Monday, March 3, 2008

JUALAN HEBAT ANAKKU



Pada hari ahad (02/03/08), setelah dipujuk oleh isteri yang beria-ia hendak ke JUALAN HEBAT ANAKKU di warehouse Anakku di Kampung Jawa, Klang, Selangor; akhirnya aku beralah dan ke sana untuk melihat2 apakah yang hebat sangat jualannya.

nasib baik ianya tak jauh sangat dari rumah kami, dan Alhamdulillah kami sampai dan parking ditepi jalan utama ke Taman Sentosa kerana kereta terlalu ramai. Maklumlah ini hari terakhir jualan murah.

Aku ingat dekat je warehouse dia, tapi mak aii.... jauh tu.. penat betul berjalan dalam panas sambil membawa dua orang anak kecil. Sebab tak pernah ke jualan hebat Anakku, kami jalan kaki. Padahal orang lain bawa kereta masuk kilang Anakku.

Dah sampai situ, suasana macam expo, ada pelbagai gerai yang menjual pelbagai barangan. Daripada jeans, kasut, perhiasan wanita semua ada. Tapi kami utamakan jualan Anakku yang hangat tu.

Punya la ramai manusia, macam2 stail ada merebut barangan, maklumlah limited stock. Kebetulan masa kami sampai sedang jualan happy hour untuk bra jenama Audrey. 3 bra untuk harga RM10.00. Punya la ramai manusia berebut termasuk bapa2 dan suami2 orang.

Memandangkan budget tak banyak, kami cuma beli barang2 keperluan anak yang penting seperti botol susu, bedak, mandi bayi, dan sedikit pakaian kanak2.

Pesanan :
Membeli ikut nafsu, lesu
Membeli ikut rasa, binasa.
Jadi membelilah ikut kemampuan dan keperluan sahaja.

No comments: