Monday, November 30, 2009

Raya Korban

Alhamdulillah, hari ni aku dah selamat sampai di port klang setalah beraya sakan di kampung di batu balai, jerantut. dah aku rasa sesapa yang jengah aku dalam hari khamis hingga semalam tentu rindu nak baca rapuan aku. apa nak buat, broadband tak dapat kat kampung aku, yang dapat dilihat cuma beruk2 yang diupah panjang kelapa untuk dapatkan kelapa buat gulai daging.

bagi aku, pengisian raya haji ni biasa2 je. aku ambik satu bahagian lembu untuk akikah anak aku yang dah 2 bulan tu. dan satu bahagian lagi aku dan adik beradik aku share untuk buat ibadah korban bagi arwah mami aku.

syukur juga aku dapat bersolat raya di masjid baru kampung aku yang katanya bernilai hampir sejuta ringgit hasil derma orang ramai. mintak sumbangan gomen tak dapat2 sebab rata2 orang kampung aku penyokong pas. tak bagi, mereka mintak sumbangan orang ramai. dan syukur, ramai benor orang2 Malaysia yang membantu, dengar2 khabar ada yang bagi hingga angka ratusan ringgit sorang. bertuah aku duduk dibumi batu balai yang ramai tokoh2 agama yang mampu membawa kebanjiran kemakmuran ke kampung.

turn aku sempurnakan ibadah korban dan akikah lepas waktu solat jumaat. belah pagi dah fully booked. nasib baik adik beradik aku ramai, yang tumpang membantu melapah, mencincang dan menyibuk termasuklah ipar duai, sepupu sepapat, jiran2 dan orang2 kampung. aku? baru 20 minit mencangkung melapah daging dah tarik diri. penat woo.... bukan bidang aku. bidang aku mengarah orang je, kalau tak buat aku kaunseling.

daging korban dan akikah tu kami agih2kan sekitar kampung. yang bestnya bagi kat orang satu plastik, kejab lagi kami dapat berplastik2. kami buat sate dua hari berturut2. lagi banyak daging sebab sepupu aku ramai yang turut ber'korban. makan sate, sup sum sum, daging goreng dan segala2 daging sepanjang hari dikampung. ingat nak kuruskan badan, dah bedal segala bagai, aku yakin berkilo2 daging tu bersebati dengan daging aku. waa..... bila nak kurus ni???


IZZI ADVERTIZING-----------------------------------------
Ingin dapat pendapatan sampingan yang anda tak sangka yang terdapat dalam peralatan elektronik yang munkin anda humban sesuka hati bila rosak? ketahui caranya dengan klik banner dibawah :-

Thursday, November 26, 2009

Jejak Kasih Keluarga

hari rabu (25/11/09) aku plan kerja separuh hari. separuh hari lagi aku nak settlekan kerja2 menservis kereta dan balik kampung. nak balik hari khamis aku takut jammed, taulah... sejak duduk port klang ni, fobia betul aku dengan jammed ni.

malangnya aku tak dapat tepati masa nak balik kampung dalam masa half day tu. kerja menambun, apatah lagi ramai tau aku nak balik cuti hingga 30/11/09, macam2 menda nak aku siapkan. suka2 hati diorang je nak susahkan aku. kang aku susahkan diorang tak masuk gaji kang?????

aku rasa jenuh wife dan anak2 aku call tanya jam berapa nak sampai rumah, padahal jarak rumah dan opis cuma 5 minit berkereta. aku cepat2 siapkan dan tandatangan mana yg patut, yg tak buat tu, tunggulah aku balik yer.

dan, aku rushing baik umah, mandi manda, solat dan jam 415pm kami bertolak balik. tapi taak terus balik jerantut, aku janji nak tidur rumah adik aku dikuantan, pahang dulu, ada urusan sikit.

sebab aku lewat keluar, jammed la sat kat area simpang masuk maluri. aku tak berehenti kecuali kat tol dan hentian bentong. berenti kencing sat dan isi air dalam tembolok. sambil layan2 anak makan kuih pau, dan bersiap nak teruskan perjalanan, sepupu aku call. aku cakap aku dah kat petronas bentong, dan ... rupanya dia dah nampak kereta aku. kami borak2 la.

