Alhamdulillah, akhirnya meeting tamat selepas ia bermula jam 10am tadi. rehat cuma untuk bukan muslim makan tengahari dikantin syarikat. yang muslim dapatlah solat zohor dan rehat jab. aku tak sempat nak rehat sebab ada urusan gaji di bank, cuma sempat solat zohor sebelum sambung meeting.
5 jam meeting perkara biasa sebenarnya. setiap bulan. yang 3-4 jam tu tiap2 minggu. yang 1-2 jam tu hampir setiap hari. cam ner nak buat kerja? biasalah kena ada work deligation dan kena ada perancangan tugas. nak tak nak kena masuk meeting, even ada dateline yang dah nak terlepas.
hari ni adalah antara hari meeting yg agak ekstrem. sebab banyak sangat bunyi2an henpon, bog boss mintak semua henpon diserahkan pada personal assistant merangkat sexytari dia untuk disimpan diluar bilik meeting. semua henpon dikutip, termasuk henpon big boss, dan gm sekali. cis... tak dapat la aku berbalas sms atau lari2 keluar dan lambat masuk meeting bila ada talian masuk.
semua isu adalah berkisar isu2 dunia, isu akhirat tak disebut sebab hanya 2 orang je melayu. mengenai pencapaian bulan lepas. aku cam biasa present analisis gaji, disiplin, manpower, kos2 dan lain2 lagi. sebab dah pakai pakaian bulletproof termasuk spender kalis api, semua berjalan dengan lancar. ada 1-2 soalan je, dan kacang je menjawabnya. menda dah rutin, jawab je lah.
oh ya... trima kasih banyak2 pada yang hantar kad raya, kad raya elektronik, ucapan email, call, sms dan sebagainya. aku cukup menghargainya.
11 comments:
mmg x ingat dunia betul...hehe
semoga saat2 akhir tanggoh2lah meeting tu....beri peluang raya....
selamat hari raya -maaf zahir & batin
susah gak jd org berpangkat ni
hehehe
pasni coti lama,:D
Abisss biler cuti raya nyer..? Balik mana?
ezzati,
dah tugas, nak buat lagu mana....
sonata anak kancil,
itulah hajat hati. tapi boss mana beri peluang, kecuali mmg kita dah cuti. selagi kerja, meeting mmg kena masuk.
selamat hari raya.
monkey d luffy,
mmg susah, itu baru ketua kerani rendah, bayangkan kalau pegawai tinggi. he.3x..
selamat hari raya
julietchun,
sape cuti lama? aku ke ko?
aku cuti pendek je, yang cuti panjang tu sebab cuti puasa wife bersalin. wa...
bungacahaya,
cuti start sabtu la.
balik pahang kot!
Salam Hari Raya
Duit Raya???
Post a Comment