sekarang ni macam2 benda yg kita dengar tentang cara gomen nak buat untuk membasmi kemiskinan bandar. ye lah, orang dibandar juga ramai yg hidup miskin even suami isteri bekerja dan puratanya lebih rm2000 sebulan gaji bersih. kenapa? biasalah, dibandar semuanya perlu gunakan ongkos.
pernah suatu masa dulu, masa aku keluar minum dengan kawan2, balik rumah wife mata merah. menangis! ia semata2 dia tengok cerita realiti yg ada keluarga yg susah hingga sanggup makan siput untuk hidup. aku tak nak mainkan sentimen orang yg hidup susah dan melarat hingga sanggup makan siput. ia memang ada, malah yg hari2 makan siput babi pun ada. full stop!
apa yg aku nak ceritakan disini ialah kita memang bersimpati kepada mereka yg dhaif, dan apa yg mampu kita buat ialah sedekahkan apa yg termampu dan berdoa. selebihnya kita kena berharap agar pihak2 yg menjaga dana orang Islam akan mengeluarkan dana itu untuk membantu mereka. keluarga tersebut juga kena berusaha keluar dari kepompong kemiskinan itu dengan berusaha mencari pendapatan sampingan dan memberi peluang anak2 untuk belajar.
cuma dibandar tahap kemiskinannya lebih teruk sebenarnya. dikampung barangkali org yg susah menyara hidup dengan makan sayur yg dikutip dihutan atau ditanam sendiri. ayam juga boleh diternak untuk telur dan dagingnya. jika berhutang dikedai, barangkali jumlahnya tidak lebih rm1000 dalam jangka masa setahun. kemiskinan bandar lebih teruk! rata dengan purata gaji isirumah rm2000 sebulan, mereka menanggung hutang lebih rm200,000. tak percaya? rumah dah berapa hutangnya, keretamotor, kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman pendidikan diri dan anak2, hutang beli kelengkapan rumah, hutang belanja kahwin, dan pelbagai hutang lagi. itu belum lagi duit terhutang untuk tuisyen anak2. malah ada ibubapa yg terpaksa membuat 2-3 kerja sehari untuk menampung hidup. aku pernah jumpa orang yg 7am-3pm kerja kilang. 330pm-630pm kerja kedai serbaneka 24 jam dan 7pm-3am kerja sebagai guard. begitulah kitaran hidupnya. akupun tak leh bayangkan, bagaimanakah mereka sanggup menghadapinya?
apa2pun, hidup mesti diteruskan. aku tak kata yg berhutang itu tak bagus atau dhaif. kebanyakan businessman sebenarnya lebih jauh banyaknya berhutang berbanding kita.bezanya mereka yg berjaya berhutang untuk besarkan perniagaan dan beroleh untung besar. tapi orang yg boros pula menambah hutang untuk kemewahan sementara dan menyusahkan diri. aku? aku juga dlm kategori miskin bandar. so, ada sesiapa nak hulurkan bantuan? err... aku tak layak terima sedekah atau zakat, tapi sumbanganlah buah fikiran dan sokong blog aku ni. yeeehaaa!!
6 comments:
hehe.. mmg bndar ni lgi byk yg semekin
akupun cam kaou gak..
aku mmg dalam kategori miskin nih.. tapi sebab aku tak dapat cari keje lain lagi.. kenalah aku pandai2 berjimattttt!
nice entry bro..
salam kenal
kena betul2 pandai merancang bila dapat gaji tu, kalo tidak tgh bulan gigit jarilah.
kena idup dengan sedar diri...ikut kemampuan..kurangkan hutang...
psstt..ku pon byk hutang..uhukss
Since ko cerita pasal topik ni aku nak bagi sikit pendapat aku yang bernilai 1 sen ni.
Kemiskinan bandar ini memang suatu isu yang payah nak diuruskan.
Isu pokoknya sebab kemiskinan itu diukur melalui matawang pada paras tertentu. Oleh sebab itu, kemiskinan bandar ni sering kita terlepas pandang berbanding kemiskinan di luar bandar.
Pada pendapat aku definasi kemiskinan itu sudah masanya ia ditukar dengan mengambil kira faktor lokasi & keperluan hidup.
Dikampung, seseorang yang berpendapatan RM600 belum tentu dikira miskin kerana tuntutan keperluan yang minima dan lokasi yang mempunyai kos taraf hidup yang rendah.
Dibandar, keluar rumah sahaja sudah memerlukan duit. Daripada tol, parking kereta, cukai pintu, cukai tanah, maintenance rumah, sewa yang tinggi dll.
Jalan keluar daripada kemiskinan bandar cuma satu. Ia adalah PERNIAGAAN. Tuhan sudah berkata 9/10 pintu rezeki adalah daripada perniagaan.
Selagi kita berterusan makan gaji, kita akan sentiasa dihimpit & dibebani kemiskinan sebab bila ada lebih sikit kita pergi buat loan.
Lama-lama dapat gaji dok bayar benda2 ni.
Oleh itu , mari kita berniaga yob!
Miskin orang bandar tapi mampu makan KFC..mec donald..miskin orang kampung makan pucuk paku jer..dan miskin orang kampung cepat dan mampu kumpul duit untuk naik haji..
Post a Comment