takut hari hujan dan sepupu aku yg bawa motor tu kebasahan, aku halau dia balik cepat. esok boleh sembang lagi, rumah mak dia dengan papa aku sebelah rumah je. akupun dah lewat ni, dah lapar.

jam 615pm, aku singgah jab kat hentian rehat lanchang. nak solat asar. wife dan anak2 dalam kereta tak keluar. selesai solat, aku tengok ada soraang perempaun tengah bercakap dengan wife aku. risau jugak, mana lah tau kot2 terserempak makwe lama2 aku dan mereka berkenalan. mampos aku! taapi aku tengok rupa cam kenal, dan la.... dia tanya aku "abang ngah kenal saya tak?". sepupu aku jugak. rumah ayah dia sebelah kebun arwah mami aku kat damak. dah jumpa, bisalah tanya2 khabar.

lepas tu kami teruskan perjalanan masing2. dalam hati terdetik, macam perjalanan jejak kasih pulak. sesekali fikir, ramai bettul sepupu sepapat aku ni. heh,.... mau tak ramai, datuk aku belah mami aku tu ada 3 isteri. anak sorang2 ramai, so... akupun ramailah sepupu. tak kisahlah, lagi ramai lagi aku suka. yang aku kurang suka bila ramai sangat warih ni ialah aku dah dapat gelaran datuk saudara. tuanya aaku!!! bukan sorang, dah 3 orang rupanya cucu saudara aku. Wwwaaaaa..................

Monday, November 23, 2009

belajar business kecil2an

Ha.ha.ha.... inilah natijahnya kalau selalu update blog, tapi bila 2-3 hari tak update dah ramai kawan2 email dan sms tanya sihat ke tidak? aku sihat2 je.

may be hanya beberapa orang je taqu aku sekarang cuba berjinak2 dengan dunia perniagaan internet secara serius. aku cuba2 beli hosting dan daftar domain dan akhirnya cita2 aku nak buat business kecil2an diinternet terlaksana melalui website aku www.izzibusinesscard.com

baru je diupload ke internet, masih dalam try and error, tapi majoritinya dah agak ok. web ni aku buat untuk mempromosi business card kepada orang ramai. caranya aku sediakan medium untuk para peniaga letakkan kad perniagaan mereka di portal aku. banyak lagi ciri2 yang sedang aku usahakan untuk pelanggan web aku.

aku belum buat promosi lagi, cuma cakap dengan kawan2 terdekat je. alhamdullah dah lebih 20 keping aku dapat, dan 3 aku dah upload dulu untuk percubaan selama seminggu. actually aku nak lancarkan awal bulan 12, tapi sebab prosedur hosting sangat mudah dan menggunaan cpanel juga telah dipermudahkan, aku saje keluarkan awal.

sebab aku masih ditahap amatur lagi, aku cuma chargekan harga seperti dibawah untuk pakej mengiklan kad perniagaan di portal aku. ini harga promosi pembukaan ye kawan2, kalau dah hebat nanti may be charge lagi mahal, biasalah, lagi banyak features, lagi mahal.

1) rm10.00 untuk 2 tahun iklan di www.izzibusinesscard.com (setiap kad)
2) jika daftar sekarang hingga 31 disember 2009, lanjutan satu tahun akan diberikan. bermakna, dapat pakej iklan 2 + 1 tahun dengan harga rm10 sahaja.
3) tambahan kategori adalah rm2 bagi setiap kategori
4) kad dengan nama syarikat yg sama atau orang yg sama diberi DISKAUN 50% bagi kad kedua dan seterusnya.

kad boleh dihantar pada aku secara kad yang diposkan, atau emailkan kad yg dah scan pada aku. duit kena hantar duit betul la, hantar duit scan aku belasah la korang kat pangkreas.

nak tengok web suka2, atau minat nak join, atau nak bagi pendapat, aku sangat2 menghargainya. apa lagi... pegi la web tu sekarang www.izzibusinesscard.com




sesiapa berminat boleh email aku kat damak_76@hotmail.com atau izman@izzibusinesscard.com

Wednesday, November 18, 2009

Romeo Pencen : Rajuk Sang Kekasih?

