Tuesday, February 22, 2011

Menyorok Dalam Almari Kerja

dalam pekerjaan aku sebagai orang HR, aspek disiplin ni sangat penting. even dilabelkan sebagai suka mencari kesalahan orang, aku redha. aku buat bukan sebab aku dengki terhadap perangai mereka yang suka melanggar kesalahan, tapi kekadang sakit hati je dengan perangai mereka yg macam tapir afrika tu.

kesalahan orang ni kadang2 sengaja dicari, err maksud aku kdang2 aku sengaja datang awal tunggu depan pagar tunggu orang lewat datang. lewat kalu..... sendiri mau ingatlah. pun begitu kadang2 kesalahan tu tak perlu dicari, ia datang by chances.

beberapa hari lepas semasa aku tengah melawat production, aku teringat nak jumpa seorang supervisor ni sebab ada benda aku nak tanya. aku tanya pekerja bawahannya yg berbangsa vietnam. mamat vietnam ni masih baru lagi, jangankan cakap melayu, cakap orang puteh pun dia tak reti. selalunya guna bahasa isyarat je.

melayu : where your supervisor?
vietnam : tu... (sambil menunjukan meja kerja supervisornya)
melayu : (ke meja kerja tersebut, tapi tiada orang)where?
vietnam : (menunjuk isyarat di meja kerja) boss... boss got.
melayu : (agak panas) where your boss?
vietnam : (terkejut dan biskas berlari ke almari besar di sebelah meja kerja) boss (sambil menunjuk kedalam almari).
melayu : (berfikir bahawa supervisor tersebut mencuri tulang dengan menyorok dalam almari, segera mengeluarkan henpon dan bersedia snap gambar). open. buka almari.
vietnam : (membuka pintu almari). here boss ....
melayu : (mencari2 sambil bersedia ambil gambar. takde orang). no.... tak ada orang. where boss ?(suara digarangkan tahap lapan)
vietnam : here boss (sambil memegang beg kerja supervisor tersebut).
melayu : (dah faham bahawa vietnam tu sebenarnya nak tunjukkan bahawa supervisornya kerja, tapi may be pergi ke tempat lain sebab ada kerja). ok.ok....


lahanat punya vietnam, terkena aku. sudahnya aku dail je nombor telefon supervisor tu. ye lah, alang2 telefon dah ditangan sebab nak ambik gambar orang tidur dalam almari tadi kan. rupanya supervisor tu pergi memerut (ke tandas).

Monday, February 21, 2011

40 Orang Terkaya Di Malaysia 2011


sabtu lepas puas aku melilai sekitar port klang cari buku malaysian business keluaran terbaru untuk tengok senarai 40 orang terkaya di malaysia. pegi kedai2 buku biasa, takde. ke giant, takde. dan alhamdulillah jumpa kat kedai budu di tesco.

aku bukanlah pembeli setia majalah ni, aku cuba wajib beli keluaran 16th februari setiap tahun kerana mereka mengeluarkan senarai 40 terkaya di malaysia. keluaran2 lain tu, kadang2 aku beli jugak (tengok topik dan budgetlah).

syukurlah, dalam negara lain duduk bergolak, negara kita semakin ramai orang kaya. yang kaya pula mengikut buku ni dah bertambah kaya. heh... orang macam aku ni bilalah nak kaya. setakat sarapan roti dan kaya je lah.

oklah, ini senarai 40 orang terkaya di Malaysia mengikut Malaysian Business keluaran 16 Februari 2011 :

