Tuesday, April 20, 2010

Budaya Suparman Baba dalam Bisness orang kita

sebelum aku mengarut lebih panjang, aku mengambil kesempatan ini untuk meminta mana2 sahabat yang telah terpengaruh dengan promo entry aku yg lepas mengenai duit mudaah USD1.00 bagi setiap referrer justin tu agar tidak lagi terpesong jauh. berita terbaru yg aku dapat dari kawan2 internet dan setelah mengesahkan sendiri; ia terbukti si justin ni dah terlebih sudu dari kuah. dia tidak akan membayar mana2 referrer dari malaysia yg dikatakan banyak membuat fraud, penipuan dan sebagainya. yg aku emo sangat tu sebab dari link aku dah dekat 24 orang join. barua betul si justin ni. kalau dia datang malaysia, nak aku sontot buah pingang kiri dia. dan pada kawan2 yg telah terpengaruh dengan aku tu aku MINTAK MAAF banyak2. ala toksah marah2 la, bukan kena bayar yuran pun korang masuk tu. anggaplah itu sebagai asam garam duit internet.

ok, berbalik ke dunia nyata. sabtu lepas saluran air direct paip rumah aku terlalu perlahan. memang mengalir sepoi2 bahasa je, kalau nak banding dengan air kencing anak aku, air kencing anak aku lagi laju. bezanya air kencing anak aku tak le bukak tutup, dan warna dia tak secoklat air paip syabas/puas.

aku panggil sahabat aku manager engineering, dan seorang lagi pegawai plant engineering untuk memeriksa meter air aku tu. setelah memeriksa dan menyiasat lanjut termasuk post mortem paip air utama, ada masalah pada saluran utama paip syabas. mereka menasihatkan aku agar menelefon syabas untuk memohon pertolongan kerana mengikut undang2, tanggungjawaab membaiki dan mengenyelenggara paip air dari meter ke saluran paip bawah tanah adalah milik syabas. so, hari senin aku call syabas dan mereka barjanji akan menghantar orang untuk membaikinya. ye lah, kalau air kecik, syabas jugak yg rugi kan. banyak laju air paip, semakin lajulah duit mengalir ke kantung mereka. itu basic matematik kelas 3 anggur la.

alhamdulillah, servis syabas memang cepat. Syabas SYABAS! bila orang syabas datang aku balik dan tunjuk pandai dengan orang syabas tu. he.he.he... aku dah tau apa patut aku cakap sebab manager dan pegawai engineering dah ajar aku. orang syabas tu mulanya cakap ia berpunca dari masalah tangki air aku. aku smack down hujah dia dengan menyatakan ia tiada kaitan sebab aliran air dari direct paip aku kecik, jadi aku kata tak berkaitan. akhirnya setelah meneliti hujah dan menyiasat, diputuskan bahawa masalah itu berpunca dari paip utama syabas. bravo..... memandangkan aku tak perlu membayar, aku setuju dengan kesimpulan syabas.

petang itu, aku diberitahu sebuah lori, sebuah jentolak (back hoe), dan 5 org kontraktor syabas dah ada depan rumah aku, mereka call aku maklumkan mereka akan mula kerja atas arahan syabas. free punya pasal, aku kata "just go ahead". bila aku balik kerja dlm 6 pm, mereka tengah menukar paip2 lama. bagus.

sambil2 tu aku layanlah berborak dengan kontraktor berkenaan. ha.... ini sebenarnya tajuk utama aku nak cerita hari ni. biasalah bila siap satu2 fasa kerja, mereka akan mengambil gambar dengan white board yg ada surat khabar pada hari berkenaan dengan nama kontraktor, dan jenis kerja dibuat. aku tak tertarik pasal mereka ambil gambar sebab itu mereka nak claim upah dari syabas, bukan aku dapatpun. aku keseronokan sebab nama kontraktor tersebut adalah nama orang sebangsa dengan aku. err... maksud aku serumpun dan seagama dengan aku. nak kata sebangsa tak berapa tepat sebab nama dia mengonfirmkan dia jawa tulen, sedangkan aku melayu tulen (dengan campuran darah palembang, tokseh golok, dan lain2. may be ada darah campuran india jugak kot).

yg aku bangga tadi ialah kontraktornya jawa, dan kuli2nya ialah orang2 cina, bangla dan melayu. biasa kita lihat ialah tokeynya cina, dan kulinya orang kita (termasuk jawa). tapi hidung aku tak sempat kembang sangat sebab rupanya bila borak2 rupanya cina tu yg tokey, melayu dan abangla (bangla) tu kuli dia. nama kontraktor jawa tu rupanya atas kertas je. lahabau betul. ini kes ali baba lagi lah. err... ali baba untuk melayu, kalau jawa nak panggil ali baba jugak ke? may be buleh disebut suparman baba, atau wagiman baba agar melambangkan ia dibuat oleh orang jawa, bukan orang melayu sebab 'ali' tu untuk melayu.

heh..... inilah bangsa aku: ada permit, pajakkan. ada maruah, gadaikan.

5 comments:

Unknown said...

stetmen last tuh kan bro... haihhhhhhhhhhhhhhhhh...... mmg slalu bikin gwa panas... sbb kita br nak kembang hidung, dorang dh cantas dgn hakikat sebenar...

suriani said...

tulah hakikat dunya...
dunya oh dunya..
meh join DCL, dr atas, pengasasnya melayu, mmg dibuat khas utk org2 melayu nak majuuu...heheh
sempat promote..

Unknown said...

La Tahzan..jangan bersedih. Kadang2 memang kita kena fikir 10X..20X berkali2 bila tawaran yang datang terlalu enak di dengar oleh halwa telinga..pernah kena tipu jugak..:P

Nek Cun said...

