Monday, July 27, 2009

Orang Asli

semalam, ahad (26/7/09)rutin dipenuhi dengan pagi2 pgi beli bahan mentah di pasaraya econsave. kemudian pergi cosway untuk beli sedikit barang. masuk cosway anak2 nak vitamin dalam bentuk jelly, wife nak kismis besar. aku nak ape? nak nangislah sebab terpaksa keluar duit bayar. tapi tak kisahlah sebab cosway dah ada sedikit hasil dari bonus bulanan.

petang, wife ajak pegi beli bubur kat taman perwira, sijangkang. dah permintaan org mengandung, ikut je lah. aku ambik satu bubur jagung, satu bubur campur dan satu rojak. ini kali pertama aku makan kat gerai tu. wife aku perasan gerai tu sebab kami biasa beli kuaih cakui dan cendul kat situ. since aku lidah pantai timur, bubur2 tu bukan selera aku. bubur jagung dicampur barli sgt2 tidak menarik hati aku. kalau campur sagu aku masih ok. bubur campur pulak, adalah campuran cendul, caca, kuih biji nangka, jagung dan sebagainya. sekali lagi aku tak masuk selera. nak pekena rojak, kuah dia dah agak ok, tapi kacang goreng yg diblander tak hancur dan sebahagian besarnya masih sebijik2 membuat aku hilang selera. campuran bahan2 yg khusus untuk masyarakat jawa seperti tempe dalam rojak, nyata bukan selera aku. anak2 aku semua langsung tak nak makan selepas mencuba satu sudu. terpaksalah orang mengandung kena habiskan, elak membazir!

then layan crita tamil sampai petang. sebelam malam selepas makan kami layan tv1, pertandingan akhir lagu2 oorang asli. nak tengok tamil kat asterol, wife dah tunjuk muka asam kecut. petang tamil, tak kan malam tamil lagi. csi? aku minat csi:miami je, tunggu episod baru 12/8/09 nanti.

layan lagu2 orang asli ni sgt ok pada aku daripada layan AF, pilih kasih, jgn lupa lirik, dan satu rancangan realiti bau asterol tu.... seingat aku, sampai musim mawi je rumah aku layan AF, lepas tu aku haramkan. mual! tergedik2, suara macam katak ong pun masih bertahan kerana tunjuk longkang besar atau kerana faktor kenegerian. lagu2 orang asli pada aku realistik; mereka tak pertaruhkan muka, pertaruhan longkang tak ketara la, lagu dan lirik? kalau lagu depa mana kita faham. kesimpulannya mereka jujur dalam berkarya sejajar dengan budaya mereka. biarpun aku tergelak jugak dengar lagu joget kapal terbang, tapi itulah mereka.

sebut pasal orang asli, ramai yg sama seperti aku barangkali. sceptical! terbayang mereka yg berkulit coklat kusam, muka yg bengis, berkaki ayam, berambut afro (kerinting halus, simpan rambut tebal). dulu betul camtu, sekarang dah tidak lagi. majoriti dari mereka dah nampak sebahagian dari kita. malah masa aku kat 'u' dulu aku tak tau salah seorang kawan baik dalam group aku adalah orang asli. kami cuma tahu dia org asli lepas ada keluarganya yg menginggal masa tragedi banjir lumpur kat pos dipang kat perak (kalau tak salah aku la..).

aku hina orang asli? TIDAK! tidak sesekali. aku membesar di pekan damak, yang terdapat beberapa petempatan orang asli seperti di ulu cheka dan kg sungai berjuang (bt balai). kami hidup bermasyarakat (cuma petempatan orang asli agak tersorok tepi hutan). masa aku sekolah rendah, beberapa kawan sekelasku orang asli seperti bee bin tin, jondo binti yaman, dan norismawatizah. mereka ditatang oleh kerajaan pahang. kelengkapan sekolah, percuma. duit poket diberi, pengangkutan, percuma. cuma, mereka masih liat ke sekolah. kesemua mereka tak habiskan sekolah rendah; kawin atau ikut keluarga masuk hutan. mereka sukar terima pelajaran, kawan aku tu lebih suka tangkap katak dan dijual kepada restoran cina dipekan damak. katak ong (katak panggil hujan) tu mahal woo.... dulu2 pun harga lebih rm17 hengget sekilo.

