Monday, June 30, 2008

Jalan2 ke Jusco Bukit Tinggi, Klang

hari ahad (29/6/08) wife ajak beli pakaian anak2 kat jusco bkt tinggi, klang. since jaraknya kurang dari 5 minit dari rumah aku, gi je lah.

ingat tak nak bazirkan duit sebab nak gi singapore dlm masa terdekat ni, tapi wife bagitau baju anak2 dah tak cantik kena aiskrim dan kotoran akibat kelasakan diorang. so, bolehlah. lagipon aku bukan selalu beli pakaian utk diorang. kalau beli pun ikut kemampuan, yg murah2 je.

masuk je jusco, luqman dah mintak masuk tempat mainan yg terletak sebelah betul ngan pakaian kanak2. wife dan pika gi pulih pakaian, dan aku teman luqman main mainan. then, pilih pakaian yg sesuai utk mereka. selain dapat 2 helai seluar, luqman merengek mintak mainan. minggu lepas baru beli luqman oi... sebab dia mintak yg murah, beli je la.


Gambar : hasil belian utk luqman.


Untuk si adik, pika; dia dapat 2 pasang pakaian dan 2 pasang stokin. nak jalan2 ke night safari ke hapa malam2 nanti tak le sejuk sangat. aku tak tau dah berapa banyak pakaian warna pink si pika ni ada.


Gambar : belian untuk pika.

dlm beli belah utk anak rupanya ummi pun rambang mata tengok pakaian. ok lah ummi, ambiklah yg mana berkenan.

Gambar : Belian untuk ummi.

dah penat berjalan dan berbelanja, perut dh keroncong. nak makan kat sana tak dapat sebab pika nak menyusu badan. so, tapau kfc dan makan di rumah. shopping utk family, aku cuma dapat kfc je, uwaaa..... mana baju baru!


Gambar : Tapau kfc, sebahagian dah diambik dan dimakan (kan aku dah cakap aku lapar tadi).

Friday, June 27, 2008

Kasih sayang seorang abang

Balik dari solat jumaat tadi, aku tengok anak sulung aku luqman hakim mata merah lepas nangis. ingat dia kena cubit dengan ummi dia pasal bergaduh dengan adik dia. so, aku buat tak tau je. sambil hidang makanan, wife aku bagitau luqman kena gigit di tangan oleh adiknya, norsyafiqah izzati yg kami biasa panggi pika.

aku panggil luqman mintak dia tunjuk kesan kena gigit. mak aiii! kesan gigi jelas kelihatan. aku yakin kuat gigitan si adik. aku cakap kenapa luqman tak gigit adik balik? luqman jawab nanti pika sakit, nanti pika nangis. aku bersyukur dalam usia sekecil tu dia faham erti kasih sayang seorang abang, walaupun sesekali ada juga berkelahi.


Gambar hiasan : Luqman dan Pika bermain di balkoni hotel masa bercuti di cameron highland pada 17/02/2008

dlm membesarkan anak2, byk asam garam sebenarnya. tambahan pula diusia anak2 yg perlu belaian dan kasih sayang. pada aku, anak2lah sumber ketenangan hidup aku walaupun terpaksa melayan riuh rendah mulut dan kereneh mereka.

setiap pagi sblm gi kerja aku akan bawa mereka beli sarapan walaupun aku selalu sarapan kat gerai dengan kawan2. kekadang tu rushing nk sarapan ngan kawan2, lupa nak cium anak2. kejab je mesti wife call bagaitau anak2 merajuk. terpaksa la balik rumah jab cium diorang. luqman pulak kalau sehari kurang2 sekali dua tak call aku tak sah. ada je nak tanya dan pesan beli barang; nak air marigold lah, vitagen, roti dan lain2. bertuah korang kecik2 dah ada henpon, bapak ko ni dah keja baru merasa pegang henpon. tu pon besar bagak.

kesimpulannya, alangkah malangnya ada keluarga yg tidak menyayangi anak2 mereka.

Thursday, June 26, 2008

sekadar satu keluhan rakyat kerdil

dah beberapa hari aku sekeluarga makan nasi daripada beras cap rambutan. rasanya so far ok jer. sebelum ni aku ada terfikir nak tukar ke beras lagi murah dan beras cap rambutan adalah option nya. masa gi shopping kat econsave beberapa hari lepas, kebetulan beras kegemaran aku iaitu JAsmine super 5 sold out.

Gambar : Beras Jasmine Super 5 ehsan www.bernas.com.my

sebab malas nak ke tesco, aku cakap yg wife nak tukar beras lain je kali ni. aku call adik aku tanya dia balun beras apa, dia cakap cap rambutan. family aku kat kampung pun cap rambutan. so, why not try cap rambutan. aku bab makan ni cerewet siket. kalau makan kan kedai, aku balun je sebab tiada pilihan. tapi untuk makan dirumah, aku nak jugak yg sedap utk makan sekeluarga.

