Wednesday, September 30, 2009

Jamuan Untuk Kawan-kawan

malam semalam (29/09/09)aku telah mengadakan sedikit jamuan raya buat geng2 lelaki opis aku. nak buat open house tak boleh sebab wife baru bersalin. so, aku buat kecil2an. tak! aku tak suruh wife, aku buat sendiri. aku rebus nasi impit segera. aku buat kuah kacang. aku buat agar2. aku masak bihun. aku bancuh air anngur kordial. kuih2 tu biasalah, semua tempah atau beli kat kedai je. Alhamdulillah, yang aku jemput semua datang. mau tak datang, sape buat aku kecik hati, kang aku stop gaji. kuang.3x... menyalahguna kuasa betul (lawak la tu konon).

yg datang rumah aku termasuklah en rosli (jiran belakang rumah, kali kedua beraya), saiful, azmir, khairul, syahrizal dan hasmadi. semua yang rapat2 je. mereka nak datang hari sabtu atau ahad ni, tapi akak aku nak datang. so, aku buat malam je. majlis start jam 830pm dan berakhir jam 10pm. entah berapa jag air anggur, air botol dan air teh habis akupun tak tau. seronok berborak2 sambil bergossip. wife dan anak2 dah faham, mereka lepak2 dalam bilik je la. dan Alhamdulillah jugak hari ni datang kerja tak ada tetamu yg datang rumah aku cirit birit atau mati akibat keracunan makanan yang aku buat. ia bermakna, masakan aku tu tak le teruk sangat.

masa tetamu datang bergelak sakan sambil menjamu selera memang best, yang tak best ialah masa tetamu dah pulang. aku yang kena kemaskan ruang tamu. aku yang kena basuh pinggan mangkuk kuali dan sebagainya. kena sabu sampah lagi. arghhh!!! bagai nak patah pinggang aku. sebelum2 ni tak kisah sebab wife buat semua. apsal pompuan larat buat semua aku pun jadi kagum. dengan kerja rumah yang tak abis2, dengan nak melayan kebuasan anak2 yg membesar dan menyelerakkan rumah, dengan melayan suami (suami macam aku tak buas, cuma tangkas dan perkasa). kerja2 rumah semua isteri lakukan dengan sangat rileks (mulut tu membebel kira standard pompuan la...)hari2 pulak tu. sekalung penghargaan buat semua wanita bergelar isteri.

dah siap berkemas, abis lencun berpeluh. terpaksa mandi. mandi biasa je, mandi wajib tak boleh lagi sebab masih dalam mode berpuasa 100 hari. lagi 80 hari lagi woo.... air naik kepalalah nanti..... sabarlah!

melihat aku yang terkial2 mengemas dan sebagainya, luqman dan pika sabar menanti nak tidur dengan aku. sambil2 tu mereka layanlah kartun kegemaran mereka yang tak abis2 tu. siap mandi, solat. aku uruskan anak2 untuk tidur; kencing, gosok gigi, basuh kaki dan buatkan mereka susu. anak aku si luqman hakim even dah 5 tahun masih guna botol susu untuk milo dia. aku pun malas nak paksa dia stop guna botol. mengikut keluarga aku, aku sampai 6 tahunpun masih menyusu botol, selamba je masuk universiti. ye lah, ada orang kata anak2 yang dah umur 5 tahun atas masih menyusu botol tu perkembangan otak dia tak cergas. aku tak percaya segala karut marut tu.

yang aku suka gelagat luqman menyusu botol ialah masa nak ke tadika setiap hari. dah berpakaian lengkap dia akan mintak milo dalam botol susu. dia akan nyonot milo dia sesekali akan tanya dah sampai tadika atau belum. nak sampai je terus dia sorok botol susu dia tu celah pintu kereta. kekadang milo dia belum absi tapi dah sampai tadika (sebab dekat) aku suruh la luqman bawak je ke tadika, nanti letak dalam bag. dia cakap 'malu'. budak2 sekarang, reti malu pulak. tapi peliknya sekecik2 anak aku tu, dah ada 'makwe' kat sekolah, budak pompuan umur 6 tahun pulak tu. kebiasaan kalau aku lewat sikit datang ambik luqman, budak pompuan ni lah akan temankan anak aku. wife aku yang sebelum ni sesekali join aku jemput luqman disekolahpun perasan tentang budak pompuan ni, apatah lagi luqman selalu cerita mengenainya kat wife aku. anak lelaki ni memang suka cerita ngan emak dia la. abislah..... cepatlah nanti aku dapat menantu.

