Monday, August 31, 2009

MERDEKA!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana atas kurnianya, negara kesayangan kita MALAYSIA ini masih diberi peluang untuk terus merasa nikmat MERDEKA.

usia 52 tahun ini sebenarnya bukanlah suatu usia yang terlalu lama untuk didabik dadakan. sejarah kemerdekaan kita masih baru, masih banyak lagi agenda nasional yang perlu kita laksanakan. perlaksanaan ini janganlah kita serahkan sahaja pada ahli2 politik sahaja, mereka juga manusia, dan semestinya mereka juga ada agenda sendiri untuk poket mereka. jangan hipokrit, kita kena akui bahawa ahli politik terlalu ramai dan persaingan kuasa terlalu hebat sekarang. yang menang tu tentu terpaksa berusaha untuk mencapai sesuatu semasa berkuasa. cuba korang sebut satu ahli politik yang berkuasa tapi miskin hina?? memang takde!

dalam meneliti kemerdekaan ini, aku sangat risau tentang kerapuhan perpaduan dikalangan kaum sekarang. semuanya kerana ahli politik. semua nak besarkan cerita, semua nak perjuangankan kaum mereka. orang cina terus mengatakan mereka selalu ditindas oleh kerajaan yang dominannya dikuasai orang melayu. orang india selalu mengatakan mereka ditindas dari segi ekonomi dan sosial. orang melayu?? selalu jadi orang baik, menurut sahaja bak kerbau dicucuk hidungnya. ahli politik melayu aku tengok kurang bermaya nak membela orang melayu. apa bangsa lain minta, kita bagi je. kouta perumahan, kouta tanah, kouta biasiswa, kouta pecahan kuasa, kouta tempat ipta, kouta saham dan lain2 senang2 je kita bagi. semua atas dasar toleransi bangsa melayu. aku tak kisah, tapi yang memerlukan akan kisah.

cukuplah sentimen perkauman. kaum2 lain kena sedar diri bahawa mereka bertuah mendiami bumi malaysia ini kerana adanya toleransi orang melayu. dah dulu nama tanah melayu, kita bertolenrasi namakan malaysia. jangan lupa bahawa dalam ejaan malaysia itu ada elemen orang asal negara ini iaitu "MALAY" atau orang melayu.

dari kecil hingga besar, aku tidak diajar memusuhi bangsa asing. di kampung aku, kami bermasyarakat dengan semua bangsa; melayu, cina, india, asli dan sekarang bermasyarakat juga dengan orang bangladesh, vietnam, indonesia, myanmar, thailand, filipina, china, india, pakistan dan sebagainya. kami hidup aman. bila pergaduhan kecil tercetus, kami tak salahkan bangsa, ia salah individu. dulu masyarakat tanah melayu terima kaum cina, dan india sebagai pendatang yang datang ke sini untuk berdagang atau menjadi buruh; kini mereka adalah warganegara. tak mustahil suatu hari, bangsa bangla, indonesia, nepal, vietnam, dan sebagainya ini turut menjadi sebahagian bangsa malaysia juga. dah ramaipun yng jadi orang malaysia hasil perkahwinan dan menjadi penduduk tetap kerana lama tinggal di sini. so what!!

akhir kata, aku menyeru diri aku dan kawan2 yang lain agar sama2 memelihara kemerdekaan negara kita ini. nak gaduh2 buat apa, negara kitapun kecik aje. cukuplah dibezakan kita orang melayu, jawa, boyan, cina, india dan sebagainya. cukuplah dikelaskan diri kita sebagai orang semenanjung, sabah atau sarawak. cukuplah juga kenalkan kita sebagai orang kelantan, orang teganu, orang pahang, orang melaka, orang johor dan orang negeri itu dan ini. Sekarang adalah masa kita kenalkan diri kita sebagai ORANG MALAYSIA.


DAULAT TUANKU!

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 52.





IZZI ADVERTIZING--------------------------------------

Sunday, August 30, 2009

Beli Makanan Di Siang Hari

sebelum aku mengarut lebih lanjut, aku nak langsaikan tag dari sonata anak kancil (http://sonata14.blogspot.com). dah berhabuk dah sebenarnya tag ni, ini baru ada kesempatan nak carik balik menda2 yang tertunggak.

tag ni mengenai beg bawak pergi kerja. aku ambik masa yang lama untuk buat tag ni kerana aku memang jenis tak bawa beg pergi kerja. untuk melengkapkan tag ni aku ada jugak selongkar koleksi beg2 aku dirumah untuk bawak ke opis dan anggap ia sebagai beg kerja. tapi.......

semuanya hampa. aku memang takde beg kerja. yang ada dirumah hanya beg balik kampung, beg naik flight, beg komputer, beg sandang untuk letak koleksi syiling, beg outing, dan beg bimbit utk letak barang kalau pegi training. sebab aku dulu pengakap, kebanyakan beg aku jenis beg sangkut belakang. semua aku tak bawak pergi kerja, kecuali nak menunjuk2 duit syiling kat kawan2. beg yang aku bawak gi kerja cuma beg duit (yg lebih banyak kad dan kertas dari duit). lagi satu beg yang aku bawak ke syarikat tapi tak bawa masuk opis ialah beg untuk persiapan wife bersalin. duduk dalam bonet kereta je, senang kalau nak bersalin just ambik wife dan terus ke hospital.

yahooooooo.... selesai tugasan. sekarang masa bercerita.

dalam bulan puasa ni ramai kata cabaran tersebar ialah menahan diri dari lapar dan dahaga. betul! termasuk jugaklah jaga mata ye... tapi sebagai seorang yang bergelar bapa kepada anak2 yang masih kecil, cabaran yang besar pada aku ialah kesanggupan beli makanan dan minuman dikhalayak ramai pada siang hari. bukan untuk aku, aku tak de keuzuran, untuk anak2.

tahun ni belum ada keperluan tu, tapi tahun2 lepas masa bawak anak2 pegi shopping raya disiang hari, anak2 biasanya akan kelaparan. nak tak nak sebagai bapa, terpaksalah aku pegi beli makanan/minuman. untuk elak aku kena cekup dan dibawa naik van jenazah, aku akan bawa anak2 sekali. sambil tu cakap kuat2 dalam kedai tu yang mana satu pilihan anak2. tapi mata yang memandang serong tu korang tak payah cerita la. malah ada jugak akan berbisik dan mengeji. kalau korang berada di situasi begini, jangan mengeji. kang sia2 je puasa korang. si ayah berpuasa, tapi tak kan tega si ayah membiarkan si anak kelaparan. mereka masih kecil, beelum sampai kewajipan itu ke atas mereka.

aku masih ingat beberapa tahun lepas, masa tu masih anak pertama, luqman hakim. kami sekeluarga membeli sedikit barangan raya di the store di alam sentral shah alam. dengan ramai orang, dengan memilih2 barangan, memang ia mengambil masa yang lama. luqman yang masa itu masih kecil sudah kelaparan. aku masih dah siap memilih, cuma nak membayar sahaja. dah berbaris pun. luqman yang kelaparan akhirnya menangis. luqman asyik nak berdokong dengan aku, so aku minta wife berbaris dan aku bawa luqman ke kedai kek dan roti di aras bawah plaza tu. masuk kedai tu, ramailah mata2 memandang. aku buat derk je. dengan luqman dikelekan, aku minta luqman pilih nak roti atau kek apa. jenuh jugak nak pilih, maklumlah budak. terpaksalah aku tunjuk satu2. dah beli roti, kena pulak cari gerai jual air. luqman nak susu sebenarnya, tapi aku parking jauh. akupun tak leh pegi jauh sebab aku shopping pakai kad hutang. wife cuma tolong berbaris je. aku just cari gerai jual air kotak coklat dan berikan pada luqman.

oklah, dapat roti dan air kotak tu diamlah. kesian aku tengok luqman makan. lapar sangat barangkali. terasa bergenang air mata aku, rasa bersalah pulak biarkan anak kecil yang tak tau apa2 tu kelaparan. dah beli aku berikan luqman pada ummi dia dan aku sambung berbaris membayar. then, sampai di kereta aku buatkan susu utk luqman. dapat je susu, terus terlena luqman. penat betul anak ayah.

tahun ni, tak mustahil menda yang sama berlaku lagi. may be kena shopping malam atau bawa bekal untuk anak2. ala korang tau la, emporium malaysia ni bukan mesra anak2 kecil. nak bawa menda masuk mana boleh. budak2 ni pun even kita dah bagi susu atau makan kenyang2, mereka cepat betul lapar. maklumlah mereka sedang membesar dan aktif pulak tu.

siapa lagi yang ada pengalaman macam aku tu? apa korang buat hah??




IZZI ADVERTIZING----------------------------------------

Saturday, August 29, 2009

Buka Puasa & Kad Raya Pertama

malam tadi seperti di uruskan oleh syarikat, beberapa orang staff melayu dan pihak pengurusan berbuka puasa di klang executive club (kec)yg terletak bersebelahan dengan jusco klang. abis kerja kami pergi. ramai yang tersekat dlm jammed di bandar klang. group aku bernasib baik kerana kami melalui tol shahpadu dan melalui batu belah. since orang yg booking belum sampai, kami singgah di gerai2 di tepi jalan berbuka puasa dulu.

aku tak de la excited sangat berbuka puasa malam tadi sebab mereka belanja hidangan ala chinese, bukan ala.... tapi memang chinese foods. 2 meja dikhaskan. satu meja utk staff melayu dan satu meja lagi pihak pengurusan dan staff bukan melayu. sebenarnya mereka bukan asingkan melayu dan bukan melayu tapi kami yang datang dulu arrange sendiri. since berbuka, lebih seronok kalau duduk dengan orang2 berbuka juga. hidangan di buat course by course, ada 7 atau 9 hidangan akupun dah lupa. mereka booked vip room dengan kemudahan karaoke.

ini antara hidangan yg sempat aku snap. hidangan awal2 tu aku lupa nak snap sebab dah kelaparan. kalau itu menu yg dipesan dan reserved room, hampir rm1000 dibelanjakan malam tadi. gambar memang saje aku kuningkan nak suruh nampak klasik, macam makan kat peking tahun 1960an (sebenarnya lupa setting henpon lepas bagi anak main).




















secara peribadi semua bergumbira malam tadi. masing2 pakat menyumbang suara yang ada kebanyakkannya memang sumbang. pitching lari, tak masuk tempo, tak ikut lirik, dan sebagainya. aku? aku memang tak nyanyi, aku sedar diri suara tak sedap dan aku tak menyanyi kat public. kalau nyanyi just dalam bilik air, dalam kereta atau dodoikan anak tidur. ini anak ketiga dah nak keluar, aku memang sepatutnya praktis nyanyi ni. lagu2 wajib aku kena nyanyi sudah sepertinya lagu 'lancang kuning','anak' dan lagu apa tah tajuk dia tu. lagu dia macam ni "insaflah wahai manusia, jika hidup mu bernoda........". lagu2 nasyid, surah2 Quran, doa2 tu off course la...... aku bukan orang jahiliah nak nyanyi lagu2 sekular je.

oh ye, kat sini aku nak ucapkan jutaan ribuan terima kasih pada abang long (http://novelman.blogspot.com) atas kiriman kad ucapan selamat hari raya. terharu betul. balik solat jumaat semalam tengok ada kad raya, dan inilah kad raya pertama aku tahun ni. terima kasih abang long. siapa lagi nak hantar aku kad raya, dipersilakan.





IZZI ADVERTIZING---------------------------------

Thursday, August 27, 2009

Berbuka Puasa Di rumah vs Di Hotel

sehingga hari ini, kesemua waktu berbuka aku masih lagi bersama keluarga dirumah. tapi mulai esok, nampak gayanya dah banyak undangan dan paksaan untuk berbuka puasa di luar. apa nak buat dah tanggungjawab kerja. kalau nak dibandingkan, berbuka diluar termasuk direstoran dan hotel lebih selesa dan pelbagai. apatah lagi menu2 yang disediakan sangat2 mahal dan kita dilayan bagai raja. biasalah kita dilayan sebab kita membayar harga yang tinggi untuk berbuka. rata2 hotel menyediakan hidangan berbuka dengan kadar yang agak tinggi. paling cikaipun aku tengok rm45++ per person.

secara peribadi, aku lebih suka berbuka dirumah bersama keluarga. melihat isteri dan anak2 bersama2 menghadap hidangan walaupun setakat kurma keras, agar-agar merah kosong dan air sirap; bagi aku itu dah cukup bermakna. apalah nak aku banggakan bila aku diluar makan yang enak2 bersama jemaah lain sedangkan anak2 dirumah makan sendirian. lagi sayu kalau anak2 bertanya dimanakah ayah mereka.

