Hari ni keluarga aku akan terima 2 tetamu berbuka puasa di rumah. satu sepupuku, faizal yang bekerja di Putrajaya. dan seorang lagi ialah adik iparku, zailen atau biasa kami panggi Elen yang tinggal di Shah Alam.
Faizal sepupuku memang dah inform nak datang rumah dari petang semalam. tambahan dia cuti hari ni. manakala adik iparku elen cuma diberitahu melalui isteriku jam 1130 pagi tadi. tiada apa2 masalah bagi keluarga kami untuk menerima tetamu, tambahan pula mereka adalah darah daging keluarga kami. dipersilakan... kami bersyukur ada saudara mara dan ahli keluarga yang datang bertandang.
mula2 ingat nak bawa mereka makan di restoran bagan seafood yang terkenal di port klang seperti tahun lepas. namun, dah isteriku lebih suka berbuka dirumah beramai2 dengan bersila dilantai. lebih nampak ikatan kekeluargaan. untuk menu berbuka, aku serahkan pada kebijaksanaan isteriku. cuma, bila sepupuku sampai, ingat nak bawa mereka semua ke bazar ramadan yang berhampiran. rasanya nak ke bazar ramadhan di taman sri andalas, klang. memang meriah disitu. mungkin dapat aku cari kuih lompat tikam, dan onde2 kegemaranku. kalau dapat di cari roti jala berkuah durian, dan murtabak daging alangkah sedapnya. cuma kalau makan murtabak, aku akan makan kulitnya sahaja. aku elergik makan segala mak datuk punya bawang. tak kiralah bawang putih, bawang merah, bawang kuning, bawang hijau atau bawang besar. hanya aku sorang je dalam keluarga ada masalah ngan bawang ni. ahli keluarga aku yg lain semua normal, pemakan bawang. malahan ayah aku siap boleh makan bawang putih jeruk lagi. aku bau bawang dah cukup meloyakan, dan tengok orang makan bawang jeruk dengan baunya yg semerbak boleh buat aku muntah hijau disitu jugak.
pernah jugak dulu aku bertanya pada papa aku adakah aku anak angkat kerana aku je species berlainan dari adik beradik aku. namun jawapannya tidak. namun dari segi kemesraan dan layanan keluarga kepada aku, biarpun aku anak ketiga, adalah sangat memuaskan. aku biasanya dapat yang lebih. kasih sayang yg lebih, dan kalau dirotanpun selalu dapat lebih. kalau adik2 aku kena rotan sekali, aku mau kena 3 kali. begitulah bestnya.
apa2pun tengoklah apa yg sedap mata memandang masa kat bazar ramadhan nanti. isteri dah bagitau siap2 jgn beli melampau banyak takut membazir, itulah buat aku sayang kat wife aku. selalu tegur aku agar tak boros. selalu berleter sayang kalau aku lewat solat. walaupun aku tak suka dengar, tapi terpaksa dengar jugak. sebab sayang dan sebab kewajipan. itu perjanjian aku dan isteri didepan Allah masa diijabkabulkan dulu; berjanji susah senang bersama, tegur menegur ke jalan Allah.
Saturday, September 6, 2008
Pendapatan Sampingan buat survey
Cuti2 ni tak tau apa nak buat, tiba2 ada kawan call bagitau suruh check email. Mula2 tu tak de la excited sangat pasal kawan ni biasa call, tapi sebab dia bagitau camaner nak dapat duit kat internet tanpa bayaran, aku cargas je bukan email. Dalam email tu ada banner cam gini yang disuruh click :-

Rupa2nya tentang survey online. Aku mula tu rasa malas juga sebab biasa baca dalam forum tentang ramai kena tipu. cakap free join tapi kena bayar, dan survey buat banyak2 tapi tak berbayar. Kawan tu siap bagi akaun dia suruh aku bukak, dia lagi takut persahabatan terputus kalau dia tipu aku. siap bagi akaun paypal dia. Menarik ni!
Melalui link yg dia bagi aku baca dan aku daftar ahli secara free (percuma la tu..). Then, dah tersedia beberapa survey untuk dijawab. menda ni tak paksa, korang jawab survey (soal selidik), dia bayar. Bayaran dalam USD. Untuk introduction survey je, diorang bayar USD 6.00 (RM21.00). kalau rajin dan ada masa terluang lagi, korang jawab la lagi. kebanyakkan survey dibayar USD4.00(RM14.00).
Soalan susah? hape, ko ingat ni soalan matematik tambahan ke? soalan dia ni lebih mudah dari matematik tambah contohnya 1 + 1 = 2. Survey ni lagi senang. Antara contoh survey ialah korang kena tengok 2 contoh website seperti berikut :-

