Monday, March 31, 2008

Wanita seksi dan Pak Sheikh

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.
Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya..
Lelaki Inggeris : Sama², tapi anda harus membalas budi..
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....
Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu..
Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.

Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya..
Lelaki Perancis : Sama², tapi anda harus membalas budi..
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...
Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu..
Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50, 40.. dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu.Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut.

Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.
Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata..
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda..
Lelaki Arab : Astaghfirullah..
(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

Sumber :
www.viewmalaysia.com

Saturday, March 29, 2008

Kreatif atau dah takde kerja lain? - Siri Kedua

Memandangkan cendawanintim, puteri1 dan wife aku suka tengok henpon cantik2 tu (aku sebenarnya suka jugak tengok, tapi cover manco jantan)aku siarkan lagi koleksi kretif ni.






Thursday, March 27, 2008

Kreatif atau dah takde kerja lain?

Akupon hampir tergelak tengok betapa cantiknya henpon2 ni dah dihias begitu rupe. Secara positif aku rasa mereka kreatif, dan dalam masa yang sama aku rasa mereka ada terlalu banyak masa untuk membelek henpon mereka untuk mencantikan henpon.

kalau ada lelaki yang pakai henpon begini, aku yakin semua mata akan tertumpu kepadanya. paling sadis kalau ada org strict to the point panggil dia 'cikpon'.

Bagi aku, korang nak buat apa ngan henpon korang, apa aku peduli. Tapi kalau korang nak tengok lain2 gambar henpon yg cantik2 cam gini yg ada dalam simpanan aku, korang bagitau la kat blog atau email aku. aku sambung 'Part 2' pulak.

Apa2 pun, layannn.............(tiru farah fauzana punye ayat pulak!)








Sumber :
funzu.com

Kereta Polis

Soalan : Korang rasa apa agaknya terjadi kalau kereta polis di Malaysia sebegini?

Jawapan :
A) Semua penjenayah akan serah diri bila dikejar.
B) Semua drifter dan mat rempit akan mintak jadi polis.
C) Semua anggota polis berebut nak masuk cawangan kereta peronda.
D) Kes kecurian kereta polis akan meningkat.
E) Semua diatas.





Sumber dan lebih banyak lagi gambar kereta polis :
interestinghobby.blogspot.com

Siri Ikhtibar : Kilang Mencetak Al-Quran (Siri Akhir)







Macamane rasenya tengok orang buat Al-Quran. Kagum? Insaf?

Tak kan takat tu je.... kalau rajin2, buka2 lah kisah sejarah Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. berdakwah dan mengembangkan ajaran Islam dan mempertahankan Al-Quran.

Rata2 org Melayu Islam gunakan Al-Quran sejak dahulu lagi. Nak nikah hadiahkan Al-Quran. Dalam rumah ada Al-Quran. Tapi pernahkah kita tetapkan satu masa khusus untuk membaca dan mengkaji Al-Quran.

RAsanya ramai yg tak buat kan? termasuk aku la tu. Kerana itulah wujudnya pelbagai pnyakit sosial dlm mayarakat kita hari ini, kita lupakan Al-Quran.

Allah telah lama berfirman bahawa suatu hari nanti akan ditarik Ayat2 Al-Quran dari hati2 orang Islam. Kita boleh beli 7-8 Al-Quran simpan di rumah, simpan dlm kereta, pejabat dan sebagainya. tapi sekadar untuk perhiasan, atau baca Surah Yassin hari jumaat atau kematian, dan penghalau syaitan.

Sesungguhnya Kiamat adalah pasti. Dan tanda2 kiamat sudah mula kelihatan termasuk Allah menarik semula Syat2 Al-Quran dari dada2 orang Islam.

Subhanallah..

Wednesday, March 26, 2008

Cara Mengurangkan Kelajuan Kenderaan

Kemalangan jalanraya adalah nahas paling tinggi di Malaysia. Dah berbuih mulut pemimpin politik, pemimpin agama dan pelbagai pihak bagi saranan untuk elakkan kemalangan jalan raya; tapi tak jalan.

