secara ikhlas aku memang bukan peminat cerita melayu masa kini. bukan masa kini bermakna aku suka layan cerita arahan dan lakonan Allahyarham tan sri p.ramlee. aku layan cerita beliau setiap kali ditayangkan even dah tengok berpuluh kali sebelumnya. filem melayu sekarang? cam hampeh! tajuk grand masyaallah, ceritanya memang tahap kambing.
secara jujur kalau orang bertanya aku ada layan cerita melayu apa sekarang? aku cuma layan cerita halimah jongang je. dulu aku layan jugak awan dania, tapi sejak pelakon dia ditahan tu, aku terus tak minat. ye... aku double standard menilai pelakon sebab kalau pelakon mat salleh, atau pelakon india aku layan je even aku tau dia berbogel untuk majalah porno. diorang kafir, aku peduli apa!
halimah jongang menghina golongan istimewa? betulke orang jongan tergolong dalam golongan orang istimewa atau kurang upaya? tak tau pulak aku. kalau setakat orang ada kekurangan (or kelebihan gigi) aku setuju la. aku juga setuju tajuk tu seolah2 menghina orang jongang, tapi benarkan cerita itu menghina orang jongang? setakat aku layan saban minggu tak pasti pulak tang mana ia menghina orang jongang. entahlah, may be aku bukan teror menilai filem. tapi akupun tak le bangang sampai tak nampak unsur penghinaan dalam filem itu. entahlah... tapi kalau sape perasan, may be boleh highlight kat aku tang mana ia menghina.
setahu dan seperasan akulah, cerita ni cuma kisah orang jongang yang terasa kekurangan diri tapi masih mempunyai hati ikhlas terhadap orang ramai dan ikhlas juga menyintai seorang pemuda. pemuda itu pula menyintai gadis lain dan dalam masa sama mengakui halimah adalah kawan baiknya. ali tidak menerima cinta halimah bukan kerana halimah jongang tapi kerana dia menyintai gadis lain. bab kata mengata halimah oleh kutu2 kampung, dan keluarga gadis yang dicintai ali pula adalah fenomena biasa dimana2. itu menghina ke? kalau unsur menghina tak dibenarkan, jangan buat cerita mencarut, maki memaki, bergaduh langsung. buat cerita baik2 je.
bagi aku cerita ni mencerus minat orang2 seperti aku menonton filem melayu semula. akupun tak kemaruk nak tengok dan nak mengata orang jongang, its about film. realiti kehidupan. kalau jongang mengata kekurangan orang, abis filem 'sepet' tak mengatake? cerita 'rabun' tak menghina ke?
kepada yang berkenaan tu, nak mengata ke hapa, cuma lapangkan diri dan layan cerita tu dulu. then buat penilaian. kebanyakan kita bukan melihat cerita tapi menilai cerita. tengok tajuk je dah buleh buat komen satu muka surat. creep! yg ada suara dalam surat khabar pulak, nak komen pun cermin la jugak diri sendiri. nak komen dengan sokongan golongan istimewa tu kenalah ambik orang yg sesuai. ni cerita bab jongang, tanya pendapat orang buta, apa hal lu! dulu tak abis belajar bab wartawan ke.
apa2pun, lantaklah apa korang nak kata apa, tapi bagi aku sekeluarga, kami sokong cerita halimah jongang ni. banyak unsur pengajarannya, menarik jalan ceritanya. kepana penerbitnya a.aida, teruskan berkarya dengan karya2 bermutu sebegini. anak2 aku layan cerita ni bila jumpa orang jongang tak de pulak mereka mengata2 atau menunjukkan perbuatan menghina kepada mereka. kalau ada orang yang menyanyi atau mengejek orang jongang dimana2, bagi aku bukan kerana pengaruh filem, itu sebab mereka memang BIADAP!
IZZI ADVERTIZING----------------------------------------