Tuesday, September 29, 2009

Secret Admirer

aku teringat yang adik ipar ku memberitahu bahawa dikejiranan aku itu ada rakan sekampung kami. aku cakap aku tak pernah jumpa, dan aku tak kenal. adik ipar aku beritahu orang tu selalu nampak aku, dan sering berselisih dengan aku. walaupun jantan, aku rasa tak syiok jugak sebab ada yang perhatikan aku.

bercerita pasal orang yang memerhati tapi kita tak tau ni aku ada beberapa kisah. aku cerita masa aku sekolah form 6 kat sekolah menengah jerantut dulu. sebagai penolong ketua pengawas, rata2 orang kenal aku. apatah lagi keaktifan aku dalam berpersatuan dan agak bijak present dalam kelas membuat aku menjadi idola gadis2 yang mengharapkan lelaki yang baik, beriman, penyayang, berbudi bahasa dan seangkatan dengannya (sila jangan muntah).

even aku sebagai penolong ketua pengawas sekolah, tapi tak bermakna aku takde steady makwe. ala... aku dari lepas mumayyis dulu dah subur nafsu. cuma tak serakah je. he.3x... dari sekolah dulu setiap tahun akan ada perbarisan tahunan, sukan tahunan la...

masa tu akan ada perbarisan pengawas, persatuan, rumah sukan, dan sebagainya. tahun tersebut aku mengetuai perbarisan pasukan pengawas sekolah. kenapa ketua pengawas tak mengetuainya akupun tak pasti, tapi bukan kerana aku rampas kuasa ye. tak kuasa aku nak memulakan perbarisan dalam padang yang lecak tu.

lepas perbarisan, aku salin pakaian sebab penuh lumpur. masa tu aku duduk hostel. upper six. lower six ulang alik dari rumah. masa lalu kaunter tu, ada petugas kaunter panggil, dia cakap ada orang hantar 'request' untuk aku. dapatlah beberapa biji buah apel, open, dan bunga ros. of course la ada kad. ringkas je kad tu, dari secret admirer yang mengkagumi. si dia mengakui suka memandang aku masa di hostel dan disekolah.

errr...! siapa ni? bagai nak pecah kepala aku memikirkan. nafsu rasa nak tau siapakah gerangan, tapi takut2 jugak makwe aku saje nak kenakan. tapi sebagai seorang pecinta setia, aku cakap ngan makwe, aku dapat hadiah request. makwe walaupun agak tegang, tapi mengkagumi ketelusan aku yg berterus terang. biarlah dia yang tegang, kalau aku yang tegang, lain pulak jadinya (budak2 diam!!)

dihostel dan disekolah selepas tu, perjalan aku macam2 dicontrol2. mana2 pergi seolah2 ada yang memerhati. aku ada jugak aim beberapa orang yang aku budget tulis kad tu. dan ada jugak orang tu yang akupun minat jugak kat dia. beberapa bulan rahsia itu tak terbongkar. sehinggalah aku abis stpm dan bercuti.

akhirnya satu kad tiba dirumah mendedahkan siapa pemilik secret admirer tersebut. orangnya memang aku kenal. aku tak sangka dialah orangnya. dari kad itu dia luahkan perasaan hatinya. dia berani dedahkan sebab tau lepas ini kami akan susah atau tak mungkin berjumpa lagi sebab masing2 akan bawa diri. dari berkawan, bersenda gurau, apatah lagi dia sering menjadi mangsa usikkanku, dia tertawan. hah!!!!

tapi apakan daya, cinta untuk dia tak terbit, just kawan sahaja. masa ambil result stpm kami bertembung. dia sangat gembira bagi kejayaanku (dia dapat cukup2 makan je). kami bersembang seketika dan berpisah tanpa khabar berita sehingga hari ini. apa2pun, aku setuju bahawa kamu gadis yang baik, dan aku berdoa agar kamu sudah semestikan sudah mendapat jodoh yang baik2 juga.


moral of the story : tak de moral, saje cerita sebab dah kering idea.