Ini ada satu cara yg aku rasa sesuai untuk mengurangkan kelajuan kenderaan dijalan2 raya di malaysia.



Tak nampak lagi caranya? Nak tau lebih lanjut sila baca disini.

Siri Ikhtibar : Kilang Mencetak Al-Quran (Siri 2)






Doktor Gigi Jalanan di China dan India

Gambar-gambar doktor gigi jalanan di China dan India. Sape2 tau ada ke doktor gigi jalanan di Malaysia? Korang tau le, kos rawatan gigi mahal kat Malaysia. Aku baru buat rawatan akar gigi di klinik gigi bertauliah, harga dia RM300. Nasib baik boleh bayar installment 3 kali. Cash tau, takde bayaran ansuran pakai kredit card tanpa faedah atau Aeon Credit.

Bagaimanapun, aku lebih yakin kat klinik gigi biasa berbanding jalanan sebab lebih dipercayai, alatan lebih moden, alatan disteril utk elak penyakit seperti AIDS (mintak simpang le...) dan bahan2 sah, kat jalanan mane kite tau ambik dari gigi orang mati tepi jalan atau gigi haiwan.

Cuma aku tak faham kenapa klinik gigi gomen teruk sangat servis nye. Kalau klinik gigi gomen buka Isnin sampai Jumaat ikut opis hour, aku rela gi gomen. Tapi buka je tiap hari, untuk lain2 aktiviti. contoh: isnin (klinik gigi kanak2), selasa (pergigian di sekolah2), Rabu (klinik org dewasa), khamis (cuci klinik) dan Jumaat (klinik gigi di pedalaman). Yang paling tak tahan ialah leteran (kalau nasihat ok la..) dan servis yg lembabbbbbbbbb.

Apa2 pun kalau korang nak alternatif servis gigi jalanan, korang gi lah kat India atau China. Selamat ke tidak, lu fikir la sendiri.! (Ops, ciplak ayat Raja Lawak Nabil jab).


















Source :
funzu.com

Koleksi Lawak

Prasejarah
Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,
Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?
Dengan penuh yakin Komeng menjawab;
Komeng: Satu juta tahun empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.

-----------------------------------------------------------------

ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!


----------------------------------------------------------------------
Meniru
Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk di sebelah Azim.
ayah: saya tak percaya anak saya menru setiap kali ujian!
cikgu: betul encik.kami bukan tuduh begitu sahaja.
ayah: ape buktinya?
cikgu: nah,ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.
ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.
soalan pertama:siapakah bapa kemerdekaan Malaysia?Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
ayah: memanglah jawapan mereka sama. macam mana cikgu kata anak saya meniru?
cikgu: sabar encik. cuba encik lihat soalan kedua.
ayah Naim melihat soalan kedua ada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan?sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 ogos 1957.
Ayah Naim sekali lagi marah,tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga:siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
azim menulis: maaf, saya tak tahu
Naim menulis: kalu kau tak tahu aku lagi tak tahu!!

Sumber :
Coretan Maksu

Monday, March 24, 2008

Siri Ikhtibar : Kilang Mencetak Al-Quran (Siri 1)

Ini gambar di kilang mencetak Al-Quran. Kawan yang hantar gambar ni tak beritahu pulak dimana letaknya. Agak-agak aku ini di negara Arab. Apapun, tngoklah sekadar menambah pengetahuan dan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah dan Al-Quran.





Siri Ikhtibar : Kata-kata hikmat yang berkesan

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup, Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang ibu dan bapa

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya belum mempunyai rezeki itu.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak bersalah.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


*Belajarlah Bersyukur Sebelum Terlambat !!!!*



Melihat sesuatu yang +ve dalam setiap yang -ve...

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10. untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


Izman :
Aku juga kekadang lupa bahawa Allah memberi terlalu banyak kepada aku, dan kadang-kadang aku lalai kepada-Nya.