Alhamdulillah, setiap tahun, aku tidak lupa membawa keluarga aku makan diluar. biasanya kami akan ke bagan seafood restaurant di port klang. pelbagai aneka juadah disitu dan harga yang sangat berpatutan. dengan menempah menu yang disediakan, mereka turut menyediakan pelbagai makanan berbuka seperti kuih muih, buah-buahan dan bubur secara percuma. ambik dan makanlah setakat mana korang larat, cuma beringatlah pada orang2 lain. jangan tamak haloba ambik semua kuih tanpa meninggalkan pada pelnggan terkemudian, tapi akhirnya semuanya dibuang. bukankah puasa itu turut menekankan amalan berjimat cermat dan bersaudara. sedarlah juga bahawa orang yang membazir itu adalah saudara syaitan. korang nak jadik saudara syaitan tak?? kalau tak nak, berjimat cermat sikit. lagi satu yang aku suka pergi masa bulan puasa untuk berbuka ialah pizza hut. anak2 suka sebenarnya. tiap2 tahun mesti pergi, dah jadi tradisi pulak. tahun ni???

tahun lepas rasanya banyak jugak aku makan diluar kerana tugas dan juga bersama keluarga, antaranya klang executive club (kec), concorde hotel, crystal crown hotel, pizza hut, bagan seafood, muara ikan bakar, nelayan, dan ada la restoran2 lain yg tidak terkenal. cukuplah. orng nak belanja makan dah cukup syukur.





IZZI ADVERTIZING----------------------------------

Wednesday, August 26, 2009

Paint Your Blog Pink 2



Siapa berminat nak dapat 'NOTEBOOK HP MINI 1000' secara PERCUMA, aku cadangkan korang sertai peraduan "PAINT YOUR BLOG PINK 2" yang sedang berlangsung sekarang. sekarang maksud aku bermula 24/08/09 hingga 09/09/09. ia dianjurkan oleh WIJAYA INTERNATIONAL MEDICAL CENTRE yang boleh korang lawati di http://www.wijayamedical.com/blog.asp

Aku sebenarnya bukan suka sangat nak war2kan benda2 perempuan ni, tapi memikirkan isteri, anak perempuan aku pun perempuan, dan kanser payudara ni juga boleh menyerang lelaki jugak, aku jadi terpanggil korang untuk sama2 bercerita di blog masing2 mengenai kes2 kanser payudara, kempen kesedaran atau apa2lah yang korang rasa patut kita kongsi bersama. syarat dia senang je, korang berceritalah diblog korang tentang subjek ni, tapi sebelum tu korang kenalah isi borang dulu. kalau tak tulis borang manalah penganjur tau korang sertai peraduan diorang. tak kan itupun tak reti2. bahasa yang digunakan untuk cerita tu aku tak pasti, korang bacalah syarat2 dia. aku tak baca lagi syarat2 dia sebab aku tak de idea pasal subjek ni. tapi, kalau ada idea nanti, aku masuklah. mana tau boleh menang moto... err.. maksud aku memang notebook tu.

secara umum aku yakin setiap orang dari kita, tengok orang sebelah apahal! aku maksudkan korang sekali, semua ada kemungkinan nak kena kanser payudara. yang jantan jangan gelak, korang pun ada change jugak kena. dengan menyertai peraduan ni, atau membaca2 artikel2 berkaitan kanser payudara ni, sekurang-kurangnya kita lebih bersedia menghadapinya atau tau cara untuk merawatnya kalau dah kena. teknologi makin maju, tentu ada penawar untuk merawatnya. Agama kita juga telah menegaskan bahawa semua penyakit ada penawarnya kecuali mati. kalau dah kena kanser, jangan asyik terkurung dalam bilik je, ingat mulia sangat la tu. konon tak nak susahkan orang la, tapi sedarlah bahawa sebenarnya dengan mengurung begitu lagi menyusahkan orang lain. orang2 yang sayangkan anda dah la turut susah hati, lagi menyusahkan mereka sebab kena hantar makanan kat bilik pulak, banyak cantek!! ubah sikit diri tu, kuatkan semangat. disamping tu carilah penawar dan rawatan yang sesuai.

cerita pasal payudara ini janganlah korang ingat aku gila seks pulak. dah la kawan aku si intan yang kerja kat medical centre ni asyik mintak aku war2kan pasal ni (nasib la ko lawa intan dan ko kawan baik aku). kecik2 dulu, ikhlas aku dulu tak tau payu dara tu ape, aku ingat ia alat sulit anak dara yang masih dara (err... tak lucahkan). tapi bila sekali tu aku baca artikel yang menyebut tentang payu dara yang terpaksa dipotong satu, dan tinggal satu lagi, memaksa otak aku berfikir. kecik2 dulu aku ni jenis innocent gile, manalah tau bab2 orang pompuan ni. dah besar sikit baru aku tau yang payu dara itu ialah 'breast'. malu betul!

dalam keluarga besar aku, aku masih ingat lagi seorang mak saudara aku ada kena kanser payu dara. aku masa tu masih remaja lagi. aku agak rapat dengan makcik aku ni sebab masa aku kecik2 dulu, kalau aku buat salah dan dikejar oleh papa aku, dirumah makcik aku inilah aku berlinding dan meminta suaka politik. papa yang tau aku akan berlindung dirumah makcik aku ini biasanya akan pergi jemput aku cara baik kerana papa agak segan dengan makcik aku ini. tapi korang jangan salah sangka, papa aku baik depan makcik aku tu je. dah balik rumah, berbirat belakang dan peha aku kena libasan tali pinggang papa aku. apa nak buat, kecik2 dulu aku ni hyperaktif sangat.

sambung psl makcik aku tu tadi, aku panggil dia 'mok cik doh', itu gelaran keluarga pada dia. masa tu mok cik doh baru balik operation di kuala lumpur. aku datang melawat. aku yang agak dungu tentang penyakit breast cancer ni cuma terganga bila mok cik doh cerita pasal kesakitan, rawatan kimoterapi, kena makan ubat dan akhirnya salah satu payu daranya terpaksa dibuang. aku yang masa itu pergi sendirian mengangguk. mok cik doh tunjukkan kesan yang dipotong pada aku. sebagai anak lelaki aku cuba berpaling ke arah lain. beliau cakap "mu nok malu gapo, mu tu pakat anok jah. kecik2 dulu, k*p*k ni pun mu pernoh isap" (terjemahan : kamu nak malu buat apa. kamu tu adalah pangkat anak pada aku. masa kecil2 dulu, kamu pun pernah hisap susu dari payudara aku ni).

memang dahsyat, satu payudara beliau dah abis dipotong. berbalut,dan satu lagi aku lihat dah kehitaman. mengikut mok cik doh, yang satu lagipun dah ada sedikit jangkitan dan perlu kimoterapi berterusan. aku hanya mampu berkongsi sedih, dan aku yakin beliau azab menghadapinya. dan, beberapa bulan selepas itu, mokcik doh meninggal dunia kerana kanser dah merebak ke bahagian badan yang lain.

oklah, aku just cerita sedikit kisah sedih salah seorang ahli keluarga besar aku yang kena kanser payudara ni. moga korang ada sedikit idea nak masuk peraduan ni. aku just war2kan je, cerita aku ni tak layak pun nak menang, jadi tak payah la aku masuk.

dan dari kes makcik aku itu, aku akan cuba memastikan keluarga aku mendapat protection terbaik dari kanser ini. Insyaallah!


izzi note :
intan, ko terhutang belanja teh tarik dengan aku sebab aku tolong war2kan peraduan ko ni.

Tuesday, August 25, 2009

Orang Pertama

PERTAMA adalah kedudukan utama yang menjadi idaman setiap insan termasuk aku. kita ghairah mengejar kedudukan pertama ini, atau kita idamkan semua benda yang pertama seperti tempat pertama kejohanan pingpong peringkat kelas 3 anggur. bila dah besar sikit, dah bersunat mulalah mengejar cinta monyet pertama. malah ada manusia yang sanggup bunuh diri akibat gagal cinta pandang pertama. atau bunuh orang lain bila cinta pertama kita kembali ke pangkuan cinta pertama dia dulu.

murid2 yang terpaksa tinggal diasrama buat kali pertama pasti masih lagi terbayang saat sedih berpisah dengan keluarga. terpaksa makan nasi ikan jaket. bila dah bekerja buat kali pertama, ramai yang ghairah berjoli dengan gaji pertama. yang baik tu, gaji pertama diserahkan pada ibu atau disedekahkan pada masjid. kemudian kumpul duit untuk beli kenderaan pertama. masa depat kereta/motor pertama, pergh! hari2 lap. sebelum tidur masih sempat jenguk tingkap tengok keselamatan kereta diluar rumah.

dah ekonomi stabil, cinta pertama dah ada, kenderaan pertama dah ada, dapatlah dibina ikatan pernikahan buat kali pertama. biasanya semua pasangan berharap agar pernikahan itu adalah yang pertama dan terakhir buat mereka. tapi... yang jantan tu pula berharap agar ia menjadi yang pertama, dan lepas ni ada kedua, ketiga dan keempatnya. dah sah ikatan ijab kabulnya, pengantin masing2 tak sabar menunggu2 saat pertama bergelar suami isteri pada malam pertama. pengalaman pertama lagi indah bila si isteri bunting pelamin dan mengandung anak pertama. mabuk2 dan mengidam membuatkan suami isteri pula bahagia menanti kelahiran anak pertama. aku yakin ada bakal bapa yang mati kutu menanti kelahiran anak pertama. si bakal ibu apa kurangnya, masih belum pandai meneran, kali pertama katakan. anak pertama memang special, serba serbi baru untuknya. layanan memang kelas pertama juga. ia ditatang bagai minyak yang penuh.

tapi dalam doq seronok tentang menda2 pertama tu, pernahkah kita sedar bahawa banyak lagi benda pertama yang kita tidak tau atau kita sekadar tidak ambil peduli. misalnya tentang ORANG PERTAMA. aku bukan nak cakap pasal orang pertama yang curi hati ko dulu la... aku nak bagitau tentang orang2 pertama yang sebenarnya penting dikenali oleh umat Islam. menda ni aku dapat dari email ila (http://sinopsisdariku.blogspot.com). aku yakin ada yang akan cakap "ala, aku dah tau menda ni. kat sekolah dulu aku ada belajar". jangan cepat mendabik diri, baca dulu. sedangkan aku yang top scorer sejarah Islam pun ada yang tak pernah dengar sesetengah fakta ni, apatah lagi yang dapat takat cukup2 makan markahnya (woii.... mendabik dada sendiri la tu, buatlah selalu kalau nak kena belasah).

kalau ada sebarang fakta dibawah ini sebenarnya auta atau menyeleweng, harap mana2 ustaz, ustazah, atau sesiapa yang tau tu bagitaulah. kang aku sebarkan ajaran sesat pulak.



ORANG YANG PERTAMA

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi IbrahimAS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nbi SAW: Thuwaibah RA

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH.

9. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.