1. Robert Kuok Hock Nien (Kuok Group & Kerry Group)
2. T Ananda Krishnan (Usaha Tegas)
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank)
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corp)
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting)
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong)
7. Tan Sri Syed AlBukhary (Albukhary Foundation)
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting)
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau)
10. Ong Bee Seng (Hotel properties ltd)
11. Tan Sri Azman Hashim (Arab MAlaysian)
12. Tan Sri Vincent Tan (Berjaya)
13. Datuk Lee Yeow Chor (IOI Corp)
14. Lee Yeow Seng (IOI Corp)
15. Datuk Seri Lee Oi Hian (Batu Kawan)
16. Datuk Lee Hau Hian (Batu Kawan)
17. Tan Sri Yeoh Tiong lay (YTL Corp)
18. Tan Sri Lau Cho Kun (Hap Seng Consolidated)
19. Datuk Mokhzani Mahathir (Kencana Petroleum)
20. Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling (Sunway)
21. Tan Sri Dr Lim Wee-Chai (Top Glove)
22. Tan Sri Francis Yeoh Sock ping (YTL Corp)
23. Datuk Yeoh Seok Hong (YTL Corp)
24. Datuk Yeoh Seok Kian (YTL corp)
25. Datuk Mark Yeoh Seok Kah (YTL corp)
26. Datuk Michael Yeoh Sock Siong (YTL Corp)
27. Datuk Seri Tony Fernandes (Airasia)
28. Datuk Kamarudin Meranun (Airasia)
29. Puan Sri Chong Chook Yew (Selangor Properties Bhd)
30. Datuk Shahril Shamsuddin (Sapuracrest Petroleum)
31. Shahriman Shamsuddin (Sapuracrest Petroleum)
32. Tan Sri Liew Kee Sin (SP Setia)
33. Tan Sri Yaw Teck Seng (Samling Group)
34. Ong Leong Huat (OSK Group)
35. Tan Sri Leong Hoy Kum (Mah Sing Group)
36. Lee Swee eng (KNM Group)
37. Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah (Gamuda)
38. Datuk Tan Heng Chew (Tan Chong Motor)
39. Datuk Seri Stanley Thai Kim Sim (Supermax Corp)
40. Datuk Tony Tiah Thee Kian (TA Group)


analisis? malas nak buat. orang Melayu kita hanya berapa kerat je dalam senarai. tapi kalau nak diikutkan orang yang dapat habuan bila sesebuah syarikat berhad nak dibuka ialah orang kita. adakah mereka bersifat zuhud dengan tidak mendedahkan harta atau memang harta2 itu sememangnya tidak lekat ditangan mereka.

pun begitu aku setuju ahawa ramai orang melayu yang kaya tetapi tidak dapat didedahkan kekayaan mereka kerana syarikat2 mereka berstatus sendirian berhad. tiada saham, dan tiadalah dapat ditentukan nilai kekayaan. well..... bagus jugak

Friday, February 18, 2011

Jangan Peduli Apa Kata Orang

dalam kehidupan kita seharian, kita kena ikut apa kata diri kita sendiri. memang payah kalau nak ikut kata orang lain. yang senang ikut hati kita, tapi kenalah berlandaskan Iman. ikut hawa nafsu, nanti lesu beb!

dalam hidup aku pun begitu, banyak menda aku buat cara aku. baik dalam kehidupan hadian atau pekerjaan. kalau semua menda nak buat ikut apa orang cakap, mampus. tau lah, orang ni cakap ini, orang lain cakap itu. kalau semua menda nak kena ikut, tak payah hidup.

dalam berblog juga begitu. bila aku hari2 tulis entry, orang kata aku takde kerja lain nak buat. kalau aku update seminggu sekali, orang kata aku pemalas. habis, camno.

cakap pasal jangan ikut cakap orang nanti jahanam hidup, aku teringat satu kisah.

begini kisahnya .......

pada zaman dahulu, ada seorang pengembara dan anak lelakinya. mereka mengembara di seluruh negara cina menaiki keldai. ketika memasuki sebuah bandar dengan kedua-duanya mengunggang keldai, mereka terdengar ada suara berkata "ish.ish..ish... kesiannya keldai tu. dah la kecik keldai tu, dua-dua orang pulak naik atasnya. tak patut betul. sepatutnya bagi anaknya yang lebih kecil naik keldai itu, barulah sesuai. pengembara itu turun dari keldai dan membiarkan anaknya menunggang keldai itu berseorangan.

