Thursday, May 30, 2013

Dapur Lelaki : AisKrim Goreng

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

TERIMA KASIH Pn. Khadijah Firdaus (www.neskopi.com) kerana follow blog ni.

sekarang ni memang musim panas. bukan tengahari je panas, memalam pun panas. so, aku ada resepi untuk menyejukkan badan. tapi cam biasalah, resepi dapur lelaki cam aku ni, memang tahap sempoi mempoi je la. bagi dah tau tu, baguslah. bagi yang jantan cam aku, senang je kalau nak cuba. terutama bapa2 yang saje nak menunjukkan kehebatan dengan skill memasak yang hebat depan anak2.

resepi aku sempoi je, AISKRIM GORENG. aku mula2 kenal dan makan aiskrim goreng ni dah berzaman dahulu, masa muda belia lagi. first time aku makan aiskrim goreng ni kat pantai batu buruk terengganu. masa tu punya la jakun tengok penjual tu goreng aiskrim dan serve kita tanpa cair.

dah lama2 rupanya senang je nak buat. aku sebelum2 ni kalau nak makan atau anak2 nak makan, aku pergi je restoren area bukit tinggi klang, memang ada jual aiskrim goreng. macam2 perisa. cuma harganya memang la agak mahal, dalam RM3-5 satu. kalau makan sorang, oklah. ini aku sendiri makan 3 ketul, anak2 lagi....... memang senyum lebar je la tokey kedai.

oklah, ini antara bahan2 dan langkah2 utk buat aiskrim goreng stail dapur lelaki:-

1) Pergi beli dulu bahan2 untuk buat aiskrim goreng iaitu Roti keping dan aiskrim. bahan2 lain yang diperlukan ialah scop aiskrim atau sudu untuk ceduk aiskrim, pinggan atau alas untuk letak roti dan plastik makanan (plastic foil).


( Nota : aku suka tukar jenis aiskrim tertakluk kepada pilihan anak2. tapi hanya roti gardenia pilihan hati. tak semestinya roti plain, roti serat hi fibre pun boleh jugak.)


 2. Skopkan aiskrim dan letakkan atas roti. jangan banyak sangat. tengah2 je dah cukup. kalau nak sedap lagi, taburkan kacang tumbuk, kismis, hirisan badam dan sebagainya. aku suka rasa 'plain' je sebab anak aku suka cam tu.

3. Ambik satu lagi roti dan letakkan atas roti pertama yang diisi aiskrim. kemudian tekap dan tekan dengan cawan/gelas plastik dengan kuat sehingga bercerai jasad dan badannya. maksud aku, sampai putus dan berlubang ditengahnya.

4. Inilah hasil dari tekapan menggunakan cawan plastik. pastikan tiada aiskrim terkeluar agar memasaknya dapat hasil yang menarik.

5. Gunakan plastik makanan untuk bungkus roti aiskrim tadi.

6) Inilah hasil pembungkusan roti aiskrim. dah bungkus tu cepat2 letak dalam peti sejuk (bahagian beku).

(Nota: kalau dah kebulur sangat atau anak2 dah menangis meraung nak makan aiskrim goreng tu, tak payah la nak bungkus dengan plastik makanan tu, cukup sekadar goreng terus. even rasanya tak hebat sangat, itu lebih baik dari dengar anak2 meraung).


7) Simpan dalam peti dalam 3-4 jam, atau setahun, tengok yang masa anda suka. opss.... terlebih sudah!. tujuan letak dalam peti supaya aiskrim dalam roti tu membeku dan tak terlalu cair dan meleleh keluar dari roti. dalam sains, aiskrim bersifat pepejal dan akan menjadi cecair akibat proses pemejalwapan dan keluar sebagai air melalui partikel2 roti yang tidak tumpat (woi... apa kau merepek ni setan!).