IZZI ADVERTIZING-------------------------------------------

Berpuasa Di Zaman Sekolah Dulu

Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada aku untuk berpuasa penuh dan berterawih. macam biasa, aku akan ke masjid agak lewat, aku sebenarnya lebih suka solat berjemaah dirumah dan anak2 ikut dibelakang. kadang2 tu aku pegi awal sikit dan aku hanya memerhati kanak2 dan remaja bersolat dibelakang. secara peribadi aku perhatikan kebanyakan mereka tidak serius beribadat, sebelum solat kalau nak main cuit2 masih boleh diterima, ini tidak, dah rakaat ketiga masih boleh lagi main geletek kawan sebelah, menarik kain dan ada juga mencabut songkok kawan. kalau bocah2 baru belajar aku masih boleh terima, tapi dah remaja sekolah menengah tu.... entahlah!!

cerita pasal main2 dibulan puasa sebenarnya akupun kecik2 dulupun bukan baik mana. ada main2 jugak. tapi bila dah mula sembahyang kami tak main2 lagi. papa, datuk aku dan ustaz disekolah memang pantang kalau kami main2 masa solat dan mengaji, rotanlah natijahnya jika engkar. aku pernah cerita diblog ini lama dahulu tentang group aku yg main2 dengan niat puasa, dan terus je dapat balasan di dunia lagi. nak tau? carilah entry lama2. oklah... aku cerita sikit. aku dah lupa kisah penuh dia sebab lapar ni. kalau tulis sambil minum teh dan pekena cakui baru segar sikit ingatan aku ni.

kisah berlaku jaman aku sekolah rendah, darjah 5-6 aku tak ingat. ustaz mengajar niat puasa kerana puasa kian menjelang. dah abis kelas, kawan2 baik aku norliman badrul, abidin, zamiri dan lain2 berlawak pasal niat puasa dan tarawih.

kawan 1 : niat puasa begini "Nawaitu sambogo, ambik timbo wat gi telago, nok basoh pok dogo, baru lepah belago"

kawan 2 : niat terawih pulak macam ni "nawaitu sonnatan tupat tigo bucu, cicoh nise, Allah sedaknyo"

sekonyang2, dengan takdir Allah, ustaz berpatah balik kerana ada barang tertinggal dan mendengar niat mengarut tersebut. dan mereka2 berkenaan telah dirotan oleh ustaz kami tu (kena rotan ke penampar jepun akupun dah lupa). cam biasalah, aku mana kena sebab aku tak buat. aku cuma berdosa sikit la sebab tukang gelak. tak baik betul.


lagi satu, bila belajar dibulan puasa ni, nak2 pulak lepas waktu rehat, mata punyalah stim mengantuk. dapat pulak cikgu2 yang langsung mengajar skema sangat, mau lelap seminit dua. kelas agamapun biasa lepas tengahari. dah ngantuk, fokus semua lari. badan dalam kelas, tapi roh dah merawang di gerai abang man tebu. kehijauan air tebu yang manis tu, pergh!!! menggoda jiwa. cit... akupulak terliur air tebu sekarang ni.

pernah suatu hari masa kelas agama, masa ni dah sekolah menengah kot. ustaz ajar mengenai rukun haji. aku dan lain2nya dah hilang konsentrasi. baju raya dah beli masa tu, tak sabar nak gi raya rumah makwe tersayang hari raya nanti. terbayang si dia hidangkan sirap ros biji selasih, makan ketupat dengan rendang kerbau, sesekali bergurau senda sambil baling membaling kuih gunting. dan ..... argh! bayangan wajah sidia bertukar jadi wajah ustaz, siap ada misai lagi. kacau betullah ustaz ni... ustaz nak tanya soalan.

ustaz : bidin, rukun haji ada berapa?
bidin : rukun haji ada .......... (menerangkan panjang lebar)
ustaz : bagus bidin, duduk. rizan, jemaah haji wukuf dekat mana?
rizan : er... dekat padang mahsyar ustaz.
ustaz : datang depan.... bagi tangan. (dan PAP!!! dapat libasan rotan sedas)
rizan : aduii!! salah ke ustaz.
ustaz : memang salah, wukuf di padang arafah. padang masyar tu tempat perhimpunan bila hari kiamat nanti.



IZZI NOTE :
Ini adalah berdasarkan kisah benar, tapi niat puasa dan niat tarawih adalah salah. jangan dok gatal nak ikut, berdosa besar.

Sunday, August 23, 2009

Nostalgia Ramadhan

puasa baru abis 2 hari, tapi aku dapat lihat meriah benor blog2 ghodong2 (kawan2) aku bercerita bab buka puasa, sahur, shopping raya, kuih raya, kad raya dan tidak ketinggalan entry2 peraduan. ada hadiah?? itu yg aku suka tu. kali ni aku nak cuba peraduan yang dikelolakan oleh kawan senegeri (Pahang Darul Makmur) aku iaitu puan ima (http://ima-shhs.blogspot.com). ia memaksa sesiapa yang kepingin hadiah dia supaya bercerita mengenai pengalaman berpuasa ala "NOSTALGIA RAMADHAN".

aku nak cerita pasal kenangan kecik2, akupun dah ingat2 lupa (malu nak cerita pasal tak posa sebenarnya). so, aku cerita pasal nostalgia aku berpuasa di terengganu. masa ni aku tunggu result stpm. nak baca ke?? aku tau korang tentu nak baca kan sebab tu datang blog aku, suka sangat la tu baca aku merapu. sebelum aku merapu lebih jauh, sape2 yang nak bergaduh dengan aku berebut hadiah tu silalah ke blog Ima -Shhs

Kisah Bermula.

Kisah ini berlaku dalam tahun 1995 ketika usiaku masih sweet 20. ala baru lepas periksa sijil tinggi pelajaran malaysia (stpm). aku dan adik lelakiku, imran yg juga baru abis spm saje bekerja di sebuah emporium yg tersohor di kuala terengganu. lebih selesa duduk bujang, kami menyewa di jalan banggol, sewa bilik kecik dengan mengadap masjid putih kuala terengganu. di bilik kami cuma ada sebijik radio, satu set hi-fi dengan 4 bijik sound system yg besar gedabak, tilam bujang dan bantal, heater (pemanas air), cawan + pinggan + sudu seorang satu. tiada masalah duduk bujang, aku dan adik aku happy je. kalau terdesakpun ada ahli keluarga yg akan membantu. duduk bujangpun ok, lapar kalu... turun bawak carik makanan. ada duit banyak kami makan besar, tak de duit kalu, makan megi. itu biasa!

masalahnya bila tiba bulan ramadhan. moksu aku dah bising suruh duduk rumah dia, bukan jauhpun ke tempat kerja. tapi kami malas. malas bangun pagi dan tunggu bas sebenarnya. bilik sewa kami ke tempat kerja cuma 2.45 minit berjalan kami je. kalau ada makwe lawa berjalan sama, masa yang diambik kadangkala boleh mencecah 32.17 minit. adik aku kerja bahagian sundries, aku bahagian stor. so, aku lebih ganas sikit la. tempat kerja aku banyak di stok induk emporium tu di kampung ladang. nak kesana aku kena naik lori syarikat.

tau2lah bulan puasa, emporium aku kerja buat sale gila baban. so, permintaan dan kerja terhadap pekerja stor macam aku agak teruk. stor emporium tu ada 3 bijik kedai dengan 3 tingkat. memang ada lif barang, tapi bila semua nak cepat, kami guna tangga je.

itu gambaran tempat kerja. aku belum cerita kena mengenai cerita tu hingga menjadi nostalgia yg tidak dapat aku lupakan.

aku mulakan dengan sahur. dah bujang, biasalah.... tidur lewat. dengar lagu dan mengendap jiran sebelah, oppss! maksud aku berborak dengan jiran2 sebelah menyebelah (jangan pandang serong pada aku, bulan puasa ni. berburuk sangka pada orang yg baik nanti batal puasa korang). memang kami ada kunci jam, tapi korang faham2lah jam pasar malam. suka2 hati dia je nak mati dan berbunyi. eleh... salahkan jam pulak, padahal tidur mati. untuk bersahur biasanya kami dah siap2 beli makanan dalam jam 11 ke 12 malam. dah tidur kalu.... memang tak sedar. jam berbunyi tapi boleh bangun tutup jam dan tidur balik. dan DUMMMMM!!!

bunyi dentuman meriam dari bukit besar (bukit besar ke bukit kecik hah??). dikuala teganu dulu, meriam berbunyi pertama kali diawal pagi untuk menandakan masa untuk subuh ada lagi 5 minit. secara automatik, aku tersedar. bangun kejutkan adik aku. masa dah darurat, tak perlu basuh muka dan gosok gigi. cuma basuh tangan, baca bismillah dan makan sepantas kilat. kami perlu kejar masa. kalau lewat kang, sia-sialah puasa hari tu. bayangkanlah sendiri keadaan kami masa tu, kalau kata orang somalia makan gelojoh sebab payahnya dapat makanan, kami lagi teruk. kurang 5 minit untuk habiskan nasi bungkus dan minum air. suap makanan kat mulut, minum air dan toleh jam. dan biasalah kami boleh abiskan kesemuanya dalam masa kurang 3 minit, memberikan kami 2 minit untuk membersihkan sisa2 dalam mulut sebelum bunyi meriam kedua untuk solat subuh. lepas solat subuh, dengan perut yg boyot kerana makanan tak sempat hadam kerana tidak dikunyah dengan sempurna, kami tidur semula. kerja jam 10 pagi, standard pasaraya.

bangun untuk kerja, tak tergesa2. dekat je.. tapi aku kena awal sikit sebab biasanya aku yg bukak shutter door emporium tu. then, naik lori ramai2 ke stok induk di kg ladang. di stor, kerja tak sempat rehat sebab kerja banyak. setiap seorang dari kami ada list barang yg kena ambik. hari tu, aku dan 2 lagi rakan subahat, err... maksud aku rakan sekerja dikehendaki ambil 100 kotak besar tisu muka. kotak tisu sebesar pemeluk tu bila diangkut dari tingkat 3 kedalam lif, berapa kotak je muat. dan lif tu pulak kena menunggu sebab konsep dia "pat pat nye, sapa cepat dia punye". dengan mulut supervisor yang bising, dan dengan janji manager stor siapa siap kerja dia boleh rehat dan dapat barang bawa balik, kami ligan buat kerja sungguh2. group aku guna tangga je. bukan pikul bawa turun, kami golek je. kotak keras, tisu tak mungkin rosak. letih tak payah cerita, sampai terjelir lidah. peluh didahi dan ketiak termasuk dalam seluar, semua bersebati. kami tak peduli, siapkan kerja dan boleh tidur. dan, kerja siap cepat. kami dibenarkan rehat dan buat xtvt sendiri selama 2 jam. kawan2 aku ramai yg tidur. aku nak tidur tapi mata tak mau lelap. sebab banyak berpeluh dan badan jadi tak selesa. nak mandi boleh tapi aku lupa bawa pakaian extra. so, aku jalan2lah tepi pantai area kg. ladang tu.

sebab aku tak tidur, boss aku panggil suruh ikut lori hantar barang kat emporium. aku akur sebab boss janji nak bagi aku overtime 3 jam malam nanti dan sedikit biskut bawa balik. bancau, adik manager stor dan manager stor nak ke emporium jugak. seat depan dah penuh, 3 orang maksimum. tak kan aku nak duduk atas riba. so, aku kena duduk belakang la. lori barang tu jenis tutup abis, badan lori pulak berkunci dari luar. aku kena duduk belakang sensorang. dengan barang yg penuh, aku terkurung dalam belakang lori. memang ada satu lampu kecik, tapi ia tetap gelap kerana dilitupi oleh barang2 yg membukit. dengan gelap dan ruang sempit, aku hanya mampu berdoa agar selamat sampai, disamping bernafas berlahan2 kerana oksigen adalah terhad disebabkan tiada udara luar masuk.

alhamdulillah, aku selamat sampai setelah hampir 15-20 minit perjalanan. masih tak leh rehat kerana kena unloading barang dengan dibantu pekerja stor yg bertugas didalam pasaraya. dah abis punggah, rehat jab kat stor. bosan2 keluar ke pasaraya tengok2 promoter2 yang comel2 buat hilangkan penat. tapi lagi teruk bila masuk area pasraya, mulut mula berair melihat pelbagai jenis air, kuih dan makanan. ia lagi baik sebenarnya dari duduk distor kerana majoriti pekerja stor tidak puasa. mula2 tu diorang ada jugak ajak aku makan sama, tapi bila aku tak nak dan mula berceramah tentang azab neraka pada diorang, diorang jadi insaf 5 minit.sejak dari itu mereka tak ajak aku join buka puasa sebelum waktu lagi, mereka makan diam2 je.

akhirnya, waktu kerja abis. aku, adik aku dan kawan2 sekerja termasuk yg tak puasa itupun ke gerai makan kg tiung. kat situ je lah murah sikit makan. menu berbuka hari itu (hampir setiap hari) adalah nasi ayam dan air sirap. kami berborak2 sambil tunggu waktu berbuka. usik mengusik makwe kat sebelah2 meja adalah xtvt rutin kami, selain mengurangkan lagi pahala puasa ia juga mengeratkan lagi hubungan sesama teman sekerja dan komuniti setempat. dan DUMMM! meriam berbunyi menandakan waktu berbuka. kami ramai mambaca doa sebelum berbuka menandakan bahawa kami bersyukur dapat menahan diri dari lapar dan dahaga sepanjang hari tersebut. lagi best pulak, ada jugak kawan2 sekerja yang tak puasa mengoffer diri untuk membaca doa secara kuat, lantak koranglah, itu urusan korang dengan Allah. hari itu aku makan cepat2, solat maghrib dan sambung buat overtime 3 jam. overtime malam takdelah teruk mana sebab just susun barang je. dengan perut kenyang, biasanya aku akan pusing2 semua depatment dengan sorang lagi kawan untuk collect cash dari counter diiringi sorang manager. seronok woo tengok duit yg begitu banyak. tengok je la.... bukan buleh ambikpun. abis waktu kerja, aku tutup shutter, kuncikan dan jadi antara orang2 terakhir keluar dengan supervisor stor aku. seperti dijanjikan manager stor merangkap anak owner dan sediakan sedikit bekalan untuk aku bawa pulang. dengan adik aku dah menunggu, kami beringan balik. kami singgah jab beli makanan. naik bilik, mandi, solat isyak, lepak2 dengar lagu sambil makan biskut dan kuih yg diberi oleh boss aku. jam 1-2 pagi, barulah mata lelap. DUMMM! meriam berbunyi lagi. begitulah kitaran hidup aku.