Gambar : Beras cap rambutan ehsan www.bernas.com.my

Cuma harga dia masih agak mahal. biasanya aku beli packing 5kg dalam 2 pack untuk kegunaan sebulan. aku tak suka beli yg 10kg sebab aku tak suka. kenapa? aku punya suka la nak beli berapa kilo punya! beras cap rambutan 5kg ialah rm21.90. mahal jugak le. kalau dulu beras jasmine super 5 baru harga rm10.90 utk 5kg. dunia ko tengoklah betapa bodohnya pemimpin malaysia.harga minyak, brg runcit, susu, dan segala mak nenek bagi naik atas alasan harga dunia meningkat dan negara tak mampu nak bagi subsidi lagi. tapi diorang boleh pulak tawarkan rm 1,000,000.00 untuk atlet dapat pingat emas. siap ada pencen rm5,000.00 sebulan lagi. aku berharap agar pemimpin2 tersebut termasuk yg jaga harga barang tu dimalukan dengan hina di dunia dan hisab dengan azab neraka jahanam di akhirat kelak.

aku tak protes ahli sukan dapat imbuhan tapi biarlah berpada2. tambahan dengan ekonomi sekarang yg serba nak naik termasuklah yg dalam seluar pemimpin nombor satu tu. tu pasal bila ada orang minta barang naik dia sokong. tu lah orang kata, mungkin sesorang tu dilahirkan dari keturunan ulama, may be dia lebih teruk dari orang kafir.
aku sebenarnya lebih rela kalau imbuhan yg lebih bagus diberi pada perajurit spt polis dan tentera yg mati demi negara. atau beri sedikit bonus pd kakitangan awam yg memerah keringat utk rakyat.

sekarang parlimen dah bersidang balik dan ahli parlimen kita menyokong kenaikan harga minyak dan brgan. dengan menyokong kenaikan tu kita kena sedar mereka bukan wakil rakyat, mereka wakil parti. rakyat seperti kita mudah lupa, senang j beri undi setelah diberi sdikit imbuhan kecil masa pilihanraya. betul kata tun dr. M iaitu "melayu mudah lupa". namun aku akan ingat, tiada undi dari aku dan keluarga untuk mereka.

Tuesday, June 24, 2008

kereta pakai air + minyak

Hari ni (24/6/08)aku kena gi HQ di damansara atas urusan rasmi sykt. on the way balik baru perasan minyak dah kureng dari satu takuk. so kena cari stesen minyak le. pilihan aku cuma shell dan petronas. shell seketika dulu boikot jab pasal boikot belanda tp dah pakai balik dah sebab aku yakin shell lebih menjimatkan dan dapat lebih kilometer berbanding petronas atau jenama lain. lagipun petronas dijual 0.002 sen lebih mahal berbanding harga pasaran rm2.70. tak caya korang tengok la kat pam tu.
Gambar : stesen minyak shell ehsan www.shell.com.my

seluk poket duit ada rm20 henggit lebih je balance shopping barang runcit malam semalam dan buat belanja kursus kat cheras termasuk duit komuter, cab dan sebagainya. tak pe stesen minyak musti blh guna kredit card. tapi haprak, semua stesen minyak aku singgah tutup mesin credit card. aku faham sebab diorang rugi sbb diorang kena charge. tapi aku nak isi minyak oii! mesin atm lak tak de. so, bawak kreta dlm 90km/h je utk elak mkn minyak lebeh. aku stop seksyen 15 shah alam withdraw duit kat public bank dan kemudian isi minyak kat shell seksyen 15/16.

sembang psl minyak, kalau korang ada baca artikel aku tentang fuelwater-jimat petrol sehingga 40% ; ini ada links kalau sape berminat. menda tu dah dipasarkan kat malaysia tapi belum meluas. cara nak buat tu pun nampak mcm senang tapi daripada jadi "tikus membaiki labu" baik korang beli je set yg dah ready termasuk pemasangan. anggaran kos antara rm700 - rm1500 je. pastu dapat jimat antara 30-40%. air yg paling mustajab ialah air suling tapi dikatakan air hujan, air paip dan air laut boleh digunakan. air kencing boleh guna ke tak, aku tak pasti. nyatanya minyak kena isi jugak beb.

setakat ni belum ada lagi member2 aku yg cuba. so aku dalam proses tunggu dan lihat. ingat memula nak tukar pakai ngv tapi dengar crita ngv pun nak naik harege jugak. masa sembang dgn pakcik bawak cab kat cheras yesterday, dia bagitau dengan isian ngv rm8.00, boleh guna sampai 160km. jimat tu beb! masalahnya stesen ngv payah nak dapat dan kos install tank dan sebagainya melibatkan anggaran rm3500- rm6500.


kalau korang berminat dengan fuelsaver pakai air nie, korang lawatilah website diorang ye :

www.hydrogenfuelsaver.com.my
dan
www.altendis.com.my

Monday, June 23, 2008

Hadiri talk di Menara PGRM

hari ni (23/6/08) aku attend half day talk anjuran jabatan perhubungan perindustrian (IR Dept) di Menara PGRM, Cheras K.Lumpur.

Mcm biasa kalau training kat KL aku akan naik komuter je. pertama aku fail jalan2 kat KL, kedua sebab harga minyak naik gile babas. claim sykt aku cuma 0.45 sen/km. kalau dihitung2 memang rugi. naik komuter seronok, duduk lepak2 dalam satu jam sampai.
Gambar : Komuter KTM ehsan www.ktmb.com.my
sambil2 layan blues dlm komuter, aku suka tengok2 gelagat orang dan pemandangan luar. aku tak suka tidur dlm train utk elak keluar air liur basi dan berdengkur (so far wife aku kata aku tidur x bdengkur). kekadang suka jugak tgk, awek muka comel tapi bile tidur kepala senget2, air liur meleleh2 dan siap dengkuran; pergh! kensel. tengok pokok2 kat luar lagi baik.

dari KL sentral, aku ambik cab gi menara PGRM. talk kali ni berkenaan penerangan pindaan akta perhubungan perindustrian 1967. Sebagai org HR, aku kena update menda2 camni. mcm biasa jam 10am ada minum pagi, dan jam 1pm ada mkn tengahari. dah la talk free, ada makan2 lagi. best siot. sambil2 makan, buatla networking dgn peserta lain. mana tau ada peluang kerja lain ha.ha.ha... ada jugak yg org HR yg aku dah kenal, so tak de la sunyi sangat dunia.


