semalam (17/7/08), aku bercuti sehari atas urusan mengikut kawan ke keratong, pahang. sementara kerja tak berapa sibuk dan aku memang suka berjalan2, aku ikut je la. lagipun aku cuma ikut. kos pengangkutan, makan minum dan sebagainya ditanggung beres oleh penganjur. perjalanan bermula jam 6am dari klang. perh! sejuk giler. biasa jam 7am baru nak celik mata, hari ni kena bangun awal.
kami ikut hiway seremban. singgah sarapan dekat area stadium paroi, negeri sembilan. then kami meneruskan perjalanan menghala ke muadzam shah. kami sampai di keratong dalm jam 10am. setelah kawan yg dijanjikan tiba, kami meneruskan perjalanan di area keratong ke destinasi yg dituju. misi kali ini ialah melihat dan menikmati keindahan hutan dan ladang menggunakan 4x4. untuk org yg baru berjinak2, pengalaman memang seronok. ngeri juga tengok kawasan yg baru dilawati pak belalai (gajah). mengikut org yg mahir, ukuran tahi pak belalai yg kami jumpa; saiz badannya adalah jauh lebih besar dari 4x4 yg kami naiki.
sebab ini misi ringkas disebabkan ada misi sampingan, kami bertolak balik ke klang dalam jam 3.30pm. aku sampai rumah jam 6.40pm dalam keadaan kepala masih bengong akibat terhoyong hayang. then, wife ajak gi pasar malam di port klang. argh pasar malam! aku cukup maleh nak gi pasar malam. asyik berlanggar bahu. ikut hati ada aku nak langgar sekali lagi (kalau pompuan muda dan cantek la...).
mula tu wife nak cari nasi kerabu, tapi tak de. untuk mengubat hati kami terpaksa beli 3 kg rambutan, keropok leko goreng, bihun sup, laksa, rangka ayam (mahal nak mampos, rm4.50 satu), telor puyuh. wife aku beli udang harimau dan sayur pucuk paku. nak bedal durian, tangan dah tak larat nak pegang. wife main tunjuk je sambil dokong anak. aku yg bayar dan bawa. kena pimpin luqman hakim lagi. kang ilang anak pulak kalau tak pegang. luqman mana boleh tengok mainan kereta, mesti tak bergerak punya. lagipun hari ahad lepas nak bedal durian, so sabar dululah. kereta punya lah jauh dapat parking.
tak sampai jam 10pm, kepala dah pening lalat. ambik bantal dan tido.
4 comments:
Salam izzman..
Seronoknya ber 4x4 dgn geng2..
akak,
seronok. dan pening. sakit badan wo...
lorrrrrrrr, sebelum tido tuh, mintak ler wife ko wat cakar rimau ker, cakar beruang ker...hiks
(aku tak jamin ler pastuh ko jadi makin penat!)
cendawanintim,
bab tu aku saje tak nak sebut. sebab ko akan kutuk aku entry mlm jumaat.
itu kewajipan. terutama mlm jumaat.
Post a Comment