Kisah Tamat.

Oblong & Emlet

dah hari kedua puasa. Syukur, semua berjalan seperti biasa. seperti yg aku bagitau semalam, kami tak beli apa2 untu berbuka. wife masak semuanya. dan kami berbuka dengan buah kurma, agar2 merah dan kuih lompat tikam. murtabak aku nak pegi peli tapi wife tak bagi sebab kuih dah banyak. untuk air, wife sediakan air laici je, aku nak sirap bandung laici, tapi wife kata anak2 nak air laici original. wife ikut cakap anak2. err... isteri patut dengar cakap asben ke cakap anak ye? apa2lah, anak2 gembira, akupun happy je. lagi syiok menunggu waktu berbuka anak2 yg tak sabar. aku suruh je mereka makan tapi semua nak tunggu makan bila azan maghrib, macam la si luqman dan pika tu puasa. lagi best luqman yg bacakan doa berbuka puasa.

lepas makan kuih, aku terus bedal nasi. then, ke masjid terawih. balik terawih singgah jab gerai burger area rumah aku tu. aku nak cari burger oblong. banyak kali aku tengok tapi tak pernah beli. dua kali aku nak beli sebelum ni tapi abis. semalam nak beli, abis jugak. aku tanya kawan2 yg biasa makan mereka kata rasa macam prosperity burger, tu aku nak try tu. prosperity burger memang aku suka. dah tak de oblong, aku just ambik burger daging special utk diri sendiri, ayam special utk wife, dan ayam kosong untuk anak2. balik pekena dengan teh'o panas. memang best la.

tivi takde cerita menarik, nak tengok cerita marine kat tv2 dah sekerat jalan. astero; cam biasa masa nak layan, cerita banyak ulangan. terbukak konsert Mj @ mikail, anak perempuan aku nak tenok. aku layan sekali. wife dan luqman dan undur diri, beradu. anak lelaki memang serasi dengan emak, dan anak perempuan memang dengan ayah.

since tadi aku dah cerita pasal oblong dan burger, nampak sangat aku ni jakun sikit pasal oblong. itu biasa sebab kat 'u' dulu pun ada kejakunan aku pada sejenis burger jugak iaitu 'emlet' atau 'hemlet' (ejaan abaikan). aku rasa pun masa tu masa puasa jugak. biasalah kat 'u' aku suka tidur lewat, apa lagi studi la... (jangan tipu ooi, batal puasa) err... tak leh tipu ke bulan puasa ni? aku ulang balik, aku biasa tidur lewat sebab bersembang, layan movie, main computer games, layan radio era dan kadang2 siapkan assigment atau studi.

masa tu dah lewat, aku tengah layan movie joe's apartment kot dengan kawan aku. tiba2 sayup2 terdengar suara "emlet, emlet! satu seringgit!". aku confusius.

aku : rul, ko dengar tak suara tu?
rul : dengar. orang jual emlet.
aku : gile ke apa jual emlet dah pukul 12 malam ni.
rul : biasalah. cari duit lebih.
aku : cari duit lebih aku faham. tapi jual anak tikus tengah2 malam ni, apa kejadahnya. sape nak beli?
rul : anak tikus apa pulak?
aku : emlet tu bukanke anak tikus kecik tu.
rul : tu, hemster la woi..., ini emlet. burger benjo la..
aku : oo.. ye ke? aku tak pernah rasa emlet ni, try satu. aku lapaq ni. hang lapaq?
rul : ok jugak. hang panggil dia sat, aku ambik duit.

aku : Emlet 2 bijik, tingkat 2! cepat!
brader emlet : ok bang!
aku : bagi aku 2 bijik. ni halal ke?
brader emlet : halal bang. saya buat sendiri.
aku : ko buat kat mana?
brader emlet : saya pakat ngan kawan yg ada gerai burger bang. baru ni, panas lagi.
aku : 2 bijik. ko doq kolej mane?
brader emlet : kolej mas, bang. cari duit sikit bang. terima kasih bang!
aku : sama2. kalau tak sedap siaplah ko aku jumpa lain kali.
brader emlet : gerenti sedap bang. ok bang, assalamualaikum.
aku : waalaikumsalam (sambil menonggeng kebawah melihat kelibat brader emlet tadi dari bawak kelangkang aku sendiri)
rul : woi.. hang buat apa tu may?
aku : aku tengok takut2 mamat tu hantu ke apa? kalau hantu dia takde kaki. tapi dia manusia. ada kaki. jom makan.
rul : banyak la hang ni.

Friday, August 21, 2009

Puasa Menghapus Dosa

semalam (20/8/09) dan ari ni aku dapat special task ke kastam kat pulau indah. biasalah, even tak de kena mengena dengan department aku, tapi sebab big boss mintak aku temankan seorang pegawai yg kena buat cj5 (ia memang takde kena mengana dengan filem cj7 arahan stephan chow). semalam aku ngan saiful, hari ni kami bertiga. aku lebih kepada pemerhati je, kalau ada masalah baru aku gunakan power rangers aku. since saiful dan staff baru tu ok je, aku just buat biasa2 je la. cj5 biasanya ada yg buat, tapi since ada urusan mendesak, campurtangan aku sebagai nasi tambah dan menghuruharakan majlis amat diperlukan.

pegi pun best jugak, memang semua kaunter gadis2 je, dan memang lawa dan manis la. naik juling aku dan si saiful tu memandangnya. kalaulah kami bujang lagi..... atau kalaulah isteri2 kami sanggup bermadu..... dan kalaulah mereka2 yg berkenaan berkenan dan sanggup bermadu; bak kata p.ramlee "seperti dunia, anda yang empunya" (nota kepada isteri tersayang : ala ini ayat2 blog je, ayangpun tau abangkan mana ada jeling perempuan lain kat luar).

dan semalam jugak lepas urusan kastam, aku dan saiful ke teluk pulai utk pekena yong tau fu sup kat marisa yong tau fu sup. dah lama la aku tak pegi sini, since dalam 50-50 puasa ke tak hari jumaat, kami belasah la yong tau fu sup ni dulu. kesedapannya tetap sama. dan dengan harga rmrm9.00 sorang termasuk air kami betul2 kekenyangan. apa taknya, semua masuk; telur puyuh, fish ball, fisc cake, crab stick, kangkung, ala korang sebut je bahan yong tau fu tu semua kami sebat. bukan buruk lantak ye kawan2, itu namanya strategi; menyimpan lemak untuk menghadapi bulan puasa.


hari ni pulak, takdelah makan lepas kastam sebab pegi lewat petang. staff prempuan baru tu pulak innocent je, malas nak bawak jalan2 jauh. he.3x...

oh ya, sebelum aku membebel lagi jauh, aku nak ucapkan "selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia, terutama keluarga, kawan2 dunia nyata dan dunia ghaib (dunia internet la...), dan sesiapa je yang terbaca blog aku ni, atau faham kandungan blog aku ni". masa khutbah jumaat tadipun diceritakan tengtang kefardhuan menunaikan ibadah puasa bagi setiap umat Islam. mimbar jumaat juga mengingatkan sidang jemaat agar menjaga ibadah puasa mereka agar tidak menjadi sia2, iaitu berpuasa tapi sekadar lapar dan dahaga sahaja kerana amalan tersebut tidak diterima Allah kerana tidak meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah termasuk menjaga aurat, mulut, perbuatan dan sebagainya. bermaksud, selain tak makan dan minum, kita juga tidak mengumpat, dan mengakses bahan lucah.

cerita pasal bahan lucah ni aku ada satu cerita. takut batal pose kalau baca siang hari dibulan ramadhan? ini entry tak lucah la.... begini.....

ia terjadi masa aku ditahun pertama di universiti. belum bulan puasa lagi masa tu. ada seorang kawan sekuliah aku bertanya pada aku sebelum habis kuliah :

kawan : man, ko ada biskut tak?
aku : ada.
kawan : banyak tak?
aku : banyak.
kawan : berapa keping ada? biskut baru ke lama?
aku : banyak la. ada aku baru beli, biskut lama pun ada lagi.
kawan : bagi aku sikit ye. malam nanti aku datang bilik ko.
aku : ok. tapi lewat sikit la...
kawan : ok.

seperti dijanjikan. kawan tu datang bilik.

kawan : mana biskut tu?
aku : tu, dalam tin tepi loker aku.
kawan : biskut ko letak dalam tin tepi loker je? berani ko man? tak takut ke?
aku : ala takat biskut je. kalau ada orang ambik pun, kawan2 sebelah bilik je, diorang pun kadang2 ada share jugak beli biskut tu.
kawan : (membuka tin biskut dan menunjukkan muka hampa)ni biskut apa man?
aku : biskut campur2 la.. ada biskut mayat, biskut marie, biskut cream. biskut ko nak tu tak de ke?
kawan : aku bukan nak biskut ni, aku nak biskut lain.
aku : (menyangka kawan tu takde duit nak makan dan tak selera nak makan biskut yg aku beli) jomlah gi cafe D9, aku belanja ko makan nasi goreng paprik. duit jpa ko dah abis ke?
kawan : ko ni slow la... aku ada duit la. aku nak carik biskut?
aku : ko nak biskut ko carilah kat pasaraya kat the mall tu. biskut apa ko nak sebenarnya ni?
kawan : aku nak vcd blue (lucah) la. aku ingat ko tau semua orang kat sini panggil vcd blue tu 'biskut'.
aku : la... mana la aku tau. aku kan orang baik, mana la layan menda2 tu. ko tengok muka akupun dah tau aku orang baik.
kawan : sia2 aku datang jauh2 ni. confirm 'biskut' takde?
aku : confirm! memang takde. setakat majalah penthouse, playboy, siamgirls aku ada la... ko nak tak?
kawan : hah! betul ke ko ada? bagi aku pinjam sebulan.
aku : aku lawak je la...
kawan : cilanat ko man, mainkan aku ye. dah tak de biskut, kita gi D9 makan nasi goreng je la... ko belanja.
aku : ok lah. dari tambah dosa, baik kita tambah lemak. ko ni cukuplah tengok cd lucah ni, ko gelapkan hati ko tu. bawak2 betaubat la... (terus berkhutbah sambil jalan kaki pegi cafe D9)
kawan : cukuplah la tu man, aku dah insaf ni. kang aku terjun tasik tu baru ko tau.
aku : jangan la terjun tasik tu malam ni, ko terjun la esok. kalau malam ni ko mati, aku pulak jadi saspek.
kawan : cis, tak guna punya kawan. aku tumbuk perut ko. hiahhh!!!
aku : adui....

Moral of the story :
1) esok dah start pose, xtvt layan menda lucah tu hendaklah sibuang terus.
2) kawan memainkan peranan dalam kehidupan kita. kawan yg tersimpang tu, nasihatkanlah. kalau yg jahat nak asyik2 nak hasut kita jadi jahat sama tu, korang nampak je dia kat simpang, korang larilah laju2.
3) macam2 istilah kreatif untuk menda jahat, untuk jalan Allah macam mana??
4) korang ingat semua yg kat 'u' tu baik sangat ke? ada jugak yg tak baik, tapi mereka masuk 'u' sebab pandai. habis ingat semua kat 'u' tu cerdikpandai semuake? tak... yg sapu sampah tu may be tak sepandai student dan penyarah 'u' la..


Oklah.... sekali lagi, aku ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam. Moga kalian berjaya menempuhinya dengan Iman dan taqwa yang teguh. banyakkan amalan termasuk bertadarus, berzakat, bersolat berjamaah, menunaikan solat tarawih, bersedekah dan amalan2 lain. Berdoalah agar puasa kita tahun ini adalah puasa terbaik sepanjang hidup kita.


IZZI ADVERTIZING----------------------------------------

www.bio-asli.com/?id=izzi



www.bio-asli.com/?id=izzi

Thursday, August 20, 2009

Best Buddies Award, Again??

semalam, kami ke pasar malam kota pendamar dengan full guarded; pakai mask la.. bukan nak gi pasar malam sebenarnya, tapi aku bawak wife pegi check tekanan darah. hari isnin lepas masa check tekanan darah masa check ibu mngandung, tekanan darah wife aku dikatakan agak tinggi. so, mereka suruh buat 3 kali check tekanan darah di klilik gomen atau swasta. since semalam aku meeting dari jam 10am hingga jam 6pm, aku tak sempat nak hantar wife ke klinik gomen seperti diminta. kesian wife dan siap dressing tunggu aku, dan cam biasa wife aku cakap 'janji kel*ng'. sebagai kuli, kenalah aku masuk meeting, present dan mendengar serta menjawab segala mengenai department aku dan soal pekerja. itupun rehat makan tengahari dan solat je dalam 30 minit. makanan pun disediakan so kami tak leh lari.