merajuk? menda ni adalah elemen penting dalam sesuatu hubungan. dan terlebih2 bagi yang bercinta. aku percaya semua manusia normal, yang bercinta dan berkahwin akan menghadapi dugaan pasangan merajuk, atau lebih teruk anda yang kuat merajuk dan memeningkan pasangan anda.

aku malas nak cerita sangat bab2 merajuk lepas kahwin ni. aku ceritalah sikit sedikit pengalaman aku masa bercinta dulu. ala anak2 gadis kalau bercinta ni korang faham2lah, anggap kita ni macam kepunyaan dia 100 percent. semua kena report, semua kena bagitau, kalau tak beritahu.... alamat muncung dia memang boleh ikat lah. dalam kes aku, ia lagi teruk sebab masa tu aku berkawan dengan bini orang. mak datuk.... lagi teruk cemburu dan merajuknya. pantang aku tak jawab telefon, mesti keesokkan harinya mukanya yang comel tu dan jadi macam tapir afrika. eleh.... ko ada laki, merajukle dengan laki ko. aku sesekali nak juga merajuk dan memujuk anak dara, asyik2 kena pujuk bini orang. kena tukar taste jugak.

tapi, manakan sama penangan bini orang dengan penangan anak dara. bini orang ni lain sikit (aku bercerita dalam konteks aku dalam keimanan yang teguh. sila percaya). kalau merajuk anak2 dara ni, memang senang gile nak pujuk. kadang2 tu sekadar senyum depan si dia atau buat2 bercakap dengan kucing kat sebelah dia, si dia dah mula tersenyum. tapi mereka masih rapuh. tapi bini orang jangan ko buat main.... hatinya sekeras batu. rajuknya juga panjang dan biasanya dalam keadaan tidak normal. onak2 dara ni jarang kita dengar nak lari2 sampai2 tak nak jumpa, makhluk sepuak lagi tu dia tak kisah. rajuk mau berhari2 punya. dia bukan kisah, kat rumah dia ada laki dan anak2. yang rugi dan menanggung rindu? tentulah pencinta setia macam aku ni. sehari tak jumpa, tak keruan jadinya. tak dapat tengok empunya diri, tengok kain sarung dia dijemuran pun jadilah.

tapi sebagai manusia pencinta sejati, aku selalunya tak putus asa. call tak jawab, tak pe. pergi opis dia larikan diri menyorok dalam tandas, tak pe. sehari tak jumpa, takpe. dua hari tak bertentang mata, tak heran. masuk tiga hari,.... argh! aku dah jadi angau. tengok kiri, nampak dia. tengok atas, nampak dia. tengok meja mc d, teringat dia. tengok aci cleanerpun ternampak2 dia. sadis sungguh!

takpelah bukan jodoh aku. aku tetapkan hati dan tekad. aku perlu berubah. aku ambik kunci kereta, terus memandu ke kedai bunga. aku cari bunya ros putih yang menjadi kegemarannya. dan bunga ros itu juga tanda aku memohon maaf. lepas tu aku pergi kedai kaset. aku masih ingat, dia pernah tercari2 kaset 'son by four'. ala masa tu lagu sepanyol (atau latin?) menjadi kegilaan dia. aku beli satu, ori punya! then aku ke kedai kad, beli kad minta maaf. tulis kata2 minta maaf "sayang, abang tau hati sayang terguris dengan kata2 abang tempohari. tapi percayalah, hati abang sebenarnya hancur luluh bila tidak dapat bertemu sayang. maafkan abang, dan abang berjanji akan kembalikan kegembiraan kita dulu".

aku tau aku tak mungkin dapat memberikan kad, bunga dan kaset itu secara peribadi. orang dah merajuk la katakan. aku sisipkan kad, bunga ros putih pada windscreen depan kereta dia. kaset pun aku letak sekali. tak tak risau menda2 tu hilang atau dicuri sebab ia dalam kawasan kilang, dan aku dah upah guard tu rm10.00 untuk tengok2kan menda2 tu.

dan.... seperti dirancang, malam itu sidia telah terpacul dimuka pintu rumah bujang ku. tak masukpun sebab kami tinggal 10 orang dengan hanya ada 2 bilik. lagipun akukan orang baik2. si dia cepat menyalam tanganku dan menciumnya, meminta maaf. aku hanya tersenyum manis. aku dah kena jackpot!!

