Friday, June 11, 2010

Piala Dunia 2010 Dah Bermula

sekarang aku tengah layan pembukaan piala dunia 2010 antara afrika selatan dengan mexico. mexico dah kena titik satu kosong. heh! aku sebenarnya memang bukan kaki bola. tak minat mana pun. tapi kerana promosi yang hebat, terpengaruh jugak la sikit.

dalam meraikan pesta bola ni kaki2 bola termasuk papa aku akan mengambil masa menonton perlawanan tersebut even lewat malam atau awal pagi. kalau dulu masa piala dunia rata2 awal pagi, ramailah kawan2 kita yang terlewat ke tempat kerja. dan ramai jugaklah yang dapat surat chenta dari HR. sebut pasal surat chenta aka surat disiplin dari HR ni, hari ni je aku keluarkan 6 surat pagi tadi. saje aku datang awal pagi dan spot check, ramailah kena dengan aku atas pelbagai kesalahan. yang terlebih kena semburan aku ialah pengawal keselamatan. bukan setakat muka merah padam dan telinga berasap, matapun dah merah berair. rasakan, buat kerja sambil lewa lagi! sekali lagi kena dengan aku, alamat bye-bye je la.

ok, sambung balik bab piala dunia. aku masih ingat masa aku kerja kat company kedua dulu, masa tu ada piala dunia jugak. yeaahh.... mexico samakan jaringan.

opss... sambung balik. masa tu aku masih ingat, bulan puasa. syarikat tu kebetulan akan adakan annual dinner. sebelum annual dinner dan bersempena piala dunia, pekerja2 buat permintaan pada boss aku untuk buat perlawanan bola sepak. sebab bulan puasa, boss HR aku tak bagi. pekerja terus jumpa pengarah urusan, dan perlawanan bola dibenarkan. pergh! main bola masa bulan puasa tu, siang hari lagi. sebab kilang tu ramai pekerja asing, mereka buat pelbagai nama pasukan berdasarkan nama negara asal mereka atau negara yang bermain di piala dunia.

macam2 pasukan ada. malaysia, bangladesh, vietnam, indonesia, india antara negara yang dipilih berdasarkan nama negara asal pekerja. ada jugak letak nama negara2 yg lain seperti brasil, spain, belanda, perancis dan sebagainya. banyak betul pasukan bertanding. aku jadi urusetia je. even bukan perlawanan pro, tapi nak main bola siang hari selama 4 hari berturut2, tak payah ler! sabtu ahad isnin dan selasa, heh... aku yg tengok pun rasa nak muntah. yang main tu tok sah cerita lah, berbotol2 dan bertong2 air sirap bancuh diminumnya. muslim dan tak muslim serupa je, aku yg jadi urusetia pun sama je dapat dosa subahat walaupun bukan aku yg bancuh air.

yang seronoknya ialah semangat bola tu. mereka siap beli jersey bola. err... jersey pasar malam je la.

err... untuk piala dunia kali ni, macam aku tulis awal2 tu la, bukan minat aku. kalau mood aku nak tengok, aku tengok la. siapa aku jangka jadi juara piala dunia tahun ni? entah! aku jangankan nama pemain, nama pasukan yang bertandingpun aku mana tau. tapi aku nak tengok argentina jadi juara.

4 comments:

Relevan said...

Makan bola dan tidur pun bola..

Nek Cun said...

Main bola, demam bola, tengok bola... semuanya bola sekarang nih... tak apalah... asalkan jangan judi bola!.. hehehe..

Rayz said...

Mey...lamer tak update... tido ker!

Mak Su said...

suka tgk arwah super mokh :)