diam tak diam, lagi beberapa hari anak sulung aku, luqman hakim akan memasuki darjah satu. mula2 luqman macam takut nak masuk darjah satu manakala aku seolah2 memaksa dia menerima perubahan bahawa dunia tadika dia dah berakhir dan akan memasuki darjah satu. sekarang, bila semua kelengkapan sekolah termasuk seragam, alatulis dah dibeli, luqman pula dah terlampau exited nak bersekolah. dan aku pula yang ketakutan.
bukan takut habis duit (ye, memang dah banyak duit duit habis sebenarnya beli kelengkapan dan bayar yuran), tapi takut tentang keselamatan dan keselesaan anak aku. luqman adalah anak pertama aku yang masuk darjah satu, atau belum ada pengalaman membebiarkan dia sendirian disekolah yang serba baru.
heh! bunyi macam kelakar, tapi itulah realitinya. masa luqman mula bersekolah tadika tahun lepas (tahun 2009), 2 minggu jugak aku berkampung ditadika luqman. tangisan luqman bila aku melangkah keluar meninggalkan tadika cukup memilukan hati aku. even, cikgu2 tadika memberi jaminan untuk menjaga luqman dan anak2 tadika yang lain, hati bapa aku sebenarnya cukup resah dan serba salah. biarpun aku akhirnya keluar dari tadika dan membiarkan luqman dipujuk oleh cikgu tadika, aku sebenarnya hanya mampu memandu sekerat jalan sahaja. dari sudut yang masih boleh memerhati dan mendengar suara luqman, aku memerhati dari dalam kereta. bila tangisan luqman reda, barulah aku ke pejabat.
tahun depan, pika (nursyafiqah izzati) juga akan masuk tadika. sebab 2 tahun pengalaman luqman di tadika tersebut, aku tidaklah rasa gundah gulana. aku dah kenal cikgu2 disitu. sekarang kisah luqman lagi, cuma kehidupannya di darjah satu.
kenapa aku takut? luqman macam aku jugak, pemalu (ceh!). so, dia tak banyak bercakap dan bergaul. dia berkawan dengan orang yang dia suka berkawan sahaja, memilih kawan barangkali. di tadika; tandas, makan minum semuanya didalam kawasan kecil dan diawasi ketat oleh guru. di sekolah kebangsaan, even gurunya ramai, tapi aku tak pasti ada tak guru yang nak mengawasi anak2 murid yang ketandas, ke kantin dan sebagainya. aku risau anak aku terperangkap dalam tandas keseorangan, kelaparan sebab tak pandai menggunakan duit dan membeli makanan dikantin, atau keseorangkan dikelas masa kecemasan.
ya... aku tau aku agak spectical pada guru dan sekolah. bukan aku meragui mereka. cuma sebagai ayah, aku amat sayangkan anak2 aku.
Aku berdoa dan berharap agar semuanya berjalan dengan baik. aku berdoa agar luqman dan pika mampu mengharungi detik2 awal persekolahan mereka, dapat berkenalan dengan kawan2 baru, dapat belajar dengan sempurna dan mampu menjadi manusia berguna suatu hari nanti.
8 comments:
x lama lagi luqman ada awek plak..hahahaha :D
Mey ,byk lar ko punyer 'spectical'. . 'Skeptical' daa... Tau daddy ko nnt, maner dia nak letak muka... hahaha...
Aku xde pengalaman dlm hal ini. time aku, aku cuma dapat bagi doa jer.
Mungkin ko boleh amalkan perkara berikut:-
Tips
1. Sehari sebelum Luqman masuk sekolah. Sebelum tidur baca zikir- Subahanallah - 33X , Alhamdulillah - 33X & Allahu Akhbar - 34X
ini utk elak ko berasa keluh , kesah & risau masa itu nnt.
2. Surah Al-Anbiyaa'- ayat 79
Supaya anak mudah faham perkara yg dia pelajari
3. Surah Al-Kursi. - Sebagai dia dilindungi drp perkara yg tidak diingini. (Baca ia berdasarkan 9 waqaf)
mmg gitula agaknye makpak kita berdebor dan risau tuk kita dulu kan?
hrp2 ank kita semua bijak dlm m'uruskan situasi baru mereka..
aku pun cuak tahap gaban bila ank 1st nk msuk prasekolah!!
izman, overall boy lebih manja bile ditinggalkan. Ms anak aku yg eldest (girl) msk std 1... mmg ramai boys yg nangis compare to girl. So, bersiap sedia-lah ko.. hahaha
All d best to Luqman. Aiman aku pun std 1. So samaxlah kite ke orientasi this fri yea!
marinahunny,
luqman bersedia ada awek? heh.... masa tadika umur 5 thn pun dah ada awek dah. ha.ha.ha.....
rayz aka razman,
dlm blog aku ni abaikan ejaan, tatabahasa, peribahasa dan sebagainya, aku tulis ikut sedap aku semuanya.
thanks for amalan yg boleh diamalkan, Insyallah aku akan cuba praktikan.
suzie apai,
aku rasa semua ibubapa begitu kot. may be yg dah ada abang atau kakak yg bersekolah sama, bimbang tu dah hilang.
insyallah.
nur aka admansyah,
yup, this friday orientasi dan exam utk masuk kelas mana.
aku harap luqman tak meraung.
Post a Comment