Gambar : Menara PGRM di Cheras ehsan www.gerakan.org.my

Friday, June 20, 2008

Teka-teki

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Specialnya Bau Ketiak Lelaki

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.


Gambar : Adegan cium ketiak ehsan www.flickr.com

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.... dipetik dari majalah PA&MA... Feb 2004...kalau tak caya.... So kengkawan kalau tengah stress tu .....bolehlah cium ketiak suami.

Bagi kaum adam pulak,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.

Moral of the Story
So kalau isteri dok tention tu...lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak suami anda..yang masam tu insyaallah mood anda akan ok.

ha..ha...ha. ... selamat mencuba...

Nota kaki :
Artikel diatas diberi oleh seorang rakan. aku yakin dengan artikel tu sejak sekolah lagi. betul, perempuan suka sangat himpit2 masa lelaki berpeluh terutama selepas sport, aku setuju tu. Tapi yg lelaki tu pastikanlah ketiak anda tak busuk tahap gaban. cipan cium pun boleh mati.

Thursday, June 19, 2008

Fuelwater jimat petrol sehingga 40 peratus

KUALA LUMPUR 9 Jun - Kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen baru-baru ini membuka laluan kepada alat Fuelwater yang menggunakan air dan petrol yang dikatakan mampu menjimatkan penggunaan bahan api itu sehingga 40 peratus.

Ciptaan tersebut merupakan hasil gabungan teknologi dari Rusia dan Jepun yang mana air digunakan sebagai bahan api kedua untuk membolehkan berlakunya pembakaran yang lebih efisien seterusnya menjimatkan penggunaan petrol.

Pengarah Eksekutif ZFAS Technologies, Zikri Fuad Abdul Salam (gambar) yang bertanggungjawab membawa masuk teknologi itu ke negara ini berkata, hanya kenderaan yang menggunakan petrol sahaja boleh menggunakan produk ini.

''Ini disebabkan proses pembakaran diesel berbeza dan kurang sesuai tidak seperti petrol.

''Teknologi ini adalah lebih baik berbanding penggunaan gas asli untuk kenderaan (NGV) kerana tidak memerlukan pemandu beratur untuk mengisi NGV di stesen minyak.

''Begitu juga dengan saiz tangki air yang lebih kecil berbanding tangki NGV dan sesuai untuk kereta tempatan,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di Gombak hari ini.

Beliau memberitahu, kebanyakan jenis air boleh digunakan untuk produk ini termasuk air paip, air tapis dan air suling.

Namun begitu, katanya, air suling merupakan yang terbaik kerana tidak mempunyai benda asing.

''Jenis air turut mempengaruhi jangka hayat produk dan sekiranya jenis air yang digunakan sesuai, jangka hayat produk ini boleh mencecah tujuh hingga sepuluh tahun,'' ujarnya.

Mengenai penggunaan alat tersebut, jelasnya, air dari tangki akan disalurkan ke sistem penapis melalui paip dan seterusnya ke pengubah yang dipasang pada enjin kenderaan berfungsi mempercepatkan tindak balas kimia antara air dan petrol.

''Air berperanan menampung jumlah hidrogen bagi menghasilkan tenaga seterusnya mengurangkan pembakaran hidrokarbon daripada petrol.

''Oksigen yang turut diperoleh selepas pengekstrakan air dalam pengubah tadi juga membantu pembakaran supaya lebih menyeluruh dan inilah yang menjimatkan petrol sehingga 40 peratus," terangnya lagi.

Teknologi itu bagaimanapun, jelas beliau, masih dalam proses untuk dipatenkan dan dijangka dipasarkan Disember depan.

''Buat masa ini, kami mengeluarkan produk Neomagnet yang turut menjimatkan minyak sebanyak 10 hingga 25 peratus bergantung kepada kapasiti enjin,'' jelasnya.

Sumber : Utusan Online bertarikh 19/06/2008

Nota kaki :
Bila la nak wujud kereta yg murah, laju tapi hanya gunakan air paip je. ataupun isi minyak sekali je, pakai sampai seumur hidup.

Buat group passport

semalam (18/6/08) aku cuti sehari untuk urusan membuat group passport untuk gi singapore awal bulan depan. aku dah ada passport antarabangsa, cuma wife ngan anak2 je belum ada.

tujuan ke singapore ni bukan nak jalan2 makan angin, nak meraikan majlis pernikahan kawan baik aku dgn org singapore. dah sampai sana, jalan2 jugak le kan!

janji jumpa kat immgration pusat bandar damansara sebab others from KL dan gombak. jimat sket kalau buat group passport, cuma RM200 dengan syarat group tu lebih 5 orang. memula tu ingat nk buat passport utk wife & anak2 tapi... mahal beb. untuk wife RM300 biasala org dewasa. tapi anak2 pun kena buat passport sorang satu, dh tak leh slot in dlm passport ayah atau ibu. setiap sorang RM150. jumlahkan dah RM600. kalau kerap ke luar negara memang berbaloi, tapi.......


Gambar : Luqman posing depan pintu masuk immigration pusat bandar damansara.

Alhamdulillah sebab semua dokumen lengkap termasuk surat beranak anak, gambar dan sebagainya. tak de lah kelam kabut. cuma masa proses agak lama kerana dlm 17 orang yg included. tu pun ada yg terpaksa patah balik sebab tertingga surat beranak dan ada jugak yg baru nak ambil gambar. bayangkanlah kalau dokumen aku tertinggal, jauh gile nak patah balik klang.

Alhamdulillah dalam 3 jam semua selesai. surat kelulusan akan dapat minggu depan kot. sambil2 tu discuss tentang transport. semua setuju sebelumnya nak naik bas express dari KL ke singapore secara serentak.

