Saturday, February 25, 2012

Konvoi Pengkalan Balak : Bergumbira

sambungan dari episod "KONVOI PENGKALAN BALAK : CHALET HAJJAH MAHAWA

lepas solat dan makan, aku dan anak2 join keluarga lain beraktiviti. dah nama tepi laut, kita main laut dulu. err... budak2 je boleh mandi laut dulu. para bapa kena bekerja.



bapa-bapa menyiapkan bbq. banyak yg tersedia seperti ayam, sosej, fish ball, ikan kembung dan ikan pari. yang memasak ramai, tapi tiap kali aku jenguk je nak ambik ayam bakar, tak de. aku perhatikan, rupa2nya saiful ni jenis hantu raya, makan je kerjanya. tak kenyang2 pulak tu.


kemudian permainan untuk kanak2 dan bapa2. pergh.... memang meriah beb!




banyak acara sebenarnya, aku yg tak sempat rakam sebab nk tengok acara, nak masuk acara, anak aku masuk acara, nak mandi laut, nak kawal anak2 aku lagi. dah abis acara rasmi, semua berendam di laut. yg bagusnya kat sini pantai dia eksklusif. berbanding pantai pengkalan balak yg lain, kat chalet hajjah mahawa ni ia tidak dikunjungi pengunjung selain penginap chalet. pantai dia landai dan ombak tak kuat. habis kecut pasal berendam lama sangat, nasib baik tak jadi telur masin (diam!).

sebelah malam tak banyak sangat xtvt, lepas makan malam beramai2, berbbq.... pastu kami adakan pertandingan melukis. sepatutnya dalam tentatif program, melukis jam 3pm, tapi dah aku ke bandar menguruskan air cond kereta aku, dan hal2 lain yg tidak dapat dielakkan, pengarah projek bermurah hati menunda ke sebelah malam. anak2 mewarna diberanda masing2.



lepas mewarna, tibalah acara pembahagian hadiah. macam2 gelagat. since ramai anak2 kecik, hadiah bukan ikut keputusan, lebih kepada ikut suka hati. bayangkan ada anak yang masa pertandingan mewarna tidur lena, bila keputusan, anak dia dapat nombor satu. heh... nampak sangat makbapak yg tolong mewarna. apa2pun, semua tak kisah sebab mmg nak suka2. semua anak dapat hadiah sebenarnya.




lepas acara selesai, kami geng2 bapa ambil masa sembang sampai lewat pagi. acara seterusnya adalah tidak diceritakn disini.

Thursday, February 23, 2012

Konvoi ke Pengkalan Balak : Chalet Hajjah Mahawa

alhamdulillah, lega jugak otak selepas bercuti singkat bersama-sama kawan sekilang pada 18/2/12. kali ini agak unik sebab kami pergi secara berkonvoi dan bermalam. sebelum ni ada jugak berkonvoi tapi tak bermalam. alhamdulillah ramai jugak keluarga yang turut serta seperti :
1) keluarga izman
2) keluarga saiful nizam
3) keluarga hadi
4) keluarga sazaham
5) keluarga norasmani
6) keluarga sahrul afandi
7) keluarga azlan
8) keluarga anuar
9) keluarga fain
10) keluarga zainal
11) keluarga ridzaudin
12) keluarga najib
13) syarizal
14) shazwan

kami bermula didepan kilang tempat kami cari rejeki iaitu di port klang. ada juga sebahagian yg menunggu di check point 1 iaitu di R&R Dengkil, senang sikit bg mereka yg mmg tinggal di area putrajaya dan sekitarnya.



konvoi bermula jam 830 pagi. then berhenti sarapan di R&R dengkil. alhamdulillah semua makanan disumbangkan dari teman2 yg turut serta. just beli air minum je di R&R tu. kami keluar di tol pedas linggi dan melalui jalan kampung ke pengkalan balak, melaka. perjalanan agak perlahan sebab masing2 ramai anak kecik dan berhenti2, agak jugak yg berhenti lain2 sebab. tak kisahlah, tak kejar mendapun.