mereka teruskan perjalanan melalui bandar itu. tiba2 mereka terdengar ada suara2 orang di tepi jalan berkata "ish.ish.ish... tak patut betul. anak yang masih muda selesa naik keldai, sedangkan ayahnya yang sudah tua dibiarkan berjalan". si anak faham kehendak orang ramai, dan turun dari keldai dan memberi peluang si ayah menunggang keldai pula. mereka meneruskan perjalanan.

dengan siayah menunggang keldai, mereka meneruskan perjalanan. tiba2 mereka terdengar perualan lagi. "ish.ish.ish.. teruknya si ayah. ayah selesa naik keldai, anak yang masih kecil dibiarkan berjalan kaki. tak patut betul. kalau nak adil, biarlah dua2 jalan kaki.".

mereka dua beranak berjalan kaki sambil menarik keldai. tiba2 ada lagi suara2 berkata "ish.ish.ish.... apa la bodoh punya manusia. mereka ada keldai, dan keldai memang kerjanya untuk ditunggangi. semua jalan kaki buat ape. membazir je ada keldai".

begitulah kitaran naik turun keldai. bila naik, orang cakap turun. bila turun, ada orang suruh naik. so, jangan peduli apa orang kata, ikutlah kata hati masing2.

Thursday, February 17, 2011

Ikan Kekacang Punca Muntah Darah

sebagai orang melayu, kita tak boleh lari dari isu2 mistik. ye lah, tak melayu kalau tak percaya kuasa2 bomoh. heh! bagi aku secara peribadi, unsur2 mistik juga wujud.

aku tiba2 teringat kisah mistik ni sebab petang tadi sedang2 asyik bekerja tiba2 adik aku imran sms. dia beritahu dah tau apakah mana lain bagi ikan kekacang yang menjadi makanan pantang keturunan kami. heh... bunyi cam tahyul. kami bermain sms, dan jawapannya ialah ikan barracuda. bagi yg biasa memancing, taulah, tapi bagi aku yang memancing tapi banyak nama ikan tak kenal ni, tak kenal jugak.

ikan kekacang ni dah lama jadi taboo keturunan kami. dari generasi ke generasi. aku pernah tanya datuk aku dulu, kenapa pantang makan ikan kekacang. datuk aku 'tok mat' cakap itu diarahkan sejak zaman berzaman. aku tanya apa jadi kalau makan jugak ikan kekacang?. tok mat jawab "makan je lah kalau nak tau. heh.... seram sejuk pulak pulak aku nak cuba ikan kekacang, bukan takat keluarga aku di pahang, ia juga sebenarnya menjadi suatu pantangan untuk seluruh keluarga besar aku dibelah papa aku.

banyak kali aku pernah diceritakan tentang sejarah atau mitos disebalik pengharaman makan ikan kekacang ini. mungkin pada ramai orang ia nampak kelakar. tapi bagi keluarga aku, kami menghormati kisah ini sebagai lagenda keluarga.

begini kisahnya......

pada zaman dahulu, moyang2 aku kerja dilaut. kerja nelayanlah... tak kan kerja pelantar minyak atau polis marin pulak. hari2, tak kala air laut cantek, beliau akan ke laut untuk mencari rejeki. dengan mendayung sampan kolek berseorangan, beliau keluar ke laut awal pagi, dan pulang petang.

macam2 hasil laut yang diperolehi, kadang2 langsung tak dapat apa. suatu hari, sedang beliau mencari rejeki dilaut, sampan koleknya dilanda badai. koleknya tenggelam. beliau hanya mampu berdoa agar diberikan usia panjang dan selamat kembali ke pangkuan keluarga. doanya diperkenankan Allah.