Aku rasa travel by bus ok gak, tak penat drive tambahan pula lebih dari 7 family terlibat. kalau konvoi kereta ke singapore lagi mahal dan terpaksa tunggu menunggu. apatah lagi aku yg x penah drive masuk singapore. jadi rusa masuk kampung le. cuma masalahnya anak2 aku tak penah naik bas. dan dianggarkan perjalanan dalam 4-6 jam. kalau drive, aku suka berhenti2. sabarlah anak2, ini suatu pengalaman. ayah dulu hari2 naik bas gi sekolah.

Tuesday, June 17, 2008

Perjalanan jauh & Memenatkan

Dari semalam badan masih penat lepas balik kampung di Pahang dan kemudian ke Gua Musang, kelantan. 14/6/08 aku balik rumah family aku di Jerantut, Pahang. Hampir tiap bulan aku balik kampung, so tak de la special benor pun kalau balik kg.

separuh jalan, aku berenti kat hutan lipur lintang. anak2 dh lapar. berkelah la jab. bawa bekal yg wife aku masak utk save budget. air kotak aku dapat free kat cafeteria syarikat. pegawai dpt makan free, so aku ambik la aku kotak banyak2 utk bekal. kena berjimat.


Gambar : Berehat sebentar di Hutan Lipur Lintang.

memandangkan bulan lepas aku balik ikut hiway pantai timur, kali ni aku ikut jln bentong-jerantut. jaraknya 200KM, so aku save dlm -/+ 60KM kalau guna jln ni. yg x tahan cuma jln bengkang bengkok.

yg aku suka ikut jln sini ialah lalu kg2, byk gerai makan, gerai durian & gerai kacang tanah kegemaran aku. rasa dia lebih sedap bbanding yg ada dipasaran sbb buahnya besor2, pbagai perisa dan dijual depan kilang memproses kacang tu kat area sempalit, Raub.

Gambar : Gerai jualan kacang sempalit terus dari kilang, ala seberang jalan je.


Gambar : Kilang kacang sempalit.


Gambar : Luqman sebagai model kacang sempalit.

Malang x b'bau. tayar aku kureng angin sebab melalui jln yg agak teruk. dah rasa angin kurang tp aku terus jugak perjalanan sebab org kampung bagitau kedai motor t'dekat dlm 8KM. tiba2 "POM!" tayar meletop. nasib baik aku bawa slow sbb dh tau angin kureng. nasib baik juge, kwsn tu ada rumah kosong dan pokok. teduh la sket psl masa tu panas terik.

Gambar : Posing dgn muka kelat selepas berjaya menukar tayar.

Dh x de pilihan, aku tpaksa tukar tayar sendiri. dlm lebih 8 thn aku ada kereta sendiri, inilah kali pertama aku tukar tayar sendiri. sebelum ni dah ada 2 kali pancit tapi aku upah je sape yg lalu lalang tlg tukar. bagi je la RM20. Selepas dpt tuisyen melalui henpon, dpt la aku tukar tayar dgn selamat. Sebenarnya tempat kejadian tu dekat je ngan rumah abang ipar aku kalau nk mintak tolong. saje malas. sekurang2nya aku belajar sesuatu. tapi, penat siot.

akhirnya, aku sampai rumah family aku dgn selamat. Sebab tiada tayar spare, aku gi ke bandar Jerantut kira2 30KM. sambil2 gi pasar malam (i hate pasar malam) beli sedikit lauk dan ulam2, dan buah2. Luqman merengek mintak pistol mainan sebab sepupu dia beli mainan kat situ. biasanya dia mintak kereta & seangkatan dgnnya je. So, beli je la.

Hari Ahad, awal pagi aku & keluarga termasuk mak ayah & adik aku ke Gua Musang, Kelantan atas urusan keluarga. adik aku tu nk nikah 21/8/08, so nak jemput saudara-mara. sampai sana tengahari dan gi 2-3 tempat termasuk merapoh dan gua musang. Kat gua musang, Luqman nak rasa naik excavator (jengkaut) dlm kawasan kuari felsfar. Aku mintak kebenaran engineer kat situ. so, dpt la anak aku posing. dia minat betul excavator, kebetulan pulak pakcik dia ada menatang tu sebijik kat kampung.

Gambar : Luqman posing atas excavator. Tutup mata pasal panas terik.

dh selesai urusan, kami balik ke rumah ayah aku di pahang. sampai dlm 6PM. lps solat jamak takhir, aku rush gi rumah pakcik aku yg buat majlis cukur jambul cucu dia. dlm 7.15PM, balik umah bersiap utk balik klang. Ayah aku syorkan cuti je isnin sebab aku drive jauh. Aku tak sanggup sebab rabu dan khamis aku cuti lagi. mengamuk bos aku nanti. dlm 9.30PM aku gerak blk klang. ujan sepanjang jalan, so x leh laju. jln sanapun bengkang bengkok, lori byk nak speed ke hape. aku kan pemandu berhemah.

sampai shah alam, hantar adik aku ke rumah sewa dia. then balik umah aku. sampai lbh kureng jam 12.30 tgh mlm. sambil2 wife buat air ilang penat, axn ada crite best. layan jab. pastu ada crita csi pulak. layan jugak. dlm 2am baru abis. so, tidur la psl esok 8AM nak keja lak.

Monday, June 16, 2008

Selamat Hari Bapa

Belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa di dunia ini. tak kiralah ia bapa orang atau bapa ayam. siapa tau mungkin org yg bekerja sebagai bapa ayam may be lebih penyayang kepada anak2nya berbanding kerjaya lain (bapa ayam suatu kerjaya ke? masuk neraka la kau).