alhamdulillah, kami selamat sampai di HAJJAH MAHAWA CHALET, PENGKALAN BALAK, MELAKA lebih kurang jam 1130am. banyak masa sebelum check in jam 1pm. nasib aku tak berapa baik sebab kereta aku aircond yang panas. so, aku mengambil peluang yg ada tu untuk memeriksa dan menambah aircond di bandar berdekatan (dekat ke menda.... situ pekan kecik je). since kemudahan area situ tak berapa lengkap, banyak la kedai yang aku kena redah. dan alhamdulillah dlm jam 230pm barulah aku balik semula ke chalet hjh mahawa tu. kawan2 dah check in, dah mandi laut pun. alhamdulillah, aku dapat bilik paling dekat dengan laut. memang aku suka stay dekat laut, aku dah minta dengan pengarah projek kalau boleh bg aku duduk chalet plg dekat dgn laut, alhamdulillah mereka izinkan (mereka takut kena potong gaji sebenarnya tu... he.he.he...).








tu gambar kawasan chalet. ini chalet yang aku duduk:-


ini dari dalam chalet :








kepada sesiapa yang berminat nk stay di chalet hajjah mahawa ini, bolehlah layari http://hjmahawachalet.blogspot.com/

Tuesday, February 14, 2012

HR ni macam Polis jugak....

dalam melakukan kerja HR (human resource/sumber manusia), memang tak boleh lari dari menangani masalah disiplin. pekerja beratus orang, jadi perangainya pun berpuluh ribu peel. jadi masalah disiplin seperti lewat, ponteng, tipu cuti sakit even bergaduh adalah sesuatu yang rutin bagi pengamal HR.

sepanjang aku jadi orang HR ni dah macam2 kes aku handle. biasalah.... ada yang berjalan dengan baik, dan ada jugak dengan tak berapa baik. dalam kes2 pergaduhan misalnya, HR akan menjadi pegawai penyiasat, emmm.... cam pegawai polis jugak la. kena panggil orang2 terlibat, cari saksi, cari bukti, buat penyelidikan dan akhirnya mewujudkan suatu pertuduhan.

dalam kes pergaduhan di tempat aku baru2 ini, kesnya agak berat. ia melibatkan pergaduhan antara pekerja bangladesh dan myanmar. 5 orang terlibat. ia berlaku diasrama mereka. kes2 salah faham even pergaduhan kalau tak sampai ke pengetahuan HR ia tidak salah. ye... tak salah. macam mana nak sahkan ia bersalah kalau kes tidak dilaporkan, ye tak?

kes berlaku hari sabtu, malam. hari isnin, ada pekerja baik hati memberi berita kepada aku, dan ianya menjadi kes besar. aku dan safety officer memanggil mereka terlibat dan kecederaan si mangsa agak teruk dengan lebam2.

biasalah, semua orang ada cerita masing2, dan masing2 menokok tambah. aku ambik persamaan dan merujuk kepada saksi2 dan bukti. dan cam biasa ada jugak mereka yang terlibat tidak mahu mengaku. disini, pengalaman dan kebijaksanaan penting (pergh.... secara tidak langsung aku nak beritahu aku ni bijak. ha.ha.ha....).

pekerja bangla, Hannan (bukan nama sebenar. emmm... kalau nama sebenarpun bukan korang tau)dipanggil untuk dirakam keterangan oleh pegawai penyiasat., aku la tu.

