Tuesday, February 23, 2010

Bertanggungjawab atau Busy Body?

argh... traffic light utama kat kawasan aku masih rosak. dah seminggu lebih tak berfungsi. baiknya, buleh main redah je, taapi yg bahaya sebab selalu dah kemangan jiwa disitu, tak mau aku jadi sebahagian statistik.

aku yakin ada beberapa sebab ia masih tidak dibaiki, antaranya semua kakitangan bertanggungjawab masih mabuk limau mandarin dan bercuti. dan antara sebab utama yg aku yakin betul ialah tiada sesiapa melaporkan kerosakan itu pada pihak berwajib.

ni aku benci! kalau ada menda bahaya atas jalan, aku yg lapor. black out, aku juga lapor. paip tepi jalan pecah, lagi-lagi aku yg laporkan. ni traffic light rosak, nak kena aku lagi ke laporkan? arghh... biasalah, ada manusia terlebih bertanggungjawab (atau busy body)dan ada manusia yg langsung tak nak ambil tau.

dalam menuju malaysia maju, secara jujurnya aku rasa mentaliti masyarakat kita masih ditahap negara papua new guanea. kemudahan yg yg terbaik je, tapi bila ada masalah semua boat tak tau. harap pihak bertanggungjawab tau dengan sendiri. apa, ingat depa ada sensor kat kepala depa yg tau semua benda.

pihak bertanggungjawab pulak satu hal, dan banyak kali aku persoalkan. bila kita buat laporan, segala mak datuk punya personal details depa nak mintak. woi mangkuk, aku nak laporkan masalah bukannya nak meminang anak kau. setakat mintak nama dan nombor telepon tu ok la, tapi bila mintak nombor ic, alamat rumah dan tempat kerja, apa kejadahnya!

apa2pun, tengoklah esok. kalau sampai tengahari masih tak ok lampu isyarat tu. memang akula yg kena laporkan. koraang rasa patutke aku terlebih bertanggungjaawab atau, sebenarnya aku terlebih busy body?

5 comments:

nurizan said...

ala biasa la man, ko kan keje HR mesti prihatin lebih dibandingkan dengan orang lain tu.. ok la tu untuk kesenangan ko jugak kan.. hehe

ima shhs said...

salam, pe kaba che izman....lama tul tak singgah sini...:-P

Anonymous said...

tu yg malas nak buat report
takper.. ko rajin

Mak Su said...

hari ni camner? dah ok lom? tak per ler izman, hang buatlah lapuran, tanya banyak2 kalu, ko sembur jer

Nur a.k.a admansyah said...

Baguihhh... sikap t/jwb ko tur mmg aku puji.

BZ body lain-lah bro..

p/s: lame doh ko tk jenguk umah aku... Aku tau ler aku malas tp... Hang tak rindu ker? ekekehh