Tuesday, November 17, 2009

Demam Exam Dah Nak Mula

aku tergelak sakan petang semalam sebab dah ada beberapa orang budak sekolah yang akan mengambil peperiksaan spm sehari dua lagi dah mula memohon kerja kosong sebagai operator pengeluaran di tempat aku. ha.ha.ha... bila aku tanya diorang kata chop tempat dulu. ada ke macam tu? lantaklah. pada aku apply awal tak salah, cuma kena datang balik lepas exam untuk interview dan check umur dah cukup ke belum.

cerita pasal exam ni, aku yakin hampir 99.9% daripada umat manusia yang belajar dan wajib menghadapi periksa akan rasa takut akan peperiksaan. ye lah, sedia atau tidak nombor dua, yang paling merisaukan ialah tidak mampu menjawab soalan dengan baik. kadang2 kita dah study awal, tapi last2 minit nak periksa kena demam, accident dan sebagainya, ini menghalang kita dari menjawab peperiksaan dengan baik atau tak mampu menjawab langsung.

aku dulu bukan top scorer. kat 'u' nak kata dapat 4 pointer memang jauh mata memandang, jauh lagi nak mencapainya. aku grad pun takat pointer nak cecah 3 je. dah la tu. akupun bukan rajin studi mana pun, biasanya last minit. even last minute, aku biasanya akan beri tumpuan masa penyarah mengajar (kalau aku attend kelas lah..). then, aku rajin photocopy nota2 kuliah dari kawan2 perempuan. thanks yat (haryati)sebab selalu ko pinjamkan aku nota2 masa nak exam.

malam sebelum exam biasanya aku dah tak studi hard, aku lebih suka borak2 ringan dengan kawan2 yang sama nak exam tentang soalan2 yang kami jangka akan keluar dan bagaimana nak jawab. pada aku ia banyak membantu. soalan2 spot ni aku tak berani sangat, kang langsung satu tak keluar, aku pulak yang terkeluar dari 'u'. dalam menghitung hari2 belajar di uum tu, ramai jugak kawan2 yang tidak mampu bertahan terpaksa dikeluarkan dari 'u' umpanya sebab exam tak lulus banyak dan pointer sangat rendah.

dah nak masuk exam tu, aku memang bergantung pada diri sendiri, mengharapkan doa ibubapa dan berserah pada Allah. aku tak main tangkal2 penuh lengan ni. apatah lagi nak percaya pada 'toyol' seperti formula atau point2 yang ditulis pada tangan, kaki, dan sebagainya. itu SALAH!. nak panjang-panjangkan leher tengok kertas jawapan kawan2 kat sebelah [un bukan cara aku, dah tak tau buat, duduk diam2. nak panjang2 leher buat apa, ingat korang ada gen zirafah ke? lagipun kalau tertangkap tak ke naya. kalau yg meniru kena, memang padan muka dia, tapi orang yang ditiru pun kena walaupun dia tak sedar ditiru pun terbabit, apa ke jadahnya.

kepada yang akan menghadapi apa2 peperiksaan tak kiralah spm, stpm, atau sekadar ujian nak kawin, aku ucapkan SELAMAT MAJU JAYA. walaupun aku sertakan satu poster iklan pen yang mendabik dada menyatakan bahawa mereka telah berjaya membantu pelajar2 meniru, tapi aku syorkan korang jangan meniru. YAKINlah pada diri sendiri dan jagalah MARUAH diri.


Sumber Gambar : www.funzu.com

Sunday, November 15, 2009

Salah Asuhan

sebenarnya dalam perhubungan atau komunikasi, banyak sebenarnya menda yang kita sebut tapi kita sebenarnya tak faham, atau kita diajar bahawa kefahamannya berbeza. ala macam kisah aku dengan bangla kilang aku "go to hell" yg sebenarnya bermaksud kerja di workshop. kita beri ajaran salah, dan sepanjang masa orang yg diajar tersebut akan terus mengulangi menda yg salah dengan anggapan ia betul.

