Monday, October 20, 2008

Meeting, Meeting dan Meeting

Sekarang dah jam 8.15pm (20/10/08); aku masih dipejabat. hari ni adalah hari meeting. sejak pagi tadi ada je meeting yg memerlukan kehadiran aku. last sekali meeting jam 2.30pm dan berakhir jam 7.36pm. yg last tu budget meeting utk tahun 2009. aku mcm biasalah kena present utk budjet HR department.

bayangkan kami kena present utk mintak budget department masing2 yg merangkumi aspek2 utama seperti keperluan manpower, training, tambahan mesin/alatan (capex), swot analysis, quarterly planning, dan expenditure. untuk department aku, ada la beberapa benda / software yg aku nak beli next year. expenditure aku memang ambik masa lama la sebab banyak sesi soal jawab dari director, gm dan lain2 hod. abis semua kos utama masuk kat aku spt training & development, payroll, stationary, guard cost, medicine, clinic, sundries, general expenses, travelling, uniform, donation, prayers dan segala mak nenek punya expenses lagi. campur2 memang ratus ribu riban la....

bila time department lain present pulak aku kena participate pasal ada kena mengena ngan aku termasuklah training, manpower dan lain2. yg mane boleh slash cost, aku slash la. bos2 ni kalau dapat slash cost lagi diorang suka. yg tak suka ialah department yg kena slash. muah.3x. nasiblah. bincang dulu sebelum buat. kang dah kena!

dlm meeting, semua muka toye je. semua muka lapar dan penat. walaupun disediakan makanan dan minuman, tapi semua dah tak selera nak makan. cuma sesekali keluar untuk solat, jawab telefon atau kalau aku lari jab untuk tenangkan otak. nak defrag otak la kononnya.

balik opis ingat boleh trus balik tapi sampai kat meja dah ada note dari HQ nak report penting by early tomorrow morning. cilanat betul. aku esok kena outstation ke pekan, pahang urusan syarikat. awal pagi dah kena gerak. so, nak tak nak kena stay kejab. ni lah padahnya sesetengah kerja ditanda top confidential. so, tak de masa lah aku nak paksa orang lain buat. waaa....

sambil buat kerja luqman call tanya bila nak balik. aku tau ummi dia yang suruh tu. mentang2 lah hari hujan. lagipun aku dah janji ngan diorang nak gi econsave beli susu luqman. keja mmg dah siap, dah boleh balik pun. tapi stranded sebab hujan sangat lebat. memang boleh redah tapi keselamatan amat penting. kat area sini, tiada lampu jalan. tanda pembahagi jalan pun tak de. lori kontena pulak memang macam pelesit walaupun hujan lebat. ye lah, masing2 dah letih dan nak balik rumah jumpa keluarga. bagaimana ngan kenderaan kecil? mereka selalu teraniaya. macam aku yg berkereta ok lah, yg bermotorsikal dan berbasikal macam mane?

kepada kawan2 yg bawa lori terutama lori kontena yg besar bagak tu, fikir2lah pengguna jalan yang jauh lebih berisiko dengan kehadiran anda. kalau ada kawan dan ahli keluarga yg bawa lori tapi bawak macam sial, nasihatkanlah mereka. kalau nampak mereka macam dungu je nak faham nasihat anda, tempeleng je muka mereka 4 kali. mulakan berselang seli dengan muka sebelah kiri. mungkin dah banyak syaitan bersarang dalam telinga mereka tu. (jangan babitkan aku kalau mereka terus jadi dungu seumur hidup atau mati ye).

arghh! hujan macam tak mau berhenti ni. jom kita reedahhhhh! lagipun aku dah lama tak mandi hujan ni.

5 comments:

cendawanintim said...

pe kes kawan aku nih, asyik ujan ajer teringat mini...tengok aku rileks ajer..huhuhuhu..

izman said...

cendawanintim,
ingat mini ok aper. kalau ingat aweks, atau bini muda macam maner?

ILA said...

THans Yr idea!!!!
pas ni akan ku lempang container2 yg kurang ajar tu.
ophhhh!!!bukan containernya..tapi pemandunya :p

kerja,kerja,kerja,kerja!!!!
selamat bkerjaaaaaaaa!!!

ILA said...

'word verification' tu melambatkan orang jerrr...
tuan umah tak leh delete kerr..
uiiii!!

izman said...

ila,
lempang dgn risiko sendiri ye (kuang.3x).

ye ke ade word verification. tak pernah pulak komen blog sendiri. kuang.3x. ok.... dah setting tak de word verification lagi. thanks.