penyiasat : hannan, kamu ada pukul itu myanmar?
kena siasat : ta'da boss. ada tengok saja.
penyiasat : jangan tipu, semua orang cakap you ada pukul.
kena siasat : sumpah boss, saya ta'da pukul. itu orang tipu la boss.
penyiasat : oklah, saya percaya awak punya cakap, sekarang ikut saya pergi police station (sambil mengambil kunci kereta dan handphone dari atas meja)
kena siasat : (agak cuak) apa pasal mau pigi police station boss?
penyiasat : you cakap tak pukul, lain orang cakap awak pukul. saya percaya awak, biar polis confirm awak tak ada pukul.
kena siasat : (memegang kaki penyiasat dan menangis) tolong boss, saya ta' mau pigi police station. saya ada pukul itu orang boss, 5 kali, saya ada pakai bisi (besi) pukul, saya punya kawan itu XX dan YY pun ada pukul itu orang boss, lagi saya pakai pisau hantam dia punya pintu rumah boss, itu orang ta'da pukul kita bangla boss, saya punya kawan suruh saya tipu cakap boss, tolong boss... saya ta' mau pigi balai boss.
penyiasat : awak cakap awak tak ada salah, apa pasal mau takut sama polis. awak tak ada salah, polis tak boleh kasi masuk jel.
kena siasat : saya memang ada salah boss, itu undang (undang2) cakap tak boleh gaduh, kita kasi gaduh boss.
penyiasat : jadi awak mengaku awak ada pukul itu orang?
kena siasat : (masih memegang kaki penyiasat, dan penyiasat macam eksen je kaki kena pegang. err... serius sikit, ini penyiasatan). betul boss, saya sama saya punya kawan ada pukul itu myanmar. itu myanmar punya worang ta'da pukul kita boss. boss, jangan pigi balai boss.
penyiasat : ok..ok.... sudah, bangun. duduk kerusi. buang awak punya air mata. sekarang saya mau awak beri awak punya statement. kita tak da pigi balai.
kena siasat : thank you boss.

dan akhirnya selepas beberapa drama lagi yang lebih hebat, kes ini berjaya diselesaikan. harus dinyatakan kepada semua, terutama yang bekerja bahawa HR cuma menyiasat dan MENCADANGKAN HUKUMAN. keputusan sesuatu hukuman adalah dari pengurusan tertinggi syarikat. HR boleh mencadangkan agar sesuatu kes seperti mencuri contohnya untuk dibuang kerja dan dilaporkan kepada polis, tapi pihak pengurusan yang akan menyatakan bahawa adakah itu keputusan yang mereka mahukan. dalam kerjaya aku banyak jugak kes yang HR cadang suruh buang pekerja, tapi pekerja tersebut tidak langsung diambil tindakan. kadang2, HR rasa tak adil, tapi HR juga mesti terima keputusan tersebut dan mempertahankannya.

apa? kesudahan kes diatas?....

seorang pekerja bangladesh dihantar pulang selamanya ke bangladesh dan 2 orang digantung kerja selama 2 minggu. 2 lagi pekerja myanmar didapati tidak bersalah.

mahkamah bersurai.

Friday, January 6, 2012

Anak Kalah, Bapa Kena Bayar

masih dalam mood sekolah. tahun lepas (2011) anak aku dan anak si saiful sama2 masuk darjah satu, tapi di sekolah berlainan. anak aku di sekolah kebangsaan area rumah aku dan anak saiful masuk sekolah tamil. opss... silap, anak saiful pun masuk sekolah kebangsaan juga. he.he....

macam biasalah sebagai bapa yang penyayang dan berbangga dengananak masing2, kami selalu berborak mengenai pencapaian anak2 di sekolah. si saiful ni anak dia selalu dapat nombor yang terbaik, anak aku takat biasa2 je. so, suatu hari si saiful ni mencabar aku untuk meningkatkan prestasi anak2 kami. anak2 periksa disekolah, anak siapa yang mendapat markah keseluruhan tertinggi berbanding anak yang satu lagi, maka bapa yang anaknya lebih rendah markah kena belanja anak dan bapa yang menang. ia meliputi sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

cabaran diterima.