Alhamdulillah, tekanan darah wife aku normal. dari dulu, dari anak pertama, kedua dan sampai minggu lepas mmg tekanan darah wife aku normal. doktor cuma minta wife aku jgn fikir banyak2, may be sebab fikir nak bersalin kat mana kot. biasanya bawak balik kampung, tapi dengan anak bersekolah, dan anak2 yg tak mau berenggang dengan ayah dia (dan aku tak boleh berenggang dengan anak2 sebenarnya), aku fikir biar bersalin kat sini je. tapi kalau bersalin disini, korang faham2lah apa cakap2 ibubapa aku dikampung. walaupun kedua orang tua wife aku dan meninggal, ayah dan mak tiri aku masih ada. kakak2 wife aku masih ramai dikampung, dan mereka asyik menelefon minta balik bersalin di pahang. pada aku mana2 pun tak kisah, aku cuma mengharapkan agar kedua ibu dan anak sihat dan selamat udah la. esok (jumaat) dan ahad, wife aku kena check darah tinggi lagi. kalau ketiga2 kali ok, terlepaslah wife aku dari rutin ibu mengandung yg berisiko dan pelbagai ujian susulan, malah kalau teruk akan ditempatkan di wad.

check kat swasta lagi senang, tak ramai orang. dan check tekanan darah semalam hanya menyebabkan aku membayar PERCUMA. yup, free je. ia klinik panel syarikat aku kerja. kalau malas atau tiada masa nak bawak wife dan anak2 ke klinik nor azian di taman sri andalas, aku bawak sini je. aku je percuma, family kena bayar. since aku yang jaga semua klinik panel, diorang bagi murah la kat ahli keluarga aku. takat check darah tinggi yg hanya kurang 5 minit, diorang bagi free je lah. Thanks Doc!

pastu pusing jab pasar malam. wife nak selipar jamban (selipar pakai masuk bilik air la..), anak2 nak buku mewarna dan stiker. aku cuma nak makanan je; aku ambik sedikit keropok lekor, goreng cempedak, dan putu bambu. nak balik, ternampak durian pulak. ni aku benci ni, dan 6 bijik durian menjadi mangsa santapan kami sekeluarga. ala durian kecik2 je sebab dah penghujung musim.



Oh ya, dah award ni terperap dengan aku, ia datangnya dari kawan aku si johari (http://joharihashim.blogspot.com). even award yg sama aku pernah dapat baru2 ini, aku amat menghargainya. at least aku tau aku adalah best buddies kuasa dua. kalau dapat lapan, lagi bagus... itu menambah kuasa kuda aku. ha.3x..

SEDIKIT pujian buat pemberi award :
johari ni aku kenal dalam alam maya jugak, belum pernah jumpa lagi. dari yg aku baca dari blog dia, dia dah nikah kali pertama (kawin sendiri mau ingat la..) . dia seorang yg aku yakin sangat setia dengan mak buyung nya yg sedang sarat mengandung. dia ni penyokong liverpool (aku tak suka liverpool sebab aku dapat hadian baju MU dari joegrimjoe. ha.3x..). beliau sedang belajar memasak (faham2lah. mak buyung bersalin nanti, dia confirm kena masak). ada membela seekor kucing bernama simbei (kenapa ko tak bela tapir ha... senang jaga tau).

BANYAK pujian untuk penerima award :
seorang lelaki dan laki orang. sorang je isteri buat masa sekarang, dan belum terfikir nak tambah lagi dua orang untuk jadikan tiga bagi cukupkan syarat beristeri (tiga barulah 'is three'). anak dah 2, luqman hakim & nor syafiqah izzati. yg ketiga belum keluar lagi, insyaallah bulan depan. kerja kilang di port klang. masih baru dalam arena blogging, just gamble je. seorang peramah, bertanggungjawab, baik hati, pemurah senyuman, suka berjenaka, dan suka tengok tivi/movie (agak2 dah cukup tak pujian pada diri sendiri ni. kalau tak cukup aku buleh reka lain2 pujian utk diri aku sendiri).

soalan tambahan ? kena buat ke? aduiii....
1) Nama timangan = izman, angah, abg ngah, tok ngah, may (mey), mang, izz, man.
2) Anda seorang yang = sayang kepada keluarga.
3) Insan Istimewa = keluarga
4) Lagu kesukaan = reggae, rock, nasyid, pop, balada.( termasuk dangdut jugak)
5) makanan kesukaan = nasi kerabu, kuey teow kerang, laksam, nasi dagang, dan 376 jenis yang lainnya.
6) sikap yg buat aku stress? = adu domba, fitnah
7) Warna kegemaran = hitam, biru
8) Benda ada dalam beg = tak bawak beg la. beg duit (dompet) ada la. dlm dompet cuma ada ic, kad2 hutang, kad2 loyalti minyak, kad melancong, lesen, sedikit duit kertas, dan banyak kertas tak pakai seperti resit atm, resit byr kereta, ect....
9) kali terakhir menangis? = menangis? err.... masa sambut kelahiran anak kot.

nak tag sape? seumur hidup aku belum pernah aku tag sesape. sebab terpaksa, aku bagilah award ini pada 2 orang insan yg baru2 ni ada menelefon aku berborak2. mereka ialah :-

1) Puan Cendawanintim (http://cendawanintim.blogspot.com)
Kawan blog pertama yg aku kenal. orang teganu dan tengah sarat mengandung anak kedua.


2) Mr. Tommy (http://tommy-sinarbahagia.blogspot.com)
Kawan bukan melayu pertama di dunia blog. orang perak, dan lecturer kolej swasta.


aku saje bagi award ni kepada mereka berdua supaya mereka aktif balik berblog.

Wednesday, August 19, 2009

H1N1 dan Mask


semalam (18/8/09)balik kerja, wife ajak gi tesco beli barang. kebetulan akupun nak beli kulit popia untuk buat popia simpul. untuk kuih raya? takdelah untuk makan sambil tengok tivi la, raye lambat lagi, mana tahan godaan popia simpul yg rangup tu. serunding dia pun sedap. rugi tak beli banyak, ingat kena mintak maksu aku kat teganu beli lagi serunding ikan tu. ikan teganu sedap2 rupanya; jadi keropok leko sedap, dah jadi serundingpun sedap. nak mintak cendawanintim beli, kesian pulak dia dengan sarat2 pegi pasar payang. cendawanginting, selamat kerja dengan jawatang baru. sabo la, insyaallah Allah bersama2 orang yang sabar. lagipun, mu buleh anggap ini sebagai career improvement.

sambung balik bab tesco. since masih awal dah bagitau anak2 nak gi tesco, mereka ajak makan kat luar. kalau ikut hari mau je aku cadangkan masak nasik kat rumah dan kemudian makan berjemaah luar pintu rumah je, jimat. tapi mengenangkan takut berpuasa awal sebelum berpuasa sebenar dan puasa kerana wife walladah, aku simpan dalam hati je. gile apa nak puasa lebih 100 hari.

wife ajak makan sate kajang hj samuri kt bkt tinggi, kebetulan sebelah tesco je. aku ingat nak makan mee goreng je situ. sampai je, restoran tu tutup. tak tau pulak ia tutup hari selasa atau dah tutup operasi ke hape. so, anak2 bertambah happy sebab mereka buat cadangan makan kfc. since malas nak fikir dan pusing ke arah giant, kami ke tesco cari kfc yang baru re-opening. aku memang tak suka kfc tesco ni, panas! aku pernah beritahu kat blog dulu. may be dengan reopening ni berubah kot. tetapi, keadaan dalam kfc tesco bukit tinggi sebenarnya lagi worst! panas! air cond tak bukak, aku tanya sorang staff india situ, dia kata memang tak de aircond pasang, dan dia menyalahkan tesco yang tutup aircond untuk kfc. buleh ke gitu??? patut la diorang bukan pintu luas2. since anak2 dah lapar, aku beli jugak makanan dan makan dengan hati yang panas terbakar. aku sedar tak baik mengata depan rejeki, tapi dalam hati aku tetap mencarut pada pengurusan kfc tesco bukit tinggi yang pada aku tak peka pada pelanggan. dah la tempat tertutup, even bukan pintu sempit tu apa la yg ada, panas woo... kok ye pun memang tak de aircond akibat sesuatu masalah, tak reti2 ke tulis notis pada kerta kat depan restoran seperti "masuklah ke restoran kfc ini kerana kami hidangkan kelaianan. rasa kfc yang panas2 dan suasana dalam restoran yang panas tanpa aircond pasti akan menambahkan panas hati anda sekeluarga". bersumpah aku tak maulah, tapi selagi aku waras, aku tak hingin lagi jejak kaki ke restoran kfc tesco bkt tinggi ni lagi. baik aku pergi kfc giant yg terletak sebelah je. takat nak makan ayam panas dalam suasana panas, aku boleh makan kat rumah aku tau.

dah la carutan aku untuk kfc tu, kami ke tesco utk beli belah. keluarga aku pakai penutup mulut utk keselamatan. tapi ramai aku tengok masih tak memakainya, dan aku agak2 80% pelanggan dan staff tesco tidak memakainya. lagi teruk kami yg memakainya pulak dipandang serong. ada juga yang tengok kami pakai baru nak keluarkan mask dari poket dan memakainya. cik kak oi...! dengan pedulikan orang lain. nyawa tu sendiri2, sendiri mau ingatlah. apatah lagi amalan kita tak seberapa, pemakanan tak jaga, kurang2 jangan la bagi peluang kuman babi tu masuk rongga hidung kita. kalau dah kena, menyesal pun tak guna, ibarat pematah cerita kungfu komik cina "bila keranda diusung kekuburan, barulah menitiskan air mata".

belum cukup panjang ke?? aku tambah sikit lagi.

masih mengenai selsema babi dan topeng mulut (mask) ni. kat opis ari ni (19/8/09) aku jadi pelik ramai yang start pakai mask. bagus!! kata hati kecik aku (didalam badan yang besar). rupa2nya di production line ada suasana panik yang memaksa semua orang mencari mask bagai orang sawan. since aku HR yang bertanggungjawab, aku panggil individu2 untuk disoal kenapa timbul kepanikan. la.... ada khabar angin menyatakan bahawa salah seorang pekerja kena selsema babi. ia dijangkiti oleh isteri dan anaknya yg kena H1N1 dan katanya dah dimasukkan ke wad dan senang nazak. since, telefon company yg bayar, aku call orang yg dikatakan telah diresapi roh babi selsema itu. since aku ada sedikit pengetahuan tentang tanda2 penyakit tu hasil pembacaan, dan penerangan doktor sebab anak aku minggu lepas demam. aku tanya keadaan sebenar pekerja tu, keluarganya, tanda2 dan sebagainya. memang ia khabar angin. pekerja yang dikhabarkan itu memang tak datang kerja tapi sebab sakit gigi. isteri dan anaknya ada demam tapi baru hari pertama, dan suhunya tidak tinggi. malah sebagai langkah berjaga2, pekerja tersebut telah membawa isteri dan anaknya ke hospital, dan pihak hospital hanya memberi ubat demam biasa dan menyuruh mereka pulang. mereka tidak disyakki atau dikuarantin.

dan biasalah makian aku mestilah pada yg sebarkan berita karut. kalau benar, ok. ini saje buat cerita karut dan memalukan pekerja. orang yg sebarkan tu nak kata bodoh, engineer kelulusannya. dia juga immediate superior kepada pekerja terbabit. lagi worst dia siap announce dalam meeting jabatan yg pekerja tadi ada H1N1. dia bertanya pada pekerja tu pun idak, call la woi.... telefon syarikatkan percuma (jangan salah guna). kepada orang terbabit aku just bagi warning, mulut macam bontot ayam kata orang kampung aku. next time sebarkan berita karut lagi, you're fired!!