8) Goreng sekejab je, sekadar bagi nampak roti menjadi kekuningan. roti dan aiskrim tukan dah masak dan boleh dimakan terus. fungsu goreng nak bagi roti jadi garing. taraa..... inilah hasilnya.

(Nota : kalau aku, memang cam giliah aku hidang dan makan. tapi kalau campurtangan wife aku dan anak jantan aku, macam2 dihiaskan. hirisan strawberri, hirisan pisang, tabur kacang dan pelbagai lagi. heh... tak kuasa mak, nyah!).

9. Aiskrim goreng ni sedap dimakan panas2. rasa diluar agak2 panas dan didalamnya sangat sejuk memberikan satu perasaan yang sukar digambarkan (belilah aiskrim goreng keluarga pakcik izman sekeluarga).


Nota Nasihat : 
kalau buat aiskrim roti ni memang akan ada banyak lebihan roti sebab kita cuma ambil roti yang ditengah2 je. aku memang tak suka membazir apatah lagi membuang lebihan roti dan kulit roti. kulit roti dan lebihan roti tu aku cicah dengan aiskrim yang aku cairkan atau pergi kedai mamak beli kuah hari RM2, cicah kuah je. memang sedap dan tidak membazir.


IZZI ADVERTISING :----------------------------------------------------------------------------

Kempen LIKE & Dapat HADIAH PERCUMA (27/5/13-26/6/13)

Syarat2:
1) Klik "LIKE" Faiza Shoppe. www.facebook.com/faizashoppe
2) pilih salah satu Hadiah :-
    (a) Detox Kaki (sepasang)
    (b) Slimming Patch
    (c) Shiseido Mask
    (d) Collagen Eye Mask
3) PM kami hadiah disukai, dan bagi alamat lengkap.
4) Ajak kawan2 LIKE faiza shoppe utk hadiah Rekomen/Ajakan Terbanyak (HADIAH MISTERI).
5) Hadiah akan diposkan dlm tempoh 2 minggu bersama2 Voucher Diskaun.


TIDAK PERLU SYARAT BELIAN, CUMA LIKE & PM.

Terima kasih

Wednesday, May 29, 2013

Chocolate Museum (Muzium Coklat) @ Kota Damansara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

cuti sekolah dah bermula. sape ada anak2 confirm tau yg hari2 anak merengek ajak bercuti. anak2 akupun sama, ye lah dah ajar mereka bercuti setiap kali ada kelapangan.

untuk cuti kali ni, memang aku sangat bizi. nak ambik cuti panjang memang tak dapat, so aku suruh anak2 sabar. ada kelapangan nanti, berjalanlah kita. kalau ikutkan, aku malas jugak nak bercuti time cuti sekolah sebab terlalu sendat. ye lah, kat malaysia ni yang selalu orang kerumun masa cuti termasuklah cameron highland, genting highland, port dickson, melaka, klcc (heh.... tumpuan bangla), dan pulau2.

kebetulan anak merengek nk berjalan, dan aku kebetulan ada hal nak pegi opis ada barang tertinggal, 25/5/13 aku buat plan bidan terjun. ajak semua anak2 sekali pergi lawatan ke opis aku. heh....  pernah aku bawa isteri dan anak2 pergi opis aku sebelum ni, dia kata "keciknya opis abang". 10 X 12 dikata kecik lagi. wife aku suka tengok drama melayu, biasalah drama melayu, pangkat pegawai je mesti bilik besar gile baban. mesti ada seksiteri yg cantik, ada sofa bagai. heh.... cerita melayu! wahai isteriku, abang ni kerani rendah je, dah ada opis ni dh cukup syukur, patut ada meja dan kerusi tepi tandas je. sekali orang masuk 20 sen.

dah bab opis, anak2 tak nak dah naik opis aku sebenarnya. so, kami ke Muzium Coklat (Chocolate Museum) di kota damansara. muzium coklat ni dengan opis aku dlm 200 meter je. so, dah selalu sangat pergi, anak2 takat makan coklat yg aku bawa balik je la. kali ni diorang dtg tengok muzium coklat. yey..yey!

