Tuesday, March 3, 2009

Kisah Benar 'The Spirit of The Coins'

Alhamdulillah hari ni kesihatan aku agak ok, dah pegi klinik panel utk dapatkan ubat. yg syoknya ialah doktor tu bertanya adakah aku on diet sebab kelihatannya aku sedikit kurus. aku tak kisah perkataan 'sedikit', aku senyum sorang2 dlm kereta sebab ada perkataan 'kurus'. ini yg lagi kobar2 nak kuruskan badan dan perut ni.

terima kasih pada kawan2 yg aku kenal dan tak kenal (dah jadi kenal la..) yg sudi menghantar email dan bertanya tentang survey, paypal dan ruang iklan. he.3x. kayo pakcik! aku cuba jawab semuanya dan aku harap ia memuaskan semua. pada aku, nak kaya kenalah buat betul2, tapi macam aku ni cukuplah sekadar kecil2an. dapat seringgit dua sehinggu pun jadilah!

namun dapat aku perhatikan bahawa email2 yg masuk banyak dari iklan2 derma, dan jualan langsung. yg free tu aku saje2 lah daftar. kalau nanti ada downlines yg sangkut, aku cubalah aktif. he.3x salahkah aku cakap benar? buat ape nak tipu2 kata sesuatu benda tu hebat, sedangkan kita yg cuba rasa hampeh. pada yg dah bayar tu sabor ye, aku fikir bila patut publish. inikan blog aku.

dikesempatan ni aku tak lupa mengucapkan TAHNIAH kepada sahabat blogger aku si ila yang dah naik pangkat jadi administrative/ finance manager. bravo ila! dah puji gile2 ni tak kan tak de apa2 kot. koman2 pun mc d, aku dengar set lunch dia murah je time jam 12 t/hari hingga 3 pm. elok benar lah tu, ofis ko dekat, ko beraturlah beli. kalau ko kedukut, aku tak kisahlah kat gerai bawah pokok, atau restoran langkasuka (langkawi?).

oh ya! teringat kisah novel terbaru yg aku baca karya serunai fakir iaitu mantera hitam. kisahnya sangat simple dan sangat dekat dihati. aku tak mau buat ulasan tu hari ni, aku cuma nak crita pengalaman aku berkaitan permainan 'the spirit of the coins' yg diceritakan oleh serunai fakir.

kisahnya begini. opss! belum lagi. aku ada banyak kisah benar mengenai spirit of coins ini, untuk kali ni aku kisahkan yg aku rasa macam best je. pada yg penakut, aku nasihatkan korang janganlah takut, sebab aku yg sepatutnya takut kerana mengalaminya dahulu. korang baca je, nak takut buat ape...

kisah the spirit of coins collecting... iklan sat, coins colecting to hobby aku. kalau sape ada syiling lama2 atau dari negara2 luar, kalau nak sedekahkan kat aku sangat2 dialu2kan. buat masa sekarang aku adalah dalam 600 keping kot.

ni baru betul2....

kisah the spirit of the coins
aku mula kenal dengan permainan ini masa aku tingkatan satu. biasalah budak kampung dan sekolah dikampung. manalah ada PS2 atau cyber pets. masa lepas peperiksaan hujung tahun, kami masih perlu hadir ke sekolah. bukan untuk belajar, tapi untuk menghabiskan masa sesi persekolahan ditetapkan.

kerana selalu kebosanan didalam kelas akibat cikgu2 yg sering ponteng atau bermesyuarat (konon??) beberapa kawan2 aku mula mengeluarkan catur, dam aji, dam ular, dan ada juga mengeluarkan nasi lemak (ini kes lupa nak bawak masa rehat tadi). tiba2..... aku tengok beberapa kawan perempuan cina tengah syiok mengerumuni meja. aku tugaskan sorang kawan pergi sbg 'spy'. cilanat punya spy, dia sangkut kat situ. dengan marah, aku pergi sendiri,dan akupun sangkut jugak. mereka menggunakan kertas kadbod yg ditulis beberapa abjad dan nombor spt huruf A sampai Z, nombor 0 hingga 9. kotak home, yes dan no. dua org diperlukan untuk bermain dengan kedua2 pemain memegang syiling di kotak home menggunakan jari telunjuk.

cis! cilaka betul, bulu roma aku dah tegak ni. untuk elak dari malu, aku teruskan cerita.