Tuesday, August 18, 2009

Mr Mama Again??

hari ni aku cuti half day pagi, bawa wife ke klinik pergigian kerajaan kerana perlu check gigi bagi wanita2 mengandung. peraturan baru kot, masa anak pertama dan kedua dulu tak de pulak suruh pegi check gigi. sepatutnya minggu lepas, tapi masa tu aku bizi aku tunda hari ni. kalau tunda minggu depan dah payah sebab dah pose. check gigi ibu mengandung cuma setiap hari selasa pagi.

kat klilik gigi tu aku just dropkan wife aku (banyak la kau punya drop, ingat bawak kapal terbang, saje2 nak dropkan barang kat drop zone). luqman tadika, so aku kena jaga pika. malas nak tunggu kat klinik, apatah lagi aku masih folia dengan klinik gomen lagi. so, aku bawak pika balik rumah. mood pika baik gile hari ni, just bukak chanel kartun, aku buleh berkemas bilik bacaan aku (merangkap bilik stor). ngam2 ho, wife punya checking siap dalam jam 11am, jemput dia dan jemput luqman kat tadika sekali. since aku kat rumah pun malas masak, just beli sup dan gulai kawah tok janggut kat kampung pendamar.

dalam duk makan tu wife tanya bila nak beli set bersalin. aku cakap aku boleh beli, tapi dia sendiri kena decide nak beli set bersalin yg mana satu. beratus jenama set bersalin dipasaran, manalah aku tau yg mana terbaik untuk dia. dua anak sebelum ni pernah cuba set bersalin mustika ratu, sendayu tinggi dan afiat. campur2lah; nak beli semua mau botak kepala aku. setiap ibu pasti akan rasa berkenan dengan sesuatu produk selaras dengan tubuh badan dan juga kesihatan poket. bagi aku, cukuplah setakat yg biasa2 je. nak bagi cikai pun tak boleh jugak sebab barang nak pakai lama. kouta enam orang anakpun belum dapat lagi, ini baru nak keluar yg ketiga; ada 3 lagi yg perlu diproses. so, kena jaga betul2. silap2 ubat atau tanpa ubat yang betul, nanti risau jadi gila meroyan pulak. cuma semenjak dua menjak ni, wife asyik cerita pasal set bersalin ibu (rujuk gambar)yg katanya bagus. wife aku cakap atas cakap dan testimonial kawan baik dia, ala geng2 ibu mengandung satu klinik la ni.... tak perlu berurut katanya. tak perlu berpilis.

aku tak le cerewet mane, tapi bila dan berpilis dan berparem, siap bau pelbagai ubat akar kayu even diproses jadi kapsul moden, bau dia tetap tak elak. seksa woo... nak tidur dekat ibu baru bersalin ni. fening kefala bau ubat! tapi sayang punya pasal, tahankan je idung dan tidur je. kang kalau tidur bilik lain2, merajuk pulak isteri. siapa yg dah bergelar bapa dan bergelar ibu taulah situasi ini. cepat sangat sensitifnya orang pompuan. cakap tak sayang lagilah, lebih sayangkan anaklah...

pada aku, aku sayang semuanya. tapi anak yg baru lahir tu kena sayang lebih lagilah. diakan baru keluar jumpa ayah dia. so, most of the time biasanya habiskan masa dengan new born. bau baby baru lahir ni sangat2 mendamaikan hati. kalau ikut hati mau je suruh wife aku beranak tiap2 tahun.

since cuti hal day je, kena kerja la. pegi kerja, mak aii... boleh tahan banyaknya dokumen atas meja nak kena sign (dan buat kerja). dah la ada kerja, ramai pulak yg ngacau nak jumpa aku nak berbincang dan meminta penjelasan. geng2 kilang termasuk yang berpangkatpun dah mula meniaga. katalog tupperware, zhulian, cosway. cni, amway, cadar, kasut dan sebagainya dan cukup meriah. yang mula ngendeng jual kuih raye pun ramai. cakap je apa nak, semua ada. kuih loyang, almond london, semperit, biskut badam, cup cakes, kerepek, tumpi, kacang, semua ada.... bab2 kuih tu aku serah pada wife aku je. biarlah dia aturkan. pada aku cukuplah ala kadar je seperti sedikit almond london, tat nenas, kuih kapal lanun, maruku (macam deepavali pulak), agar2, kerepek pisang, popia simpul, biskut badam, biskut sugi.... woiit! banyak la ko punya sikit. ye ke? itu baru biskut kegemaran aku, wife aku belum lagi. anak2 jenis tak kisah, semua boleh makan. oh ya, dalam banyak2 bawang, bawang yg aku boleh makan dan aku sangat gemar ialah kerepek bawang. tapi adakah aku menderhaka pada keturunan aku bawang putih bawang merah kalau aku makan kerepek bawang tu??? arghh... lantaklah!!

di opis orang2 yang offer rasa kuih aku elakkan. malas nak bagi mereka harapan sebab aku dah awal2 dah booking ngan kakak aku dan kakak ipar aku. makcik aku kat teganu aku biasa tempah tat nenas, memang sedap. jem nenas tu dia buat sendiri. cilaka betul, baju aku dah basah, tak sedar air liur meleleh sebab bercerita pasal kuih. ini semua korang punya pasallah.

oklah, aku kena keluar pegi tesco kejab lagi ni, cari kulit popiah nak buat popiah simpul. ini kuih yg paling aku reti buat selain agar2. serunding ayam pun banyak lagi yg aku beli kat teganu baru2 ni. arghh.. meleleh lagi laju air liur aku. dah! cukup....


izzi note :
gambar set bersalin ibu ehsan daripada portal www.ambarkenanga.com.my

Monday, August 17, 2009

Aku & Road Block

Hari ni masa nak gi ambik anak aku balik tadika ada road block oleh polis trafik. since aku takde masalah, aku redah je. kelihatan yang rasa bersalah tu ada yg lari dan sengaja cari jalan jauh. lantak koranglah.

dah hampir 8 bulan tiada road block kat area kawasan aku, sesekali ada tu baguslah. biarlah orang sekitar tu rasa takut sikit. ini tidak, lamaaaa sekali baru buat, orangpun tak takut. sampaikan orang nak gi pandamaran pun rasa tak takut bawak motor tanpa helmet atau bawa kereta tak pakai safety belt.

cerita pasal polis atau penguatkuasa jalan termasuk jpj ni, aku rasa kelibat diorang je dah cukup untuk membuat pemandu2 gentar. aku sendiripun, even complete lesen dan segalanya, nampak je orang baju putih berseluar hitam berbelang, atau orang pakai uniform biru, cepat je seluk poket carik lesen, check belt pakai ke idak dan sebagainya.

pada aku, aku suka senangkan kerja abang2 polis tu. sebelum sampai ke road block, aku dah siap2 sediakan lesen memandu dan kad pengenalan. nak sediakan road tax mana buleh sebab menatang tu memang melekat kat cermin kereta, diorang nak check tu biarlah diorang carik. kuang.3x... satu habit aku yang datuk aku pesan suruh buat ketika menghampiri road block ialah turunkan cermin sisi, padamkan radio/cd, dan tanggalkan spek itam tu. aku ikut pesan datuk aku tu(kini arwah) yang dulunya anggota polis. nak tunjuk ek pada polis buat apa, mereka ada kuasa menyiasat dan menyuruh kereta dan kita disiasat kalau perlu. dengan buat yg aku cakap kat atas perenggan ni, Alhamdulillah, biasanya abang2 polis just lepaskan kita berlalu tanpa soalpun. dah aku yakin ia bagus dan pernah juga kerana langkah inilah aku masa bujang dulu terlupa renew lesen memandu lebih 3 bulan, dan tak pernah kena tahan even ada road block. nasib baik, kalau kena kalu, mampos!!

ada sekali tu, kira2 5-6 tahun lepas, aku dan adik aku balik kampung. petang tu kami nak melawat nenek sebelah mami aku di kampung bersebelahan. so, aku biarkan adik aku drive kereta aku dan since dekat kami tak pakai tali pinggang keledar. dok2 borak2 dan adik aku sedang layan lap suatu kubur cina, tup2... ada road block. nak pakai belt dah tak sempat sebab abang2 polis dah nampak dan siap panggil. bancau!! adik aku nampak sangat mengeletar, ye lah... dah bersalah.

polis tu bagitau adalah salah tak pakai tali pinggang keledar, dan minta ic dan lesen memandu. adik aku tunjukkan.

polis : ni dari mana ni?
adik aku : dari kampung bt balai.
polis : nak pegi mana?
adik aku : nak gi damak.
polis : damak buat apa?
adik aku : nak gi rumah nenek.
polis : orang mana?
adik aku : orang bt balai la...
polis : cakap betul2! ni ic banting selangor ni. nak pegi mana ni?
adik aku : betul, saya orang bt balai. nak pegi rumah nenek kat damak.
polis : mu anak sape?
adik aku : anak p-----.
polis : p---- mane?
adik aku : (tergagap2) p----- bt balai la.
polis : dah2.... tipu ni, berenti kat tepi.
adik aku : (masih panik, keluar dari kereta)
polis : woi... kereta tu parking tepi la.
si abang : (keluar dari kereta dan parking tepi, dan menghampiri abang polis)bang, ini adik saya. kami ni memang orang bt balai (sambil hulur ic aku)
polis : anok sapo? (terjemahan : Anak siapa?)
abang : kito cucu tok mat polis pencen (terjemahan : kami cucu tok mat polis pencen)
polis : oo... cucu tok mat, patut la beso' kelih mu. ni adik mu ko, adik ngan mok mudo? bakpo ic dio ore banting. (terjemahan : oo... ini cucu tok mat rupanya, patutlah macam biasa nampak kamu. ini adik kamu ke, atau adik dengan mak tiri?. kenapa ic dia alamat banting)
abang : adik kito nge mok lamo. dio doq banting, tu wat ic banting. (terjemahan : ini adik saya satu emak. dia tinggal di banting, jadi dia buat ic alamat banting)
polis : damok rumah tok aji ko? tuk sebeloh mok demo dok? (terjemahan : pergi ke kg damak tu ke rumah datuk kamu ke? datuk sebelah emak kamukan?)
abang : ho.. mok aji tok segar, doh kelik ni, nok gi jengok la semetar. (terjemahan : ya... nenek saya tak sihat, kebetulan dah balik ni, ingat nak pergi melawat nenek sekejab)
polis : ok lah. pese ko adik tu jange la suko2 tukar ic paka alamak pak baru. kalu nok duk kapung, wat alamak kampung doh la... doh, gi lah. paka tali pingge tu. nyawo tu penting.(terjemahan : baiklah. pesan pada adik kamu tu supaya jangan suka2 tukarkan alamat ic pada alamat tempat tinggal yang baru. kalau masih sayang pada kampung, lebih baik kekalkan sahaja alamat kampung. sudahlah... kamu boleh pergi. jangan lupa pakai tali pinggang keledar. nyawa tu penting)
abang : terimo kasih be'...(terjemahan : terima kasih bang)

moral of the story :
1) dulu2 akupun tak bermoral sebab tak pakai tali pinggang keledar. bagaimanapun moral aku tidaklah teruk sangat sebab masih memakai tali pinggang seluar, kalau tak pakai lagi teruk, kang ada yang terkejut tengok menda yg tak sepatutnya ditunjukkan pada bukan isteri tu.
2) kena pandai menilai situasi. since aku boleh berdialog banyak dialek pahang, kelantan, teganu, dan sedikit tamil.... patut guna masa terdesak. save our pocket money!
3) penguatkuasa juga ada perikemanusiaan dan timbang rasa, cakaplah elok2.
4) jangan amalkan rasuah. kalau rasa nak bagi duit jugak, tunggu hari raya, bagi kat anak dia duit raya. pastu biar anak2 kita salam ngan dia, anak2 kita akan dapat duit aye jugak. adil!

Saturday, August 15, 2009

'iLoveMalaysia' campaign by Exabytes : Menangi iphone 3GS PERCUMA



Hah... semalam aku tak sempat nak update sebab balik kerja kena jemput sepupu aku yg tiba dari johor. bawa balik rumah aku, makan malam dan segala bagai then aku hantar dia balik rumah dia kat putrajaya. sebelum tu, singgah jab kat taman alam megah ambik adik lelaki aku yg nak turut serta. dah jumpa geng, biasalah sembang2 dan kutuk mengutuk sikit2. nak mengutuk kena sekarang, minggu depan dah posa, kena banyakkan amalan. he.3x... lagi satu aku suka ambik adik aku ialah aku biarkan dia jadi pilot. aku buleh duduk belakang jadik boss. jadik boss? kena pegang anak ada la, sebab wife dan anak2pun turut serta. anak2 masuk kereta terus tidur, tu yang kena pegang.

oh ya, sebelum aku lupa dan mengarut lebih panjang lebar, banner kat atas tu ialah banner "ilovemalaysia' campaign oleh syarikat penyedia hosting yang tersohor di Malaysia iaitu exabytes.

pasal kempen'ilovemalaysia' ni aku dapat dari mailing exabytes dan blog seorang kawan (http://neorul87.blogspot.com), nampak cam best sebab mereka tak perlukan sesuatu yang pelik2 dan perlukan bayaran. FREE beb! syaratnya anda mesti ada blog sendiri untuk promote banner mereka ni.




untuk menaikkan nafsu korang pada entry aku ni dan seterusnya memaksa minda separuh sedar korang turut sama menyertai kempen ini, hadiah yang mereka tawarkan ialah 2 bijik iphone 3GS, aku ulangi henpon iphone 3GS dan ianya PERCUMA!tak tau itu henpon camaner? adui.... cikainya aku. ni aku dapatkan gambarnya..