bercakap pasal muzium coklat ni, kalau standard aku memang tak layak digelak muzium sebab terlalu kecil dan tak banyak info. sekadar perhiasan dan selingan untuk membeli coklat sebenarnya. kecik? ye memang kecik, kalau kentut kuat, satu muzium coklat tu beleh dengar dan bau. heh... sungguh tak sopan contoh yang diberi.

ini sedikit gambar di dalam muzium coklat.





ini antara produk coklat yang dibuat dikilang coklat ini yang boleh dimakan. jangan komen lebih2 pasal coklat dibawah ni, aku tangan karang!





ye..... ini kemuncak lawatan ke kilang coklat. masuk kedai coklat. macam2 ada. harga lebih murah dari dipasaran biasa. jangan la banding dengan langkawi atau lain2 duty free.

jom tengok2 coklat dalam kedai ni. semua branded obersee punye!







kami tak lama pun kat situ. dah jalan2 dan beli2, kamipun balik2 la. dah beli tu memang anak2 suruh cepat2 keluar sebab tak sabar nak makan coklat. alasannya takut coklat cair. masing2 ada pilihan coklat masing2. anak2 pilih sorang satu coklat. terkulat2 juga aku nak membayarnya. oklah, bukan selalu. isteri tidak memilih sebarang coklat walaupun aku memaksanya. biasalah.... isteri solehah. apa suami beli, itulah dimakannya. apa, isteri aku tak kuat makan? tolong sikit ye... aku walaupun sihat cenggini, aku kurang makan coklat ye, wife aku tu yg makan. dah sampai rumah, semua coklat dah abis. anak2 cakap "ummi yang makan". aku hanya senyum. asal isteri dan anak2 happy, ayah tumpang happy.

kalau anda juga nak buat lawatan atau shopping coklat macam aku, ini alamatnya. kalau rombongan sekolah atau keluarga dan perlukan tourist guide yg disediakan muzium coklat, pastikan korang call terlebih awal.

CHOCHOLATE SALES & SUPPLIES SDN BHD
(CHOCOLATE MUSEUM)
Lot 2, Jalan Teknologi 3/4
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-74914460   Fax: 03-61406314

Monday, May 20, 2013

Roti Benggali Di Kedai Roti Jamhur (Klang)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

since aku suka makan dan suka sharing (even ada tak suka), aku nak share kedai roti favourite aku. memang biasanya aku suka beli gardenia, tapi kalau ada kelapangan dihari cuti aku lebih suka membeli roti bantal/roti benggali kegemaran aku di bandar lama klang.

aku suka makan roti kosong cicah air teh. stail kampung la katakan. roti di psaran biasanya aku tak berapa gemar sebab ia kadang2 terlelu lembut dan rasa dia tak kick. nak kick, aku gi bandar klang dan beli roti benggali dan roti inti kelapa kegemaran aku tu di kilang roti lama. dah lama aku tau roti ni, masa aku bujangan lagi, dan ia kekal best sampai sekarang even bertukar generasi dan makin kurang diminati sebab terpaksa bersaing dengan sykt roti bertaraf dunia.


inilah kedai roti yg aku maksudkan. nampak klasik giler. dulu2 aku perlah la masuk dlm tgk apa dia buat, tapi bila pergi dengan anak2 yg moden ni, nak masuk pun diorang takut. heh.... budak2 bandar la katakan.


ini antara roti yg dijual. ada juga roti yg dibuat ditempat lain dan dijual disini. biasanya mmg takde orang jaga. kalau nak beli tu, panggil2 la ye.



inilah roti bantal atau roti benggali kegemaran aku. yang paling aku suka ialah kulit rotinya yang emmmmm..... memang sedap.