pompuan cina tu offer aku bermain dengan dia. err... maksud aku main spirit of the coins (TSOTC). aku setuju, dan permainan bermula. dia yg ajar aku serapah TSOTC yg aku tak nak ceritakan disini. simple gile mantra dia. aku yg mula2 gelakkan mereka ingat diorang main2 dan gerakkan duit syilling tu mula kaget bila aku sendiri yg bermain. jalan betullah! aku jadi takut dan nak angkat jari telunjuk aku dari game, amoi tu marah dan suruh aku tunggu hingga dia hantar 'spirit' ke dalam home baru buleh angkat jari. katanya lagi "isman, kalau awak angkat awak punye jari, nanti itu spirit kasi ikut sama awak". aku menarik diri dari game. tapi kawan2 aku yg lain pula mencuba, si amoi enggan pada mulanya, tapi mereka ugut beritahu cikgu, dan amoi tu pasrah (issh.3x, macam intro cerita lucah pulak).

sejak tarikh itu, aku dah kawan2 sudah tak berani menoleh kebelakang lagi. kami takut keciciran. jadi kami bermain games itu setiap hari bila cikgu tak masuk kelas. syiok oo.....

sekian. TAMAT.

APA! crita tak menakutkan? itu baru intro lah. ini kisah sebenarnya.



kisah spirit of the coins episod one
setelah lama dilupakan pasal spirit of the games, tingkatan 4 aku dan geng masuk sekolah berasrama yg tidak penuh. sekolah asrama penuh kami tak diterima kerana sudah penuh, walaupun pencapaian akademik dan ko-k kami adalah agak bagus.

di asrama sapa pernah duduk sana tau lah betapa boringnya. tivi tengok sabtu dan ahad je. makan ikan jaket masak kicap, ikan kembung goreng tu je lah... siang2 bolehlah tenet, malam2 tak kan asyik nak membaca je kan; "tak rocklah hidup" kata budak penagih dadah kampung aku yg hidupnya keluar masuk pusat serenti.

kawan2 aku yg studi di bilik sama mencadangkan main games tu. aku dan geng mula membuat papan games (rujuk crita diatas kalau konfius). kami syaratkan setiap kali games mesti ada at least 4 orang. 2 pemain, satu org yg tukang tanya, dan satu pencatat apa kami tanya dan jawapan ke dalam buku nota. begitulah seriusnya kami dalam belajar benda tak berfaedah ini.

mula2 ramai yg takut2, tapi lama kelamaan kami semakin berpengaruh. disana sini orang main menda alah ni dan di asrama puteri juga lagi hebat. games tu bukan kami je tau, ramai sebenarnya tau, cuma kat asrama putera tu kami lah dalangnya. beratus2 kali kami memainkannya, dan kami tak kenal tempat. cuma kat surau dan bilik warden je kami tak berani, takut spirit tu tak datang, yg datang cuma warden dan ustaz yg datang spirit. mampos kami nanti. kalau tertangkap, cuci tandas le. tiap2 minggu geng aku je cuci tandas, mana larat beb!

suatu hari, kawan aku yg ada duit syiling lama queen elizabeth yg dicuri dari koleksi ayah dia mencadangkan kami bermain sedikit hardcore. kami pilih 2 pemain handalan, pencatat dan tukang soal. tukang soal tu aku lah, sebab aku jenis mulut tak reti diam. kami cadang main hari khamis malam jumaat, selepas jam 12 tengah malam.

tarikh yg dijanjikan, semua telah sedia. kami pun bermain. suwey! setelah diseru2 mantra, sekor spirit pun tak datang. masing2 keberangan. ingat nak batalkan mission, tapi si kawan pemain tu beritahu....

kawan A : err... aku rasa aku tau sebab apa spirit tak datang?
kawan B : apasal?
kawan A : aku ada air sembahyang.
kawan B : patutlah (kami semua marahkan kawan A, sambil menepuk manja kepalanya). apa patut aku buat?
kawan C : bodohnya kau. batalkanlah!
kawan A : dah batal (sambil menggorek hidung)
kawan C : pengotornya kau. korek idung tu batalkan puasa la.
kawan A : ok aku dah tau (sambil memasukkan tangan ke dalam seluar dia. FULL STOP)

permainan bermula. dalam games itu ada 2 peristiwa yg aku ingat sampai kini. akibat tiada feel akibat kehadiran spirit2 yg biasa2, kami menjadi extreem, dan mula mencucuk jari hingga berdarah dan terus bermain. PERG! kejadian selepas tu adalah dahsyat. kalau korang nak mati cepat, korang cubalah.

