Thursday, October 16, 2008

Special Mission (Macam Hebat Je...)

Matahari kian terbenam kat port klang, tapi aku masih di opis. inilah bahananya buat kerja lain dan terpaksa cover utuk kerja sendiri yg sangat penting. Biarpun malam makin menjelma tapi kilang ni memang tak sunyi, yg sunyi aku. bebudak production masih rancak buat kerja dengan seronok sebab dapat overtime. aku dapat ape? lapar la. sebenarnya syarikat memang ada memberi sedikit imbuhan kepada mana2 pegawai yg terpaksa stay kerana kerja, tapi malas la nak layan menda2 tu.

pagi tadi (16/10/08) sebelum dtg opis ada member call bagitau jalan ikut jalan biasa aku lalu sebab banjir besar. banjir ni actually dah start dari hari sebelumnya. biasalah kalau duduk tepi laut. so, aku terpaksa ikut jalan agak jauh. kalau biasanya perjalan 5 minit, jalan yg satu lagi mengambil masa 6 minit setengah. aku dah rugi masa 1 minit setengah dlm kenderaan tu. tu belum kira aku slowkan kereta utk snap gambar dan melihat kalau2 ada kawan2 yg dibanjiri air kereta atau motor. besar jugak banjir kali ni, kalau aku redah tadi mau air masuk dalam kereta, tu belum kira air ombak besar dari kenderaan berat seperti lori kontena yg main redah je sebab lori tu bukan mereka yg bayar.

Belum sempat pekena nasi lemak, staff aku dah ingatkan aku tentang sesi briefing pekerja yg baru melapor diri. setelah mendapat kepastian bahawa salah sorang pekerja yg lapor diri masih bujang, cargas je aku pergi. bukan menggatal ye kawan2, itu sebenarnya adalah mangkin utuk memulakan hari2 dengan semangat 46 (apa aku melalut ni?). biasalah kerja2 HR, asyik2 aku je kena briefing, cuba la yg briefing tu diberi kat cleaner aku ke, guard aku ke, driver ke, bukan ke lagi meriah. abis briefing barulah aku dapat menikmati sarapan dengan aman.

sedang2 syok2 buat kerja, tiba2 GM aku call minta jumpa dia segera. dalam hati berkata "apahal la ni, ada kes besar lagi ke?". GM aku masa aku jumpa tu ngan Finance Manager dan sorang executive yg buat clearance kastam. aku diberi taklimat sikit dan biasalah kalau dah hero, mesti nak mintak tolong la tu. kalau ada je hal2 syarikat sesetengah hal yg tak boleh dibereskan terutama melihatkan gomen dan syarikat2 lain, aku je yd spermman. nasib baik aku pakai spender merah hari ni, boleh la aku tolong, ada power gitu!

macam biasa aku yg tak tau hujung pangkal akan berlagak pandai dan menyoal itu dan ini kepada kawan aku yg bertanggungjawab tu. cis, dah la nak mintak aku tolong, guna kereta aku pulak. alasannya aircond kereta dia rosak. mangkuk betul, dah la company kami buat air-cond, mintak la beli satu dengan harga murah, staff price kata orang puteh. tapi kalau kawan aku beli air cond syarikat, confirm aku tak mau naik kreta dia, mau jadi frozen meat nanti. kami supply air cond untuk bas. bayangkanlah kalau air cond tu dipasang pada toyota unser.

sebab dua2 daripada kami memang tak penah gi north port, rasa teruja (excited) pun ada. sape doq port klang may be ramai yg tau disini banyak pelabuhan. salah sikit nanti pergi tempat lain. orang yg ikut aku tu pon haram tau tau arah tujuan nak gi mana, nak jumpa siapa. bila tanya tujuan pun, haru biru!. sekali jugak makan langsat da...(sesat la tu). salah tunjal da. sebab dia banyak gate, kami ikut gate yg salah. terpaksa buat satu balik kuang (u turn). akhirnya kami sampai ke jalan yang benar. macam biasa, aku suruh la kawan aku tu tanya pak guard nak kena ikut mane. banyak cantik nak tunggu dlm kereta, dah la aku kena jadi driver dia. selepas melalui 2 gate, kami pun sampai ke lokasi yang dicari. Masa nak lapor diri kat gate tu, pak guard tu mintak kad pengenalan. dalam hati tertanya2, boleh ke diorang simpan IC. setahu aku dulu ada peraturan tak benarkan mana2 pak guard minta IC. diorang cuma boleh minta lesen memandu je. sebab perut aku lapar, mulut aku terkunci untuk bertanya. alasan sebenarnya, kalau aku eksyen kang diorang tak bagi masuk. polis bantuan ni kadang2 lebih kerek dari polis sebenar.

Selepas urusan selesai, kami bergegas ke wisma kastam berhampiran tanjung harapan. ala tempat seafood yang famous amos kat port klang. Macam biasa, park kereta aku mintak kawan aku tu dapatkan pas pengawal kat wisma kastam tu. dari kereta aku tengok member tu macam kera sumbang je tepi pos keselamatan tu. gile ke hapa dia tu. Oo... patut la, dua2 guard sedang membuta (tidur). makan gaji buta betul, carilah rejeki yg halal bang oii..!. kalau tak perlukan guard, pada aku jangan upah guard. jimat sikit duit rakyat. kalau perlu guard yg semata2 jadi syarat, aku lebih suka kalau upah je orang2 istimewa yang perlukan kerja. gomen ni cakap je nak tolong golongan istimewa, berapa percent yg ditolong masuk gomen walaupun ada kelulusan.

alhamdulillah, selepas beberapa ketika dan bertanya orang itu dan ini, mission accomplished!. tu pun ambil masa agak lama. sempat la aku pekena nasi campur kat gerai depan wisma kastam tu. masakan memang kureng sedap, tapi sebab dah tahap kebulur, hamtam sajalah labu!.

8 comments:

Erinsza said...

izam musti lapar gilerkan, lps tu pi wisma tak sedap lak. ciannyer

izman said...

erinsza,
ha.3x. dah nasib. tp alhamdulillah dapat makan.

terima kasih buat lawatan balas yer. dtglah selalu

cendawanintim said...

ko gi wat per kat northport tuh??nak ikuttttt!!

izman said...

cendawanintim,
ko ingat gi genting highland ke nak ikut. ini mission mebahaya tau...

kuchalana said...

weh.. aku org klang weh... beranak pon kat port klang nun.. kekeke.. lama xpi mancing kat sana.. penyu pon pernah dapat ko.. kekekeke

Mak Su said...

mission possible (hari ni aku tulis cerita Tamil)

izman said...

kuchalana,
la... org port rupenye.

kalau turun mancing bagitau la, boleh aku nak belajar2 ilmu ke hape2 yg patut.

penyu aku x penah dapat, sampah sarap pernah!

izman said...

mak su,
ha.3x. cayalah. nanti kita bukak kelab peminat crite tamil berbangsa melayu.