Ucapan terima kasih tak terhingga kpd papa aku, Pauzi bin Muhammad. Jasa beliau tak terucap dgn kata2. sabtu (14/6/08) aku balik ke Pahang utk bersama papa dan keluarga aku. Walaupun kadang2 aku sendiri pun tak faham apa keinginan sebenar papa aku, tapi dialah orang yg paling aku sayang. Sehingga sekarang, dia tak putus2 memberi aku nasihat walaupun kadang2 aku rasakan aku dh cukup tua untuk dinasihat. Aku hormati kata2nya.

Papa aku jenis org yg garang, dan kedua2 datuk belah papa aku dan mami aku memang garang2 sebenarnya. mau terkencing cucu2 kena jerkah kalau buat salah atau salah mengaji Quran. Aku bsyukur kerana garangnya papa aku, aku jadi manusia mcm sekarang. bukan manusia sempurna, tp manusia yg ada sedikit ilmu dunia dan akhirat. Syukurlah.

Bukan kepalang jasa papa aku, masa aku dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, papa aku ditamatkan kerja kerana ada isu Malaysia - Britain masa tu, dan papa aku kerja company british masa tu. aku tawar hati utk ke U, tp papa suruh aku masuk jugak.Dengan susah payah, aku berjaya ke U dan tamatkan pengajian dengan membawa ijazah dan azizah.

Aku tak bantah masa papa aku nk kahwinkan aku dgn isteri aku sekarang walaupon masa aku aku dah ada calon2 yg sesuai. Aku yakin beliau buat pilihan tbaik buat aku, dan aku bsyukur dengan jodoh itu. Walaupon ada hati yg terluka, aku pasrah kerana tak mau hati papa aku terluka.

dan tak lupa aku panjatkan doa pd bapa mertua aku, Razali bin Hj Daud (Allahyarham).Kerana berjaya didik wife aku seperti sekarang.

Aku mcm biasa, tak suka sambut hari jadi aku dan apa2 hari kecuali hari raya. Tiada majlis apa2. wife akupun faham. namun, aku janji pada diri aku untuk jadi bapa yang baik kepada anak2 ku.


Gambar : Isteri dan anak-anak tersayang; Luqman Hakim dan NorSyafiqah Izzati.

Friday, June 13, 2008

Tip jimat minyak masa gawat


PEMANDU yang bijak akan mengikuti kaedah-kaedah yang betul untuk menjimatkan penggunaan petrol. - Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------

BUKAN mudah hendak membuang tabiat pemanduan yang salah.

Dengan kebimbangan dan kemarahan yang memuncak, pemandu yang bijak akan melakukan apa sahaja untuk menjimatkan penggunaan petrol.

Mungkin anda sendiri boleh mempraktikkan beberapa tip berikut:

* Apabila lampu isyarat bertukar hijau, anda tidak perlu bergerak laju. Lebih kuat anda menekankan pedal minyak, lebih banyak minyak yang digunakan.

Sebaliknya, tekan perlahan-lahan dan anda dapat menjimatkan banyak petrol daripada dulu.

Jika anda melihat lampu isyarat bertukar kepada merah, cepat-cepat tekan pedal brek daripada menunggu sehingga mencapai ke hujung jalan. Pijak brek secara perlahan agar kereta anda dapat berehat seketika dan ini menjamin ketahanan pad brek.

Kedua-dua tip ini mampu meningkatkan penggunaan petrol sehingga 35 peratus berdasarkan kajian yang dijalankan oleh laman automotif.

* Walaupun tidak menekan minyak dengan kuat, kelajuan boleh menghabiskan banyak petrol. Lebih laju anda memecut, lebih banyak angin yang diperlukan untuk menolak kereta ke depan.

Berdasarkan satu lagi laporan konsumer, pemanduan kereta pada kelajuan 75 batu sejam daripada 65 batu sejam akan mengurangkan penggunaan minyak petrol antara tiga hingga lima batu setiap gelen, bergantung kepada jenis kenderaan.

* Tabiat mengekori kenderaan lain adalah satu perkara yang patut dielakkan.

Selain tidak selamat, perbuatan ini membazirkan minyak kerana setiap kali kereta di hadapan menekan brek, anda terpaksa memijak lebih cepat. Kemudian, anda terpaksa menekan lebih minyak untuk mengejar dan mengekori kereta itu semula.

* Rilekskan diri dan memandu secara hemah. Pastikan kereta anda sejauh dua saat dari kereta di hadapan dengan mengira dua saat dalam hati.

* Anda tidak perlu memulakan enjin dan membiarkannya panas terlalu lama.

Dengan enjin baru yang dipasang pada kereta moden, tabiat ini boleh dikikis tanpa was-was. Dengan membiarkan enjin seminit akan menghabiskan minyak sejauh setengah batu berdasarkan kepada Suruhanjaya Tenaga California.

Sebab itu kereta hibrid akan mematikan enjin gasolin apabila ia berhenti bergerak, walau sesaat. Kita tidak perlu menghentikan enjin pada setiap masa tetapi sekurang-kurangnya matikan enjin sekiranya menunggu kawan berlari ke kedai dan lain-lain.

* Jangan membeli makanan melalui kaunter pandu lalu kerana lebih banyak wang perlu dihabiskan untuk membayar minyak menggoreng ketulan ayam.


Sumber : Gambar & berita adalah dipetik dengan ehsan kosmo online


Nota kaki : Aku rasa payah la bab nak jimat minyak ni. kalau nak habiskan, aku gerenti pandai.

Thursday, June 12, 2008

Beli dan belah di Tecso dan Cosway

Malam semalam (11/6/08), aku bawa family ke tesco klang. Biasalah tempat faveret aku untuk shopping. pilihan kedua ialah econsave. Giant? setahun 2-3 kali je kot. aku tak suka sebab very crowded.