dah tengok, korang komen la secara umum. tak yah pandai2 nak baca2 satu2 apa yang terdapat dalam website tu. tengok secara luaran je. Contoh yang aku komen ialah :-
Website 1 : Very simple. Not interesting.
Website 2 : Very interesting. Lot of information.
Pastu sent survey, automatik dia akan bagi USD4.00 atau berapa2 dolar yang diorang janjikan. Kalau refer kat kawan, diorang bagi USD1.25 bagi setiap kawan yang masuk.
sambil2 tak de keje tadi aku buat 4-5 survey yang ambil masa kesemuanya kurang 30 minit atau kurang 5 minit setiap survey. Tup2, check account dlm website tu dah ada USD27.00(RM94.50).

Cuma tak leh keluarkan dulu, dia kena tunggu duit ada sekurang2nya USD75.00 baru boleh keluar. Nak keluar boleh melalui paypal atau cek. paypal senang banget. redeem masuk dalam akaun paypal dan duit tersebut jadi hak kita. kita boleh guna untuk beli barang kat internet atau cashkan melalui akaun bank di Malaysia. Ape? tak de akaun paypal! ko daftar lah akaun paypal dengan link kat bawah ni, yuran seumur hidup paypal ialah FREE yer.
https://www.paypal.com/row/mrb/pal=RUGXW96DCHQ48

Friday, September 5, 2008
Kisah Kurma dan KFC di Bulan Puasa
Macam biasa bulan2 puasa ni, tak de menda nak di ceritakan sangat. pagi gi kerja, petang balik singgah pasar ramadhan beli juadah untuk berbuka, lepas isyak gi solat terawih. balik dah jam 10.30pm, just layan keluarga kat rumah.
Masih lagi dalam segmen teringat peristiwa masa belajar dulu ketika bulan puasa. kali ni berlaku masa aku menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.
Cerita Satu :
Pada bulan puasa, ketika hari jumaat. Macam biasa solat jumaat memang tak leh miss, berdosa besar pada yg sihat dan waras. Masa kat UUM tu, yang baca khutbah jumaat tu bergilir2 dikalangan pensyarah agama Islam dan yg berkelayakan. Ketua semua imam ialah Ustaz Usamah.
Pada hari kejadian, seorang ustaz muda memberi khutbah. memandangkan masa itu awal2 puasa, ustaz muda itu berkhutbah mengenai kurma. semuanya tentang kurma; asal usul kurma, khasiat kurma, jenis2 kurma, dan lain2 mengenai kurma. tiada yang lain dari kurma melainkan kurma semata-mata.
Aku ok je psl kurma, tapi air liur sedikit meleleh la. bukan sebab aku tertidur masa org khutbah tapi membayangkan kesedapan kurma yang mama aku goreng celup tepung.
namun khutbah ttg kurma terlalu panjang, sangat panjang. sehingga ramai yg tertidur. kemudian, jeng...jeng...jeng.... ustaz usamah naik ke mimbar dan menyerahkan sekeping kertas kepada ustaz muda tadi. khabarnya nota itu untuk beliau memendekkan khutbah mengenai kurma yang dah terlalu berjela2 dan mengambil masa terlalu lama. aku tak nampak ustaz usamah bercakap kerana beliau pernah beritahu kalau sesiapa bercakap2 semasa khatib sedang membaca khutbah, hilanglah pahala jumaatnya. tulisan ok kot? Alhamdulillah, khutbah tersebut ditamatkan segera dan kami boleh mula bersolat jumaat.
Cerita Dua
Kisah ini diceritakan sendiri oleh empunya badan kepada aku. Kisah ni berlaku pada bulan puasa jugak. di bandar Jitra iaitu bandar terdekat untuk kami di UUM. kejadian berlaku di restorente Kentucky Fried Chicken (KFC). Masa itu sahabat aku ni bersama kawan2nya sedang cuba memesan makanan tengahari.
Pelayan KFC : Err...encik, encik tau tak sekarang ni bulan puasa?
Hardy : Tau.
Pelayan KFC : Encik tau ke orang Islam lelaki tak boleh makan pada tengahari pada bulan puasa?
Hardy : Tau.
pelayan KFC: kalau tau, saya tak boleh ambik order dari encik. salah tu..
Hardy : Tapi Saya bukan Islam.
Pelayan KFC: Encik jangan main2.
Hardy : Betullah. Saya Kristian.
Pelayan KFC : Boleh saya tengok IC encik?
hardy : Boleh (sambil memberikan IC nya)
Pelayan KFC: Ni nama encik, HARDY ROSE BIN CLEMENT BUYUT?
hardy : betul.
Pelayan KFC : Ni nama ada "BIN", maknanya encik ni Islam. Saya tak boleh bagi encik order.
Hardy : Betul tu nama saya, tapi saya kristian. saya orang sarawak. orang sarawak ada 'bin' tak semestinya Islam. kami bumiputera sarawak. Kalau awak tak percaya ni tengok rantai saya (sambil menunjukkan rantai salib kristian yang dipakainya).
Palayan : O... dah encik kata encik orang kristian, saya terpaksa bagi. tapi kalau kena tangkap dengan jabatan agama islam, encik kena tanggung sendiri ye.
Hardy : Ok.
Moral of the story :
1) masa bulan puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa. kecuali orang2 yang dikecualikan oleh Allah.
2) Pelayan KFC tu patut dipuji kerana menunaikan haknya sebagai seorang pekerja yang berdedikasi dan seorang muslim yang bertakwa.
3) jabatan pendaftaran negara telah mengambil langkah bijak dengan meletakkan agama pada IC baru untuk mengelakkan kekeliruan seperti ini.
4) nama macam Islam tapi bukan Islam lebih baik dari nama Islam dan memang orang Islam, tapi perangai macam setan.
5)Rindu masakan mama aku, terutama kurma goreng, kuih telur, seri muka, agar2 dan sebagainya. Wa.... nak balik kampung la.
6) Anak aku dah mula mintak KFC, bujang2 dulu pernah la berbuka kat KFC. dah kahwin ni kalau kat fast food cuma pernah berbuka kat Pizza Hut je, Tiap2 tahun.
7) Kemana ko menghilang wahai Hardy Rose. rindu nak kenakan kau, sahidan, karamjit, roslang, ganthy. Aku doakan korang success dalam apa bidang yg korang ceburi.

