Friday, July 25, 2008

Kebizian melanda

Malu rasanya terima anugerah dari cendawanintim berkaitan "i'm daily blogger" tapi selalu termiss nak update tiap hari. namun, aku menyifatkan anugerah tu sbg dorongan utk aku berblog dgn lebih gigih. buat masa sekarang, aku cuba update 2-3 kali seminggu.

sebenarnya byk menda boleh update memandangkan minggu ni kebanyakkan masa mmg ada aktiviti diluar. punya la banyak aktiviti luar, aku rasa minggu ni tah berapa kali je wife aku masak makan malam. kami makan di warung, makan sate kajang di bkt tinggi, makan western di andalas corner, pekena char kuey teow di pendamar dan byk lagi. tapi kebizian melanda (campur malas sebenarnya...).

minggu ni di opis aku agak bz ngan prepare gaji pekerja. aku kena completekan gaji utk 5 syarikat. lagi membuatkan aku nak muntah ialah ada kenaikan gaji dan back pay gaji dari bulan januari untuk pekerja. aku buat kenaikan gaji orang tapi gaji aku dan lain2 management staff bila nak naik ni? boss naikan gaji sebab kenaikan kos sara hidup pekerja meningkat, tapi dia lupa kot kami pun sama je kuli mcm pekerja lain juga. kerana protes, ada juga yg meletakkan surat berhenti kerja. bila pulak giliran aku nak letak surat gamaknya...

aku buatkan aku suka kerja di sini ialah ia terlalu dekat dgn rumah aku, kurang 5 minit berkereta. pendek kata kalau keluar rumah aku dengar lagu, belum abis lagu lagi, dah sampai opis. masuk kerja jam 8am, tapi sebagai orang senior, aku masuk kerja jam 9am. keluar rumah jam 8am, aku bawa luqman gi beli nasi lemak. then, slow2 bawa kereta cari roti canai bersama kawan2. kalau rajin, makan tengahari pun kat rumah. siap ada minum petang kat rumah lagi. namun, kalau ramai kawan2 dah berhenti. aku kena fikirlah apa nasib aku kat sini. kalau ikut hati, nak je aku jadi petani moden. bela cacing ke, lintah ke, tikus mondok ke.....

4 comments:

cendawanintim said...

perabiskan keje2 ko dulu, baru nak berblog, takkan lari blog nih...

ko ternak cendawan orait gak, leh goreng..sodap!!

arsaili said...

salam...tikus mondok..tade keje lan ker..ekekekeke...saya pun mmg bizi melampau gak..update seminggu sekali jer...bila la nak abis kerja

izman said...

cendawanintim,
kerja sampai bila pon x abis.

tp cendawan goreng mmg sedap. itu makanan utama setiap minggu.

izman said...

arsaili,
bela tidus mondok boleh jual kat siam. laku tu... diorang buat tom yam.

he.3x. keje mmg x penah abis. kita kena plan masa.