ada yg tanya kenapa dah beberapa hari aku tak online dan update blog. jawapan standar aku ialah bizi kerja. balik malam dah malas nak on laptop. layan anak2 lagi best.
cerita pasal layan2 anak2 ni siapa dah bergelar ibubapa tentu setuju bahawa selasak manapun kerenah anak2, ia tetap menghiburkan dan mendamaikan berbanding kerenah di pejabat.
semalam (7/2/10)aku saje bawa keluarga makan malam diluar. bukan di luar rumah kat ruang parking kereta ye adik2, tapi makan kat restoran. saje nak bagi isteri rehat sesekali. lagipun dah gaji, apa salahnya. pergi makan dekat je, Wan Seafood kat pendamar indah.
anak2 sibuk dengan mintak ABC mereka, aku dan wife order kerang rebus sebagai pembuka selera. untuk kenyang kami order 2 ekor puyuh masak sambal petai, sekor ikan siakap masak 3 rasa, sotong celup tepung, kailan ikan masin dan semestinya nasi putih. ingat aku karnivor ke hape makan lauk pauk je. oklah, semua happy dan harganyapun murah je, kurang enam posen nak jadikan lima puluh hengget.
balik rumah layan csi jab, pasti anak2 sibuk layan cartoon. biarlah. tapi anak pompuan aku tu kadang2 terlebih nakal jugak, diketuknya abangnya si luqman. meraung luqman, sakit la woi kena ketuk. aku terus marah pika, dan terus dia menangis.
"waa...... ummi, ayah marah pika. ayah dah tak sayang pika" adu pika kepada ummi yg menyusu si kecil dalam bilik. aku pura2 tak dengar je. bebelan pika tak henti2.
"ummi, ayah garang macam gajah. ayah marah pika. ayah dah tak sayang pika lagi. ayah sayang luqman je".
"ummi, pika tak nak tidur dengan ayah malam ni. esok pika tak nak cium ayah. pika tak nak naik kereta ayah pagi esok".
"ummi, ayah tak nak sayang pika ke?. pika nak mintak maaf, ayah nak maaf pika ke? pika sayang kat ayah, ayah je tak sayang pika".
argh.... ayah mana yg tak tersentuh. apatah lagi keletah dan kepetahan anak perempuan kesayangan aku ni memang meruntun hati. dalam diam aku kedapur membancuh susu coklat kegemaran pika dan membawa masuk bilik.
"nak susu pika, nak marah ayah lagi tak?" tegurku.
"pika nak mintak maaf ayah. pika nak cium ayah".
aku cuma biarkan pika mencium dan memeluk aku. malam itu pika tidur dengan memeluk erat aku. Ayah sayang anak2 ayah.
8 comments:
Terimakasih Izman, kerana selalu postingkan cerita2 keluarga bahagia Izman. Membacanya sahaja pun dah cukup meng'enrich'kan hari Kakak.
betul.. betul.. betul.. (setuju ngan komen atas!)
Anak-anak aku pun cam tur! kalo X gaduh X sah! kena bg tgk Ceria sapai kol 12pm. Mlm jumaat tinggal nama ajer!Grrr..grr..
baca entri ni baru aku teringat..anak aku mintak air milo ...3jam tadi..adih dih...
hahaha
lawak ler plak
hehehe, baby w pun manja ngan ayahnya :)
mey ..bila ko nk add aku kt fb tu
anak beb, sapa tak sayang..tapi sekali sekala kita kena tegas, bukan apa sebagai pengajaran..
adess..tersentuh beb..anak oh anak..hehe
Post a Comment