Thursday, September 4, 2008
Kisah Teladan : "Malam Jumaat"
Ini kisah benar yang aku alami sendiri masa kerja dulu, kira2 3-4 tahun lepas. Saje nak crita kisah ni sempena malam jumaat malam ni.
Kisahnya begini, Kisah ni berlaku masa bulan puasa. berlaku pada hari khamis malam jumaat semasa nak balik kerja dlm jam 5.40pm. sambil2 nak balik, aku turun ikut production floor saje nak tengok orang kerja (nak tengok makwe2 kat production line sebenarnya). So, aku ternampak sorang brader pekerja lama kat situ masih asyik bekerja. brader ni usianya dan 40-an dah masa tu.
Izman : "Aik, tak kan OT kot?
Brader X : O... En Izman. Tak OT. Saje bersihkan mesin jab.
Izman : Ni malam jumaat ni, balik la awal sket.
Brader X : Malam jumaat pun boleh buat ape, bulan pose ni.
Izman : jangan la balik terus terkam. Buka puasa dulu, terawih dulu. anak2 dah tidur, ok la...
Brader X : Ishh! mane boleh buat bulan puasa ni. Nanti kena denda kifarah pulak. tak sanggup saya.
Izman : Astarafirullah Al-Azim! Belajar kat mane ni? Tu untuk berjunub disiang hari dibulan puasa. Malam tak pe.
Brader X : Tak Nak la saya en. Izman. Berdosa nanti. berganti puasa pulak, kena denda lagi. malu ngan anak2.
Izman : Ok la kalau cakap mcm tu. Kalau boleh nanti Brader X tanya ustaz lepas tarawih psl menda tu yer.
Brader X : tak payah tanya lah. memang saya sejak kawin dulu, bulan puasa memang saya stop. dah lebih 10 tahun dah. rasanya tahun ni pun tak yah la.
Izman : (geleng kepala dan berlalu pergi).
hari Isnin minggu berikutnya, aku crita kat best friend aku yg juga best friend Brader X tentang kisah tu. En. A tergelak besar. En. A siap pergi tanya Brader X. Jawapan yang sama. Walaupun aku dan En. A nasihat, dan minta dia tanya pendapat alim ulama, dia macam tak percaya. Lepas tu aku dah tak ambik tau kisah tu.
Moral of the story:
1) Ilmu mesti dicari. Berguru biarlah dengan orang alim ulamak, bukannya dengan halim hullamak.
2) Kawan2 mesti memainkan peranan dalam masyarakat termasuk menasihati, cuma biarlah ke arah kebaikan.
3) nasihat tu biarlah untuk semua kebaikan, ni hal malam jumaat je dititik beratkan. Apa la kau ni...