Gambar Ehsan : www.exabytes.com

Kalau korang tak mampak gambar tu, korang double klik je gambar tu, atau pegi ke portal exabytes.com. tapi kalau tak nampak jugak, korang pergilah ke kedai cermin mata berhampiran. may be asyik sangat main komputer dan internet, mata dah rabun. he.3x...

Cantik tak??? dan ianya PERCUMA untuk pemenang. since syarat dia sangat mudah, dan percuma, akupun masuk jugaklah. bak kata sorang pakcik yang tengak famous amos kat tivi sekarang ni "Pakcikpun nak menang jugak!!".

apa syarat2 dia :-Ala jangan tegang beb, ia senang je. syarat terpenting korang kena ada email dan blog sendiri. kalau pakai tampal blog orang lain, payah pulak nak bahagi2 iphone tu kalau menang.

Langkah 1
Klik ke laman sesawang (website) exabytes berikut http://www.exabytes.com.my/merdeka/2009/index.php dan cari ruangan "Registration Form" yang terletak betul2 bawah hadiah yang diiklankan. tak jumpa? korang ni saje tak nak bagi aku memanglah, ni hah macam mana rupa muka bumi borang pendaftaran tu :



Dah jumpa form tu tak reti2 lagi? isilah.... tang ruangan referrer's email tu korang letaklah email aku iaitu damak_76@hotmail.com . gambar kat atas aku dah tulis siap2, korang tiru je. jangan tipu, berdosa! camaner aku tulis email orang yg rekomen aku, korang tulislah nama aku pulak. win-win situation! kalau korang menang, akupun menang jugak. samalah kalau aku menang, korang memang tak dapat la iphone tu sebab orang yg refer aku yang dapat. kuang.3x.... tapi betul! what you give, you get back. aku percaya kata2 itu. kalau korang nak tau lebih lanjut korang beli lagu scorpions.


Langkah 2 :
Dah daftar, dan tekan 'submit', korang check la email korang. exabytes akan hantar satu email dengan heading "Thank You For Participating In 'iLove Malaysia' Campaign"! so, cepat2 bukak email tu. baca dan fahamkan diri sendiri. kalau tak faham carik kamus English-Bahasa Melayu. tapi kalau dah orang banjar macam ila, bukak la kamus English-Banjar. macam saiful, ko kena bukak kamus English-Malbari 786.


Langkah 3 :
dalam email exabytes tu ada satu java code (kalau korang orang bukan java (jawa)sekalipun, exabytes tetap akan hantar kod jawa jugak, so... jangan marah2, klik je link tu. takut konfius?. nak konfius ke benda, ada satu java code je dalam email tu, klik je la.... aduii.... pening kepala aku. patutlah aku tak leh jadi cikgu. pening!


Langkah 4 :
Serta merta lepas korang klik link tu, page email korang akan dihalakan ke alam satu lagi, errr... maksud aku akan redirect ke link exabytes yang didalamnya ada lagi kod jawa (java code). kenapa tak de kod bangsa lain yer?? argh... abaikan. copy (salin) kod tu dan paste (tampal) dalam blog atau website korang. apa! kod tu yang kelihatan macam mane? lho, kok gitu sekali tongongnya kamu ini? kamu ngak pegi sekolah apa an? atau kamu sering makan kepala ikan? pusing kepala aku sih ngajarin kamu ini, gimana aku mau menang itu iphone kalau semuanya kayak gini. susah2, kamu carik aja kod jawe yang kelihatannya seperti dibawah ini. aduihh... pusing kepalaku!!




Langkah 5 :
Dah copy dan paste ke blog tu nak tunggu apa lagi, tak reti2 nak publishkan entry tu. tampat je dalam blog tapi tak warwarkan atau lagi terus tak publishkan, camana nak ada orang tau dan menang.


Langkah 6 :
NAk langkah kemana lagi!! duduk diam2 depan komputer kamu tu dan buat apa yang disuruh. jangan dok diam atau bukak langkah seribu. baca, fahamkan dan buat. kalau kamu tak buat, camaner aku nak menang iphone tu. bukankah konsep dia, korang menang dan aku menang sama. kalau aku menang sebab korang menang, aku belanjalah korang cendul pulut.

dah buat apa yang disuruh tu, sebarkanlah. tak menangpun tak pe, dah takde rejeki. since dia pilih random tanpa mengetaui tahap kepopularan blog, kehenseman atau kejelitaan pemilik blog, aku rasa ianya fair n lovery kepada pemenang. Berdoalah kepada yang Maha Esa agar aku yang menang. baca ayat terakhir sebelum perenggan ni, doakan agar pemilik blog ni iaitu izman yang menang. he.3x...

Thursday, August 13, 2009

Selsema Babi VS Petua Mengubati

pagi tadi (13/8/09) masa kejut luqman nak pegi tadika aku rasa badan dia panas. check suhu badan, demam. so, aku sms cikgu tadika bagitau luqman tak dapat gi tadika. dan aku sms gm aku bagitau aku half day leave. dlm masa sama aku sms adik dan kakak aku yg kerja penolong pegawai perubatan dan jururawat nak tanya pendapat mereka nak hantar gi gomen atau swasta. sebab ramai beritahu since penyakit selsema babi (H1N1) ni merebak, lebih afdal gi gomen. kedua2 mereka suruh gi gomen utk rawatan terbaik. lepas bincang dgn wife, aku dan luqman ke klinik kerajaan port klang.



sebelum pegi aku dah singgah kat 7-11 beli mask, ala korang tau la penyakit ni mudah berjangkit, kat klinik lagi teruk. since kali pertama aku ke klinik gomen, memang betul2 lost aku dibuatnya, macam rusa masuk kampung. suasana betul2 tidak kondusif, dengan manusia yg ramai, pack macam sardin. nak daftar pun aku betul2 fening, petugas just letak nombor giliran atas meja, ambik sendiri nombor dan attach dengan surat beranak anak. untuk orang yg hari2 datang oklah, tapi yg baru sekali seumur hidup, camaner??



lepas ambik nombor, aku & luqman berbaris utk saringan demam. suasana mmg menakutkan, tapi mereka semua tak takutpun. hampir 95% tak pakai 'mask'pun. since aku sayang nyawa aku dan nyawa anak aku, aku pakai. suhu anak aku 38. since baru hari pertama, misi cakap tak perlu periksa darah. just jumpa doktor je. sebab aku tak nak wabak merebak, aku tunggu kat luar, sesekali aku jenguk dari pintu utk tau nombor giliran. dan aku memang tak dapat sabar dengan menunggu giliran di klinik gomen. untuk buat kad rawatan baru bagi anak aku, ia mengambil masa lebih 2 jam. dalam jam 9am kami ambik nombor, menunggu dipanggil nombor giliran utk buat card jam 1115am. bila dipanggil, kami ke kaunter, baru misi tu nak cari kad dan baru nak tulis data anak aku dalam kad. dengan sopan aku cakap kat petugas tu aku cancel rawatan dan mintak balik surat beranak anak aku. mereka bagi je tanpa sebab (langsung tak prihatin nak tanya sebab). bayangkanlah nak buat card je dah 2 jam lebih, nak tunggu jumpa doktor aku yakin dalam 3 jam, pastu nak ambik nombor untuk ambik ubat pulak mau 2 jam. tak kan aku nak tunggu.... tau kuasa aku.

aku terus ke klinik utara kat kota pendamar. suasana lebih selesa dan doktor ragu yang juga doktor panel syarikat melayan kami dengan baik. beliau tenteramkan aku yg agak gelisah atas kesihatan anak aku, memberi penerangan tentang H1N1 termasuk simtom2 dan langkah2 yg perlu diambil segera. Alhamdulillah, luqman stabil, paru2 bersih, tekanan darah cantik. since luqman sangat penakut makan ubat (kakak aku kata sifat itu diwarisi dari aku. tak patut betul), doktor just bagi ubat bontot utk kurangkan panas badan. dan keadaan ini berlangsung kurang 30 minit dan its just cost me rm30. apalah aku gatal sangat nak berbaris dan menunggu dalam risiko kat klinik gomen tadi.

since masih pendek artikel aku ni, aku tambah sikit lagi. sekarang macam2 email diforwardkan tentang cara tradisional utk rawat sakit selsema babi ni, betul ke tak aku tak pasti, tapi inilah menda yg diceritakan itu :-

Cara Pertama
seorang pegawai perhutanan yg baru balik dari bercuti di thailand menceritakan bahawa H1N1 buleh disembuhkan dengan cara berikut;

1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma


Cara Kedua
Seorang pekerja dalam emailnya menyatakan bahawa anak kawan sekerjanya sembuh dari sakit tu di hospital kangar, perlis setelah mengamalkan makan sekurang2nya 6 biji epal hijau sehari dan minum jus fresh orange.


Cara Ketiga
Katanya, Ustaz Fauzi Mustafa didalam radio RMKL bercerita tentang petua elak kena sakit tu dengan cara berikut:-

a)Baca Bismillah dan tiup pd air dan masakan yg disediakan
b)Makan madu lebah asli
c)Makan buah tamar
d)Makan kismis
e)Makan buah delima
f)Minum air kurma
g)Makan Habbatus sauda
h)Makan buah Tin

itu sekadar berita dari email, betul ke tak aku mana tau. kalau ada yang terkena selsema babi tu, apa salahnya mencuba. kalau tak jadi ubat sekalipun, ia menjadikan mereka kenyang.

Wednesday, August 12, 2009

Amazing Blog VS Amazing Skill



Award kat atas tu aku dapat dari kawan aku si nur a.k.a. admansyah (http://admansyah.blogspot.com). apa crita award lagi? eh.eh... korang jelas la tu. korang ingat senang nak dapat award meward ni, usaha keras membodek ok. bukan percuma tau, dah la nak dapat membodek, dah dapatpun orang yang bagi blog ni suruh bodek dia lagi dikhalayak ramai. tak percaya? kalau tak suruh bodek, manakan dia buleh suruh cerita pasal diri dia. orang gila mana nak kutuk orang yg bagi award, suruh puji dia la tu..... (ha.3x.....).

5 perkara mengenai nur aka admansyah :
1) dia perempuan yg dikenali di alam maya.
2) dah berkahwin dengan suami dia dan ada 3 anak; 2 lelaki dan sorang pompuan. coming soon belum tau lagi jantina apa (err... dah ada ke belum?)
3) kerja di banking sector. banking bukan baking tau. baking cake termasuk cup cakes tu cuma hobi dia.
4) very proud mother. aku suka cara dia didik anak2 dia, dan aku sangat jeles tengok kepintaran anak dia. apa rahsia ko? jangan cakap pakai fair & lovely, tu nak carahkan muka bukannya nak cerahkan masa depan anak2.
5) suka berniaga. usahawanita. ada jual kasut crocs online. anak2 aku memang suka kasut crocs tapi sebab aku sengkek aku beli je kasut jenama katak. aku usha2 kasut crocs kat aeon bkt tinggi, tapi aku beli kasut tu kat econsave. kat crocs rm99.99/pasang, tapi kat econsave cuma rm9.99/pasang. jimat. ko ada meniaga lagi menda tu ke??