masa aku kerja dulupun ada. masa tu aku kerja kat emporium hock kee seng di bandar kuala teganu. sebagai pekerja stor, memang kami selalu dihamun kerana lambat hantar stok barang, lambat ambik barang yg dipacking, dan pelbagai jenis lambat lagilah. apa, mereka ingat kami kat stor to kerja goyang kaki je ke? kami akan buat bila diarahkan oleh supervisor atau manager stor. urgent ke tidak, bukan masalah kami.

sebab majoriti pekerja situ orang cina, dan semua pegawai dan keatas adalah cina, kadang2 komunikasi menjadi sesuatu yang menimbulkan suasana tegang. macam aku, korang tau lah masa tu aku masih muda belia sangat, lepasan stmp la katakan. promoter2 pakaian, kosmetik semuanya amoi lawa2, seksi2 pulak tu. so, setiap kali aku dipanggil atas apa2 urusan di kawasan mereka, confirm menimbulkan ketegangan. full stop!

sebab selalu dimarahi dalam bahasa cina, kami selalu mengadu pada boss stor yg juga anak pemilik syarikat. dia ajar ayat dalam bahasa cina untuk berkomunikasi dengan supervisor dan pegawai2 cina.

suatu hari, aku dan kawan baik aku saidi ditugaskan hantar barang ke department pakaian wanita. kami rushing sangat masa tu, ye lah... nak kena antar stok pakaian berkotak2, nak kena pergi kutip duit dari semua cashier lagi, nak kena susun barang dalam lori lagi. dah barang sampai, supervisor cina yang disuakan barang tu bukan nak ucap terima kasih ke hape, siap marah2 lagi. dia suruh cepat. kalau sekotak bolehla cepat, ni berpuluh kotak, berat pulak tu. lif pun cam tapir sumatra je kecik dan lembabnya. so, melihat nyonya tua tu marah2, kami menyabarkan dia dengan berkata "Tiu N* M* K* H*i". nyonya tua tu terus diam dan menangis. alhamdulillah, may be dia terharu kami pandai cakap cina dan menyuruh dia bersabar.

tak sampai 30 minit, aku dan saidi dipanggil mengadap di pilik pengurus besar emporium. ada bersama pengurus besar tu ialah mr lee yg jadi human resource officer dan miss lee yg juga manager bahagian terbabit. opss... nyonya tua tu pun ada juga, masih menangis. hebat jugak ayat aku tadi ye, sampai satu emporium terharu, nak bagi hadiah kot. la... sesi soal jawab rupanya.

HR : Mohd saili, isman, awak olang ada cakap busuk2 sama ini pelempuan (sambil tunjuk pada nyonya tua tu)
izman : mana ada mr lee.
saidi : tak de.
HR : awak olang tak le mengaku?
saidi : mengaku ape die?
izman : kenapa mr lee?
HR : awak olang sudah ale cakap busuk2 sama ini olang.
izman & saidi : tak ade.
HR : awak ada cakap ape same ini olang? lu cakap ape lu cakap same dia, cakap cine.
izman : oh saya cakap 'Tiu N* M* K* H*i" (perasan yang muka semua cina disitu kemerahan)
HR : lu tau itu apa cakap?
izman : dia punya maksud "Kami sibuk, sila bersabar".
HR : siapa ajar lu olang cakap itu macam?
saidi : kok liang (anak pemilik pasaraya merangkap pengurus stor)
pengurus besar : lu olang cakap baik2, nanti saya panggil lu punya boss mari.
saidi : betul la boss.

pengurus stor dipanggil dan datang ke pejabat pengurus besar.

pengurus stor : isman, saili, lu apa bikin sini. pergi kerja.
izman : boss, kita mau kena buang kerja la. mr lee cakap kita cakap busuk2 sama itu nyonya.
pengurus stor : lu apa cakap?
saidi : yang boss ajar tu la... "Tiu N* M* K* H*i".
pengurus stor : ha.ha.ha....
izman : mr lee, boss boleh tanya sama kita punya boss, dia ajar cakap cina. dia cakap "kami sibuk. sila bersabar". kami mana tau cina.
HR : (memandang pengurus stor dan bercakap bahasa cina)
pengurus stor : ya. wa ajar ini budak. apa macam sikalang? saili, isman, lu pegi kelija. ini saya handle.
izman & saidi : ok boss.

kami berdua memang tak kena apa2 tindakan sebab kami memang naif. siapa nak ambik tindakan jika anak tokey yang ajar. pengurus besar, HR, pengurus department tu cuma makan gaji je, tak berani nya diorang lawan pengurus stor walaupun pangkatnya lebih kecik. anak pemilik emporium la katakan.

apa, korang nak tau apa maksud perkataan aku sebut tu? akupun terkejut tau maksud dia, memang mencarut abis. siap mengata kemaluan emak orang yang dimaki itu. tak faham? ala korang tanya la kawan2 korang yang reti cakap cina, kalau boleh tanya yang sama2 jantina, takut ada yang mati heart attact nanti. ha.ha..ha......

