Pada 10/10/2014 yang lalu, saya sekeluarga telah pergi bercuti ke Melaka.
tujuan bercuti adalah untuk merehatkan diri dan minda, serta untuk menjamu selera.
Selepas solat Jumaat di Pengkalan Balak, iaitu tempat kami menginap di Chalet Hajjah Mahawa, kami ke Pantai Klebang.
Dalam perjalanan, saya ternampak restoran yang unik, cendol drive thru. bunyi macam kelakar, tapi punya la ramai manusia tengah beratur untuk makan. saya nekad mencuba. lagipun saya memang peminat cendol.
Sumber Gambar : Facebook rasmi cendol bakar kuala selangor.
OK... dah dapat idea nak order. jadi, saya order 4 jenis cendol bakar tapi kemudiannya pilih lagi 2 kerana tidak cukup. memang sedap. anak aku yg kecik pun tak nak kongsi. kami ambik semua jenis cendol: biasa, vip, vvip, durian, tapai, pulut.
Yg tersedap pd aku ialah cendol bakar durian. marvelous!!
aku jugak rasa Lempeng pisang. fabulous!
keropok? .. setakat biasa-biasa sahaja.
Rating : 7/10 (Cendol)
Alamat ?
Akupun tak tau, aku jumpa sebelah kiri sebelum sampai klebang, melaka. Ala... pergi tengok sendiri kat facebook dia dibawah ni:-
https://www.facebook.com/CendolBakar
No comments:
Post a Comment