Monday, September 28, 2009

Telinga Ayah Dah Tak Dengar?

hari ni cam biasa kerja2 rutin perlu diberesin. ramai pekerja melayu dah start balik bekerja. gile aper nak cuti lama2, nak kena potong gaji? nak makan mee segera! aku senang je bab2 gaji ni, even payroll letter aku dah bagi bank untuk credited salary tapi aku pada bila2 masa sebelum tarikh gaji boleh batalkan payment gaji berkenaan dengan alasan mereka tidak hadir bekerja berterusan. sehari oklah, dua hari masih ok. hari ketiga, memang silap besarlah kalau masih tak datang dan tidak maklumkan kepada HR.

hari sabtu dah ahad even tak de rumah terbuka, tapi masih ada yang terjah. sabtu aku kena ke opis atas urusan rasmi seketika, tapi wife ada juga call balik sebab ada orang datang. dah orang datang tak kan nak halau oulak, even budak2 kecil. mereka yang sebenarnya memeriahkan raya. anak2 akupun happy sangat kalau ada budak2 datang rumah. semua dikatanya kawan dia, even ramai yang datang dah sekolah rendah atau menengah.

ahad penat melayan tetamu yg datang, majoriti rakan sekerja dan bekas rakan sekerja. rata2 yang datang dah pesan awal2 tak perlu masak apa2 sebab mereka faham wife aku dalam pantang. tapi sebagai tuan rumah yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa, aku tak boleh just biarkan tetamu datang makan kuih kering je. ada la buat agar2 dan bihun goreng. bukan aku paksa wife masak ye! aku yang buat. jangan tak caye. setakat agar2 merah dan bihun goreng tu memang kacang je aku buat. wife akupun siap terkagum aku masak nasi goreng tomyam, nasi goreng cina, mee bandung dan lain2 sepanjang dia berpantang ni. jangan pelik, semuakan ada perencah segera. paling sempoi aku dah terbiasa pakai perencah 'secukup rasa'.

sementara aku ada idea ni, aku cerita sedikit pasal telatah anak2 aku.

situasi : semasa menonton tivi, iklan petronas mengenai anak menantu yang perangai macam hantu.

masa si ayah yg sakit mencabut alat dari telinga, luqman dan pika yang memerhati penuh minat bertanya:

luqman : ayah, ayah dia pakai ape kat telinga dia tu?
ayah : itu alat pendengaran. ayah dia dah tak dengar, tu dia pakai alat tu.
luqman : ye ke? kalau pakai, ayah dia boleh dengar ye.
ayah : ye.

Situasi : hari jumaat lepas, balik kerja.

luqman : ayah balik yey!
pika : ye..ye... ayah balik.
ayah : mari sayang ayah (kedua2 anak mencium tangan dan pipi seperti kebiasaannya)
luqman : ayah! ayah dah tak dengar ke?
ayah : kenapa?
luqman : ayah pakai alat tu?
ayah : alat ape?
luqman : tu kat telinga ayah. ayah dah tak dengar ke?
pika : ayah dah tua ke?
ayah : oo... inikan telefon ayah. ayah pakai masa bawak kereta.
luqman : kenapa luqman tengok sama dengan orang tua dalam tivi je (merujuk iklan petronas, alat orang kurang pendengaran)
ayah : ayah malas nak pakai yang pakai wayar. pakai yang ini senang. ayah boleh cakap dalam telefon tak payah pegang2.
pika : ayah cuba cakap tak payah pegang telefon...
ayah : boleh! pika telefon ayah pakai telefon ummi.
luqman ; tak pe, pakai telefon luqman (sambil mendail nombor ayah dan bercakap)
ayah : (melayan anak2 menggunakan bluetooth headset)

Saturday, September 26, 2009

Kenangan Dengan Ahli Kumpulan Firdaus

dikesempatan keluangan ni aku just nak stori mori pasal sahabat aku yag bergelar artis. aku teringat nak bercerita pasal kawan aku ni sebab aku dua malam lepas kot ada lihat persembahannya di astro. kebetulan malam tu aku dah tak de menda nak buat, picit punya picit chanel, terkeluar kumpulan firdaus. mereka tengah menyanyi. since, aku tak de menda nak buat dan mereka2 ni dari kelahiran uum, aku layan dengan anak2.



