Tuesday, September 29, 2009

Secret Admirer

aku teringat yang adik ipar ku memberitahu bahawa dikejiranan aku itu ada rakan sekampung kami. aku cakap aku tak pernah jumpa, dan aku tak kenal. adik ipar aku beritahu orang tu selalu nampak aku, dan sering berselisih dengan aku. walaupun jantan, aku rasa tak syiok jugak sebab ada yang perhatikan aku.

bercerita pasal orang yang memerhati tapi kita tak tau ni aku ada beberapa kisah. aku cerita masa aku sekolah form 6 kat sekolah menengah jerantut dulu. sebagai penolong ketua pengawas, rata2 orang kenal aku. apatah lagi keaktifan aku dalam berpersatuan dan agak bijak present dalam kelas membuat aku menjadi idola gadis2 yang mengharapkan lelaki yang baik, beriman, penyayang, berbudi bahasa dan seangkatan dengannya (sila jangan muntah).

even aku sebagai penolong ketua pengawas sekolah, tapi tak bermakna aku takde steady makwe. ala... aku dari lepas mumayyis dulu dah subur nafsu. cuma tak serakah je. he.3x... dari sekolah dulu setiap tahun akan ada perbarisan tahunan, sukan tahunan la...

masa tu akan ada perbarisan pengawas, persatuan, rumah sukan, dan sebagainya. tahun tersebut aku mengetuai perbarisan pasukan pengawas sekolah. kenapa ketua pengawas tak mengetuainya akupun tak pasti, tapi bukan kerana aku rampas kuasa ye. tak kuasa aku nak memulakan perbarisan dalam padang yang lecak tu.

lepas perbarisan, aku salin pakaian sebab penuh lumpur. masa tu aku duduk hostel. upper six. lower six ulang alik dari rumah. masa lalu kaunter tu, ada petugas kaunter panggil, dia cakap ada orang hantar 'request' untuk aku. dapatlah beberapa biji buah apel, open, dan bunga ros. of course la ada kad. ringkas je kad tu, dari secret admirer yang mengkagumi. si dia mengakui suka memandang aku masa di hostel dan disekolah.

errr...! siapa ni? bagai nak pecah kepala aku memikirkan. nafsu rasa nak tau siapakah gerangan, tapi takut2 jugak makwe aku saje nak kenakan. tapi sebagai seorang pecinta setia, aku cakap ngan makwe, aku dapat hadiah request. makwe walaupun agak tegang, tapi mengkagumi ketelusan aku yg berterus terang. biarlah dia yang tegang, kalau aku yang tegang, lain pulak jadinya (budak2 diam!!)

dihostel dan disekolah selepas tu, perjalan aku macam2 dicontrol2. mana2 pergi seolah2 ada yang memerhati. aku ada jugak aim beberapa orang yang aku budget tulis kad tu. dan ada jugak orang tu yang akupun minat jugak kat dia. beberapa bulan rahsia itu tak terbongkar. sehinggalah aku abis stpm dan bercuti.

akhirnya satu kad tiba dirumah mendedahkan siapa pemilik secret admirer tersebut. orangnya memang aku kenal. aku tak sangka dialah orangnya. dari kad itu dia luahkan perasaan hatinya. dia berani dedahkan sebab tau lepas ini kami akan susah atau tak mungkin berjumpa lagi sebab masing2 akan bawa diri. dari berkawan, bersenda gurau, apatah lagi dia sering menjadi mangsa usikkanku, dia tertawan. hah!!!!

tapi apakan daya, cinta untuk dia tak terbit, just kawan sahaja. masa ambil result stpm kami bertembung. dia sangat gembira bagi kejayaanku (dia dapat cukup2 makan je). kami bersembang seketika dan berpisah tanpa khabar berita sehingga hari ini. apa2pun, aku setuju bahawa kamu gadis yang baik, dan aku berdoa agar kamu sudah semestikan sudah mendapat jodoh yang baik2 juga.


moral of the story : tak de moral, saje cerita sebab dah kering idea.

10 comments:

ezzati said...

syiann kat die..kira glamer la ni kat sekolah..yg awek tu skrg ni jd wife ko ke??

joegrimjow said...

nanti jumpa
terjadi ke2 macam mana?
lalala~

nurizan said...

moral of the story: pada budak2 kalau nak secret admirer sila jadi ketua perbarisan disekolah.. haha

ima shhs said...

salam bro....

minta email ???

bgtau dlm kadar segera ekk...

izman said...

ezzati,
wife sekarang tak pernah wujud masa sekolah atau percintaan dulu2. kami kenal dan terus tunang dan kawin je.

makwe kad request tu dah mmg lost contact. tapi kalau nak cari boleh sebab dalam buku tahunan sekolah ada alamat rumah keluarga dia. he.3x....

izman said...

joegrimjow,
kali kedua terjadi.... jeng.3x....

izman said...

eiman,
banyak la ko punya hopotesis.

izman said...

ima shhs,
dah email kat email ko. ada hadiah ke???

Jard The Great said...

ewa ewahhhhh........ aku tergaman part tegang tu.. apsal soh budak2 diam? hehehe

ILA said...

bluuuwekkkkkkkkkkkkkk!!!!!
:p


psstt..jgn lupa sdiakan mee kari ujung minggu ni ekkk:p