Tuesday, January 3, 2012

Ayah Bangga Dengan Luqman

hari ni (3/1/12) aku bercuti uruskan bayar yuran sekolah anak2. bayar yuran tadika utk pika. yuran sekolah rendah dan sekolah agama untuk luqman. sebab sekolah dalam jarak yg sangat dekat, kurang 1km dari rumah semuanya, semuanya senang dan cepat dibereskan.

yuran dan pelbagai bayaran yg patut tu aku bayar semua serentak. malas nak fikir bayar sikit2 tapi nanti pening kepala nak tau yg dah bayar atau belum. masih dalam kemampuan (sebab murah).

bab abis duit tu aku ketepikan dulu sebab itu dikira sebagai investment keatas anak2. biar mereka sekolah dengan senang dan selesa. yang aku nak cerita ialah....

selepas tadika, aku ke sekolah agama dulu. biasalah, sekolah kafa, yuran dia agak mahal tapi tak sampai rm300. even tak wajib ke sekolah agama, tapi amal kebajikan dan agama penting untuk anak2. sekurang2nya ada pegangan agama, barulah terjaga kehidupan. masa nak bayar yuran, aku cam biasalah cakap anak aku kelas ini, tapi nama anak aku tiada dalam senarai. ergh!!! terkejut aku ingat anak aku ada masalah, rupanya luqman dah ditukar dari kelas kedua ke kelas pertama. Alhamdulillah!

kemudian ke sekolah kebangsaan. beli dan bayar mana patut. masa nak bayar yuran pelbagai, nama anak aku juga tiada dalam kelas sepatutnya. dan alhamdulillah, luqman ditukar dari kelas ketiga dari empat kelas ke kelas kedua. syukurlah!

aku bukan nak berlagak kata anak aku pandai, sebab ia bukan sepandai mana. luqman memang kuat main, jarang sekali dia belajar kecuali bila aku suruh. akupun tak harap dia akan cemerlang dalam sekelip mata. aku tau pendidikan penting, tapi menikmati hidup dizaman kanak2 juga penting. aku tak marah jika dia tak skor (ummi dia yang marah2).

dalam bersekolah aku yakin dan percaya bahawa anak2 perlu dididik dengan berhemah dan memberi mereka peluang belajar dan bermain. pengalaman hidup aku bersekolah dulu membuktikan bahawa ada kawan2 yang dari sekolah rendah memang genius akhirnya tak kemana2. terperangkap dalam dunia pelajaran dan akhirnya gagal dalam hidup. ye lah, keluarga terlalu pentingkan pelajaran, sampai main pun takde. akhirnya hidup melarat.

kepada anak2ku, belajarlah dan bermainlah disamping menumpukan kepada agama, insyallah kamu akan berjaya dalam hidup didunia dan akhirat.

2 comments:

NURAZZAH8 said...

Salam izman...lama tul akak tak singgah sini...sibuk ...awak pun dah lama jugak tak update blog kan? (ye ker?) hehehe

betul tu..akak sokong 200% ... akak pun tak ada lah nak paksa anak belajar sampai tak kenal dunia luar... akak tak hantar anak tuition pun... ada orang anak baru darjah satu, dua pun nak hantar tuition ...terpulanglah kan..masing2 .. tapi akak mmg galakkan anak luangkan masa utk bermain... petang lepas asar..selepas pukul 5:30 ptg ..mmg masa utk bermain..main lah sepuas2 nya sampai lepak..sampai penat...

sebab anak2 kalau dah penat cepat tidurnya ... tak susah nak paksa anak tidur malam ...

tapi satu masalah dengan anak2 remaja sekarang... tempat main Futsal selalu bukak sampai tgh malam pukul 1 pagi... lepas tu anak2 bujang ni suka lepak kat kedai mamak ..sampai kul 3-4 pagi ... selalu sangat terlajak subuh ... kejut sampai kadang2 akak ambil air jirus kat muka anak2 ..hehehe ..hurmmm..ini satu masalah yg mmg memeningkan kepala ...

tahniah bagi anak awak yang dapat naik darjah lebih tinggi dan bagus...tapi masuk kelas nombor 1 ni selalunya competition lebih tinggi..sebab ramai budak2 pandai-pandai belaka...tapi tak pa ... anak awak pun pandai sebenarnya ...

ok ..dah nak masuk maghrib..jumpa lagi di lain entri ...IA

Kak Azzah8
Shah Alam

izman said...

kak azzah :
terima kasih ats perkongsian dan komen. sangat menghargainya.