sekarang kat area aku ramai orang asli dah masuk Islam. cuma nama Islam. ramai masih bela anjing dan ada juga orang kampung cakap mereka masih makan babi dan monyet. orang2 asli ni memang senang dipengaruhi, apatah lagi jika mereka yg kedhaifan itu disuakan dengan pelbagai pertolongan. ditempat aku dulu khabarnya ada mubaligh kristian dah masuk beri pertolongan dan pujuk masuk agama mereka, Alhamdulillah khabarnya ada umat Islam sekitar yg sedar dan lapor kepada jabatan agama, dan kegiatan itu disekat. tapi sampai bila? aku rasa masyarakat org asli patut dimasyarakatkan dengan orang2 melayu, biar mereka terdedah kepada dunia moden (bukan semua org asli itu masih ketinggalan).

sesekali balik kampung hari jumaat, aku cuba2 jugak jeling2 cari kelibat saudara Islamku dari orang asli? tak kelihatan. sama ada mereka dah bertukar jadi rupa melayu atau memang tak ke masjid solat jumaat. aku tak pasti.

kepada sahabat seIslamku yang lain tu, toksah ghairah sangat menderma kat tabung2 luar negeri sedangkan ada saudara seIslam kita dari kalangan orang asli masih terkial2 keIslaman mereka kerana kedhaifan mereka. tolonglah mereka dengan memberi sedikit bantuan kewangan atau barangan atau material Islam.

9 comments:

Relevan said...

Penuh yek xtvt aok walupun di hari minggu..

Abang Long said...

Abang long memang suka makan rojak. Bukan rojak mamak, tapi rojak buah.

izman said...

relevan,
trima kasih bang singgah blog kah'. kah' sangat2 terharu.

izman said...

abg long,
rojak buah kalau petisnya sedap, memang menarik.

secangkir madu merah said...

izman, akak suka gak makan bubur tu.. tapi kalau masak bubur kat rumah tak laku, bebudak tak berapa gemar... so kalau teringin beli jer..
layan crita tamil? best tu...
bila lah boleh ku layan crita tamil tanpa gangguan...

- j o h a r i - said...

btul la bro..aku hrp sgt ade la sentiasa memberikan ilmu kpd org2 asli ni spya diorg x terkial2 dlm islam..

aku pon suka rojak petis n pecal

ima shhs said...

dulu aku pernah duk j'tut... kawan org asli adik aku ada nama dahan bin kayu dan ranting bin pokok..

Ada insiden di mana berlaku pergaduhan antara mrk berdua...

Adik aku berlari balik rumah dan ckp ke mak aku.."mak2 dahan pukul ranting.."
Mak aku jwp.."biarlah..."
adik aku konfius dan ckp..."mak, kesian ranting kene pukul dgn dahan.."
Mak aku ckp..."Biarlah..."
Adik aku dah mula nangis2...mak aku naik pelik...
Lepas tu baru kitaorg seme tahu yg itu seme nama org..kui..kui..kui..

Apapun aku sokong ko pasal org asli tuh...:))

* aku pun suka rojak petis n pecal gakkss...:p

cendawanintim said...

giler padat xtiviti ko!

Anonymous said...

nk taw nape org asli yg islam 2 terkontang-kanting? Sbb kemasukan diaorg utk agama 2 hanya 1syarat not keterbukaan hati.Bukan nak sahkan sape2 tp hakikatnya diaorg msk atas sogokan yg bagi saya xptt dilakukan..sbb utk menjaga kesucian agama itu sendri biarlah kaum org asli ni btl2 terbuka hati dulu...