendiri, tapi tak pe la. adik ambiklah". Berapa? Ada 3 keping, RM1.20. Bayar RM1.00 dah la. Aku terus ambik dan bayar. Alhamdulillah, dapat juga roti jala walaupun takat 3 keping. syukur. untuk sejukkan hati aku beli air laici, kuih tepung pelita, dan popia berlada. cukuplah tu...

sementara menunggu berbuka puasa, aku terfikir cepatnya balasan Allah pada aku. Aku baru buat solat terawih separuh, Allah balas aku dapat roti jala separuh. Subhanallah, Maha Agung Allah.

Alhamdulillah, solat terawih aku berjalan lancar. selsema ada sikit2 je dan tak mengganggu.

Persiapan raya? untuk aku belum lagi. aku memang suka last minit shopping. tempat pilihan aku ialah jusco dan the store plaza alam sentral. biasanya cari baju anak2 sikit, ingat nak beli baru kurung untuk pika dan baju melayu untuk luqman kat kompleks pkns. untuk ummi, dia dah ada beberapa pasang yg dah tempah. kalau dia nak lagi, terpulang kat dia lah. untuk aku takat t'shirt sehelai dah cukup. untuk papa dan mama aku tengoklah apa yg sesuai nanti. kena tengok budget jugak. untuk kuih, wife aku buat yg simple2 je, dah tempah kuih termasuk kuih tat nenas kegemaran kami.

so, korang camner????

Wednesday, September 10, 2008

MAHA SUCI ALLAH

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya."

Tak Sihat & Mood Kureng Baik

petang semalam (09/09/08), hasrat nak makan roti jala tidak berjaya. Baru je sampai, roti jala dah habis. makcik siap bagitau aku kenapa tak tempah je dulu atau call dia. Ye tak ya jugak, padahal aku dah kenal lama makcik tu. So, aku cakap aku tempah untuk esok (10/09/08). Harap2 dia tak lupa simpan, dan aku tak lupa gi ambik.

hari ni mood agak suram, masih selsema tapi tak seteruk malam tadi. masa solat terawih ingus asyik meleleh dan bersin je. solat pun tak kyusuk. sampai rakaat ke 8 aku dah tarik diri. wife aku pun terkejut awal sangat balik terawih. mau tak cepat, buat 8 rakaat je.

aku makan ubat demam dan selsema. ingat nak tidur, tapi mata tak mengantuk, hati sedih pulak tinggalkan solat terawih. baru ujian hingus meleleh, aku dah tewas dalam ujian Allah. padahal ramai orang tua dan orang cacat boleh solat terawih sampai habis. menyesalnya....

pagi2 tadi masa sahur, aku ambik ubat demam dan selsema. tapi masuk kerja kepala pening sikit dan perut macam nak muntah. aku panggil staff aku cari minyak cap kapak. dia bagi botol besar punya. dah suku botol aku balun. aku sapu kat hidung, leher, kepala, dada dan perut. rasa ok sket. kalau aku gi klinik panel confirm dapat mc ni, tapi malaslah.

pastu GM sms panggil meeting dengan consultant Ts16949 untuk bincang outcome audit minngu lepas dan mcm mana nak jawab. longlai je aku gi meeting. sebab aku langsung tak dapat NCR, aku keluar awal la dari meeting. yg ada NCR terpaksa la perah otak cari penyelesaian masalah. buat ape aku tunggukan, kerja aku melambak lagi. claim2 pekerja perlu aku verify sebelum finance bayar, persediaan manpower utk raya berdasarkan forecast aku kena fikir, filing aku bersepah lagi, salary utk raya termasuk increment pekerja aku nak kena usha juga. capek pakcik camni.

Tuesday, September 9, 2008

Siri Ikhtibar : Kau dan Aku Berbeza

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri..
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya..(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik..
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6.. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi.

Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama ' berpesan untuk kita jadikan pegangan
JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB :

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya ' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah seperti mana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka ' abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata.

Sumber : email dari Puan Zuraidah. Terima kasih zu.