dilaut yang luas dan tanpa sesuatu untuk berpaut, beliau berusaha berenang ke pantai yang langsung tidak nampak pasirnya. sangat jauh. tiba2, dengan izin Allah datanglah sekawanan ikan kekacang yang satu2 sebesar lengan dan peha menjai pelampung di celah ketiak dan badan dan membawanya ke pantai.

akhirnya, beliau selamat tiba dipantai hasil pertolongan sekawanan ikan kekacang tadi. dah orang melayu yang mengenang budi, beliau telah bersumpah di tepi pantai an dihadapan sekawanan ikan kekacang berbunyi " Aku bersumpah bahawa tiada dari keturunan aku yang akan memakan keturunanmu (ikan kekacang)". panjang lagi sumpahan tu, toksah la aku cerita.

sejak dari peristiwa itu, beliau masih tetap ke laut. paham2 la zaman2 moyang2 kita dulu mana ada pasaraya. kalau ada pasaraya, bolehlah jugak mintak kerja sebagai jaga. biasalah orang melayu, tua2 kerja jaga pasaraya. dalam mencari rejeki dilaut, sesekali dapat juga ikan kekacang, akan segera dilepaskan. dan telah dipesan melalui generasi ke generasi bahawa 'tidak dibenarkan makan ikan kekacang'.

sebenarnya apa yg dilarang itu yang nak dicuba. tapi mengenang entah apa jadi kalau makan ikan kekacang, rasa takut la pulak. takut pulak jika muntah darah sampai mati.


hehe.... weii... ada ke yang percaya cerita aku ni. jangan percaya beb! korang makanlah ikan kekacang tu, tak de siapa marah. cuma bagi keluarga aku, even tak kata taksud dengan menda2 mistik ni, masih tak berani makan. akan aku sampaikan kepada anak2 cucu aku agar tidak sewenangnya menangkap an memasak ikan kekacang. percaya atau tidak, itu hak mereka.

jangan biarkan diri anda diseliputi misteri.

Tuesday, February 15, 2011

Hari Memperingati Kekasih

Hari ni adalah hari yang sangat dinantikan. biasanya kalau hari kelahiran sendiri, kita sambut bersama keluarga. tapi hari ini adalah hari kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. dan ianya diraikan diseluruh dunia.

semalam (14/2/11) rata2 manusia meraikan hari kekasih atau Valentine's Day, hari ni ialah lebih meriah sebab ia adalah Hari Memperingati Kekasih yang sebenar. Hari memperingati Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W.

aku seperti manusia lain meraikan hari keputeraan Baginda ini dengan penuh kesyukuran. Syukurlah dengan nikmat Islam dan nikmat Iman yang telah dikembangkan oleh baginda Rasullulah S.A.W.

Tiada aktiviti spesifik meraikan, sekadar melakukan sedikit amalan pada sebelah malamnya. hari ini, sekadar mengadap kaca tivi melihat siaran perarakan di putrajaya dan kemudiannya mengenang sirah Baginda dengan membaca kembali buku Biografi nabi Muhammad S.A.W.





Tajuk : BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH - PERJALANAN HIDUP SEORANG NABI
Penulis : PROF. DR. ZULKIFLI MOHD. YUSOFF & DR. NOOR NAEMAH ABD. RAHMAN
Terbitan : PTS ISLAMIKA SDN BHD
Bilangan Muka Surat : 481
Harga : RM 35.00

Sebenarnya ini bukan buku yang baru aku beli. ia aku beli masa ada karnival jualan buku di kompleks PKNS Shah Alam pada 01/01/2010 yang lepas. dah baca sebelumnya. since banyak kelapangan waktu, aku mentelaah semula bagi mengenang kisah Junjungan Besar kita itu. kepada yang belum pernah membaca buku yang diterbitkan sejak 2007 ini, ia adalah satu buku biografi yang cukup lengkap. ia bukan seperti buku2 yang kita baca disekolah yang rata2 adalah membosankan. buku ini sangat teratur dan banyak kisah baginda yang dipaparkan didalamnya ramai antara kita tidak pernah membacanya dimana2. ayat2nya pula cukup mudah dan cukup mesra pembaca.