Wednesday, September 3, 2008
Kisah Teladan : "Aku terpaksa menjadi gigolo"
Teman-teman, Bacalah kisah di bawah ini: (Cubalah ambil hikmahnya..)
Seorang pemuda frusted mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu merasa nevous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok.
Semakin di fikir seperti itu, birahinya juga makin muncul.
Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus. Akhirnya dia membuka semua bajunya,dan menunggu di bilik. "Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.
Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil. Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu, "Tengok ni, Wati dan Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni"
Huahaha..ha. .ha..
>
>
Serius jugak Baca tuuuu... pergi kerja..kerja. .kerja... ....
Moral of the story :
1) Gigolo adalah kerja yg tak bermoral. Mungkin dia gagal dalam exam moral masa sekolah dulu.
2) Jangan hina dan ketawakan orang kurus. Berdosa tau.
3) Suka je korang nak baca kalau cerita2 sensasi macam ni. Ni bulan puasa banyakkan baca benda yang berfaedah, seperti baca Al-Quran dan Sirah Nabi.
4) Oi... Azrin. Sejak dua menjak jadi bini orang ni boleh tahan gatalnya kamu ye hantar crita2 macam ni. Menggatal dengan suami kau saje tau.

Solat Terawih dan Kenangan Zaman Sekolah Dulu
Alhamdulillah ibadah puasa aku walaupun sibuk ngan kerja dan audit (belum turn aku, tapi kena update filing) adalah memuaskan. untuk berbuka semalam, aku cuma belikan sedikit kuih butir durian (puteri mandi?), pengat pisang dan roti john. cukuplah tu. roti john aku habiskan selepas solat terawih.
mcm biasa solat terawih aku buat di masjid berhampiran. mulanya ingat nak tukar lokasi ke tempat lain, tapi malas pulak. jemaah pada awal hingga rakaat ke 8 mcm biasa ramai gile, lepas tu tinggal 3-4 baris je. sementara masih larat dan dilapangkan masa oleh Allah ni, aku cuba buat sehabis baik. Ramadhan cuma sebulan, dan kita tak akan dapat gantinya sepertinya sampai kiamat.
selepas terawih biasanya ada makan atau disebut moreh. aku biasanya cuma ambil sebiji kuih dan balik. air ke makanan lain aku tak makan. malas nak berebut. cuma yg aku tak berkenan ialah cara kita makan. disebelah pagi hingga terawih, kita beribadat. tapi masa moreh kita lupakan Allah. hampir majoritinya makan sambil berdiri; termasuk yg lebai2. yg jahil mcm aku tak payah ceritalah.
Ok, cukuplah pasal tu. di ramadhan ni aku teringat balik kisah aku dan kawan2 berkaitan puasa yg aku nak share.
senario :
Bertempat di Sekolah Kebangsaan Damak, Jerantut, Pahang Darul Makmur.Semasa persekolahan la. Masa belajar pelajaran agama Islam. Aku dah lupa nama ustaz ni. kami belajar tentang puasa termasuk niat puasa, perkara membatalkan puasa, niat solat terawih dan sebagainya. Aku darjah berapa aku lupa la...