ia bermula dengan peperiksaan akhir tahun. aku tak cakappun dengan anak aku pasal cabaran ni, tapi aku memang harap anak dapat markah tinggi. bukan sebab takut kena belanja, tapi nak anak berjaya dalam akademik.

dan bila keputusan akhir dikeluarkan sekolah, Alhamdulillah anak aku berjaya mengalahkan anak saiful. ala... dalam 2% je rasanya. tapi menang tetap menang. so, saiful terpaksa menyotakan janji, belanja makan.

dimasa ditetapkan aku dan luqman serta saiful dan anak2nya belanja makan di kfc port klang. bukan makanan mahal murah menjadi taruhan, tapi untuk menggembiran anak2. kali ni saiful kena bayar. untuk pencapaian sekolah kebangsaan nampak gaya macam aku kena bayar. keputusan masih tergantung sebab sekolah anak dia keputusan akhir sampai sekarang masih belum dapat. sekolah anak aku cepat. 2 hari lepas periksa, keputusan dah keluar, dah dapat buku rekod pencapaian dah. apa2pun, kita tunggu dan lihat.

sambil2 makan, seronok dapat lihat anak2 bergurau senda bersama. anak2 saiful yang kuat menyakat anak jantan aku tu. biasalah anak lelaki aku tu pemalu, macam aku la (apsal aku sendiri rasa nak muntah ni??). bila anak2 gembira, apalah sangat duit untuk belanja makan tu. tapi kalau tengok gambar, korang boleh lihat muka saiful agak kelat, banyak bayar ye.... ha.ha.ha.......

...............................................................................

sekadar berkongsi tips untuk mendidik anak2 menjadi pintar cergas, sila klik pautan dibawah:
Anak Pintar Cerdas

Wednesday, January 4, 2012

Kasut Karipap

anak2 aku mula balik bersekolah hari ni (4/1/12). samalah dengan anak2 orang lain kan. since masing2 dah tahun kedua di tadika dan sekolah rendah, aku dah tak kisah sangat. bagaimanapun aku tetap menghantar mereka ke sekolah pada hari pertama untuk menunjukkan aku ni juga seorang bapa mithali (ciss... menunjuk2 rupanya).

selain melaram dengan pakaian sekolah baru, masing2 tak kalah dengan beg angry birds masing2. sekarang memang musim angry bird, dari seratus orang, 2-3 orang je takde beg sekoalh angry bird. may be anak2 tak minat, atau mak ayah tak minat.

kasut juga tak terkecuali. macam2 fesyen ksut even rata2 pakai kasut putih. aku aku pakai kasut2 orang2 biasa2 je, jenis bata dan pallas. nak pakai jenama mahal, tak termampu.

cakap pakai kemampuan membeli kasut ni, aku teringat masa aku sekolah dulu. aku rasa pernah cerita pasal kasut marco. kali ni aku nak cerita pasal kasut karipap.

karipap berbentuk kasut? bukan! ini cerita kasut berbentuk macam karipap.

aku bukan dari keluarga senang. kasut sekolah memang beli brand cap ayam belanda je. er... maksud aku beli yang murah2 je. apa brand murah? kalau zaman aku dulu, brand murah cam fung keong, marco dan kasut karipap.

apa kejadahnya kasut karipap?
tak baik cakap jadah, tahun baru ni kena cakap yang baik2 je. kasut karipap ni juga dikenali sebagai kasut penguin. atau dikenali sebagai kasut kungfu, atau turut dikenali sebagai kasut cina mati. masut ni memang murah gile, sepasang tak sampai rm10. kena beli sepasang la, gile ke hape nak beli sebelah je.

mula2 ia dipakai oleh orang2 susah cam aku, lama kelamaan ia menjadi satu trend. hampir semua orang memilih memakai kasut ini. ia selesa dipakai, ringan, mudah dibasuh dan murah. digelar kasut karipap sebab ia tiada tali dan dihadapan kasut dijahit berkeluk2 macam karipap.