rata2 hari ini sebelah pagi hampir semua channel tivi siarkan rancangan keagamaan. pagi je lah.... namun syukur alhamdulillah, banyak surau dan masjid termasuk surau taman perumahan aku adakan forum perdana ehwal Islam bagi memperingat hari ini.

kepada diri aku dan semua, aku menyeru agar sama2lah kita memperbanyakkan selawat atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. jika amalan baik kita tak boleh lakukan pada hari keputeraan Baginda ini, harap2 janganlah kita membuat kemungkaran. maklumlah hari cuti, semua orang akan berseronok.

Wednesday, February 9, 2011

La Tahzan, Jangan Bersedih

secara jujur, aku memang suka beli buku. sama ada buku ilmiah, novel, buku berkaitan hobi, komik / kartun dan tidak terkecuali buku agama. aku suka beli, tapi masalahnya aku tak selalu ada banyak masa untuk membacanya. masa kemas2 buku kt stor baru2 ni, rasanya ada dalam 17 novel yang aku beli tapi masih belum baca. heh.... masih berplastik lagi.

membazir? takdelah. aku akan baca jugak suatu hari. kalau nak baca sikit2 memang boleh, tapi aku tak suka baca sambung2. potong stim! aku kalau baca, biasanya aku akan pulun baca sampai habis.

tahun ini, untuk kategori buku ilmiah, semalam (7/2/11) adalah kali pertma aku beli. bukan kartun banyak le. sebenarnya tak sengaja, tak rancang nak belipun. kebetulan masa ada urusan di shah alam, aku singgah kedai buku marwilis. dan, ternampak satu buku yang aku rasa tergerak hati nak membelinya. may be aku pernah dengar pasal buku ni di mana2 blog, facebook atau dimana2. kalau nak dengar cerita buku ni kat opis aku memang tak logik, rata2 sahabat2 aku memang tak minat buku. kalau yg perempuan pulak, setakat novel je. argh, tak kisahlah, yang penting ia menjurus kepada keinginan aku membelinya.

aku pegang, aku baca muka surat belakang. penulis yang aku tak kenal, bukan orang Malaysia. apa yg menarik sampai diangkat sebagai 'best seller' di Malaysia?

aku belek2 dan randomly baca. wow! menarik. so, aku beli satu. banyak edisi buku ni, ada kulit tebal, nipis, kecik, besar dan sebagainya. aku ambik yang sederhana, harga dalam RM29.00 sebuah.



secara jujur aku belum khatam lagi buku ni. baru baca suku je. aku boleh pulun baca habis dalam sehari macam aku baca novel, tapi ia lain. walaupun ia ditulis cukup santai dan bersahaja, ia sarat dengan mesej. contoh2nya sangat dekat dan terasa sangat mudah. konsepnya aku cukup suka dan seronok membacanya. since aku belum baca abis, aku ulas setakat aku baca je.

kita manusia tak boleh lari dari ditimba masalah, musibah dan kedukaan. buku ini merubah minda kita supaya bersyukur dan bersabar kerana masalah itu bukanlah pengakhiran cerita. kita diajar bersyukur bahawa even kita miskin, kita masih ada diri kita sebagai kurniaan paling berharga. harga penglihatan kita mampukah ditukar ganti dengan bukit2 emas?

aku mengesyorkan buku ini kepada kawan2 semua. even jika kalian tidak bersedih atau dah cukup kaya raya, buka ni boleh merubah minda kita supaya lebih menghargai diri dan setiap satu disekelilling kita.