crita dalam crita 1 :
dalam games tersebut tiba2 ada sekor spirit ganas datang kerana diseru. kami bermain dengan seronok sebab dia ramah. jam menjangkau 2 pagi tapi setan tu tak mau balik. kami sepakat memaksa dia balik dengan menolak coins ke kotak home, tapi gagal. macam2 arahan dibuat oleh setan gondol tu termasuk memadamkan lampu, dan menyuruh salah seorang dari kawan kami tanggalkan seluar (bukan aku la..). dasar syaitan, memang penipu. dia enggan keluar. setan gondol tu menugut akan merasuk kami jika angkat jari. sebab dah ketakutan, kami sepakat membaca ayat kursi beramai2. boleh dilihat coins itu berpusing2 sambil kawan2 aku yg bermain enggan melepaskan jari dari coins takut dirasuk. akhirnya, coins terpelanting ke lantai. dan kami berlari ke bilik aku.

kami ketakutan, nasib baik tak ada yg terkencing dalam seluar. kami dari dorm yg berlainan, tapi malam itu kami sepakat pergi ke bilik air ramai2 ambik air sembahyang. kami tidur dilantai dorm berjemaah. surah yassin kecik kami letakkan dibawah bantal masing2 dan ada juga yg telak didalam baju. semua tak berani tidur sampai subuh.

cerita dalam cerita 2
dicatatkan bahawa seekor spirit melayu datang dan menceritakan dia terbunuh semasa dalam perjalanan balik sekolah. dia kata dia dilanggar oleh kereta yg dia nyatakan nombor plat kereta dengan jelas. dia ceritakan dia sekolah dimana, darjah berapa, dan beberapa orang kawan karib dia. dia meminta kami melaporkan kepada polis. sebab ia cuma spirit of the games, kami abaikan.

setelah ketakutan agak kendur, kami teringat bahawa ada sorang kwan kami yg tidak turut bermain pada malam itu berasal dari sekolah yg disebutkan. kami bertanya kepada dia berkaitan spirit tersebut, dan dia mengenalinya dengan rapat. semua jawapan diberi oleh spirit sama dengan jawapan kawan kami tadi. kisahnya sama; dia balik dari sekolah selepas aktiviti ko-k. singgah sekejab dirumah kawan tadi dan balik ke rumah dalam suasana agak gelap dengan motor. dipercayai langgar lari, mayatnya dijumpai keesokkan harinya.

sekali lagi kami ketakutan, dan ada yg demam. kami sepakat membakar buku nota tersebut dan kertas games spirit of the coins. cukuplah setakat itu dugaan dan ketakutan yg kami alami. kami sepakat berhenti bermain permainan syaitan itu. dan kami berjaya. setelah beberapa minggu berselang, kami bermain pula di kawasan hospital, tidak jauh dari bilik mayat.


izzi note :
ini adalah catatan kisah benar aku dan kawan2 semasa bersekolah dahulu. kami agak jahil tentang agama di masa itu. sesungguhnya permainan itu adalah dilarang dari aspek emosi dan keagamaan kerana boleh mendatangkan syirik.




22 comments:

Mak Su said...

hish! ngerilah baca cerita cerita macam ni di hari siang!

esp bab batalkan air semayang, boleh buat orang tekejut tau. oops!

izman said...

mak su,
eh.2x maksu, kalau malam barulah seram. baca siang, takat seronok je lah kot.

kisah benar tu... cuma malas nak kaitkan nama kawan2 walaupun masih ingat semuanya.

ILA said...

Adui Izman...
Saje jerrr..kau nak cari perhatian utk aku belanja yeakkkk..
sangat terharu okeyyy..'UCAPAN TAHNIAH tapi punyai makna tersembunyi..kehkeh...
elo2 doktor kan dah pesan suruh diet??? kalau mcm tu aku banje kau kat pizza hut yeakk..tapi kau mkn saladnya jelah lah...setuju tak..??
Kalau setuju..antar sms nanti.hehe

aduiii..pnjangnya crita coin spirit tu...tak bley masuk lansung ptang2 ni..
weiii..kau kurang kerja kerrrr!!!????
meh tolong akuuuuu!!!huh!!

izman said...

ila,
aku ikhlas ucap tahniah tu. yg lain tu sampingan je.

kerja kena plan betul2, work deligation.

Nek Cun said...