10 perkara mengenai diri sendiri :-
1) lelaki, dah kawin, ada anak 2, isteri sorang.
2) orang pahang (tapi mengaku orang teganu, orang kelantan. dan kadang2 disalah erti sebagai orang malayalam (india)
3) kerja kilang je. jawatan? biasa2 je. aku suka orang, aku ambik bekerja. tak suka, aku terminate dia. tapi aku ikut law la...
4) hobi suka kumpul setem, kumpul coins, dan kumpul lemak di perut.
5) seorang yg friendly.
6) family man. kadang2 kalau anak2 terlampau aktif dan tidak dengar kata, aku juga boleh jadi ultraman. siaplah wife kena fire. nak marah anak takleh, sayang anak2 woi...
7) suka makan. aku suka nasi kerabu, nasi dagang, nasi impit, chicken chop, laksa, laksam, dan segala bagai. aku suka makan tapi jangan suruh aku makan bawang, dengan pinggan tu yg masuk dalam mulut korang. aku ada keturunan bawang putih bawang merah & bawang besar tau.
8) suka jalan2. at least setahun 3 kali akan bawa keluarga jalan2 bercuti dan bermalam kat mana2 kawasan menarik. since budget ciput, aku duduk tempat2 cikai jugak. kalau budget takde aku sekadar berjalan sekeliling rumah je.
9) suka berlawak dan mengenakan kawan2. dari gurau senda aku tau mana kawan mana lawan. kawan2 yg tak tahan dengan aku? go to hell. jangan kawan dengan aku.
10) addicted to comics. dari kecik aku memang suka komik. aku suka membaca dan aku tak suka ada orang membacanya dan menconteng komik2 aku. siapa nak baca komik aku, baca dalam bilik aku je, even papa aku. aku sanggup bergaduh dan masam muka pada siapa yg rosakkan komik2 aku. aku dan adik2 aku ada koleksi gila2 dah berbelas tahun, majalah ujang dari 2nd edition sampai latest. komik2 dari hong kong. dari jepun termasuk doraemon, slumdunk, dan semestinya dragon balls. kalau aku start baca komik, aku lupa orang sekeliling. tak usahlah bercakap dengan aku, aku tak layan punya.

dah la tu, dah gila2 puji diri tu. kang riak dan takbur pulak.

nak kata blog aku ni amazing tu sebenarnya akupun malu. kalau takat amazing tahap keceluparan atau idea2 mengarut tu, aku rasa ok lah! visitor aku sehari pun baru berapa orang? dari yg tinggalkan komen, rasanya dalam 3-4 orang je walaupun kalau aku tengok statistik sehari tak pernah kurang dari 200 orang. tapi statistik2 ni aku bukan sukapun, mengarut je. masa kat uum dulu, kelas statistik gunaan pun 3 kali aku ambik. bukan sebab failed ye adik2, tapi aku malas bab2 mengira ni.

nak baca gak pasal statistik? ni aku malas ni.... kang aku cerita jadi panjang pulak. aku dah la nak buat kejab je sebab nak tunggu csi:miami ni. nak tau si horotio caine tu mati tak kena tempat masa ending last season. suspen betul, dah la cerita house isnin lepas dah ending season setelah 2 jam berturut2 dimainkan.

oh ya.. psl statistik gunaan. sebagai student bhrm, kena wajib ambik statistik gunaan. ala bencinya... masa ambik asas statistikpun rasa asyik nak pitam, ini kena ambik statistik gunaan. aku tak tau nak gunaan dia kat mana. masa kali pertama ambik, dapat kelas professor yg diketegorikan oleh senior2 sebagai killer song, err... killer lecturer, aku drop je paper tu. next semester aku ambik lagi, dapat lecturer pompuan. ok lah, tapi lepas mid sem exem aku drop paper tu. asyik2 aku je kena mark dalam kelas dia, bukan mark sebab jahat sebab pendiam sangat dalam kelas. nak aku kecohkan ape, masuk kelas tengok angka je aku rasa nak pitam. dah final semester, terpaksa la aku ambik jugak, kalau drop lagi, tak grad la aku nanti. aku tak masu jadik macam ada senior yg dah 10 semester tak grad lagi. malu woi....

akhirnya, cubaan kali terakhir aku berjaya dapat penyarah lagi killer. profesor jugak. dia dalam rating tertinggi yg failed kan student dia. bancau! nak tukar kelas tak leh, so aku redha je. macam biasa, kelas angka ni aku benci. ia termasuklah mikro ekonomi, makro ekonomi dan lain2. exam dan sebagainya biasa2 je. biarpun aku tak suka, tapi takdelah aku bodoh piang! jangan la korang perlekehkan aku pulah, aku jaga payroll beberapa syarikat tau sekarang! don't play-play woo...

since aku lebih berskill memujuk dan mempengaruhi, lepas final exam aku jumpa semua lecturer aku ucap terima kasih. final sem la katakan.... prof ni juga termasuk dalam list aku. aku macam pernah cerita la dalam blog ni dulu.... aku short cut je lah yer.... since prof tu orang kelantan, aku speaking kelatan :

student : prof, saye mari ni nok ucap terima kasih pada prof atas ajare prof kak saye.
pensyarah : ore kelate k0?
student : ore pehe (pahang) tapi ayoh kito ore kelate, ore pasir mah (pasir mas).
pensyarah : doh final sem la ni? exam baru ni lagu mano?
student : ho, final sem. rasonya buleh jawap semuo, tapi jawape betul ko dok tu tok tau la... Insyaallah lulus rasonya, mid sem dulu, exam semua dulu ok.... takak lulus tu bulehlah! kalu tok lulus napok gayo kene repeat la sem depe.
pensyarah : ok, baguh kalu buleh jawap. Insyallah.... pahni buat gapo?
student : buak pratikel di pehe.
pensyarah : baguh.2x. ado nombor telepon, buleh sayo bagitau kamu dapat berapo markah nanti.
student : ado. nombor rumoh 9sambil tengok telefon bimbit, aku mana hafal nombor) 09-266***. nombor henpon 018******
pensyarah : ok nanti sayo telefon awok kalu ada berito baik.
student : trima kasih prof.

alhamdulillah aku lulus. prof tu ada call henset aku bagitau. markah2 kesian tak main (konon!). dan dapatlah aku grad, biarpun dengan pointer tak sampai 3. cukuplah!

Best Buddies Vs Kawan Makan Kawan

Dapat award lagi, kali ni 'Best Buddies' yg diberi oleh kak secangkir madu merah ( http://yatie08.blogspot.com). Kira anugerah untuk kawan2 yang hebat la ni. bangga gile. ni hah rupenya award tu :-



ni yang tak best, kena cerita pasal orang yg bagi dan diri aku. nak tipu kang berdosa pulak, tapi aku cerita yg baik2 je lah ye.

Mengenai pemberi Award ni :
Nama penuh akak ni aku pun tak tau, tapi beliau dikenali sebagai 'secangkir madu merah'. beliau suka minum madu kot, tapi aku yakin beliau tak rela bermadu (eii... tak sayang mulut cakap pasal madu2 ni?). dah berkahwin dan mempunyai 4 orang hero (anak lelaki semuanya??). masuk blog dia je aku mesti rasa nak marah sebab selalu sangat ada entry makanan, selalunya makanan feveret aku ( semua aku suka makan). dengar2nya beliau adalah pengurus residen sepenuh masa (surirumah). so, masa terluang dihabiskan dengan mendengar lagu sentimental (boleh tahan jiwang karat kakak ni), membaca novel, menjahit dan melancong (aku yakin kalau dah perempuan mesti ada melencungnya). lagi? dah la tu wei... kang marah pulak laki dia.

Mengenai penerima award ini :
Beliau seorang yang berhemah tinggi, berbudi bahasa, tabah hati, penyayang, caring, loving...... (Woi... mau angkat bakul sendiri ke? sape mau percaya?). err... ye ke? aku adalah lelaki normal yang dah berkeluarga, ada 2 orang anak; sorang laki dan sorang pompuan (seorang lagi dijangka akan lahir tak lama lagi). isteri masih satu dan tiada niat untuk berpoligami buat masa terdekat ini. kerja kilang je. hobi suka mengumpul coins. sangat senang berkawan dan buat kawan baru; dan selalunya dilabel oleh kawan2 sebagai seorang yang senang dihampiri, selalui beri idea, selalu ajak makan2 dan senang cerita memang best buddies (saje aku nak puji diri untuk melayakkan aku dapat award best buddies tu).

dah pasal award. since cerita best buddies, aku ada kisah yang tah la ada kaitan tak dengan best buddies ni, tapi aku cerita jugaklah sebab ini blog aku. jaman aku sekolah dulu, kami sekolah di kampung. dari tadika membawa ke sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah; biasanya kami sekolah sama. jadi kawan2 ini dikira best buddies. ye lah, kami sama2 pegi sekolah, sama2 saling kerja rumah kawan awal pagi disekolah utk elak kena denda, sama2 kacau awek kelas sebelah, dan sebagainya.

tapi.... dah nama lelaki. kawan best buddies macam manapun pasti akan ada konflik sesama mereka jika melibatkan perempuan (yg cantik je la...). aku masih ingat, masa aku form 4, kami sama2 masuk ke sekolah baru kerana sekolah dikampung takat form 3. masuk sekolah baru, tentunya pemandangan adalah baru dan ada awek baru. so, mulalah persaingan untuk menekel awek sekolah baru. pada suatu hari awek yang dikenen2kan dah mula boleh bergurau senda ibarat "jinak2 burung merpati, makan ditangan tapi ingin dipegang ia terbang lari". lupa nak cakap, masa tu aku dan seorang kawan baik aku dalam persaingan merebut cinta perempuan itu.

bila tengok aku lebih berjaya, kawan baik aku itu melalui kawan baik perempuan itu mula menceritakan pekung didada. katanya aku dan kawan aku tu cuma main2 sahaja. sekadar menguji ilmu didada (ilmu tengkorak kamu!). mangsa dicari, umpan dah mula mengena. semuanya sekadar sebuah pertaruhan semata.

cis! tak guna punya kawan, dah aku dapat, kamu mula main jahat. yang aku marah ialah bukan aku yang mulakan pertaruhan, dia yang mulakan. rm50 taruhan dicagarkan. sebab masa taruhan dibuat didepan kawan2 lain, aku tercabar dan aku setuju. dan inilah natijahnya, perempuan itu mula menjauh diri. takpelah dah takde rejeki, err... maksud aku takde jodoh.

tapi diasrama kawan itu asyik memerli aku didepan kawan2 lain. malah dia juga tidak segan silu menyanyi lagu "pilu hatiku bila bunga dipetik orang ditaman, walaupun ku jaga, dan kusiram, kujaga kembangnya" (nyanyilah sampai abis kalau korang suka). aku jadi sadis err... maksud aku sedih. kebolehanku telah diperkotak katikkan oleh kawan2 baikku sendiri. sia2lah ilmu pengasih yang aku belajar dengan datukku yg juga bomoh part time, err... maksud aku, aku amat patah hati akibat kehilangan cinta gadis yang aku sayang dan cinta baru berputik itu.

so aku nekad. disekolah keesokkan harinya, aku minta berjumpa dengan gadis itu. lokasinya dibelakang bangunan sekolah. ye lah, itu je lokasi selamat selain perpustakaan. si gadis agak sinikal (maksud nya sinis, aku saje bagi istilah aku sendiri). dengan muka tak malu, err... maksud aku dengan rendah diri, aku mengaku bahawa aku memang ada bertaruh dengan kawan aku nak merebut hati si dia;

lelaki : saya mengaku yang saya memang ada bertaruh dengan 'm' untuk dapatkan awak.
pompuan : heh! ingat saya barangke?
lelaki : tak! saya tak maksud begitu. sebelum tu pun saya memang dah minat kat awak, saya yakin awak dah perasan saya suka curi2 pandang kat awak masa perhimpunan hari isnin. ikhlas, saya suka tengok awak.
pompuan : (terdiam).... habis kenapa awak bertaruh? bukankah kita dan mula kawan.
lelaki : saya tau, tapi awak taulah ego lelaki. saya ada beritahu kawan2 baik saya yang saya minat kat awak, tapi si 'm' tu perlekehkan saya. malah dia cabar saya tak mungkin dapat saya. awak tau lah, 'm' tu kan lebih hensem pada saya, kulit cerah pulak tu. saya ni dah la kulit gelap, harapkan lesung pipit je sebagai pemanis.
pompuan : eh..eh.. ye la, kawan2 saya pun kata lesung pipit awak tu manis la.
lelaki : kawan2 je? awak?
pompuan : sama la tu. tapi kenapa ada sebelah je lesung pipit awak tu?
lelaki : oo... sebab burung pipit dah ambik balik lesung dia.
pompuan : awak ni kelakar la (sambil mencubit lengan aku)
lelaki : sakit la.... (sedap la....)
pompuan : tapi saya tak puas hati lagi pasal awak bertaruh dapatkan saya.
lelaki : saya mintak maaf pada awak. saya mengaku saya silap, saya ego dan saya terpengaruh dengan desakan kawan2. tapi percayalah, lepas kenal awak secara dekat, saya dah menyesal bertaruh kerana dari cuba main2 saya saya sebenarnya memainkan perasaan saya sendiri. saya tak boleh tipu perasaan saya, saya suka kat awak.
perempuan : (terdiam).
lelaki : awak maafkan saya tak?
perempuan : ok, saya maafkan, tapi awak janji tak main2kan perasaan saya lagi.
lelaki : terima kasih. saya janji. dah jom balik, kang kena tangkap basah pulak kita kat sini, hari dah petang ni.
pompuan : awak ni gatallah (sambil mencubit lagi. kami beriringan berjalan dan dari atas ada beberapa mata kawan2 yang mencuri pandang. i'm still the best)