Thursday, February 4, 2010

Nostalgia sambutan Hari Jadi Pertama

sebab aku masih dalam mood harijadi (err sebab kek birthday semalam belum abis), aku nak stori sikit pasal kenangan kali pertama aku sambut hari jadi.

sambutan hari jadi pertama aku berlaku masa aku tingkatan 5. ye tingkatan 5! kenapa, tak percaya? percayalah...... ala korangpun tau, akukan jenis pemalu. manalah nak sambut birthday ni. dalam family akupun hanya kakak aku yg sambut birthday, yg lain mmg tak de la.

ada cerita disebalik sambutan birthday pertama aku tu. begini kisahnya.....

masa itu, aku belajar di dalam tingkatan 5 di bandar jerantut. dan syukur Alhamdulillah sebagai lelaki normal, aku ada seoraang steady girlfriend (dan beberapa non steady gf?). aku tinggal diasrama lelaki kerana rumah aku jauh dan perjalanan ke sekolah juga sangat jauh. kalau jalan kaki dari rumah ke sekolah, alamatnya memang lepas rehat hari ketiga baru sampai la. dan aku terpaksa tinggal diasrama lelaki kerana kalau aku tinggal diasrama perempuan, mau aku kena perkosa dengan mereka. tak rela you,,, akukan teruna sunti.

dibilik asrama aku, bilik itu dinamakan sempena nama tokoh2 Islam, dan bilik aku dinamakan sebagai bilik imam shafie (atau imam maliki? akupun dah lupa). biarpun dinamakan sebagai bilik imam, tapi peraangai sekor2 cam pelesit (termasuk aku daa...) asyik nak buli junior je. yg senior hanya aku, amir, vicky dan fadhil @ badang. ketua bilik ialah amir yg turut memangku jawatan tidak rasmi sebagai perdana menteri bilik itu. aku masa tu menjawat jawatan sebagai ketua biro akademik asrama. dah nama senior dan hensem pulak, err... maksud aku ada jawatan pulak, memang eksen lebih sikit la. hidung aku yg sememangnya tinggi (mancung) memang bertambah tinggi la. semua dalam bilik tu sangat patuh pada aku dan amir kecuali fadhil. fadhil aka badang ni memang jenis tak makan saman. asyik nak melawan je. kalau dia lemah, mau je aku tendang2 bontot dia, tapi dah la tinggi cam galah, tulang keras cam tiang lampu pulak tu.

pernah suatu hari, berlaku pertengkaran antara aku dengan badang dibilik. masing2 ego dan meyuruh yg satu lagi mengalah dan panggil abang. no way man! sambil bertaki mulut disaksikan adik2 junior yg memang suka sangat tengok kedua2 pembuli mereka bergaduh dan berbunuhan, aku dan badang hilang kewarasan dan mula berlawan. bukan bertumbuk, kami lawan tangkis lengan masing2. aku pancas, dia tahan. dia pancas, aku tahan. mak aikk sakit nak mampos! tapi nak cover kemaluan depan junior, aku terus lawan. tulang badang ni memang keras, tapi sesuailah sebab memang dia langsung tak de isi, tulang semata2. sambil2 tu masing2 suruh mengalah dan panggil yg seorang lagi abang. arrh... lawaan!

badang : woi izman, ko muda, ko lah kena panggil aku abang.
aku : mana boleh, ko lagi muda. ko kena pangil aku abang.
badang : aku lahir bulan 2, akulah abang.
aku : akupun lahir bulan 2, akulah abang.
badang : aku lahir lagi awal, akulah abang.
aku : aku lahir 3 haribulan 2, akulah abang.
badang : akupun lahir 3 haribulan 2 la.
aku : tipu..
badang : ye la, aku 3.2.76 lahir. ko tu tipu.
aku : aduii.. cilaka sakit tangan aku... aku tak tipu la.
badang : aku tak percaya. jom ambik ic. sape lagi mudaa kena panggil sorang lagi abang.
aku : aku setuju (sebab tangan dah sakit sangat)
badang : nak ic aku, bak sini ic kau.
aku : ye la badang, kita lahir sama tarikh la....
badang : ye la. jom salam.
aku : ok kita geng. mari kita bersatu, kita jadi abang bilik ni. ha.ha..ha..... khalid! jangan dok sengih. suka show free ye. pergi kilat kasut hitam aku.
badang : yang lain tengok ape? nak kena penendang?

setelah berbaik, bilik itu kamilah yg punya. sebab tarikh hari jadi kami hampir tiba, badang yang sekelas dengan makwe aku berpakat nak sambut harijadi bersama dengan aku diasrama. masa tu tengah minggu, tak le keluar bandar. nasib baik awek aku rumah berdekatan dan tidak tinggal asrama, dia beli kek, buat beberapa jenis juadaah termasuk mee dan agar2 kegemaran aku (dari sekolah dulu lagi aku dah tetapkan bahawa bakal isteri aku nanti memang kena pandai masak agar2). malah aawek tu juga yg menyeludup kamera untuk merakam aksi harijadi itu.

dan, akhirnya pada hari 03 februari itu, aku dan badang menyambut hari jadi bersama. arghh malas aku nak geledah album aku cari gambar2 tu. kang jumpa nak kena scan lagi. tau ajelah malam ni malam jumaat. ni pun tunggu anak pompuan aku tidur. bilalah kartun tom and jerry ni nak abis. astro pun satu, apsal la buat kartun 24 jam. tapi betul, itulah kali pertama aku sambut birthday.




IZZI ADVERTIZING----------------------------------------

3 comments:

Anonymous said...

pasal nak jadi abang pon bergaduh
apa punya pembuli ni
haha

Mak Su said...

happy birthday lagi sekali buat izman :)

Nur a.k.a admansyah said...

kelakauuuu... dh mcm upin ipin laks! aku-lah abg... alaaa 5 min awal jer!!!!hehehe

syok ekkk tingat zaman skul esp ms dok asmara! ehhh asrama-lah...