Tuesday, October 7, 2008

Siri Ikhtibar : Salah Kubur

Ini adalah kisah benar aku pada hari raya pertama yang lepas.

selepas sembahyang sunat hari raya, aku, wife dan anak2 ke kubur ibu mertua dan bapa mertua aku. ditempat sama ada kubur datuk dan nenek aku sebelah papa aku. kubur mami dan abang sulung aku terletak agak jauh iaitu di kampung datuk dan nenek sebelah mami aku.

masa aku pergi tu lewat sikit sebab aku gi beraya ngan papa dan mama aku dan adik beradik yg lain dulu. so, keluaraga adik beradik belah wife aku dah gi ke kuburan dulu. masa aku pergi, orang ramai banget. aku agak keliru dimana kuburan mertua aku sebab ada ramai orang dikeliling kuburan mereka. nasib baik ada biras aku kat kawasan kubur tu sedang berborak ngan member dia. so, aku tanya la. sebab dia dah gi kubur tu, dia senang la tunjuk kubur mertua kami.

kubur bapa mertua dan ibu mertua aku terletak bersebelahan kerana mereka meninggal selang sebulan je. apsal ada orang berdoa kat kuburan mereka dan aku tak kenal langsung? tak kan salah kubur? biras aku ni nak kenakan aku ke, april fool lambat lagi kalau nak buat lawak pun. aku tengok nama pada batu nisan. betul! ramai jugak orang mengelilingi kubur mertua aku sambil baca yasin kemudian bertahlil.

aku buat muka selamba je baca doa, bersihkan rumput dan gemburkan tanah kubur mertua aku tu. orang2 lain yg berada disitu asyik jeling aku je. lantak diorang la. nasib baik aku ni penyabar orangnya, kalau kena orang yg pembengis, ada orang yg terus kena tanam kat kuburan ni.

dalam 15-20 minit kemudian datang sorang lelaki tua datang kearah kubur mertua aku. jeng,jeng,jeng....... dia pergi kearah kumpulan orang yg berdoa kat kubur mertua aku tu sambil berkata " Bakpo mu doa kat situ. kubur mok mu kak sano tu!" Alihbahasa : "kenapa kamu berdoa dekat situ. kubur emak kamu kat satu tu".

macam2 kaler muka group tu aku tengok. ada kaler merah, coklat, hitam dan ada sesetengahnya biru hitam. tahan malu agaknya. yg bestnya group kanak2 dlm kumpulan tu bantai gelak sakan, yg aku rasa pangkat anak atau cucu2 mereka. group mereka kemudian berjalan ke arah kubur emak mereka yg sebenar sambil terus membaca doa sambil berjalan. ada ke macam tu. aku gelak dalam hati je. sebab jarak kubur tak jauh, ada org dewasa group salah kubur emak tadi bersuara "ala doa kubur mana2 pun takpe, Tuhan tau". aku yakin dia cakap kuat nak cover malu.

moral of the story :
1) kubur ahli keluarga tu kalau boleh ziarahlah selalu. bukan takat hari raya je. kang dah salah kubur.
2) kalau tak mau kena kelak kat anak cucu sebab salah kubur, gi lah survey kubur dulu awal2.
3) jangan gelakkan ahli keluarga psl salah kubur, korang pun sama bingai je.
4) Walaupun salah kubur, xtvt membaca surah yasin, bertahlil dan berdoa dikuburan bersama keluaraga adalah amalan terpuji.
5) kalau tau diri dan anak cucu bodoh baca tulisan jawi, tulislah nama arwah dalam tulisan rumi. konon nak cantik dan ada class, tapi nak cari kubur keluarga sendiri terkial-kial sebab tak tak reti eja nama dalam jawi.
6) Betul, doa untuk orang yang dah meninggal dunia boleh di buat dimana2. kalau dapat di doakan kesejahteraan mereka setiap selepas solat, alangkah baiknya. tapi kalau berdoa kat salah kubur, bukannya berdosa pun. cuma malu sendiri la...


izzi note :
Al-Fatihah untuk mami, abang, datuk dan nenek sebelah papa, bapa dan ibu mertua. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman. AMIN!

10 comments:

Nur a.k.a admansyah said...

kih..kih... dah mcm citer `Ibu Mertua-ku' plaks! tapi Izman gue pun penah tersilap, dah abih bc Yassin dah pun! sib baik kubur yg salah tur sedara gue jugak and takde org `tegur' kesalahan tur! selambe jer gue angkat kaki lepaih tu beb! heh..

izman said...

nur a.k.a admansyah,
haru jugak ko ni. doa tetap sampai... he.3x.

Mak Su said...

hhhmmm, hhmmm (tahan gelak)

tapi

hahahahaha (gelak besar)

- sowi, sowi, jangan marah

BurungBelatuk said...

Salam...xdapat p kubur doadari jauh pun doa sampaikan....

izman said...

mak su,
gelak jgn tak gelak.

izman said...

burungbelatuk,
selamat datang bertandang. datanglah selalu.

betul, doa kat mana2 pon boleh.

Iliana said...

salam lebaran....
wahhh gtu plak ekh...tp, xkn xbce kot apa yg tertulis d batu nisan tu??

izman said...

e-leeyana,
ini may b kes tak r eti baca jawi atau over confident.

apa2 pun, doa tetap sampai. ha.3x.

marinahunny said...

hahahahaha..hehehe..lawak pun ada jugak..

izman said...

marinahunny,
gelak jgn tak gelak...