Monday, October 13, 2008

SRK Dapat Datuk?

Hari ni (13/01/08), aku masuk keje agak lewat sebab masih capek akibat aktiviti meronda menghadiri rumah terbuka dan menerima kunjungan kawan2 dan jiran2 yg datang ke rumah. nak kata lewat sebenarnya tak tepat sebab beberapa orang tertentu di syarikat keje aku dibenarkan masuk bekerja jam 9am, walaupun waktu keja ialah dari jam 8am hingga 545pm. sebab musabab dibenarkan korang faham2 je lah ye (kalau tak faham, korang buat2 faham je).

dalam kemalasan tu, aku tak gi belikan anak2 aku nasi lemak dan kuih muih seperti biasa sebab wife aku kata nak masak untuk anak2. hari2 makanan dari kedai sebenarnya tak berapa bagus bg aku. tahap kebersihan, tahap kalori dan sebagainya juga mesti diambil berat. so, aku menonong je la gi keja setelah bawa anak2 pusing2 ngan kereta kejab.

dlm perjalanan ke opis yg kurang dari 5 minit dari rumah aku, perut mula menyanyi keroncong hari raya, kebetulan ada satu gerai makcik jual sarapan. aku singgah la utk beli nasi lemak. citt! dah abis. tiada pilihan, aku ambik meehoon dan telur mata kobau. RM1.50.

masuk opis sambil makan aku baca utusan online. meehoon tak sedap hampas. meehoon kosong je. puas aku belek2 meehoon cari sayur, ayam, itik, telur dan segalanya; tak ade langsung. yg ada cuma tauhu kering yg dipotong halus dan beberapa batang kecil daun bawang. kalau nak untungpun jgn lah sampai macam ni. aku yakin bukan makcik ni je yg buat cam tu. penjual lain pun dua kali lima je. aku faham kos meningkat, tapi berpada2lah nak ambik untung. korang nantipun nak masuk lubang kubur jugak, jangan lupa soal dosa pahala. Makcik tu aku dah masukkan dalam reject list aku. padan muka aku dah tak boleh makan kat gerai tu lagi.

may be lebih membuatkan meehoon tu tak sedap ialah artikel utusan online "Sebab Shah Rukh Khan dikurnia Datuk". SRK dianugerahkan datuk oleh negeri melaka. aku adalah salah sorang peminat srk, aku bangga dia dapat datuk. tapi perlukah beri datuk sebab dia promosikan melaka sekali, itupun filem dia yg dah berzaman tu. datuk ali rustam (ketua menteri melaka) pada aku panas bontot sebab ditanya apa kewajaran bagi datuk pd srk sehingga dia terpaksa menjelaskan kenapa dia bagi datuk pd srk. sebelum ni korang fikir2 ada tak negeri terpaksa bagi penjelasan kenapa mereka bagi datuk pada sipolan dan sipolan. seingat aku tak pernah dan tak siapa peduli. apa2pun terpulang kepada kebijaksanaan dan kewajaran utk mana2 negeri utk nak bagi kat sapa2, itu hak mereka. pada aku secara peribadi, aku amat menjunjung tinggi daulat raja2 melayu yg mengurniakan pingat, berbanding negeri2 tidak beraja. cuma aku harap kerajaan negeri melaka dapat menulis surat kepada srk untuk meletakkan namanya datuk srk untuk filem2 akan datang. kalau beri datuk tapi orang tak hargai langsung, buat ape bagi. baik bagi kat aku.

4 comments:

cendawanintim said...

ini penyakit nyanyuk laaaaa...nyanyuk nak bagi anugerah, tetiba teringat nama pelakon filem tuh..

Nur a.k.a admansyah said...

aku rase-lah... sbb dieorg teringin nal jumpe SRK `live'. tu yg depa nak bagi tur! heh..
Aku mmg suka tgk lakonan die. mmg tiada banding-nya tapi biler `siasat' latarblkg die, tgk die pegang anjing & minum arak... tak suka-lah!

izman said...

cendawanintim,
sebab org tu peminat fanatik srk kot. lepas ni ko tgklah berduyun2 artis luar dtg malaysia berlakon, dapat datuk beb.

izman said...

nur a.k.a admansyah,
nak jumpa life? haram dia tak datangpun. bayangkan srk dapat pangkat 'sir' dari queen e, confirm dia datang. ko tgklah nanti dalam filem dia dia letak tak title datuk tu.

aku suka filem 'KKHH' dan 'dil to pagal hal'. madhuri dixit tu lawakan?