Lewat berbuka

Patang semalam (08/09/08), tengah sibuk berkemas nak balik kerja tiba2 ada call bagitau ada urgent meeting. dipanggil oleh executive director. cis! malas betul la, orang dah nak balik ni, teringin nak makan roti jala. sampai sekarang belum rasa lagi kesedapan roti jala. kalau lambat melepas la. lagipun hari tu wife aku tak sediakan kuih.

masuk meeting rupanya berkaitan pre-briefing utk costing sepanjang januari hingga julai2008. aku biasalah kena jawab isu2 berkaitan gaji, overtime, stationary, safety, statutory deduction, donation, allowance, uniform, sundries, housekeeping, training, dan sewaktu dengannya. biasalah syarikat mana suka kalau cost overtime tinggi, tapi productiviti rendah.

so, mana aku kena, aku jawab la. tapi ada juga department yg melenting bila dikatakan overtimenya tinggi. dah facts, nak buat camner. masa ko suruh overtime ko tak fikir, pastu nak bising HR bayar overtime. Mangkuk betul! dah ada approved form utk overtime, aku bayar la. salah ke? yg salah kalau orang buat overtime tapi tak bayar. bodoh tahap kambing betul.

meeting tu berlarutan dgn salah menyalahkan satu sama lain. aku buat selamba je bagitau berdasarkan facts. yg tak bestnya ia berlarutan sampai 3 minit nak berbuka puasa. yg muslim mintak keluar. dibenarkan. biasalah, walaupun rumah dekat je, tapi ada 3 trafic light yg mesti dipatuhi. ambik masa 5-8 minit nak sampai rumah. kalau nak gi kerja memang cepat sebab tak de trafic light.

sampai wife tunggu berbuka sekali, sayunya. berbuka dengan kurma dan terus makan nasi je sebab kuih tak sempat beli. tak pelah, tu je rejeki yang Allah bagi untuk hari tu. wife pun tak merungut, dah faham kerja suami dia.

hari ni (09/09/08), rasa nak demam. hidung mula berair. sah kena selsema. masa sahur tadi nak makan ubat selsema dan ubat demam tapi hidung sampai saat ni masih berair. ni jangkit dengan member seopis ni. redha je la, ini mungkin ujian Allah dan nak bersihkan dosa2 lalu.

hari ni ingat2 nak buat 5S kat meja aku. agak messy sebab baru abis audit ts16949 sepanjang minggu lepas. kami dapat 11 ncr; 2 major dan 9 minor. ok la tu. alhamdulillah department aku lulus dgn baik sebab tak dapat apa2 ncr. yg ditegus masa audit tu biasalah, kenalah improvekan! meja aku atau apa2 barangan aku, aku tak suka orang lain tolong kemas. payah aku nak cari. aku suka susun sendiri. kalau orang susun dan aku tak jumpa cari, mulalah aku nak marah orang. tu yg aku malas suruh orang. baik aku buat.

hari ni, mission buka puasa aku ialah dapatkan roti jala.

Monday, September 8, 2008

Award daripada @LiyanNuar

Gi blog @LiyanNuar tadi, terperasan ada pesanan ambik tropi. ni ropanya anugerah tu :-



Ucapan berangan :-
Saya mengucapkan terima kasih atas anugerah ini yg kali kedua saya terima dalam tahun ni. Ini adalah suatu penghormatan kerana terima 2 tropi yg sama bermaksud blog saya ni dah mencapai tahap kreatif kuasa dua (bukan kera aktif ye tuan puan). Saya bertuah menerima tropi ini kerana tropi ini hanya untuk rantaian bloger yg kreatif, meskipun presiden amerika dan presiden afrika selatan beria2 nakkan tropi ni, diorang tetap tak dapat kerana diorang tak de blog sendiri dan tak berkawan dengan
@LiyanNuar yang bagi tropi ni kat saya.

Saya akan raikan penerimaan tropi ni dengan membelikan diri saya sebiji murtabak ayam dan cendol satu plastic. kalau ada duit lebih, saya akan buat stiker tropi gambar tu kat baju raya tahun ni untuk sekeluarga, biar semua orang kampung saya tau saya termasuk dalam senarai ke 13 juta orang yg kreatif dan menerima tropi ni. Sekian.