Sunday, February 6, 2011

Goreng Pisang Timbang

kalau orang yg kenal aku diawal2 aku berblog, mereka pasti masih ingat bahawa blog aku ni lebih kepada makan-makan. ye lah kita perlu makan untuk hidup. kalau bab2 makan ni aku paling suka char kuew teow, chicken chop, nasi lemak, roti canai telur, cendol pulut. kalau bab kuih, aku suka goreng pisang.

bercerita pasal goreng pisang, dah macam2 goreng pisang sedap aku cuba. dari goreng pisang goreng dua kali berhampiran masjid lama bandar jerantut. goreng pisang azmi di tepi komuter shah alam. goreng pisang sambal kicap seksyen 16 shah alam. goreng pisang bijan bandar sultan sulaiman, semua aku dah cuba.

tapi.... beberapa hari lepas masa risik2 kat mana ada goreng pisang sedap, seorang kenalan baru beritahu bahawa ada satu goreng pisang sedap kat area bandar sultan sulaiman. since sabtu ahad aku ada di rumah, akupun ke sana mencarinya. agak keliru jugak nak cari sebab banyak gerai2 kecil menjual kuih ditepi jalan, dan Alhamdulillah kami menjumpainya.


gerai yang kecik, dijaga oleh dua orang wanita baya mak2 kita. gerainya punya la tak strategik. mula2 aku was2 adakah ini gerai goreng pisang aku dicanangkan itu. bila aku tanya harga, makcik tu tanya nak berapa gram, aku mula rasa ianya betul. orang yang rekomenkan aku gerai tu bagitau bahawa goreng pisang disitu dikira secara timbang.
ye, goreng pisang dijual secara timbangan. aku first time dengar, dan sabtu lepas aku kali pertama membelinya. rm1.00 untuk setiap 100 gram. aku beli 300 gram, harganya rm3 hengget.

since aku pergi sekeluarga, dan aku ingat goreng pisang tiga hengget cukup banyak untuk seisi keluarga aku, aku silap. tak sampai rumah lagi, goreng pisang dah abis. tak cukup lagi. aku jadi marah, hari ni (ahad) aku repeat ke gerai tu lagi.

kali ni aku borang 500 gram. berapa harganya adik2? 100 gram = rm1.00. jadi, 500 gram = rm5.00. ye betul! masa aku beli semalam dalm pukul 3pm, aku pelanggan pertama kot. hari ni aku pergi, orang dah ramai menunggu. tunggulah makcik tu menggorangnya. dah la kuali ada satu. biasalah, orang melayu berniaga. sekadar cukup makan dah cukup, duit tak boleh bawak ke kubur.

masa menunggu, seorang perempuan dihadapan aku nak beli 1 kilo, iaitu rm10.00. makcik tu siap sound dia, beli sikit2 dah la. orang lain nak makan jugak. kalau nak, rm5 cukup. tegas je makcik tu cakap. kecut telur aku. aku yang nak beli rm5 tadi dah mula berkira2 nak beli rm3 je. atau kalau dia jengilkan mata, may be aku beli rm1 je. tapi bila giliran aku, melihat muka aku yang putih bersih ini, makcik tu cakap kalau nak rm5 boleh. aku bersyukur, adalah benda untuk makan masa lepak2 kat muara nanti.

lepas membeli goreng pisang, kami ke muara atau lebih dikenali sebagai tanjung gila,
nak bercuti jauh2, budget takde. so, takat tengok ombak di tepi muara tu cukuplah. aku hampar tikar, dan dapatlah kami 5 beranak berehat sambil menikmat kesedapan goreng pisang timbang yang turut dikenali sebagai 'goreng pisang keropok' oleh mayarakat disini.

disini angin sepoi2 bahasa. pemandangannya cantik dengan berlatarbelakangkan kapal2 kargo yang lalu lalang. sesekali ada feri pulau ketam. pemandangan orang berkelah bersama keluarga, pasangan muda memadu kasih, orang memancing dan diselang seli dengan kehadiran gagak2 mencari makanan. anak2 aku asyik berkata itulah burung gagak tua yang dinyanyikan disekolah mereka. berpuluh kali aku cakap bukan burung gagak tua tetapi burung kakak tua, berpuluh kali juga mereka kata aku tipu, mana ada burung kakak yang sudah tua. burung gagak tua adalah. biarlah!