sambil2 tu aku tunjukkan kat anak2 aku, ini kawan2 ayah masa kat universiti dulu. siap aku tunjuk kat skrin tivi aku yang masih old fesyen tu muka2 kawan2 yang aku kenal dan kenal aku. aku kenal semua, tapi ahli firdaus yang kenal aku cuma 2 orang je. sorang ahmad tarmidi mahli dan seorang lagi mohamad rasul. tarmidi ni satu batch ngan aku, petang2 selalu gak aku main bola tampar dengan dia dan kawan2 lain kalau aku tak gi jogging (cuci mata sebenarnya). mohd rasul pula junior aku, agak rapat sebab dia ambik kursus HRM jugak.

masa firdaus baru rakam album pertama tu, mereka masih student uum jugak, sama ngan aku. masa tu album2 nasyid tengah top, dan pihak uum banyak support firdaus ni. setiap kali ada function universiti, muka firdaus mesti ada menyanyi. kekadang menyampah pun ada! apa taknye, malam kebudayaan dia nyanyi, malam ko-k dia nyanyi, malam ghazalpun dia nyanyi, malam2 dalam kat bilik air blok kediaman pun dengar dia nyanyi jugak.

dari 6 atau 7 anggota dari album pertama dulu, kini mereka dah berempat. mohd rasul pun dah tak join mereka lagi. kali terakhir mohd rasul beritahu aku, dia tumpu pada kareer dia dan menetap di melaka. nombor phone diapun dah tukar, cuma ada email je. tarmidi adalah satu2nya ahli yang aku kenal, tahun lepas masa dia buat persembahan di eaon bukit tinggi klang (jusco) aku bawa keluarga pegi tengok, dari jauh je. segan nak ngaku ada kawan dah fofular jadi artis. lagi segan nak berebut2 minta autograf.

cuma satu kenangan manis aku dengan tarmidi (err... kami bukan gay yer) ialah masa dia dalam pembikinan album pertama dulu. masa dia baru balik dari KL, dia bawa balik demo tape (mastercopy?/ duplicate copy??)album pertama dia. since bilik dia masa tu tak de cassette player, dia pergi layan kat mini compo aku. kebetulan mini kompo aku tu baru beli. hari2 dengar lagu dari komputer mana tahan, berasap komputer nanti. masa dia nak guna tu, aku kebetulan nak pergi jogging. aku tak kisahlah dia nak guna bilik, sebab bilik aku memang tak pernah berkunci, kecuali masa balik kampung. midi (tarmidi)pelawa aku dengar sekali dan bagi pendapat ikhlas aku. ala korang tau la,aku ni dari dulu mulut memang jenis laser. kalau korang minta pendapat, dan aku bagi pendapat yang korang tak suka dengar: apa peduli apa!


Gambar : Ahli Kumpulan Firdaus bernama Tarmidi Mahli. Ehsan http://www.firdaus.net

so, aku layanlah dengar lagu2 nasyid. may be, selain ahli kumpulan firdaus, pihak studio rakaman dan kakitangan mereka, akulah orang awam pertama yang dengar lagu mereka (bangga giler dan perasannya!). masa tu lagu yang aku suka banget ialah lagu keampunanmu (kot??) dan lagi satu ialah lagu untuk kompilasi raya keluaran src berjudul miskin kaya. album pertama mereka dan kompilasi raya ni aku beli original sebagai support kawan2.

apa yang seronoknya kawan dengan artis ni?? aku tengok, mereka ni biasa2 je, tak sombong. pergi kelaspun takdelah orang nak berebut minta autograf, may be sebab mereka artis nasyid kot. midi aku lihat masih dengan perangai hu-ha-hu-ha dia. main bola tampar atau badminton petang2, malam layan bergebang dengan geng2 blok, bermain uno atau bermain games fifa di komputer dia. sesekali ada jugak aku tengok dia baca surat peminat dan membalasnya, tapi kami kawan2 tak nak kacau. itu dunia artis, kami tak campur.

apa moral cerita ni? tak de moral apa2pun. cuma sekadar nak isi kekosongan entry blog aku hari ni. tahun ni dah genap 10 tahun batch aku grad dari uum. dah dengar suara2 geng ropla untuk buat gathering lagi. tahun lepas kami buat kat bagan lalang beach resort. harap2 tahun ni atau awal tahun depan kamu dapat adakan gathering lagi. dari start kami buat dulu, gathering tersebut semakin ramai yang joint. ramai sebab ada geng2 kami yang nak jumpa kawan2 sambil sembang sepanjang malam macam kat uum dulu. dan jumlah itu bertambah ramai sebab ramai yang dah berkahwin dan setiap kali ada gathering, bilangan ahli ropla junior makin bertambah.

