Syukur Alhamdulillah, dengan taufiq dan khendakNya, wife aku selamat bersalin pada 07/09/09. anak perempuan. isteri dan anak tersebut dalam keadaan sihat. ini gambarnya pada hari pertama kelahiran.
aku saje tak nak war2kan, sebab paginya sebelum ke hospital, aku dah publish entry nuzul Quran. so, dalam masa tak sampai 12 jam selepas dilahirkan anak aku dah dibenarkan keluar.
nama? belum ada, sebab masa scan doktor kata boy sebab nampak bird, tapi keluar tak de bird. nama tak stand by. bagaimanapun beberapa nama dah dicadangkan oleh aku dan isteri cuma tengok mana berkenan je. ada 14 hari sebelum register nama, so tak kalut.
buat masa sekarang kami tidak menerima tetamu melawat disebabkan bulan puasa, dan keadaan wife dan anak yang masih lemah. takut jangkitan H1N1 pun antara sebabnya jugak. nak datang malampun menyusahkan aku jugak sebab aku kena pergi terawih, semalam dah ponteng. kalau lewat2 sangat, aku nak tengok tamil movie pulak, mengacau konsentrasi aku. so, korang tunggulah datang raya dengan duit raya untuk 3 orang anak aku, dan hamper untuk ibubapa yang menghasilkan anak2 itu (itupun kalau kami tak awal2 balik kampung beraya dan berpantang). sape nak ucap TAHNIAH ke apa? sms je aku di talian 012.2713260. aku sangat menghargainya. aku dalam cuti paternity dua hari yg diberi syarikat. cukuplah dua hari tu, kalau nak lebih kena apply cuti tahunan la...
sebab entry masih pendek, aku cerita sikit beberapa cerita sepanjang hari semalam berkaitan kelahiran anak ke3 aku tu :
1) cerita satu
aku sedang membasuh uri dibilik mandi, tiba2 anak aku luqman terjengul dipintu dan menegur:
luqman : ayah! kenapa ayah basuh daging dalam bilik air?
ayah : ini bukan daging. ini uri ummi bersalin. baby dulu duduk dalam ni lah (sambil menunjukkan uri itu kepada luqman)
luqman : o... abis, ayah basuh, ayah nak masak ke daging tu?
ayah : ada banyak darah, kena basuh. esok ayah nak tanam.
luqman : nak tanam kenapa ayah basuh?
ayah : kena basuh, buang darah. nanti baby tak sakit2.
luqman : ye ke?
ayah : ye. dah begi main dengan baby. ayah banyak kerja.
luqman : ok.
2) cerita dua
kepenatan membasuh uri, mengurus keperluan anak2 yang sebelum ini diuruskan oleh wife, aku kecapekan dan terlentang di depan tivi tanpa baju. anak aku, pika yang sedang bermain doktor2 bersama steteskop (ejaan mmg salah, pedulikan)yang sering digunakan untuk kesan denyutan pesakit bersuara :
pika : ayah sakitke?
ayah ; tak, ayah penat.
pika : pika, check perut ayah ye?
ayah : ye lah. pika nak jadi doktor ke?
pika : ye la... (sambil memeriksa perut aku)
ayah : perut ayah kembung. ada cacingke?
pika : bukan cacing la. ada ular.
ayah : ada ular dalam perut ayah? mari sini doktor pika, ayah geletek perut dia pulak(sambil mengejar anak perempuan pertama kesayangan aku itu)
pika : ayah! ayah (berlari ke dapur).
IZZI ADVERTIZING
23 comments:
tahniah. Alhamdulillah dh selamat semuanya. Raya ber5 lah demo.
Tahniah ..rezeki dibulan puasa
aiyo... masak kalu? aiyooo
hehehe, tahniah ya Izman... murah rezeki. ramai anak tak per... tgk macam maksu ni... kui kui kui
tahniah bro!
dan selamat extend puasa 100 hari.hehe
tahniah man.. cayalah bertambah zuriat.. selamat berpuasa ramadhan dan selamat berpuasa 100 hari.. hehe
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!teruja saya mendengar!!!TAHNIAHHHHHHH!!!!<- terjerit aku kat umah..
aduhaiii..cepatnya..seolah bagai bru smlm kau habaq isteri kau mgandung:)
tahniah...saya plak naik pangkat hari ni..jadi guru cemerlang dg44
teringat masa bersalin anak yg keempat dan sil dan bil dtg ramai ramai ngan anak pinak dorang ngan bawak sumi!! peh! masa tu dah la saya c-sec, hubby plak takde, keje. cam nak nanges pon ade. dah tu member buat bodoh je menyepahkan umah. adoi ai.
camne pon, sgt puji ketegasan tang menerima tetamu tu demi kepentingan wife tercenta.
TAHNIAH!
chumel sgt.
pandai dah senyom. hihihi.
congrats en izman :D
Man,
Tahniah....
Tahniah atas kehadiran orang baru...comelnya...kurang 2 hari aje ,kalau tak dapat tarikh spesial...kan? 09.09.09....he3x - apa2 pun semua dah selamat - alhamdullilah....sambung pose ye!!!
Congrats...cumeinye baby :)
alhamdulillah dah selamat dilahirkan.. nampaknya kena tambah bayar zakat fitrah.. seronok dpt baby baru dibulan syawal yg bakal menjelma.. tumpang gembira..tengok baby tu mcm teringin lak..ahaks..
bagus tu jadi doktor
Tahniah....ank bertambah! selamat menempuhi tempoh pantang tuk kamu berdua. Aiii...byk ler collection bby baru raya tahun ni...hikss
Tahniah untuk ngko...
tahniah! :)
tahniah... semoga lebih ceria lagi kehidupan selepas ini dgn kedatangan cahaya mata yg ke 3
Congrats Izman.
Rezeki bulan puasa.
Semoga kehadiran si kecil ni menceriakan kehidupan yg sedia ceria!
Tahniah Izman kerana sudah bertambah rezeki tuh!... hah... lepas ni kena terus sambung 'posa' lah yer?... hehehe...
Tahniah2..sronok ek dpt baby..sama la kita ye dpt baby di bulan mulia ni..wife sy bersalin 30 ramadhan.pg tu bersalin ptg terus blk kg raya..kesian baby ngan mak dia ari pertama dh jln jauh..apa nk buat x sempat.ikut date selepas raya tp di keluar jgk nk sambut raya..hehe alhmdulillah.
Abg Izman,
Congratulation...
Happy to hear that bro..:)
Jgn lupa jemput kenduri nanti..
Take care..:)
tarikh lahir baby ayah same ngan birth date saye tp laen taun :)
Post a Comment