Tesco pada aku is very condusive, peaceful dan tak bersesak dengan mat2 bangla. jusco bukan pilihan aku sebab aku tak mau bayar parking dan memenatkan berjalan. kalau nak gi jusco, aku akan ambik cuti separuh hari dan bawa anak main game kat jusco.

actually barang2 keperluan masih banyak, cuma nak beli ayam. ayam aku cuma beli kat tesco dan satu pasaraya je. kat econsave tak mau psl..... ayam pun berbau dan siap ada color hijau berlumur. giant kalau gi, pernah gak beli.

kemudian wife nak beli sdikit barang kat cosway dalam tesco tu. aku adalah ahli cosway sejak jaman kat universiti lagi. masa tu memang sebab nak cari duit poket. sekarang cuma nak maintain sedikit bonus bulanan dan berjimat. barang cosway ni so far aku puas hati sebab berkualiti dan murah.


antara barang yg selalu aku gunakan cosway ialah brg penjagaan kereta, jeli gamat untuk elakkan gastrik dan ulser perut aku berulang lagi, spirulina, vitamin utk anak2 dan ummi dia, penjagaan toilet, coklat, kordial, satu dua kosmetik sebab wife aku suka guna bedak compact miyami dan lain2 yg bersesuaian. biasanya budget dalam Rm150 - 200 sebulan kat sini.



kalau musim perayaan banyak sket budget sebab banyak beli untuk rumah aku dan untuk rumah family aku sekali. lagi satu aku suka bagi nombor akaun ahli aku pada family dan kawan2 untuk beli. malas aku asyik kena beli brg utk diorang, baik bagi no ahli dan diorang gi sendiri. aku malas nak ambik untuk runcit yg tak seberapa. kawan beli dia puashati dpt jimat. aku suka hati dapat point dan sedikit bonus dihujung bulan.


sambung crita tesco balik. masa nak tingkat atas ada sorang lelaki india sapa minta derma kat MAKNA (majlis kanser nasional) seringgit je (RM1.00). aku mula2 buat tak tau je, tapi sampai kat kaunter simpan barang nk letak brg cosway yg dibeli tadi, terdetik hati nak menderma. takat RM1.00 je kan. so, aku bagi duit seringgit kat anak sulung aku, Luqman hakim dan mintak wife aku temankan bagi kat wakil MAKNA. aku proceed simpan brg dan ambik troli. pas2 dr jauh aku tengok wife aku khusuk dgr penerangan, bosan menunggu aku panggil wife aku. dia dtg & pulangkan blk rm1.00 yg aku bagi luqman. dia ckp tak terima cash, kena byr melalui credit card dan potong bulan2 sebanyak lbh kureng rm36.00 (kalau x salah), so anggaran menderma rm1.00 sehari. aku ckp wife aku, kita simpati dgn mangsa kanser tp kita tak mampu utk dipotong setiap bulan utk menderma. derma biarlah ikut kemampuan dan IKHLAS.

so, jalan2 beli ayam suruh ptg 14 bhgn. beli roti untuk buat burger, daging burger ramli. aku suka midnigt supper. biasanya aku keluar cari roti canai atau burger. nak jimat aku tekad nk buat sendiri. anak pulak nak biskut tiger dan air jus epal marigold. aku pujuk luqman beli air epal cap tesco atau cap yg lebih murah. dia x mau. salah aku jugak dari kecik belikan dia jenama marigold je. walaupun murahnya cuma kurang dari seringgit tp itu pun duit jugak. biskutpun nk tiger jugak. waa....


balik umah dh jam 11pm lebih. kemudian jumpa kawan yg nak pulangkan laptop yg dipinjam utk buat preparation utk presentation keesokkan harinya (12/6/08). then, layan dvd 10,000 b.c utk kali kedua.

Nota : semua gambar adalah ehsan www.tesco.com.my dan www.cosway.com.my

Wednesday, June 11, 2008

Jualan Gudang Produk 'XIXILI' pada 13-15/6/08



Buat kenkawan pompuan terutamanya, kalau ada masa dan duit lebih untuk membeli pakaian dalam jenama 'XIXILI' silalah ke Jualan Gudang yang baru pertama kalinya diadakan di Malaysia pada 13-15/06/2008. Bermula pada jam 10am hingga 7pm. bertempat di Wawasan TKH Group di Damansara.


Untuk sape yg berminat lokasi dia dekat je ngan uptown damansara yg baru. dari uptown tu jalan kaki dalam 5 minit je. kalau dari segi college perjalanan berkereta dalam 60km/h kira2 7 minit setengah. ada bangunan kuning yg besar kat are situ kepunyaan greatpac sdn bhd, itulah tempatnya. greatpac tu pun syarikat dalam Wawasan TKH Group sama macam syarikat aku kerja sekarang, tapi aku subsidiari kat klang.


Kenapa aku promote? Xixili ni ialah produk yg baik dan mahal, branded oversea dan antara top & luxury lingeries di malaysia ni. harga sehelai spender bercorak dan jarang dia tu pun dah mau ratus ringgit malaysia. tu belum masuk bra dan lain2. akupun tak mampu beli kalau dalam keadaan sebenar. untuk kakitangan Wawasan TKH group kami ada discount card utk belian sepanjang tahun di butik2 xixili seluruh malaysia; kat KLCC ada, 1-Utama ada. tapi mahal la. so, kali dia dia buat warehouse sale untuk kali pertama dan diskaun sehingga 70%. pakat2 la beritahu kawan2 dan ahli keluarga. Insyaallah, akupun akan gi sana untuk support product company bos aku.


Walaupun mahal, aku tak syorkan korang beli dan pakai product ni semata2 masa gi kerja atau jalan2. giler siot pakai pakai coli dan spender jarang corak bunga2 jalan, mau eksiden kereta yg memandang. pakailah pakaian lain untuk menutupinya, kalau boleh tutup aurat itu lebih disukai Allah. kalau nak pakai spender dan coli sahaja, pakailah untuk suami dirumah dan pastikan anak2 dah tido atau hantarkan ke rumah baby sitter atau nenek dia.

