Alhamdulillah, hari ni dapat lagi sekeping voucher hasil penebusan aku dari markah menjawab survey online. ini kali kedua ada dapat dari company berkenaan. nak tau company mana? adalah! kalau nak join jugak, tinggalkan email kat ruangan komen atau email aku di damak_76@hotmail.com atau izman@izzibusinesscard.com. nanti aku invite. he,he.he......
dalam perhubungan dan pekerjaan, aku percaya pada kitta perlu berkomunikasi. dan sebagai orang HR aku percaya bahawa aku kena sesuaikan karakter aku berdasarkan situasi. contohnya hari ni aku menghadapi kes pekerja yang aku berjaya tangkap menyalahguna overtime. tipu OT la ni. memandangkan pegawai atasnya jenis percaya bulat2 pada staff dia untuk kerja pada hari sabtu dan ahad tanpa pengawasan. dan natijahnya, akan ada pekerja yg akan mengkhianati amanah yg diberi. dan bergerak atas khabar angin dan aduan tidak rasmi, aku menyiasat dan tuppp! tertangkap! kantoi untuk dua hari berturut2. dan kena la tadi. kena singa dengan aku, macam nak terkucil staff tu. itu baru sikit, kalau aku jadi lion king, lagi teruk. mau aku pecat terus je.
lepas sesi leteran dan soal siasat tu, aku pergi rehat, minum2. then lepak jab dengan beberapa staff yang kebetulan turut berehat. kebetulan ramai staff perempuan cina, dan kami bercakap secara santai mengenai hari krismas yg bakal menjelang. sedang dok sembang, ada kawan2 lain yg tanya tentang agama mereka kerana majoriti staff cina mempunyai nama inggeris. ini antara topik yg dibualkan, orang tu bukan aku la sebab semua partikular pekerja termasuk agama, anak berapa, alamat rumah dan sebagainya aku memang tau. updated setiap tahun lagi.
staff melayu : alice, you kristiankan?
staff cina : tak la. saya budhist.
staff melayu : absi, kenapa you nama alice?
staff cina : masa saya masuk kerja sini baru saya nama alice.
staff melayu : apa pasal?
staff cina : masa saya baru masuk kerja, boss tanya saya nama apa. saya cakap nama saya, dia cakap tak ada nama lain, lagi senang sebut.
staff melayu : so, you pilih nama alice?
staff cina : ya la. boss tanya. saya tengok semua ada nama inggelis. katherine, janice, sharon. saya tiba-tiba ingat nama alice. saya cakap boss, panggil saya alice.
staff melayu : itu hari terus nama alice?
staff cina : ya la. saya mau satu bulan tak tau saya nama alice. itu janice panggil saya "alice, alice", saya ingat dia panggil siapa.
staff melayu : you punya rumah tak ade panggil alice?
staff cina : mana ada. semua tak tau saya sina nama alice. ha.ha..ha...
IZZI ADVERTIZING----------------------------
8 comments:
pnggil je awekzzz :D
alice in wonderland :)
senangnya bubuh nama tak payah nak pikir2,kakakakka.
abang izman tak nak letak nama inggeris ker? popular gitu
haha
ada org dah bajet OT utk bayar hutang. Itulah sbb bnyk buat OT walaupun tak diperlukan sebenarnya.
Kebiasaannya Cina atau India yg nama Inggeris ni bukan Kristian atau kalau Kristian pun tak komited. Yang betul2 'alim' selalunya masih mengekalkan nama asal mereka. Mungkin itu strategi mereka.
mesti nama inggeris ke? bagus jugak ye...senang nak ingat nama kalau jadi bos...nasib baik la nama cikgu cina kat sekolah aku masih boleh ingat....( kdg2 tersasul jugak)
Assalamualaikum
hem..
sedap gak nama "alice" tu..cun ke? leh kenal..dah kawin ka belum..ttp ini bukan persoalan nya...
kebykkan..si cina mahupun india ni nama mcm mat salleh...atau yg perkata disini penganut kristian.
sepanjang sy berkerja di comp. cina ni.... sebab sy sorg je ISLAM (melayu)....yg nama kristian xpandai pun xckp english, even dlm meeting sekali pun ckp bahasa cina (mandarin)...bila customer eruope nak berckp kat phone pun..habis carca marba..ptiching lari...grammer lari..speech lg la..bukan kelaut dah ..mcm kena humban....huhuhu pas tu sy lak di beri nama cina....hahahha
ok lah ini sahaja komen sy
terima kasih
wasalam
Post a Comment