sekarang aku rasa kalau paksa anak2 aku pakai kasut macam tu, mau memberontak tak nak gi sekolah. ye lah, manjakan anak sangat. masa nak belikan anak2 kasut baru2 ni, aku just singgah kedai kasut, panggil sales girl, mintak diorang tunjukkan pelbagai patern kasut dari bata, pallas, line 7, dan pelbagai lagi. anak2 yang pilih mereka suka yang mana. aku cuma tengok salesgirl mencuba kasut, sesekali merasa takut2 terlalu ketat atau longgar. mereka puas hati, aku bayar. bukan bermaksud aku beli yang mahal, yang biasa2 juga. ala, kasut bata dan pallas zaman sekarang, may be setaraf dengan kasut karipap masa zaman aku dulu.

Tuesday, January 3, 2012

Ayah Bangga Dengan Luqman

hari ni (3/1/12) aku bercuti uruskan bayar yuran sekolah anak2. bayar yuran tadika utk pika. yuran sekolah rendah dan sekolah agama untuk luqman. sebab sekolah dalam jarak yg sangat dekat, kurang 1km dari rumah semuanya, semuanya senang dan cepat dibereskan.

yuran dan pelbagai bayaran yg patut tu aku bayar semua serentak. malas nak fikir bayar sikit2 tapi nanti pening kepala nak tau yg dah bayar atau belum. masih dalam kemampuan (sebab murah).

bab abis duit tu aku ketepikan dulu sebab itu dikira sebagai investment keatas anak2. biar mereka sekolah dengan senang dan selesa. yang aku nak cerita ialah....

selepas tadika, aku ke sekolah agama dulu. biasalah, sekolah kafa, yuran dia agak mahal tapi tak sampai rm300. even tak wajib ke sekolah agama, tapi amal kebajikan dan agama penting untuk anak2. sekurang2nya ada pegangan agama, barulah terjaga kehidupan. masa nak bayar yuran, aku cam biasalah cakap anak aku kelas ini, tapi nama anak aku tiada dalam senarai. ergh!!! terkejut aku ingat anak aku ada masalah, rupanya luqman dah ditukar dari kelas kedua ke kelas pertama. Alhamdulillah!

kemudian ke sekolah kebangsaan. beli dan bayar mana patut. masa nak bayar yuran pelbagai, nama anak aku juga tiada dalam kelas sepatutnya. dan alhamdulillah, luqman ditukar dari kelas ketiga dari empat kelas ke kelas kedua. syukurlah!

aku bukan nak berlagak kata anak aku pandai, sebab ia bukan sepandai mana. luqman memang kuat main, jarang sekali dia belajar kecuali bila aku suruh. akupun tak harap dia akan cemerlang dalam sekelip mata. aku tau pendidikan penting, tapi menikmati hidup dizaman kanak2 juga penting. aku tak marah jika dia tak skor (ummi dia yang marah2).

dalam bersekolah aku yakin dan percaya bahawa anak2 perlu dididik dengan berhemah dan memberi mereka peluang belajar dan bermain. pengalaman hidup aku bersekolah dulu membuktikan bahawa ada kawan2 yang dari sekolah rendah memang genius akhirnya tak kemana2. terperangkap dalam dunia pelajaran dan akhirnya gagal dalam hidup. ye lah, keluarga terlalu pentingkan pelajaran, sampai main pun takde. akhirnya hidup melarat.

kepada anak2ku, belajarlah dan bermainlah disamping menumpukan kepada agama, insyallah kamu akan berjaya dalam hidup didunia dan akhirat.