Nota kaki :
1) Kepada cendawanintim, ini bukan entry lucah atau entry malam jumaat. ini adalah entry dewasa untuk panduan org dewasa. remaja bawah 18 tahun dan kanak2 belum bersunat sila keluar dari blog ini segera. Orang yg merasakan ini entry tidak bermoral juga dipersilakan keluar (dan jangan datang lagi).

2) Semua gambar (termasuk gambar seksi tu) dan poster adalah ehsan Xixili Intima Sdn Bhd (A subsidiaries of Wawasan TKH Group).

Monday, June 9, 2008

Natijah kenaikan harga minyak

Hari isnin biasalah mood kureng sket, lagipun baru lepas kena f**k dgn director psl benda yg aku tak tau ape2. siot betul la dia tu. dah la otak aku masih weng psl kenaikan harga minya dan baarang2 lain, dia tambahkan weng aku lagi. kang aku belah kang! 5 syarikat takde gaji bulan ni kang, padan muka diorang.

yesterday hari ahad (08/06/08), saje bawa family gi tanjung harapan @ tanjung gila. saje nak lepak2 sambil baca surat khabar. biasalah bawa bekal jagung rebus yg beli kat petronas, tikar, surat khabar dan air. kena bawak tikar sebab biasanya orang ramai, kerusi penuh. simen pejalan kaki biasanya banyak taik burung gagak. sampai je sana aku tengok lengang je. suka hati aku je parking melintang untuk 3 space kereta. biasanya terpaksa parking jauh. so, tak perlu bentang tikar, kerusi banyak kosong. orang tak ramai. yg ramai cuma mat2 bangla berpimpingan tangan sesama jantan berjalan2 tepi laut tu yg membuat aku nk tergelak (rasa nak tendang dorang masuk lautpun ada sebenarnya tapi tak sampai hati sebab bini mereka jauh. 3 thn sekali baru boleh balik. lantak koranglah!)

nak kata hari nak hujan, cuaca cantek je. tapi ingat2 balik may be sebab harga minyak dh naik. so, ramai suka lepak rumah je. masa singgah petronas tadi aku isi minyak rm50. biasanya dah patut penuh sebab minyak banyak lagi sebab sehari sebelum minyak naik aku dh isi penuh. cilanat betul, baru takok separuh je! jahanam betul la org yg naikkan harga minyak ni. si rambut putih tu memang syaitan kapitalis betul la.

so, secara umum dan secara peribadi ini adalah kesan2 positif dan negative akibat kenaikan harga minyak di malaysia :-

kesan positif :
1) merapatkan hubungan keluarga dan kejiranan. ye lah biasa naik kereta satu sorang, sekarang carpool boleh diamalkan. jimat siket. boleh sembang2.

2) pertambahan penduduk. ramai keluarga ada kereta dan ada motor. nak jimat naik motorlah hari2. naik kereta duduk jauh2 x bsentuhan. naik motor sendiri mau ingatlah. syukur erat hubungan dan ramailah anak.

3) pengagkutan awam menjadi rebutan. soal berebut, kemerabaan dan bau ketiak terpaksa diterima.

4) ramai gi kerja bawak bekal.

5) dapat bentuk kerajaan baru lebih cepat.


kesan negatif :
1) harga barang pengguna naik. sayur, buah, gula, tepung, susu, ikan, ayam dan segala macam mak nenek barang naik harga.

2) tambang pengangkutan awam naik. banyak sykt bas nk suka2 hati naikan harga. gomen tau, tapi doq nganga je. harga naik, tapi kemudahan dan keselesaan bartambah ke?

3) harga utiliti akan naik. letrik dah umum naik, air akan datang lah. harap2 janji gomen selangor ditunaikan.

4) pertambahan kes pergaduhan rumahtangga dan perceraian. kos semua naik tp gaji doq tang tu juga. korang pk buleh cover tak? kalau asyi carpool, takut2 lain yg di 'pool'.

5) along enterpise dan pajak gadai meriah.

6) jualan motosikal dan basikal meningkat.

7) syarikat buleh berhentikan pekerja sebab kos operasi tinggi.

8) kes jenayah menjadi2 dan bertambah kejam.

9) kedai nombor ekor btambah meriah.(org Islam beringatlah, kang mati dlm kedai ekor tu baru padan muka. laknat Allah dlm kubur mmg tak nampak, tp kena laknat atas dunia siapa yg dapat meramalkan)

10) tabungan sendiri, keluarga dan anak habis kena korek. tabung syiling jahanam buat bayar tol. itupun kalau ada tabungan, duit nak makan tak cukup, ada hati nak menabung.

11) tanah2 dan harta2 yg mana ada pakat kena jual.

12) ramai terpaksa buat dua tiga kerja setiap hari. contoh : siang kerja kilang, petang kutip botol dan kertas lama dan malam jd guard.

13) productivi merudum. asyik mengantuk dan merungut, korang rasa ada productiviti ke?

14) bertambahlah dosa. asyik mengata je, banyak la dosa.

15) korang fikirlah sendiri!


dalam kenaikan harga ni hanya orang marhaen mcm ni je bising. org kaya tak rasa ape2. ahli politik sama ada kerajaan atau pembangkang pun tak rasa ape2 pasal ramai yg kaya raya. menteri2 lagi tak kisah kita mampos ke hidup.

Wednesday, June 4, 2008

Minyak Petrol naik harga !!!!!!

