Friday, July 11, 2008

Trip ke Singapura - Part Akhir

balik dari sentosa, lepak kat bilik jab sambil betulkan urat saraf. ingat nak update blog ni tapi asal bukak je notebook, luqman mesti nak main games.

dalam jam 10pm, perut dah keroncong balik. may be sebab semua tenaga telah digunakan masa jalan2 tadi. so, kami sekeluarga keluar jalan2 disekitar geylang. walaupun malam, tahap keselamatan agak memuaskan sebab korang boleh tengok cctv bersepahan. luqman nak beli buah, kebetulan ada pasar buah yg masih bukak. rega dia berpatutan. aku ambik buah rambutan dengan harga S$2.00/kg dan buah bidara @ buah mata kucing yg mak ai.. besor2 buahnya dengan harga S$3.00/kg.

pastu gi cari nasi goreng. aku pekena nasi goreng seafood dan wife ambik nasi goreng paprik. harga dia cuma S$6.50. murahkan!

pada hari terakhir kat singapura, tak banyak aktiviti. pagi2 lagi aku dgn luqman gi jalan2 sekitar geylang. masuk dua tiga shopping complex. pukul 12 t/hari kami check out dan ambik cab ke textile centre di jalan sultan.

memandangkan masa masih banyak sebab bas akan bertolak jam 3 pm, kami tinggalkan beg di kaunter dan ke tapak sejarah melayu di singapura. antaranya ialah :-







kebetulan masa kami sampai di masjid sultan iaitu masjid tertua di singapura yg terletak disebelam istana kampung gelam, azan berkumandang menunjukkan masuk waktu zohor. aku sempat solat zohor di masjid sultan. alhamdulillah. meskipun petempatan melayu makin pupus di sana, sekurang2nya aku bersyukur azan masih berkumandang dgn nyaring disini.

lepas solat, seluk kocek baki duit singapore masih banyak. jadi aku offer wife pilih apa barang yg dia nak. selain barangan untuk diri sendiri dan keluarga, kami turut membeli sedikit ole2 untuk teman2 yg selalu tak lupa aku kalau gi holiday atau kursus di mana2.



Dikesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada pasangan pengantin razman & nori atas sponsorship, guidance dan take care during our stay in singapore. May Allah bless both of you forever.

Abiss dah!

8 comments:

cendawanintim said...

asal ko tak terjah blog aku sekang ni erk, ko bz ker???

lorrrrrrrr, banyaknyer souvenier tuk aku!!

shahril aley said...

wah bang izman dah gi sana
ermm sy mungkin menyusul kemudian
mugkin boleh jadikan panduan kalau ke sana plak

banyak shopping :)

MOLY said...

abis sudahhhhhhh ....
:)


shopping byk x bang ???

izman said...

candawanintim,
sori agak bizi dan kurang sihat. semua x de mood.

izman said...

shahril aley,
sedikit je shopping. utk anak2 dan family. untuk diri sendiri mmmg tak de beli ape2.

gi la, menarik jugak sesekali melawat tempat orang.

izman said...

lily.lulu,
tak le byk mane pun, mahal. beli utk anak2 je.

tp brg elektrik dan henphone memang murah2 walaupon dah convert ke duit kite.

Puteri Satu said...

MAK AI...jauhnya ko jenjalan ye...apa ole2 beli kat sana...???

izman said...

puterisatu,
bukan jejalan, urusan kahwin member rapat. mana ada duit banyak nak makan angin saje2.

ole2? mana mampu nk beli yg mahal2.