Izman, citer pasal spirit of the coin ni memang famous sejak nekcun kat sekolah menengah lagi. Macam Izman gak, kami yang dok di hostel selalu suka main ni kalo waktu boring-boring... nekcun ingat lagi kami boleh main tanya sape nama bakal husbandlah dan macam2 lagi dan yang kelakar tuh ada kawan nekcun sorang tu sajer jer dia 'push' coin tu pada huruf2 yang dia tahu nama boyfriend depa-depa tuh!... bila sampai tang nekcun depa mati akal sebab nekcun tak ada boyfriend, so at last depa sajer jer bubuh nama cikgu Maths kami yang terkenal garangnya!... dari situ nekcun tahu depa tipu dan sebab tu jugak nekcun tak pernah caya pasal spirit2 nih!... tapi kekadang nekcun suka gak main2nih untuk nak pekena kekawan lain tuh!... sume tu masa remaja2 dan ketika masih jahil lagi... sekarang dah tobat dah!... hehehe...

cendawanintim said...

aku pernah gak mencuber spirit of the coins nih..tapi takder la ekstrem cam ko...

izman said...

nekcun,
semua tu kenangan masa kejahilan dulu. dah lama berhenti main. dah tobat tak main dah!

izman said...

cendawanintim,
bermakna ini bukanlah permainan terpencil kan kalau satu dunia tau.

itu dulu, sekarang tobat dah!

NURAZZAH8 said...

hahaha..Spirit of the coins...saya tak pernah main sebab penakut! selalu tumpang tengok jek...

coins collecting...akak ada jugak beberapa keping coins lama... kena tengok balik dalam tong...tapi tak nak bagi free jek kat Izman...kalau nak kena beli lah...hehehe

tak sempat2 lagi nak pergi Amcorp Mall...bila weekend sibuk dgn anak2 dan cik abang sayang...

izman said...

nurazzah8,
saya pun penakut jugak, tapi ketegaq nak main. pulun jelah.

ada coins lama? sudah bagus. akak nanti email gambar atau coins apa, kalau kebetulan saya belum ada, dan harga dia saya mampu beli. insyallah saya beli.

KV said...

aku penah gak main. Tp sibuk nak tanya setan tu oeg tu gewe ngan sapa, org ni syok kat sapa. Gatal sungguh!
Tp nasib baik setan tu tak degil mcm yg ko main. Suh balik, laju je dia.

izman said...

KV,
setan yg aku main2 tu gile, sebab geng2 aku pun mainkan dia gila2.

moral dia, jangan bermain dengan setan.

Jard The Great said...

erkk...

izman said...

jard the great,
ko seram ke gelihati?

marinahunny said...

aku bru jmpa buku tu..ingt nk beli tp hold dlu..alalng2 ko dh kuar cite kat cni ahrus pas nia ku beli trusss..

izman said...

marinahunny,
jangan tak beli. pada aku menarik!

Anonymous said...

Salam hormat, terima kasih kerana membelinya. Juga atas prmosi sdr, sy sangat menghargainya. :)

izman said...

serunai fakir,
sama-sama.

karya yg saya suka, saya senang mengusulkan orang lain membelinya.

karya hebat.

trima kasih tuan kerana sudi singgah

Aida Faridahh :) said...

seramm ciut . btol eh ?

this is me ,, sHazleen ~ :) said...

>.< syiling lama ? brlambak dr thailand smpai y pound sterling xD

kitorg pnah try ,, takut !!

luv amanda said...

Pernah main masa tingkatan 3. Ada spirit dtng.. Bila tanye sbb kematian dia suruh tgk berita tv singapura.. Terkejuk bila nama yg disebutkan sama dgn nama spirit tu.. Islam, perempuan, mati akibat ecstacy. Matinya sesat, siap minta didoakan yg baik2 utk dier. Al fatehah. Moga roh yang diampuni tuhan. Takut jugak tp boleh jd tauladan.... Hidup kena buat baik, jgn buat benda tak paedah.. Sampai ni tak main lg..

luv amanda said...

Pernah main masa tingkatan 3. Ada spirit dtng.. Bila tanye sbb kematian dia suruh tgk berita tv singapura.. Terkejuk bila nama yg disebutkan sama dgn nama spirit tu.. Islam, perempuan, mati akibat ecstacy. Matinya sesat, siap minta didoakan yg baik2 utk dier. Al fatehah. Moga roh yang diampuni tuhan. Takut jugak tp boleh jd tauladan.... Hidup kena buat baik, jgn buat benda tak paedah.. Sampai ni tak main lg..