Saturday, March 22, 2008

Siri Ikhtibar : Pohon Syuhada' di Lebanon

Kenyataan dan gambar-gambar dibawah ini adalah hasil kiriman seorang sahabat untuk renungan kita bersama.

-----------------------------------------------------------------------------
Ahad, 5 Ogos 2007
Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil, Nama Baru Untuk Bint Jbeil:
"Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah"

(Bint Jbeil- Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah bandar di Selatan Lebanon yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan Islam, datang daripada seluruh pelusuk Lebanon dan dunia untuk menyaksikan sendiri 'Pohon Para Syuhada', sebatang pohon yang dipotong pada tahun 2005 dan dipamerkan di dalam dewan utama bandar itu sebagai mengingati para pejuang yang telah syahid dalam peperangan dengan Israel)

Pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan penduduk-penduduk bandar tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada dahan-dahannya. Dahan-dahan itu juga dikelilingi oleh titisan-titisan yang harum baunya yang keluar daripada sebuah garisan keretakan yang secara tiba-tiba wujud pada pohon tersebut.

Pohon tersebut dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayu kecil yang terukir nama-nama para syuhada di atasnya dan ia dicat dengan warna coklat gelap, sebagai simbolik kepada warna tanah di kawasan itu yang telah menyerap darah-darah para syuhada. Selepas perang dengan Israel pada Julai 2006 yang lepas, sejumlah 43 lagi kepingan kayu tersebut ditambah pada pohon itu yang terukir di atasnya nama-nama para syuhada yang syahid dalam peperangan yang terbaru itu.

Para penduduk bandar tersebut merasa sangat kagum apabila mendapati jumlah dedaunan yang tumbuh daripada dahan-dahan tersebut jumlahnya adalah 43 helai.

Minggu ini, Bint Jbeil mengenang semula jasa-jasa para syuhada tersebut yang mengorbankan jiwa mereka setahun yang lalu dalam peperangan dengan Israel. Waktu di mana kejadian ini berlaku adalah dianggap sebagai keajaiban daripada Allah sebagai sanjungan kepada para syuhada tersebut.

"Pada malam Sabtu yang lalu, kami menganjurkan sebuah majlis sambutan untuk meraikan kemenangan dalam perang setahun yang lalu," kata seorang penduduk."Kami tempat duduknya di dalam dewan itu, beliau menanyakan tentang pohon itu dan melihatnya dengan penuh hormat setelah Haji Selim Bazzi (seorang yang terhormat di bandar itu) menerangkan kepadanya mengenai idea monumen berkenaan dan bagaimana ia dibuat. Tiada sebarang daun pun yang kelihatan pada waktu itu. Segalanya adalah seperti biasa".

Para imigran Lebanon telah menempah tiket-tiket penerbangan daripada Amerika, Kanada dan Australia, sementara yang lain daripada kawasan-kawasan yang berlainan di Afrika dan rantau Teluk, telah mula memenuhi bandar ini untuk melihat sendiri monumen itu.

"Bint Jbeil telah digelar sebagai Ibukota Perjuangan dan Pembebasan, ibu kepada para syuhada dan sebuah kota para pelaksana revolusi," komen daripada penduduk yang lain, "Kini ia mempunyai nama yang baru : Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas bandar yang suci ini dan para syuhadanya serta para pejuangnya dan semoga Allah merahmati sesiapa sahaja yang mempunyai sebuah hati yang murni dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya.Allaahu Akbar!Selawat!!!

Isnin, 6 Ogos 2007
Keajaiban Pokok Ini Adalah Satu Anugerah Allah Untuk Seluruh Manusia Sebagai Petunjuk Kepada Ketinggian Darjat Dan Maqam Para Syuhada Di Bint Jbeil Yang Sanggup Menyabung Nyawa Mereka Untuk Menghadapi Kezaliman Israel di Lebanon...Allaahu Akbar!!!



























IKLAN---------------------------------------------------------------------

Happy Family Kayak.com