ini roti inti kelapa kegemaran aku. memang sedap rotinya, inti kelapanya penuh dan sedap. satu paket ada 6 bun, kadang2 tak sampai rumah dah abis makan dalam kereta. maklumlah nak dtg sini ke rumah aku dalam 25 minit jugaklah.


buat yang berminat, inilah alamatnya:

KEDAI ROTI JAMHUR
No. 41, Jalan Kota Raja
41000 Klang
Selangor Darul Ehsan

Wednesday, May 15, 2013

Jitra Mai Cendol Pulut Tapai & Laksa Utara (Kota Damansara)

TERIMA KASIH tuan pemilik nama "Biawak Terbang' kerana sudi follow blog aku.

ok, kita cerita makan2 sikit sbb dah lama berkarat blog aku ni. aku mula makanan yg ringkas yang aku hampir setiap minggu akan pergi makan. tau la kuli cam aku ni kerja tak tentu, kadang2 kerja menimbun, nak rehat makan pun susah. so, bila free je aku akan redah gi makan menda yang sempoi dan senang, yg penting dekat dengan tempat kerja aku.

ye lah, dah abis meeting jam 3-4 petang, tak kan nak cari nasi campur lagi. semua lauk2 dah tinggal sisa. mungkin kuah sebenarnya dah bercampur dengan air tangan dan air peluh. wekk..!

aku suka cendol. so aku akan cari cendol. dapat cendol pulut, atau cendol biasa dan cukup baik untuk alas perut. tapi brader ni ada pakej laksa utara lagi. lagi syiok! cendol dia memang best, dan laksa dia memang pekat melekat.



kat mana? aku tak ada pulak GPS nak set lokasi. tapi dia betul2 terletak di pejabat Poslaju kota damansara iaitu di kawasan perindustrian sungai buluh. ala tepi jalan je. tak tau? kalau nak tau ko email aku ye. senang aku nak pau korang sekali. he.he....

sedap ke tak sedap? dah tiap2 minggu aku mentekedah kat sana, memang sedap lah kalau ikut selera aku. nak tau sedap ke tidak, korang kena cuba.


Tuesday, May 14, 2013

Al Fatihah untuk Arwah Papaku

TERIMA KASIH  aku ucapkan kepada Jee Fairuz Joe ( http://jeefairuzjoe.blogspot.com/ ) kerana follow blog aku. 

semalam (13/5/13) genap 40 hari papa aku PAUZI BIN MUHAMMAD meninggalkan aku dan keluarga. papa kembali kerahmatullah pada 04/4/13 (hari khamis malam jumaat) mengadap ALLAH.

siapa tak sedih bila ayah tersayang meninggal dunia dan hilang dipandangan kita buat selamanya. pun begitu aku redha pemergian papa sebab papa dah terlalu menderita akibat sakit kencing manis dan kanser paru-paru.  pemergian papa aku terima aku masih di pejabat. biasalah kerja terlalu jauh dari rumah membuatkan aku terpaksa tunggu lepas maghrib sebelum bertolak pulang. siapa di lembah klang tau lah keadaan jem antara kota damansara dan shah alam. jadi aku selesa solat maghrib dulu dan balik, sebab pernah beberapa kali aku terponteng solat maghrib kerana terperangkap dalam jem (err.... aku ganti balik ye). bayangkan keluar opis jam 6pm, tapi jam 8pm masih di atas jalan.

pada 4/4/13, sementara menunggu solat maghrib, akak aku call bagitau 'papa dah takde, balik cepat". aku rasa jiwa aku kosong. aku seolah terpaku dan kemudian terpana di sejadah. dah la mami aku dah meninggal dunia masa aku darjah 3, ini papa pula tinggalkan aku. aku tak tau nak menjerit atau menangis. memandangkan akak aku dah pesan untuk beritahu adik2 dan saudara2 yglain, aku cuba kawal emosi dan menelefon mereka untuk balik ke kampung menguruskan dan menghormati jenazah.