Sesi Berbuka Puasa Berjemaah

Hari sabtu seperti di rancang, adik ipar dan sepupu aku dtg rumah utk berbuka. sepupu aku ada bawa kawan dia sorang joint. tak de masaaloh. the more, the merrier. dalm pukul 5.30pm, akami ke bazar ramadhan tmn sri andalas. orang memang ramai. mcm biasa aku tak leh shot gambar sebab aku yg kena dukong anak dan bawa segala hasil tuaian. kerana gi ramai2 dan masing2 ikut haluan sendiri, juadah berbuka mcm nak makan 20 orang. ada nasi kerabu 2 pack, ikan bakar bersambal saiz xl sekor, ayam percik yg sekor ayam potong 4, lompat tikam 2 pack, murtabak 2 pcs, kuih biji nangka 3 packs, laksam satu pack, roti john satu, air tebu satu pack, air epal hijau satu pack, air cendul satu pack. kat rumah wife dah masak tomyam campur, ayam dan ikan serta sayur. siap buat puding campur lagi. bila hidangkan semua terkezut byk sangat. tu lah pasal. aku tak leh mkn byk sangat takut tak selesa nak gi terawih. makan sikit dulu, lepas terawih makan sikit lagi. untuk elak membazir sebelum aku gi terawih, aku mintak wife aku tapau kan menda2 yg byk tu pada sepupu dan adik ipar aku tu, boleh diorang makan kat rumah.

hari ahad (7/9/08), pagi2 razman call bagitau nak ajak berbuka. dia mintak ajak kawan kami yg tinggal di kota damansara join sekali. member ni nama wan zahari, tapi kami biasa panggil poksu. masa call dia kerja. abis kerja jam 430pm kat sea park. plan awal nak makan kat kelana seafood, tapi kerana tak pasti ia masih wujud ke tak dan belum booking sebab tiada nombor phone, kami decide makan kat bagan seafood port klang je. dekat rumah aku sikit. razman & wife nya nori dari gombak, tapi diorang nak ke shah alam dulu. so aku offerkan diri jemput poksu kat sea park. sebab aku failed jalan2 kat kelana jaya, aku mintak poksu tunggu aku kat lrt kelana jaya. poksu datang sorang sebab wife dia kerja.

then, kami semua kumpul dan bersembang kat rumah aku sampai pukul 630pm. dari rumah aku kami gerak ke bagan seafood. tak kalut apa, sebab dah booking. aku dah biasa booking, so diorang dah percaya. lambat dtg pun tak pe. ni antara gambar kat sana :-




kami ambil pakej makanan berbuka untuk 5 orang. senang sikit. kalau nak pilih sendiri, mau lepas isyakpun belum tentu dapat makan. sementara tunggu berbuka, anak2 aku mcm biasu suka main lari2 dan gi tepi laut ditepi restoran tu sesambil tengok kapal2 dan mencium bau selut yg harum semerbak.


kalau mkn kat sini berbuka, kuih muih, rojak, buah2an adalah percuma. hambik la berapa byk korang larat. so, kami pulun kuih dulu la. yg aku pelik, bila azan mangrib kat tv je, majoriti orang mula makan dengan segeranya. yg aku tau, azan tu untuk kuala lumpur, aku kat klang. beza biasanya 2 minit. hukum nya apa ye sangat bersegera berbuka sebelum masuk waktu berbuka? may be yg datang tu orang KL atau tempat lain yg berbuka sama ngan azan kat tv, tapi masa diorang datang klang, diorang boleh berbuka ikut KL jugak ke? muskil la aku....

sambil2 makan kuih berbuka, makanan yg diorder sampai satu persatu. lambat gak nak tunggu semua juadah sampai. so, makan sampai dulu, kami balun la.

dikesempatan tu kami borak2 la sambil makan. sambil2 bergurau senda. kat situ ada surau, so kami solat maghrib kat situ je la. dah kenyang kami pun berangkat pulang. poksu balik dihantar oleh razman and wife.

akhir kata, terima kasih razman dan nori atas kesudian menaja majlis berbuka kali ni. kalau berkali2 taja aku lagi suka. nak aku lebih suka lagi, kita boleh makan kat hilton atau concorde. aku sure kesukaan.