Hari ni cita2 nak ke temerloh pahang terbantut kerana ada urusan lebih penting di syarikat. aku yg dah syok tak nak gi keje lepak layan tv sejak selepas subuh. excited sampai tak boleh tidur (ulu betul la ko ni...).
jam 830am dapat call, ada meeting penting dan aku perlu hadir. cilanat betul la. since aku tak leh elak, aku contact member aku untuk uruskan sendiri hal yg dirancang tanpa kehadiran aku. since partner aku sanggup, dan selepas membuat beberapa panggilan penting, aku boleh meng'excuse'kan diri aku dari outstation hari ni.
since aku dah siap mandi, aku cuma pakai uniform kerja je. then melangkah malas menuju kereta. anak2 macam biasa nak ikut beli nasi lemak. ok kita layan nasi lemak dulu..... sampai gerai nasi lemak, kakak jual nasi lemak heran tengok aku dengan baju kerja jam 9am. biasa jam 815am dah ada muka aku. dia siap tengok jam, pastu tengok muka aku. aku buat donno jee... sambil bungkus nasi lemak untuk aku dan anak2, dan may be kerana tak puas hati,
kakak tu tanya "dah lewat masuk kerja ke ni?".
aku jawab "tak de lah. ni pun masih awal lagi".
Kakak tu tanya lagi "ni dah pukul 9 lebih ni?"
aku jawab balik "biasalah kak, saya ni masuk kerja ikut suka hati saya je."
kakak tu tanya lagi sekali "kerja apa masuk lewat camtu? akak tengok orang lain masuk lewat2 jam 830 pagi".
Aku menjawab lagi " Orang lain tu ikut peraturan diorang, saya orang yang buat peraturan untuk diorang. jadi mestilah lain"
kakak tu lagi2 bertanya "Oo... ni kira ada pangkat la ni?"
Aku kena jawab lagi "Ada la sikit2 kak"
Ni lah hidup, hari2 kena soal jawab. mati nanti lagi banyak soalan agaknya. kat dunia boleh la kelentong atau main belasah je jawab, tapi kat dalam kubur, memang tak leh nak tipu punya.
crita pasal soal jawab, aku suka kalau soalan dari budak2. soalan mereka sangat strict to the tembok. ni contoh perbualan aku dengan anak jantan kesayangan aku beberapa hari lepas :
Lokasi : Dalam rumah
Scene : Aku (ayah) sedang menjawab telefon dari seorang kawan yang meminta pertolongan dan nasihat. Selepas beberrapa minit, perbualan telefon tamat.
(Action)
Luqman : Ayah cakap dengan siapa ayah?
Ayah : Ayah cakap dengan kawan ayah.
Luqman : Kawan ayah ranger ye?
Ayah : (Teringat may be luqman terdengar aku bercakap mengenai ranjer hutan). Ye, kawan ayah ranger.
Luqman : Kawan ayah POWER RANGERS ke?
Ayah : (Sambil tergelak). Ye! Kawan ayah tu power rangers.
Luqman : Ayah ada kawan ultraman tak? luqman suka ultraman tiga, pastu ultraman dyna.
Ayah : Ada. nanti ayah ajak datang rumah kita beraya ye...
Luqman : Yeah...! ultraman datang rumah luqman.
Ayah : (Geleng kepala sambil tersenyum sumbing sambil berkata dalam hati dapat gaji nanti abis la duit kena beli ultraman lagi ni).
(Cut)
Gambar Power Rangers ehsan gettyimage.com. Korang rasa mana agaknya kawan aku dalam kumpulan power rangers ni??
IZZI ADVERTISING-----------------------------------------
8 comments:
salam bro...ahahaha..tu la budak2 soalan yg sungguh la...kalau my nephew...asyik tanya why why why..jenuh nak explain...
Luqman suke PR? my son..Aiman dah `reda' tapi minat giler kat PEPAYA! hang tau tak citer kat TV# tu? pening gue..
Aku rase.. sumer geng PR tur bkn kawan hang pasai `size' tak sama ngan hang! heh..heh.. jgn maree beb!
arsaili,
rasanya budak2 mmg suka bertanya kot? proses pembelajaran mereka tu.
nur a.k.a admansyah,
la anak ko suka pepaya jugak ke. sama la ngan luqman dan pika. walaupun mual tgk crita tu, utk anak2 layan je sambil baca komik.
ko jgn tak tau diorang tu nampak ramping sebab pakai korset je tu, sebenarnya diorang to 'roi' jugak.
aku pon asyik kena tanya ngan anak aku jer...
jenuh aku nak jawab..
haha rasanye yyg color merah tu kot? seronok kan bila layan telatah anak². boleh hilang stress semua...
cendawanintim,
aku tau, mesti iman tanya "bila mama nak ada baby lagi ni? iman nak adik."
faisal admar,
trima kasih dtg. lawatan balas yer...
mmg seronok layan budak2 ni.
yg merah? kenapa merah?
Post a Comment