Friday, September 25, 2009

Interview OKU

hari ini aku didatangi oleh seorang insan istimewa atau ada juga menyebut orang kurang upaya (oku)yang ingin memohon pekerjaan. since ia kes khas, aku kena interview sendiri. secara jujur, aku tidak pernah menyisihkan mereka dalam pencarian pekerja, cuma wujud sesuatu kekangan yang menyebabkan proses pengambilan pekerja itu sukar.

dalam sejarah aku bekerja di 4 buat syarikat (banyak kali jugak ye aku berenti kerja rupenya), hanya satu syarikat je yang tidak menerima oku. tapi aku faham kenapa mereka tak terima... mereka jumud! even, orang perempuan Islam pakai tudung masa bekerja pun mereka tidak benarkan. harja betul!

berbalik kita ke pangkal jalan. proses interview kali ni tak le payah sebab aku dah biasa (hebat konon!). since calon tersebut oku pendengaran, kami main tulis-tulis atas kertas. aku tulis soalan, dia tulis jawapan. dia tulis soalan, aku tulis jawapan. since dia oku dan wife dia hadir sama, aku benarkan wife dia joint semangkuk dalam interview. no harm what! isteri beliau pun oku juga. sayu aku tengok ketabahan seorang isteri menemani suami mencari pekerjaan. dari pertulisan, beliau dulu normal, tapi lepas kemalangan jalan raya, beliau jadi bisu dan pekak. sadisnya! siapa yang dapat meramal ujian Allah pada kita. dan selepas 10 tahun berkhidmat dengan setia dengan satu syarikat, beliau kini menganggur.

since kami tak pernah ambik oku, aku perlu sedikit masa untuk yakinkan pengurusan tentang pengambilan oku disyarikat ini. since boss ni aku kenal dari syarikat lama, dia memang tak kisah. malah di apm dulu, cawangan kami sahaja ada 3 oku. malah mereka ini adalah golongan yang hampir tiada masalah baik masalah kerja mahupun disiplin. aku yakin keadaan ini didorang oleh keperluan kerja bagi mereka dan merekapun tak pandai mengumpat seperti pekerja lain(nak ngumpat amendenya, nak bercakappun mereka tak boleh).

aku masih ingat masa kerja disyarikat pertama dulu. sykt tu sejak kewujudannya mmg tak pernah ambik oku. tapi since aku masuk dan kebetulan ada beberapa oku mintak kerja, aku sanggup yakinkan boss aku untuk ambil mereka bekerja. tak silap aku dalam 5 orang. 4 perempuan dan satu lelaki dalam group mereka tu. since boss aku masa tu sayangkan aku yang sekulit dengannya, semua oku itu diambil bekerja. secara ikhlas, masa tu perasaan aku tentang adakah langkah aku mengambil mereka wajar, akupun was-was, maklumlah malam pertama, errr.... maksud aku pengambilan kali pertama.

yang membuat aku tekad membantu mereka ialah green light pada trafic light depan syarikat tu, err... maksud aku green light dari boss aku. apatah lagi aku tak sanggup melukakan, maksud aku menghampakan harapan oku tersebut. serius.... yang sorang tu memang comel. putih melepak, bertudung ayu, langsing, mata agak galak, dan yang paling tak tahan ialah bibir dia yang munggil itu. eee... geram betul! opsss.... aku salah tajukke??

lantaklah, yang penting aku ada membantu mereka. yang terfeeling tu biasalah sebab aku lelaki normal yang ada nafsu. masa tu pun aku masih bujang (makwe ada la...). terdetik jugak hati nakalku masa tu. kalaulah aku buat bini si ayu tu, tak delah susah2 aku nak dengar bebelan isteri2 (isteri-isteri??). kalau dia membebelpun mana aku faham, so buat derk je.... kuang3x....