Friday, November 13, 2009

Romeo Pencen : Peristiwa Dan Lagu

aku masih ingat suatu masa dulu, masa kat 'u' dulu, aku sangat addicted kepada 'chatting'. cakap aje chanel mane yang hebat masa tu semua aku nak mencelah seperti chanel mamak, melayu dan pelbagai lagi. internet memang tak de kat bilik masa tu, tapi aku dan kawan2 yang kemaruk chat ni sanggup lepak kat computer lab pada waktu siang sebab free. bila malam, lepak pulak kat cybercafe kat kolej eon.

yang bestnya ialah berkawan dengan kawan alam maya. memang syiok abis. even memang tau macam orang yg di chat tu menipu identiti, aku tak kisah. kadang2 aku menipu jugak. kuang.3x.... opss! tapi selalunya aku ikhlas. cuma tak pakai la nama penuh, nick name aku masa tu 'jinggo'. dari mana datangnya nama ni akupun tak pasti, tapi ia selepas kawan aku beritahu jangan masukkan nama sebenar masa chatting.

apa aku dapat dengan chatting? banyak dapat ilmu. apa! ingat chatting ni sia2 je ke. sori sikit yer. menda yang paling penting aku belajar dengan berchatting ialah dapat menaip dengan laju. kalau sebelumnya aku menaip macam ayam patuk jagung, dengan berchatting kemahiran menaip aku berkembang dengan cepat. mau tak cepat, sejam dah rm4.00 masa tu. rugi woo... dengan chatting, time management aku makin baik, aku dapat siapkan kerja2 penting dengan cepat sebab nak gi chatting.

yang paling best ialah dapat kemahiran berkomunikasi.
ala korang tau lah, sebelum tu aku ni budak kampung (masih lagi budak kampung), sifat pemalu aku memang tebal, apatah lagi nak berkomunikasi dengan wanita. masa tu aku belum ada makwe kat 'u', aku belum pandai tackle awek u.

dengan berchatting, keyakinan diri dan kegatalan mula memuncak. aku dah berani2 buat blind date. pernah suatu masa tu, awek yang selalu chat dengan aku tu ajak jumpa. aku memang bernafsu nak jumpa (err... maksud aku sanggup berjumpa untuk berkawan). since dia jauh di kuala lumpur dan aku di pedalaman sintok, kami set jumpa masa cuti. sebab cuti pendek aku ikut si razman balik rumah dia di shah alam. dan razman tolong hantarkan aku ke puduraya. he.h.he... kami janji bertemu di puduraya. masa tu teknologi henpon mms belum ada, so kami hanya saling menceritakan bagaimana nak mengecam antara satu sama lain.

dia memperkenalkan dirinya sebagai gadis melayu yang ayu, agak tinggi, kulit kuning langsat, free hair, tidak bercermin mata. manakala aku yang lebih tulus dan ikhlas memperkenalkan diri aku sebagai lelaki melayu yang berkulit sawo matang (hitam), bercermin mata, kurus (jangan gelak, masa tu aku memang kurus), berlesung pipit satu.

hari yang dijanjikan pun sampai, aku sampai dulu sebab razman drop kan aku disitu sebelum dia pergi dengan urusan dia. si dia awal2 dah bagitau dia akan pakai baju pink dan berseluar hitam. rambutnya akan ditocang dengan riben merah. aku? memakai baju hitam dan jeans biru. kami janji jumpa di pintu masuk puduraya jam 10.00 pagi.

toksah ceritalah betapa berdebarnya hati aku. orang yang sering melafas rindu di alam chatting dan email akan muncul didepan mata. bagaimanakah gerangan rupanya? saiz badannya? saiz lain2nya? kalau dia benar2 cantik, adakah dia akan menerima aku seadanya? arghh... risau aku dibuatnya. tapi dalam risau tu, aku paling risau kalau dia sebenarnya tidak seperti aku impikan iaitu 34D, opss... maksud aku digambarkan sendiri oleh empunya badan sebagai cantik dan montok tetapi........ aku ambil langkah menyorokkan diri. kita tengok dulu cantik ke tidak!

