Tuesday, October 14, 2008

Merehatkan Kaki di Kolam Air Panas Bentong, Pahang

Balik keje ari ni kaki terasa penat. penat kot berjalan turun naik opis attend meeting, jumpa bos, attend penguatkuasa majlis perbandaran klang (MPK) yg datang buat spotcheck. maklumlah kompleks kilang aku kerja ni ada 3 bangunan, dan aku duduk bangunan yg ke3. jenuh la ulang-alik.

terbayang pulak saat2 keseronokan merendam kaki dalam kolam air panas di bentong baru2 ni. kebetulan je sebenarnya. masa on the way balik beraya ke rumah parent aku di jerantut, pahang pada 28/09/2008 (ahad), jalan clear gile. so, aku slow2 bawa kreta. masa sampai tol bentong masih terlalu awal sebab aku plan nak singgah beli juadah berbuka kat bandar jerantut dalm jam 5pm. so, aku cilok kiri lepas tol bentong menghala ke kolam air panas bentong yg terletak kira2 10km daripada tol bentong tu, ala ikut jalan lama nak gi kuala lumpur.

jalan ni agak sunyi, bersimpang siur, agak merbahaya, dan jauh daripada petempatan penduduk. kalau nak gi sini dinasihatkan jangan gi sendirian. bawa teman2. kalau boleh jangan bawa teman tapi mesra kat sini sebab dikhabarkan banyak kes samun. tempat ni agak fofular jugak untuk aktiviti beromen dan mengentet (korang tanya la kawan2 dari pahang kalau nak tau maknanya). cilanat jugak bebudak ni, asyik buat maksiat kat tempat awam je. masa aku sampai sana, hanya ada beberapa orang je. ingat nak mandi. kebetulan masa tu ada sorang apek sedang mandi. ingat nak join. aku ambik seluar kotot (seluar pendek la..)dan towel. hampeh betul la, ngan2 aku sampai kolam, apek tu dah siap mandi. so, aku nak berenang ngan sape? nak mandi sorang2 aku takut. dalam sioot! aku pulak bukan pandai sangat berenang kalau kawasan yg luas dan berselut. luqman aku tengok takut je nak dekat ngan kolam. wife aku dan pika stay dalam kereta sebab pika tidur. jadi aku bawa luqman jalan2 sekitar kolam yang ada. ada 3 buah kolah semuanya kat situ :


Kolam Utama. Untuk dewasa. agak dalam. disediakan tangga dan ditepi2 kolam disimen untuk orang mandi manda tanpa tenggelam.



Kolam kanak2.cetek. budak2 kecik dan makbapak budak boleh berenang2 itik disini.


Kolam asli. tiada simen atau tangga. berselut. dalam gile ni beb. merbahaya.

Cuma yg aku tak suka kat sini ialah kemudahannya sangat terabai. tandas, bilik persalinan, tahap kebersihan, rumbut meliar, sampah bertambun, dan macam2 lagi la. semuanya tahap kambing. yg paling menjijikkan ialah bilik persalinan dijadikan tempat memberak dan mengencing. silap2 gaya ada jugak yg bikin filem lucah sendiri kat sini. ni lah rupanya bilik persalinan :-



ni pulak tempat dulu2 orang buat rendam telur kasi masak separuh. sekarang sgt menjijikkan. diorang berak ke hape dalam ni.


Kepada majlis daerah bentong, tolong2 tengok la sikit. buatlah promosi sikit. dulu ada sorang guard kat situ, dah kemana brader tu. dah tak perlukah khidmat dia. masa aku datang dulu, aku siap cuba menjengok2 dalam kolam nak cari sekor ikan yg dikatakan hidup didalam air panas tu. kalau majlis daerah bentong tak mau jaga, swastakan. atau tutup je. buat sakit hati je. kalau aku jadi menteri besar pahang, confirm yang dipertua majlis daerah bentong ni aku pecat hari pertama aku jadi menteri besar.

apa-apapun dalam masa sejam aku kat sana, aku sempat merehatkan kaki aku kat dalam kolam air panas tu. biarpun dalam hati aku bersetuju bahawa kolam ini dah tak sepanas dan seindah dulu, aku yakin airnya masih berkhasiat.

4 comments:

cendawanintim said...

naper tempat tuh kotor sangat haaa???

marinahunny said...

uissh..tmpat menarik tp x terjaga...

izman said...

cendawanintim,
tu la pasal, suasana mmg syiok. tapi cam sial pengurusannya.

izman said...

marinahunny,
ye, sedihnya. dulu aku suka singgah situ. sekarang, pikir 10x laa...