ternyata langkah ambil mereka bekerja sangat betul. masa tu aku tempatkan mereka di kilang kotak di seksyen 15. tugas mereka cuma susun kotak atau gamkan kotak je. tak perlu bercakappun. dalam satu group perlu ada 4 orang, aku pecahkan mereka. rasional aku masa tu untuk pisahkan mereka ialah aku ada masa nak pergi tackle buadak kuit miut tu. ciss... mana ada la.... tu lawak je. rasionalnya aku mahu mereka bercampur masyarakat agar mereka sedar bahawa mereka tidak disisihkan. rasional kedua ialah aku tak nak kalau mereka dalam satu group, mereka akan buat kerja lambat, ye lah dah satu geng, mestilah nak berborak atau mengumpat. orang lain boleh mengumpat sambil bekerja, tapi mereka tak boleh. mereka terpaksa gunakan bahasa isyarat. kalau tangan digunakan untuk berkumunikasi, so siapa nak buat kerja? lagi satu rasionalnya ialah, mereka kerap berhubung pakai tulisan, kang habis kotak2 untuk eksport tu penuh tulisan komunikasi mereka. he.3x........

kepada geng2 HR, aku rekomenkan kalau korang nak cuba hire oku. mereka ni memang bagus. mereka memang perlukan kerja, dan kalau terpilih mereka selalunya akan kerja bersungguh2. cuma, kadang2 aku ralat juga sebab ada juga kes yang meminta gaji yang lebih tinggi yang tidak setimpal dengan kelayakan dan kemahiran mereka, hanya semata2 kerana mereka orang kurang upaya. mereka minta elaun itu dan ini kerana menurut mereka, mereka serba kekurangan, dan perlukan sedikit imbuhan bagi menampung beban persaingan dan kesusahan dalam pekerjaan.

Wednesday, September 23, 2009

Kenangan Raya

Alhamdulillah, sebulan berpuasa dah tertunai sudah. dan raya pun dah disambut dengan riang gumbire.

aku tidak dapat beraya terlalu sakan tahun ni kerana hari ni aku dah kembali bertugas. biasalah urusan kerja. belum masuk kerja, dah bertalu2 phone aku berbunyi. ada new joined 3 orang, ada reminder kena pergi HQ di kota damansara kerana urusan penting, ada document kena sign dan macam2 mak nenek lagi. dah mereka tau aku dah kerja, itulah mereka kacau aku. oklah, kerja!

urusan di hq kejab je. dalam jam 12 noon dah terpacak kat port klang dah. sementelah cafeteria masih tutup, aku balik makan nasi kat rumah.

cerita raye? ala biasa2 je. dari aku kecil belum mumayyis sampai sekarang, rutin raya tetap sama. bangun pagi mandi sunat idilfitri, solat raya, minta ampun maaf dengan keluarga, makan kuih raya, jalan2 raya dan sebagainya. yang berbeza lepas mumayyis dan bergelar orang dewasa ialah giliran aku kena bagi duit raya.

cuma yang boleh dikongsi cerita dipagi raya ialah perasaan gumbire anak2 memakai pakaian raya. tahun ni serba merah (kecuali aku). sambil makan kuih, aku ambik gambar anak2 dengan pakaian baru bersama pakcik mereka. pika kemudiannya mengambil henpon dan mula mengambil gambar. klik! klik!

ayah : pika ambik gambar ke?
pika : ye la!
ayah : pika ambik gambar sape?
pika : gambar ummi, gambar ayah, gambar baby, gambar pakcu esam.
ayah : gambar oman (abangnya, luqman hakim) tak ambik?
pika : tak nak!
ayah : tak baik. nanti ambik gambar oman ye...
pika : ayah, ayah diam. pika nak ambik gambar.
ayah : (menahan perut agar nampak slim dan mengontrol muka)
pika : dah.
ayah : ayah nak tengok
pika : nah!... (sambil suakan henpon)
ayah : mana gambar ayah. gelap je ni?
pika : itulah.
ayah : tak nampak ayahlah. semua gelap.
pika : ayah hitam, itulah gelap.
ayah : err..... (mentang2lah semua ikut ummi dia putih. dikatanya aku gelap)

Friday, September 18, 2009

Teringat Saat Dekat-dekat Raya di Kampus

aku masih kerja hari ni. blok bangunan aku agak lengang sebab ramai dah mula bercuti. mereka jauh, kena balik awal la. aku takat pahang, 2-3 jam dah sampai. lagipun aku kena hantar report ke HQ hari ni. tengoklah, kalau report siap cepat, aku kerja half day je la.