dalam jiwa yang kosong, aku menedah jalan yang masih jem untuk balik ke port klang. biasanya jika lepas maghrib, jem tak teruk sangat, perjalanan biasanya cuma 45 minit. aku sengaja tak mahu call wife untuk berkemas sebab wife akan terkejut dan menjadi kelam kabut. cuma aku pesan kat wife agar makan malam dulu dengan anak2 sebab aku balik lewat sikit. dah sampai rumah, solat isyak dan baru aku cerita. wife memang terkejut dan bila dah ok sikit baru berkemas pakaian mana yang sempat. aku memang dah takde selera makan, cuma nak balik kampung je.

pun begitu kerana mengejut, adik aku esam masih bekerja diluar kawasan, sepupu aku faizal yg masih sakit nak balik sama tapi tak daya nak drive. sepupu aku najib terpaksa balik sorang dan nak tumpang kereta. adik aku izwan ditugaskan ambik kereta dan drive. kami konvoi dengan berjumpa di tol gombak. hari hujan lebat dan tak boleh speed, lagipun akak aku dah pesan jangan bawa laju sebab jenazah akan dikebumikan jam 11am jumaat.

dengan hujan, kesedihan, terkejut..... banyak kali juga kami berhenti rehat. sekadar berhenti minum teh dan merokok (bukan aku la...). kami sampai di kampung di batu balai dah jam 12 malam. setiba sampai aku terus mencari papa, sebab itulah perkara pertama sejak berpuluh tahun dulu aku buat bila balik kampung, menyalami papa. aku menghapiri jenazah papa yang kaku di ruang tamu. tanpa mempedulikan beberapa ahli keluarga lain yg sedang mambaca Yassin, aku mencium wajah papa yang pucat dan kaku. pun begitu aku masih mampu mengawal tangisan,cuma air mata yang keluar tanpa henti. aku mengambil wudhu dan membaca Yassin.

seusai bacaan Yasin kali pertama, aku keluar menjenguk anak2 dan mengambil barangan dari kereta. anak2 aku terutama Luqman terpancanr kesedihannya, biasanya Luqman yang suka menemani Tokpa menonton bola live di astro bila kami balik kampung. heh... aku memang tak suka bola.

dah selepas bawa barang masuk dan mengurus tempat tidur anak2 aku kembali ke jenazah menghadiahkan Yassin disebelah aruah. jika ramai orang membaca Yassin, aku turun ke dapur seketika melayani saudara mara yang sudah sampai dan bertandang. bila ramai dah mengundur diri untuk pulang dan tidur, hanya aku dan ma (emak tiri aku) yang berada disisi jenazah. aku biarkan Ma tidur disisi jenazah, aku tau ma sangat sedih walaupun redha dengan pemergian papa. aku mengulangi bacaan Yassin sehinggalah azan subuh. selepas azan, aku solat disisi papa dan menyambung surah Yassin. dalam keluangan waktu terutama selepas membaca Yassin, akan aku kucup wajah dan dahi papa. aku tau selepas ini, dah tiada lagi peluang untuk aku mengucupinya.

dlm jam 7am, imam masjid kampung aku datang dan memaklumkan bahawa urusan pengkebumian terpaksa dibuat selepas solat jumaat kerana terdapat dua kematian untuk diuruskan. kami setuju, apatah lagi mendapat makmum yang ramai untuk solat jenazah sebab memang solat jumaat bilangan makmunnya sangat ramai.

dlm jam 10am, jenazah papa dimandikan dan dikapankan oleh pihak masjid dan kami adik beradik diberi peluang memandi dan mengapankan bersama2. selepas dikapankan iaitu sebelum wajah ditutup, kami diberi peluang mengucup wajah papa buat kali terakhir. aku orang pertama mengucup papa. diikuti dengan ahli keluarga yang lain termasuk juga anak2 aku. kemudian, jenazah papa disembahyangkan oleh ahli keluarga diketuai oleh pakcik aku, ustaz shaari, yang juga imam masjid kg damak. pakcik aku terpaksa membuat solat jenazah bersama kami dirumah kerana beliau terpaksa memberi khutbah dan imam solat jumaat di kampungnya.

