Tuesday, July 8, 2008

Trip ke Singapura - Part 1

Alhamdulillah, trip aku sekeluarga ke singapura pada 4-6 Julai 2008 berlangsung dengan baik dan kami selamat kembali ke tanahair.

perjalanan dari gombak ke singapura pd 4/7/08 menaiki bas chartered dari sykt eltabina. bertolak jam 9am, perjalanan ambik masa 6 jam termasuk pemeriksaan imigresen. nasib baik anak2 tak mengamuk teruk. mula2 naik bas mmg excited. dah lama dlm bas, pika menangis. nasib baik juga bas tu di sewa khas dan ada 25 seats je. agak selesa dan ahli rombongan adalah ahli keluarga pengantin lelaki. majoriti ahli keluarga aku dah kenal, so tak de lah malu sangat. mereka pun ada anak kecik sebelum ni, aku rasa mereka faham.

akhirnya kami sampai di singapura. bas berhenti di textile centre di jalan sultan. ahli rombongan lain menaiki bas lain ke rumah saudara mereka dan majlis akad nikah. manakala aku sekeluarga cari cab ke hotel penginapan di geylang.

kat geylang aku stay kat joo chiat hotel (astro hotel). hotel ni jenis hotel budget. rate terendah dari S$59.00/day. bilik aku stay agak besar lengkap dengan flat screen tv, dvd player, internet access, room service dan kemudahan basic lain. kemudahan kerusi urut dan komputer dengan kemudahan internet turut diberikan percuma kepada penghuni hotel. untuk 2 hari stay, kos ialah S$150.00++ (+/-RM360++). hotel pada aku sangat memadai sebab ada electric kettle utk buat susu anak, every morning diberikan serba 2 btl air mineral, indocafe segera dan mee cawan. cuma 5 minit dari mrt (cam lrt la..), 1 minit dari foodcourt dan restoran.

sampai hotel, dapat mandi hot shower. leganya... dapat betulkan otot bontot yg dah hampir leper. rehat jab, sebab malamnya nak gi majlis bersanding di garuda restaurant.

bersambung ye..........

4 comments:

cendawanintim said...

Alhamdulillah...

errr...errr...errr...bila nak pos tuk aku???!!

izman said...

cendawanintim,
ada. ko bagi address ko kat email aku. jangan kutuk pulak ye, menda murah.

MOLY said...

ok ye bang hotel tuh
cikai2 mcm tuh budget hotel pun ..
macam2 kemudahan dia kasi ...

shahril aley said...

ooo mau kematu bontot kalau duduk je lebih 5 jam...

boleh booking online ke hotel tu?