Sebenarnya kisah ali baba atau pun suparman baba ni dah naik mual nekcun mendengarnya!... kekadang tu terfikir juga, tak malukah si 'ali' atau si 'suparman' tu menjual maruah bangsa hanya untuk mendapatkan duit / untung dengan mudah!... inilah yang dikatakan 'menang sorak, kampong tergadai'...
Sebab itu jugalah apabila ada debat mengenai DEB atau NEM, kerajaan dengan bangga mengatakan yang mereka telah berjaya menjadikan ramai bumiputra sebagai usahawan yang berjaya, tetapi hakikat sebenar hanya si'ali' yang tahu bahawa mereka masih menjadi 'kuli'...

melayupilu said...

kebetulan terbaca plak komen sedara ni, walaupun isu tu dah lama tapi kawan ingin nyampuk gak dengan fakta2 yg benar belaka.
yg sesdara maksudkan tu ialah syarikat suparman b. salikon, tuAN punya syarikat tu pun dah meninggal baru2 ni, tuan punya syarikat tu ialah tuan tanah yg terbesar dlm padang jawa, mmg kayalah klau nak dikire. sedara ni plak mesti dok kat area klang/ shah alam sebab syarikat tu panel kontraktor untuk daerah klang/ shah alam, tapi buat masa sekarang ni syarikat tersebut sudah tidak lagi dapat menyyambung kontraknye dengan syabas, x ttauu la sbabnye kenapa. tapi point yg sebenarye kawan nak tulis ni ialah berdasarkan pengetahuan & pngalaman kawan sbagai salah satu kontraktor syabas selama 6 tahun ni, sedara bercakap pasal ali baba kan lesen, sedara tahu tak bgaimana sistem hidup di malaysia ni beroperasi, sedara tahu x di malaysia ni terdapat seramai 42 ribu lesen PKK kelas f & di selangor shaja adalah yg teramai sekali iaitu hampir 14 ribu lesen. maNAKALA BERAPA BANYAK DARIPADA SYARIKAT2 TERSEBUT PERNAH & AKAN DAPAT JOB DARI SWASTA & KERAJAAN, hanya lebih kurang 20% atau 30% saja, manakala yg selebihnya hanya membazirkan duit untuk menghidupkan lesen apabila tamat tempoh saja. di dalam syabas, untuk menjadi kontraktor panel iaitu yg mempunyai kerja sepanjang masa adalah mat sukar sekali, jumlah kontraktor panel bagi paip pecah/ bocor di daerah klang setakat ni adalah 27 syarikatt saja, sebenarnye hampir kesemua syarikat2 ini di jalankan oleh orang lain & bukan owner syarikat, & yg paling terkenal & berkuasa juga adalah kontraktor india, cina & segelintir melayu yg lupa diri. tokenye boleh di bilang dalam sepuluh orang mungkin tetapi satu org mnjalankan 3 atau dua atau ada yg smpai lima syarikat. mereka2 ini kesemua merupakan org yg dah bertahun2 menjalankan kerja dengan syabas malah ada yg wujud dari zaman JBAS lagi. sukar di gugat mereka2 ini sebenarnye krana mempunyai kenalan berpangkat & berwang. biarpun kalau kerajaan negeri sekalipun dapat membeli konsesi air saya jamin kebanyakan dari mereka2 ini akan terus dapat bertahan sampai ke anak cucu mereka. kenapa?? pelik bukan, tapi itulah hakikat, kerana mereka mempunyai wang, kuasa, peralatan serta pengalaman yg banyak. walaupun banyak syarat2 yg di langgar & kesilapan yg mereka lakukan tapi masih tiada apa yg dapat menggugat mereka, sebabnye adalah kerana jika syarikat yyg mereka pakai itu telAh di senarai hitam atau mempunyai rekod yyg tidak baik, mereka akan dengan mudahnye menukar pula kepada syarikat lain, syarikat bumiputra yg mempunyai lesen PKK mmg terlalu banyak yg tidak mendapat kerja, jadi siapa yg tak mahu memberi mereka menggunakan lesen yg ada & duduk di rumah saja sudah boleh mendapatkan 5% dari jumlah bayaran kerja. klau anda pun xkan menolak rezki dripada lesen langsung tidak digunakan & tidAk mempunyai rekod kerja. kalau ada yg menolak masih ramai lagi yg mahu. syarikat22 ini bukan mendapat kerja dengan sendiri tapi mereka2 yg tidak mempunyai syarikat ini yg mendapatkan kerja, mereka cuma meminjamkan lesen mereka & mendapat habuan. untuk menjadi kontaktor syabas ni seebenarnye banyak syarat2 yg perlu di lengkapi tapi kadang2 boleh dikenyit sebelah mata asal ada kenalan & wang. walaupun anda adaa segala syarat yg mencukupi & berpengalaman saja xkan mencukupi untuk menjadi kontraktor panel. saya dah mencuba saya tahu benar apa ada di dalamnye, kerja bagus mana pun kalau xde kabel jgn harap nak naik, takat kerja sikit2 tu bole la dapat, itupun klau ikan jerung yg besar2 ni ttelepas pandang. biasa la tu, di mana2 pun serupa....inilah realiti hidup..yg patut disalahkan bukan owner syarikat2 ni tetapi org2 melayu yg tidak amanah di dalam syabas itu sendiri. mereka lah dalang segala2nye. owner2 syarikat ni pun tahu mereka hanyelah menumpang & bila2 masa boleh dipakai buang...belamabak lagi syyarikat yg ada.