pada sabtu lepas (13/2/10) dalam kesibukan orang cina nak balik beraya, aku dan keluarga juga turut sama meramaikan dan menyesakkan jalan. kami keluar dalam jam 10am. sebelum gerak aku call kesas hotline, dan mereka beritahu langsung tak jammed. Alhamdulillah mmg tak jammed langsung kat kesas. masuk je tol gombak, perhhhh... jammed kejab. lepas tol, laluan ok. good! tapi senyuman balik raya tapa bersesak tak lama, baru 2 minit setengah lepas tol gombak, jalan dah start sesak, dan ianya sesak hingga exit genting sempah.
dari genting sempah aku ambik keputusan lalu jalan kampung sebab aku tanya orang yg menyatakan laluan memang terus jammed sampai tol bentong, jauhhh tu! aku ikut jalan kampung sampai bentong, dan laluan sangat menyenangkan dan mendamaikan. melalui laluan berbukit ditepi, lurah bukit dan anak sungainya sangat mendamaikan. tapi yg tak biasa tu kena hati2, masuk gaung tu nanti. dah banyak kes ye... sebelum sampai bentong tu, sempat la sekejab aku hilangkan lenguh kaki terperangkap dalam jammed dengan berendam kaki dalam kesuaman air panas bentong (air dah tak panas la..).
kemudian aku masuk hiway pantai timur. sempatlah beli sedikit durian, jambu air dan sedikit juadah untuk dibawa ke kampung. laluan pantai timur tak jammed sebab kebanyakan sahabat kita yg meramaikan jalan aku yakin datang dari kelantan. dan majoriti kaum cina dari bentong dan raub yg ratanya orang cina.
lepas berehat sekejab dikampung, jam 1130malam hari sabtu tu aku dan keluarga bersama keluarga besar yg lain menunggu bas persiaran yg akan membawa kami ke pulau pinang. saje nak memeriahkan dan meraikan majlis pernikahan anak saudara isteri aku yang berkahwin dengan wanita pilihannya dari penang. aku tak pasti anak mami, tapi yang aku pasti anak mak dia la..
kami sampai penang jam 9 pagi hari ahad (14/2/10). pengantin dan keluarga terdekatnya dah pergi awal sebab majlis akad nikah adalah pada malam sebelumnya. kami cuma nak ke majlis persandingan dan makan2 aje. kami kemudiannya direhatkan di international house di recsam, tak jauh dari usm. waktu makan tengahari barulah kami check out dan ke rumah pengantin perempuan.
Gambar : Antara poster majlis perkahwinan mereka :-
Gambar : Keluarga Aku Semasa Dalam Bas :-
Gambar : Antara Gambar Sekitar Majlis Pernikahan :-
setelah selesai urusan dimajlis, kamipun bertolak balik. hari agak lewat memaksa activiti pusing2 pulau tidak dapat diadakan. bagus jugak tak de sebab badan aku penat, itupun syukur keluarga aku dapat 4 seats. tak payah meriba anak2, kecuali anak bongsu la sebab baru 5 bulan.
terima kasih pada bapa pengantin dan pengantin atas tajaan bas rombongan itu. dan kepada pengantin, salman dan ayuni, diucapkan selamat menempuh alam rumahtangga. moga kalian berolah keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. SELAMAT PENGANTIN BARU SALMAN & AYUNI.
2 comments:
Jauh tu... ke penang.. Cuti kali nie nasib baik tak ada jemputan yang jauh2....
selamat pengantin baru buat kedua2 mempelai :)
Post a Comment