'alamak!'..... itulah kata yg terpacul dari muluk aku bila aku lihat seorang perempuan dengan pakaian yg dijanjikan muncul dan mundar mandir seperti mencari sesuatu. mampos aku....

dia cakap dia kulit kuning langsat, tapi sebenarnya warna langsat kena matahari.
dia cakap dia ayu, tapi sebenarnya layu.
dia kata dia tinggi, tapi sebenarnya seperti pokok tak cukup baja, siap debab lagi tu.

errr... tapi dia tak menipu bila cakap dia free hair dan tidak bercermin mata. itu betul. hati aku berbelah bagi nak jumpa atau tidak. akhirnya aku ambil keputusan undur diri. aku melangkah pergi membiarkan sidia menanti.


tapi 3 langkah berlalu, aku patah balik. aku masih ada harga diri sebagai seorang lelaki. lelaki yang baik ialah lelaki yang berpegang pada janji. aku tak janji nak kawin dengan dia kan? so, nak takut apa. tak kan dia nak perkosa aku depan khalayak ramai? akupun dengan langkah yang yakin dan ikhlas dengan muka yang manis menghala ke aras gadis itu.

lelaki budiman : assalamualaikum, ini min ke?
wanita : waalaikum salam. ye, saya min. ini izman ke?
lelaki budiman : ye, saya izman. dah lama tunggu?
wanita : lama jugak. ingat tak datang.
lelaki budiman : datang. saya kalau janji mesti dikotakan. saya sesat tadi, meklumlah saya dari kampung, mana biasa datang sini. inipun kawan yang dropkan kat sini. terkial2 saya cari pintu puduraya ni tadi, tu yang lewat datang sini.
wanita : oh ye ke?.. kita nak kemana ni?
lelaki budiman : kan saya dah pernah cakap dulu, saya mana biasa area KL ni. takat zoo negara, muzium negara, tugu peringatan negara tu pernahlah saya sampai, itupun masa rombongan sekolah dulu2.
wanita : siannya.... kita pergi central market je lah. kat area situ ada kfc dan mc donalds. boleh kita borak kat situ.
lelaki budiman : boleh. jom...

aku kemudiannya membontoti si gadis tadi. membontoti bermaksud membiarkan wanita berjalan dahulu dan aku melihat bontot wanita itu. salah anggapan anda itu, aku membiarkan wanita itu jalan dahulu sebab memang aku failed jalan nak ke central market. kan aku dah cakap dia bukan citarasa aku, so... daya nafsu serakah aku memang takde rasa apa2pun.

kami lepak kat kfc. sebagai lelaki budiman, aku tolong bayarkan makanan dengan duit lebihan pinjaman jpa yang aku simpan. sambil makan berduaan, aku perasan ada orang2 yang menjeling ke arah kami. apalah diorang ni, tak pernah tengok balak hensem dengan makwe buruk ke? tak belajar tatarakyat ke diorang, kan dah tersurat dari dulu bahawa kalau lelaki hensem, pasti couple nya tak cantik. itu fakta.

sambil2 berborak, aku menjeling jam ditangan. apsal la jam ni lambat sangat bergerak. nak blah, aku tak reti nak jalan2 sendiri. aku dah janji dengan razman nak jumpa jam 2.00 petang. tapi, aku masih mampu bermanis mulut dan muka. kami berbuat tentang banyak perkara, dan aku yakin si dia terhibur dan tidak mampu menghidu ketidak selesaan aku.

akhirnya, saat perpisahan tiba, dan kami berpisah dengan berat langkah. meskipun aku nampak aku tak mungkin bersama sebagai kekasih, tapi kami banyak berkongsi interest yg sama. kami enjoy saat bersama dan itulah saat pertama dan terakhir pertemuan kami. jangan tanya kenapa, aku tampar kang.