Gambar hiasan : Aku bersama kawan masa menuntut di Sekolah Kebangsaan Damak.
memandangkan masa dolu2 kami belajar dalam grouping seramai 4-5 orang, jadi adalah kawan2 yang buat lawak berkaitan niat puasa dan niat sembahyang terawih. Niat mengarut tu berbunyi begini:-
" Nawaitu sam bogo, ambik timbo wat gi telago, bowok pok dogo, baru lepah belago"
"Usalli sonnatan tupat tigo bucu, cicah nisan, Allah sedapnyo"
Terjemahan bahasa Melayu : "Sengaja aku sembahyang sunat, dapat makan ketupat pulut yang ada bucu tiga, dapat pulak cicah dengan manisan, memang sedapnya"
masa kami melawak tu mula2 diam2, tapi bila ustaz dah keluar kelas kawan aku tu tak silap nama norliman badrul sengaja baca niat tarawih main2 secara kuat dan seluruh kelas ketawa. Dah Allah nak tunjuk, ustaz tersebut sebenarnya tertinggal barang dan masuk balik, ustaz dengar menda tu. dan, jeng, jeng, jeng. makan pelempangla kawan aku tu. aku tak kena masa tu (masa tu tak kena, masa lain aku kena lagi kuat pasal selalu jd ketua).
Moral of the story:-
1) jangan main2 kan ayat Allah. Allah murka.
2) Kalau nak makan ke minum, duduk. Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.
3) Apsal asal zaman sekolah dulu mesti nakal. dan apsal ada cikgu garang.

Tuesday, September 2, 2008
Mula Berpuasa Dalam Bekerja, Dan Diaudit TS16949
Hari ni (02/09/2008) adalah hari pertama puasa di tempat kerja. pagi2 dah terjengul kat pejabat sebab tiada aktiviti bawa anak ke gerai nasi lemak dan pekena roti capai. cuma luqman nak pusing2, bawa je la..
alhamdulillah nampaknya setakat ni Allah masih permudahkan urusan puasa dan tarawih. hari pertama puasa, wife aku buat semua juadah berbuka sendiri. beli bahan2 je. aku hari pertama biasanya tak byk songeh, makan kurma dan agar2 je. dapat pulak sirap campur biji selasih. Alhamdulillah! lagipun kat kawasan aku gerai jualan belum bukak.
Bertarawih, alhamdulillah ramai sekali datang. biasanya awal2 ramadhan mcm tu la. cuba tengok tengah dan akhir ramadhan.... 2-3 baris je la. tu pun baris orang2 tua je. semua sibuk dengan hal2 dunia termasuk buat kuih, shopping raya dan sebagainya. kelompok ni biasanya melibatkan aku jugak. nampak sangat hidayah Allah kurang pada hamba yang kurang soleh.
cuma yg aku tak gemar masa bertarawih ialah kes2 kecurian selipar/kasut, bunyi bising budak2 dan bapak budak bersembang dan ketawa, dan bunyi2 telefon bimbit. malam pertama tarawih tempat aku, dikhabarkan ada 3 kes kecurian selipar/kasut. Masyaallah, masa buat ibadah pun sempat mencuri jugak ke. lahabau betul. pada aku pakai selipar buruk yg biasa2 dh cukup. nanti kang tak kusyuk pulak asyik ingat selipar kat luar. bukan tak hormat rumah Allah dengan berselipar buruk, tapi ia lebih baik dari langsung tak konsentret pd Allah masa ibadat.
Kutu2 lahabau ni pun kekadang bukan takat ambik selipar baru, selipar buruk pun diorang kebas. apa punya pemikiran akupun tak tau. aku emosional jugak sebab aku penah kena, selipar jepun harga tak sampai rm5 hengget sepasang yg dah burukpun diorang sapu masa gi solat jumaat tahun lepas. kesannya, aku jalan kaki ayam atas panas tar dan batu kerikir dlm 50 meter nak gi kereta. dari segi moral, pada aku mmg diorang lahabau. tapi pikir balik mungkin itu ujian Allah dan mungkin juga balasan Allah atas dosa2 aku yg lepas. Nauzubillah hi min zalik.
Berbalik pada puasa masa kerja. hari ni sampai hari jumaat ni, syarikat aku keje ni kena audit ts16949. final audit. turn aku hari jumaat. harap2 usaha kami berbulan2 berbaloi. lagipon ini adalah bulan terakhir MR dan AMR kami kerja. kalau fail, mampos la sape nak buat mende2 alah tu. nak buat yg HR je rasa nak pitam, nak buat untuk department lain? ..... tak kuasa aku. biarpun ada arahan, memang aku tak buat punya.
ok, kepada kawan2 yang beragama Islam, "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA DAN DIGANDAKAN PAHALA KITA".

Subscribe to:
Posts (Atom)