tadi layan tivi 3, kisah aduan rakyat. even ada asterol, tv3 memang selalu menjadi pilihan aku, contents diapun menarik. kisah yg menarik aku tadi ialah kisah manusia yg tidak berumah, dan berumahtangga dijalanan.
tidak! aku tidak menghina mereka. aku yakin kalau boleh mereka nak punya rumah seperti kita semua, even rumah yg kecil, atau sekadar rumah sewa. tapi mereka tidak punya kemampuan untuk itu. ye... aku tau ramai yg kata "ala tengok rata2 muda belia, cari lah kerja. kerja bersepah. dasar pemalas tu". aku secara ikhlas setuju dengan sesetengah kata2 mereka, susah nak dapat kerja. kerja kosong may be beribu, tapi berapa ramai majikan yg sanggup ambik bekas banduan. aku secara peribadi, sama dengan kebanyakan pengamal HR (ceh... mecam nak cakap pengamal ilmu hitam pulak)lainnya sukar menagmbil bekas penagih dan bekas banduan. aku bukan tak pernah ambik, dan seikhlasnya tabiat buruk mereka tu susah dikikis. dengan temper tak bertempat, kehadiran ikut suka hati mak bapak depa, bergaduh dengan rakan sekerja, masuk tandas berjam2, dan lain2 lagi. tapi bukan semua la yg buat taik macam tu. ada yg benar2 insaf dan berubah, tapi yg tu aku tak jumpa.
sedih jugak tengok keluarga yg hidup dijalanan ni, ye lah. nak mandi dan basuh pakaian kena pegi surau atau masjid. tu belum kira kena halau dengan tok siak masjid lagi. nak makan siap selongkar sampah. aduii.... sedih betul. yg dah berkeluarga tu, aku yakin nafsu kelamin tetap ada. tak kan mereka nak tempah bilik hotel kot. arghh... kesiannya.
apa2pun, aku rasa masih ada banyak cara lain boleh mereka buat selain bergelandangan dijalanan. tak kan semuanya tak ada kampung, atau tak kan satu orang/pihak dalam malaysia ni boleh bantu. mesti ada jalan jika mereka benar2 mahu membaiki taraf hidup mereka. kalaulah duit zakat tidak layak untuk mereka, mereka masih boleh jumpa tok2 guru di masjid, banyak sebenarnya pihak yg nak membantu. aku pernah lihat ada pihak bukan Islam yg kerap memberi keluarga jalanan ini makanan percuma. ye, pihak bukan Islam. pihak Islam memang dok nganga je. kata duit zakat juta2, tolonglah sikit yg merempat tu. mereka tu hampir 100% orang Islam. kalau tak boleh bagi bantuaan bulanan, bagilah mereka cara untuk berubah. Islam itu indah, berilah mereka yg dhaif itu jalan untuk menikmati keindahan Islam.
2 comments:
kita yang menyewa nie pun... kalau org dah suruh kuar dan2 tu... jenuh gak merempat dulu.... sebelum dapat umah sewa....lagi lah dengan barang... setakat org je ok...
salam iz, sebenarnya senang je nak komen di blog daddy dgn menggunakan disqus commenting system. cuma klik link 'post a comment' di bawah entry dady n ikut arahan yg dipaparkan. disqus ni mungkin berat sikit, jd kadang-kala susah nak upload. tp daddy yg dok di kelate ni line clear je biar pun guna celcom berukband, apatah lagi di Lembah Klang. Utk makluman lebih lanjut, sila klik
http://blogtipsncontest.blogspot.com/2010/02/tips-to-disquss.html
Semoga berjaya. Iz boleh tanya abg dak wan tu. dia pun hebat gak. Wassalam.
Post a Comment