Belanja sekolah.
Selain mengurus anak darjah 1 dengan peperiksaan kemasukan kelas dan orientasi, aku turut membayar yuran dan buku sekolah kebangsaan dan sekolah agama kafai.
Jumlah keseluruhannya sekitar rm1800 untuk 3 anak; darjah 1, 4 & 6. Ia cukup untuk menyesakkan dada dan melubangkan poket.
Dikala melihat wajah-wajah sugul ibubapa berbelanja buku dan yuran, terfikir juga diakal yang jahil ini, tidak bolehkah jika duit zakat diguna untuk membantu ibubapa yang dhaif.
Di depan mata, ada ibubapa yang malu-malu alah merendah suara meminta membayar sebahagian sahaja. Buruh kasar dengan anak bersusun, manakan mampu menanggung biaya. Aku tau, ramai ibubapa yang tidak sanggup menghantar anak bersekolah agama kerana kekurangan biaya. Apalah kiranya pusat zakat menghulur biaya, bukankah belajar juga layak dibela.

No comments:
Post a Comment