jenazah papa kemudiannya dibawa dengan van jenazah, aku dan adik aku imran mengiringi jenazah ke masjid. jenazah kemudiannya diletakkan dibahagian saf belakang bersama2 satu jenazah lain. aku setia menunggu disisi jenazah semasa kutbah dibaca. selepas solat jumaat, jenazah disembahyangkan serentak dan kemudiaannya dibawa ke kuburan berhampiran. jenazah papa dikebumikan dahulu.

alhamdulillah, sebagai anak lelaki paling tua, aku diberi penghormatan untuk memangku kepala papa didalam liang lahad. sementara adik2 aku dan pakcik aku memegang badan dan kaki. memang aku tak pandai, tapi imam masjid batu balai yang berada di luar liang lahad sentiasa memberi tunjuk ajar. aku buka pengikat kepala papa, menyelak muka supaya pipi papa mengentuh liang lahad bila diletakkan. kemudian kami meletakkan ketulan tanah agar jenazah tidak bergolek dan kemudian menutup lahad dengan papan. kemudian barulah ditimbus tanah sehingga permukaan. selepas itu dibacakan talkin dan doa.

aku dan adik2 antara yang paling lewat meninggalkan kuburan. serasa tidak sanggup meninggalkan papa. apakan daya, dunia kami dan dunia papa sudah berlainan. papa sudah memasuki alam kubur sedangkan kami masih dialam duniawi.

balik kerumah, aku bersihkan diri, dan solat asar. selepas solat, semasa ditikar sembahyang, semasa berdoa itulah baru aku mula mengalirkan air mata dan menangis. papa dah tak ada lagi untuk menasihati aku, untuk memanjakan aku. aku dah jadi anak yatim piatu. aku menangis semahu mahunya. isteri dan anak2 memeluk aku dan menangis sama. jiwa aku benar2 kosong. aku beritahu pada isteri aku rasa kosong dan aku nakk tidur. aku nak rasa semua ini adalah mimpi, dan bila aku sedar nanti papa masih ada. melayan aku berbual setiap kali aku balik kampung. aku minta isteri kejutkan aku sebelum maghrib sebab aku perlu ke surau untuk mengajak jemaah ke rumah untuk majlis tahlil. sebelum itu aku dah minta adik dan ma aku uruskan membeli barangan untuk majlis tahlil. aku dapat tidur dengan jiwa aku yang kosong. biasanya aku memang tidak boleh tidur siang, kecuali jika aku sakit.

bila sedar, aku mencari papa. aku kehulu kehilir didalam rumah, sehingga ditegur. aku bergegas mandi dan ke surau untuk solat maghrib dan isyak, kemudian balik ke rumah untuk tahlil. malam itu aku menghadiahkan Yassin, dan akhirnya aku tak sedar bila masa aku tertidur.

kami membuat tahlil 3 malam berturut2 memandangkan aku masih bercuti. adik2 aku ada yang terpaksa balik ke rumah masing2 atas desakan kerja. syukurlah aku masih dapat lama dirumah sebab syarikat memang memberi cuti ehsan.

kepada rakan2 beragama Islam yang singgah disini, sudilah kiranya turut sama menghadiahkan Surah Al Fatihah kepada arwah ayahanda saya Pauzi bin Muhammad. semoga arwah diampunkan segala dosa semasa hidup didunia, dan diberikan kelapangan di alam kubur. moga-moga arwah dilimpahi dengan rahmat Allah untuk ditempatkan di Syurga pada hari akhirat kelak. Insya Allah.

AL-FATIHAH.