kepada kawan2 yang nak merasa 'goreng pisang keropok' atau goreng pisang timbang ini. ye lah nak pastikan betul ke yang aku cakap ni, korang kenalah ke bandar sultan sulaiman, port klang. gerai ni terletak tidak jauh dari sekolah menengah kebangsaan bandar baru sultan sulaiman.

apa yang menarik tentang goreng pisang ini dan berbeza dengan goreng2 pisang jenis dipotong halus ialah ia garing tetapi tetap lembut walaupun sudah sejuk. pisang digunakan ialah jenis pisang abu. sambil2 menjeling, aku dapat lihat bahawa sebijik pisang dipotong 5-6 bahagian. even kecil, ianya sedap dan kita memang makan pisang bukan makan tepungnya.

so, apa tunggu lagi ..... jom pekena goreng pisang timbang ni.

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Tahun Baru Cina 2011

esok, 03 februari 2011 sahabat2 kita yg berketurunan cina akan menyambut tahun baru cina. heh... secara automatiknya mereka akan sama menyambut hari jadi aku. grand gile hari jadi aku tahun ni, pun begitu aku risau jugak esok nak gi beli kek, semua kedai kek tutup. ye lah, hampir 99% kedai kek memang kedai orang cina. pun begitu, save sikit budget, may be makan kat kfc atau pizza hut je. argh... aku bukan suka pun sambut hari jadi, tapi saje buat untuk keluarga.

dalam menyambut tahun baru cina ni, ada beberapa perkara yang aku sempat berfikir.
1) tiada nasihat polis dalam berita ttg larangan main mercun. budaya diorang, tapi gomen kena fairlah sebab diorang declare haram. pun begitu aku setuju bahawa org cina main lagi meriah, satu2 keluarga habiskan ratusan ringgit utk mercun, tapi berita putus jari, hilang nyawa takde dengar. mereka tak sekreatif org melayu yg modified mercun subaya berbunyi macam bom atom.

2) semua tivi tulis "selamat tahun baru cina". hanya rtm tulis "selamat tahun baharu cina". yg mana betul? lantaklah.

bercakap pasal tahun baru cina ni, aku pun sama meraikannya. dari 4 syarikat aku kerja, hanya syarikat pertama orang india. 3 lagi milik orang cina. so, dah mangli dengan budaya mereka. makanan mereka juga banyak yg aku suka makan, tapi bukan 'bak kut teh' la. beberapa hari lepaspun aku dan beberapa org kawan ada berkunjung ke restoran cina muslim di port klang. biasanya kami ke taman sri andalas, since kedai ni baru bukak dan nampak ramai je orang sepanjang masa, aku harus cuba.

Restoran Rahmat Tan terletak di area pasaraya Giant port klang.


kedai cina ni aku memang tak boleh lari dari makan 'fried kuew teow cantonese style. ataupun makan nasi ayam. masa ke restoran tu, fried kuew teow cantonese takde dalam menu, nasi ayam habis, ayam masa lada kering takde dlm menu. heh... kali pertama ni restoran cina takde menda kegemaran aku ni. ok lah, malas nak cuba menu2 lain yg memang aku tak berapa berkenan, aku cuba yee mee hot plate. air, aku cuba bandung cincau.



secara jujurnya, yee mee tu pada aku biasa2 je. takde yg terasa hebat sangat. jika nak dibandingkan, yee mee hot plate kat foodcourt pasaraya giant bukit tinggi lagi sedap. makanan kawan2 yg aku cubapun biasa2 juga. may be citarasa mereka lain dari yg aku nak. pun begitu restoran mereka selalu penuh. may be lain kali aku nak cuba nasi ayam, kata kawan2 yg pernah cuba, ianya sedap.

ok lah. kepada semua sahabat berbangsa Cina, aku ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU CINA" moga kehadiran tahun ARNAB ini membawa lebih kemakmuran dan kemewahan kepada kita semua.