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Hari berganti begitu cepat, dan kini kita telah meninggalkan tahun 2011. 2011 pergi jua sama ada kita suka atau tidak,sempat buat azam tahunan kita atau tidak.

dengan kehadiran tahun baru 2012 ini, diharapkan kehidupan kita akan bertambah baik untuk pengabdian kita kepada Allah, kepada diri, keluarga, dan kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.

untuk aku, sama je, ingin menjadikan diri dan keluarga aku lebih baik. macam2 plan dah dibuat cuma perlaksanaan sajaha yang perlu diusahakan, emmm... disamping berdoa.

1) pekerjaan - jika pekerjaan aku masih ditakuk lama, ada baiknya aku beralih kerja. kerja di syarikat sekarang sangat selesa dan mungkin dah tahap aku cari kerja lain untuk kareer lebih baik, dan gaji lebih baik. sebelum ni pun dah banyak kawan dan head hunter offer, tapi aku tolak bulat2. may be 2012 ni aku kena buka peluang kepada diri aku untuk menghadiri interview dan melihat harga aku dipasaran. kalau ada offer baik, why not?

2) keluarga - anak dah 4 orang. isteri masih seorang. emm... memang sorang la. so, kena cari macam2 peluang untuk menyara keluarga. alhamdulillah, rejeki tu ada, so far anak2 tak pernah tak pergi bercuti atau permintaan mereka yang patut2 tidak ditunaikan. anak ke 5??? tidak merancang, dan tidak menolak. why not? err... isteri kata nak rehat dulu.

3) pendapatan sampingan - isteri aku tak bekerja, so aku kena lipatgandakan usaha mencari duit untuk menyara mereka dan duit untuk simpanan keluarga. banyak juga aku buat termasuk jual beli di internet, banyak melibatkan jualbeli matawang lama. ada juga tolong jual cd penghalau syaitan iaitu ayat2 roqyah al sharieah susunan ustaz ahmad dusuki (rm70 utk 4 cd audio dan pos laju). ada juga jual lampin pakai buang bayi dan dewasa. ini aku buat offline sebab kos pos mahal dan aku ambik margin untung kecik je. sebenarnya beli untuk anak2 aku tapi ada permintaan, so jual jugak la kat kawan2. dan alhamdulillah, permohonan aku untuk buka kedai/gerai di lot majlis perbandaran dah diluluskan. cuma tunggu surat kelulusan pada 9/1/12. sebab kena renovation dan pelbagai prosedur lagi, aku jangka dapat buka dalam bulan feb 2012. ala gerai kecik je di kawasan perumahan. tak berasa strategik sangat, tapi sewa murah dan itu sebenarnya cuma starting point untuk aku berniaga secara profesional, aku rasa nak cuba. apa salah mencuba, sekarangpun stok memang menimbun kat rumah, pelanggan tetappun dah ada, cuma nak tambah pelanggan lagi je. eemm.... nak kena cari pembantu kedai pulak ni. aku nak perempuan cantik, wife aku membangkang, so, sape nak jaga gerai aku tu. isteri aku suruh duduk rumah je, jaga aku dan anak2 cukup. kalau ke kedaipun, just tengok2 kan pembantu. anak2 masih kecik, susah jugak sebab kedai pun kecik.

4) hobi - memang nak tambah koleksi duit2 syiling dan wang kertas aku tu. arnab dah makin bertambah. rasanya dah tak sesuai buat kat rumah. ingat nak sewa tapak atau lot kedai yang terpinggir sikit untuk ternak. tapi nak kena bincang dengan papa aku dikampung untuk buat reban besar sikit dan papa aku tolong jaga. arnab market memang ada. even aku bela dirumah sebagai hobi, ramai dah datang tanya dan beli. kalau ada rejeki dan peluang, ingat nak ke indonesia cari baka2 yang cantik2. sana murah, kat sini harga dah tahap dewa, tak mampu aku nak beli.

5) lain2. - apa2 yang aku nak buat, semuanya bergantung pada keperluan semasa. harap apa yang aku impikan tercapai.

SELAMAT TAHUN BARU 2012.