Tengah duduk rehat2 tiba member lama kat UUM, salehudin sms bagitau harga minyak petrol naik dari RM1.92/liter kepada RM2.70/liter. Katanya dari sumber nst online. So, aku bukan nst online, betul sms tu. Tak puas hati takut nst petik berita tak tepat ada 'june fool'(adik beradik april fool), sah! memang harga minyak petrol naik. memang haram jadah betul la kenaikan kali ni. naik la cukupkan RM2.00/liter dulu ke tak la panas sangat hati aku ni.

Gula naik, myk masak naik, susu baby naik, ayam naik, tol naik, tepong gandum naik, dan beras naik. ni giliran minyak lak naik. Aku dulu belajar gak ekonomi micro dan makro, so tak de la bodoh sangat utk dikotak katikkan. kita terdedah pada harga dunia berdasarkan penawaran dan permintaan minyak dunia. kita suka sangat bandingkan minyak kita dengan harga minyak di singapura dan thailand. diorang sape! singapore kecik besor ketuat mana ada sumber minyak. thailand? minyak pengasih ada la... Cuba la compare dengan brunei atau venezuela ke, atau mana2 pengeluar minyak dunia.

"jangan takut ada mekanisme subsidi utk rakyat malaysia". Poodah! memang akan ada tapi sistem mesti macam sial.

cuba tanya kalau ada kawan2 kerja kat petronas ttg betapa bermutunya minyak malaysia dan berapa bonus setahun diorang dapat (tapi jangan tanya bangla kerja stesen minyak petronas yerr..).

Kesimpulan dia? Korang fikirlah sendiri. (Adakah aku stress? ya, aku memang stress. harga barang sentiasa naik, gaji kalau naikpun setahun sekali. mutu perkhidmatan dan barangan adakah setimpal dengan kenaikan harga. Ok, sekarang aku dah cool. siap utk solat maghrib pulak)


Petikan Utusan Online : 04/06/2008 5:56pm
Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini

PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.

Plan, Plan dan plan...............

Lama yak rasanya tak update blog ni, bz sket. banyak sangat plan sampai tak terbuat. plan gi cherating,gi kemaman, gi singapore, trip memancing, xtvt syarikat, plan trip to terengganu bersama adikberadik, dan segala macam mak nenek punya plan lagi.

trip to cherating nampak macam kena cancell je, macam rugi lak sebab dapat free accomodation. singapore mmg kena gi sebab kawan baik kahwin cuma wife mcm tak nak gi. singapore kos sebenarnya agak tinggi dengan hotel utk 3 hari 2 malam, pengangkutan rasanya naik bas kot. kalau bawa family kurang2 kena gi jugak night safari atau jurong bird park. july nanti member tu bagitau singapore ada sale besar2an. kang berasap lagi credit card aku.

trip memancing dah lama benor tak gi. aku ni sangat amatur lagi bab2 mancing ni. takat mancing kat laut je. biasanya kat pulau ketam je. dapat la ikan kecik2. ikan bukan aku suka makan pun, biasa wife aku yg kena makan. geng2 mancing dah mula sound bila nak start balik mancing ni.... argh..... kena plan masa lagi ni.

yesterday (03/06/08) sorang pekerja syarikat aku kerja accident masa nk gi kerja. dengar khabar ada sebuah kereta kancil keluar simpang dgn laju dan menyebabkan member tu hilang kawalan dan bergesel dengan lori kontena. sebagai seorang HR yg baik petang yg sama aku gi melawat dia di hospital klang dengan abg ipar dia dan tolong dischargekan dia. luaran nya siku je cedera, motor sikit je rosak (belum hantar pomen lagi, pandai2 andaian aku je). tapi aku rasa otak dia bergegar psl jatuh terhentak. tapi alhamdulillah, banyak benda dia masih ingat seperti nama orang dan sebagainya. macam mana accident dia tak ingat.

sepanjang jumpa dia, dia asyik ulang ayat dan soalan yg sama. nasib baik abg ipar dia jenis baik jugak, layan dan jawab petanyaan dia dengan baik walaupun berpuluh2 kali jawab benda yg sama. kesian... muda sangat lagi orangnya. kata nurse yang comel dlm wad tu (mak ai, sempat lagi tengok comel ke tak ni...), biasanya gejala ni sementara sebab terhentak dan kena awasi dia dengan baik. Aku doakan dia cepat sembuh dan fikiran dia kembali macam biasa. dia tak de sunyi juga opis aku sebab dialah yg selalu aku minta belikan kuih, buah2 atau air tiap2 petang.

bercakap pasal accident pelik mcm ni, aku teringat cerita "house' kat axn yg kembali dengan musim baru bermula 02/06/08. aku memang tak pernah miss tengok. kebolehan doktor house menyelesaikan masalah yg pelik2 sangat mengkagumkan (abaikanlah ianya hanya sebuah cerita).

bercakap pasal hospital kerajaan, pada aku masih di takuk lama. lembab dan tidak mesra. bayanglah kami terpaksa dari satu wad ke wad lain kerana rekod pesakit tidak direkod dengan jelas. muka sekor2 muncung je. kalau aku bawak getah dah aku ikat muncung mereka tu. namun akhirnya ada staff yg baik hati yg tunjukkan jalan yg lurus kepada kami yg dalam kesesatan di hospital tu. terima kasih atas bantuan. kepada semua kakitangan hospital, kami faham kerja anda memenatkan, dan terpaksa melayan kerenah pesakit. tapi buatlah dengan jujur dan ikhlas. Allah akan bagi pahala berlipat kali ganda. kalau nak tunjuk muncung, carilah kerja lain atau carilah orang kaya dan nikahlah dengannya. kemudian tunjuklah muncung anda dengan pembantu rumah dan supir, mereka buleh layan anda (itupun kalau tak diberi makan racun tikus).