Tuesday, July 8, 2008

Trip ke Singapura - Part 2

dah hilang penat, dan selesai jamak takhir. rehat jab. anak2 suruh tidur tak mau. semua excited nak gi naik mrt. then dlm pukul 7pm, gerak jalan kaki ke mrt paya lebar. jarak dlm 5 minit je sambil pimpin anak2. mrt very convinience, murah dan tiba tepat pd masanya. perjalanan ke restoran garuda di area orchard road terpaksa exchange train di 'stesen city hall'. cuma keluar train dan hop ke train di sebelah je. berhenti di 'stesen sommerset' dan jalan kaki sikit.

perjalanan tak meletihkan sebab lalu shopping complex di sepanjang somerset road dan orchard road. majlis start dlm 8pm, so redah dulu shopping complex. window shopping je.

restoran garuda ni famous sebab ada beberapa branch di beberapa negara. menu stail indonesia. sangat strategik berdekatan masjid al falah; tempat diorang akad nikah lepas asar petang tadi. lepas check nama dalam list, kami ditunjukkan meja. aku sekeluarga dapat sebelah pelamin pengantin. kita sangat bagus la. majlis grand sangat, dari penyambut tetamu, hingga waitress semua comel2. naik juling mata aku memandang sambil dokong anak bongsu aku tu (nasib baik skill menjeling awek masa bujang2 dulu tanpa diketahui pasangan masih belum lupa).

jamuan makan dihidangkan course by course. antaranya sup, kerabu, ikan, udang, sotong, rendang sapi, ais kacang dan ape benda lagi yg aku dah lupa. nanti aku scan menu dia kalau aku ingat.








emcee untuk malam tu bagus, ada buat games, lawak jenaka dan pelbagai pengisian yg menarik. pengantin sempat tukar dua pasang pakaian.

syukur majlis berlangsung dengan sempurna. tahniah pada kawan aku tu razman dan isterinya nori atas majlis yg gilang-gemilang ni. moga kalian berbahagian sehingga akhir hayat bersama. moga cepat2 dapat baby.

dalam menyempurnakan majlis perkahwinan ni, kedua2 pengantin kehilangan hanphone masing2. selepas majlis akad nikah dan bersanding ni, aku yakin 'sesuatu' juga akan hilang (budak2 bawah umur jangan tanya ape dia yg hilang!).

dalam pukul 10pm majlis berakhir. ingat nak naik cab balik hotel. tapi mak datuk ramai betul org tunggu cab. so jalan2 lagi menyelusuri orchard road memerhati kehidupan malam yg tak penah sunyi. nasib baik anak2 mata masing2 segar bugar. kami balik hotel naik mrt jugak. tak silap aku dalam S$1.50 je sorang. kanak2 free. sampai di stesen akhir, pulangkan balik tiket di mesin tunai mrt dan dapat balik duit S$1.00 setiap kad. murah kan?

sambung lagi yer.....

6 comments:

Mak Su said...

wah.. gi singapore, marbelous.

izman said...

mak su,
singapore mmg marbeles, tapi kami cuma gi dengan budget ciput.

cendawanintim said...

henpon ilang????

pastuh ada menda yang lain ilang???

pebenda tuh???

larikkkkkssss

izman said...

cendawanintim,
nanti aku tanya diorang lps diorang balik honeymoon yer.

o... purak2 tanya ye!

shahril aley said...

hahaha.... tergelak baca
memang 'sesuatu' akan hilang dek kerakusan suami yang tak tahan..
tak pe sudah halal skrg ni :)

izman said...

shahril aley,
kehilangan yg diharap2kan.