dalam kelapangan masa yang ada ni, aku teringat jaman aku kat uum dulu. bila dah nak raya, ramai penyarah dah batalkan kelas atau akan diganti dengan hari2 lain. so, happylah orang yg beria2 nak balik kampung.

aku masih ingat di kampus dulu, kalau tiba bulan puasa ramai ambil peluang berniaga atau cari pendapatan extra. ada yg jual kuih di bazar ramadhan (ambik komisen la, kat kolej kediaman mana ada kemudahan memasak), jual pakaian, jual kad raya, mercun, dan sebagainya.

bagi aku, sepanjang aku di uum, aku turut berniaga bila ada kelapangan dan bila bulan puasa. aku pernah buat kad hari raya special yang aku uruskan sendiri dari A - Z. aku cuma upah kawan buat satu design berlatarbelakangkan Dewan Mas. dalam 2000 ke 3000 keping. aku jual melalui kawan2, alhamdulillah sangat menggalakkan. memang untung besar aku tahun tu. yang aku belajar dari buat kad raya tu ialah, kos sangat murah, yang penting ada design yang bagus dan market yang besar. aku juga belajar bahawa orang yang nak bunuh perniagaan orang melayu ialah orang melayu sendiri. ada satu agen kad raya aku ni keep mintak stok lebih, dekat 200 keping dia pegang, tapi bila dah nak closing raya, dia pulangkan kad kata tak de orang minat. padahal dia ambil beberapa kali kad raya sejak awal puasa. aku masih ingat lagi nama dan wajah dia yang berhati busuk tu. dah la tak jual, siap mintak upah pulak tu. harja betul! apa2pun, aku tak putus harapan dengan kad raya. lubuk duit tu masa belajar dulu.

yang paling aku suka cara buat duit masa kat kampus jugak ialah jual tiket balik kampung. korang taulah, majoriti naik public transport. so, tahun pertama aku join2 senior promote tiket balik kampung. aku masa tu, persatuan anak negeri pahang, kelantan dan terengganu aku join (kami tak boleh daftar persatuan anak negeri di uum. ini illegal). so dengan kebolehan bertutur dialek pahang, kelate, dan teganu aku gunakan sebaiknya. satu tiket terjual, dapatlah antara rm5 - rm10 kot. lepaslah duit tambang aku. bila dah masuk tahun dua, aku pakat dengan kawan2 carter bas balik pahang, share modal. selain jadi share holder dpt untung, kalau aku juga turut jual tiket, aku juga dapat komisen. share holder juga ada 3 seat free utk kegunaan sendiri, bagi kawan2 atau jual.

argh.... semua tu adalah kenangan terindah masa di kampus dulu. belajar, cari duit extra, mencari jodoh (errr...), dan enjoy. samalah, bulan ramadhan cari duit banyak2, pastu pegi bukit kayu hitam beli baju siam. aku suka t'shirt jenis kain tidak bertulang. aku beli banyak2 yang rata2 antara harga rm6-15 sehelai dan jual kat kawan2 dikampung. lagi aku suka beli kat bukit kayu hitam ialah t'shirt kartun calvin n hobbes (tak kan aku nak pakai baju poooh pulak!). malah pemakaian t'shirt kartun ni aku teruskan even lepas aku grads dan bekerja (dan sampai sekarang, tapi terhad kepada spiderman, transformer, batman sahaja). tak kan aku nak pakai t'shirt upin & ipin pulak sekarang. itu watak kegemaran anak aku si luqman. dia pantang tengok baju upin dan ipin serta ben 10.

oh ya, aku baru teringat kat mana agaknya wife aku sorokkan aku punya patung spiderman. mahal woo.... ratusan ringgit. original marvel. akupun tak tau kenapa wife aku sorok, sebab aku tercakap spiderman tu makwe lama kasik hadiah kot! koleksi mashimaru mc donalds akupun kena sorok gak, itu sebab aku tercakap itu hasil sepencarian opss... koleksi bersama hasil makan2 bersama aweks kelate dulu. dengan wife aku hobi kumpul ape ye? kumpul anak je kot! he.3x...

Oklah, pada kawan2 yang dah nak balik kampung tu, aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.